The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIFAT AMANAH RASUL: PANDUAN PDPR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IMANNIAH BINTI ISHAK Moe, 2021-06-13 18:57:15

SIFAT AMANAH RASUL

SIFAT AMANAH RASUL: PANDUAN PDPR

• Apakah dia contoh Sifat Amanah?
• Anak – anak pernah dengar tak mengenai

sifat Amanah?
• Sifat amanah bermaksud jujur.
• Ia adalah salah satu sifat wajib bagi Rasulullah

Sallallahu Alaihi Wasallam
• Cuba fikirkan, apakah dia contoh sifat

amanah dalam kehidupan kita seharian?

• Murid ini berlaku jujur dengan memulangkan
dompet yang dijumpainya kepada guru.

• Guru memuji sikapnya dan menceritakan
beberapa kisah sifat amanah Nabi
Muhammad s.a.w

• Anak-anak pernah tak mendengar kisah
tersebut? Mari kita cari dan baca.

Kisah 1: Nabi Muhammad berniaga

• Dalam petikan di atas, diceritakan mengenai
kisah Nabi s.a.w telah diamanahkan
menguruskan perniagaan Saidatina Khadijah
ke Negara Syam.

• Dalam urus niaga tersebut, Nabi Muhammad
sentiasa bersikap jujur dan amanah
menjalankan tugas baginda.

• Sikap ini telah menjadikan perniagaan
Khadijah semakin maju.

• Khadijah kagum dan gembira dengan sikap
Nabi. Akhirnya Khadijah melamar baginda
untuk berkahwin.

Kisah 2: Pengakuan Abu Jahal penentang
dakwah Nabi Muhammad s.a.w

• Dalam petikan di atas pula, diceritakan mengenai
kisah bagaimana seorang pembesar Quraish telah
bertanya kepada Abu Jahal mengenai Nabi

• Abu Jahal merupakan salah seorang penentang
dakwah Nabi dan membenci baginda.

• Walau bagaimanapun, apabila pembesar ini
bertanyakan tentang sifat Nabi, Abu Jahal
mengakui bahawa Nabi ialah seorang yang
sentiasa bercakap benar dan tidak pernah
berbohong walau sekali.

Kisah 3: Nabi Muhammad sentiasa
diamanahkan menyimpan barang – barang
berharga pembesar Quraish

• Walaupun pembesar – pembesar Quraish tidak
setuju dengan ajaran baginda dan seruan
Agama Islam, tetapi mereka sangat menyukai
dan mempercayai Nabi Muhammad.

• Sekiranya ada barang berharga yang perlu
disimpan oleh pembesar – pembesar ini, sewaktu
ketiadaan mereka kerana ada urusan di luar
Mekah, mereka akan meminta Nabi Muhammad
menyimpannya sementara.

• Walaupun Ketika itu, Nabi masih kecil, baginda
telah diberi kepercayaan menyimpan amanah
berharga tersebut.

Kisah 4: Nabi Muhammad digelar Al Amin oleh
orang Arab Quraish

• Nabi s.a.w tidak pernah menipu sepanjang hidup
baginda.

• Oleh yang demikian, semua orang yang
mengenali baginda sejak kecil sangat
mempercayai baginda.

• Nabi juga digelar Al Amin semasa kecil
disebabkan sikap yang jujur dan Amanah itu

• Sudahkah anak – anak memahami kisah

amanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam daripada 4 kisah di atas?

• Apakah sikap yang ditunjukkan oleh

Khadijah, Abu Jahal dan Kaum Quraish

terhadap sifat baginda itu? Sila ajak ahli keluarga
• Apakah kejayaan yang diperolehi untuk berbincang
mengenai soalan-
oleh Nabi kerana sifat amanah soalan ini kerana ia
tersebut? memerlukan
panduan orang
yang lebih dewasa

Aplikasi KBAT: menganalisis, mengaplikasi,

Sila tanda jawapan yang betul.

1. Siapakah yang dikaitkan dengan kisah amanah Nabi di atas?

Pilih dan tuliskan yang betul: Abu Jahal

i. _____________________ Pembesar Quraish
ii. _____________________ Abu Talib
iii._____________________ Saidatina Khadijah

2. Perniagaan siapakah yang diuruskan oleh Nabi Muhammad
s.a.w?

a. Abu Bakar
b. Khadijah

3. Apakah gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad
s.a.w?

a. Al amin
b. Al -amir

3. Apakah perasaan Saidatina Khadijah semasa Nabi
menguruskan perniagaannya?

a. Marah
b. Gembira

4. Abu Jahal sangat membenci Nabi Muhammad s.a.w, tetapi
apakah pernyataannya apabila ditanya mengenai sifat Nabi?

a. Nabi tidak pernah berbohong
b. Nabi seorang yang nakal

Aplikasi KBAT: menganalisis

MEMBINA PETA MINDA

Isikan fakta yang betul di dalam bulatan di bawah

Sifat
amanah

Nabi

Nabi Muhammad Nabi Abu Jahal
menguruskan meletakkan mengakui Nabi
perniagaan Hajar Aswad seorang yang
Khadijah
Pembesar Quraish amanah
Nabi Muhammad mengamanahkan
digelar sebagai Al Nabi menyimpan Nabi disusukan
barang berharga oleh
Amin
mereka Halimatussaadiah

Mari contohi sifat Amanah Nabi Muhammd s.aw:
1. Nabi Muhammad sentiasa bercakap benar
2. Nabi menjalankan tanggungjawab dengan

sempurna sebagai ketua negara.
3. Nabi melarang merosakkan tanaman dan pohon-
pohon

*Apakah tindakan kita boleh lakukan untuk
mencontohi sifat Nabi ini? Anak – anak boleh
fikirkan?

Aplikasi KBAT: menganalisis, aplikasi , menilai





MEMBINA PETA PELBAGAI ALIR

isikan faedah yang diperolehi sekiranya kita bersikap jujur

Sifat amanah Mengaku
kesalahan
apabila didapati
bersalah

Menyiapkan
tugasan dengan

betul

Sentiasa
memastikan
arahan ibu bapa

atau guru
dilaksanakan

Tidak
menceritakan
keburukan rakan
kepada rakan

yang lain

Sentiasa dijadikan Rakan sentiasa suka
contoh sama ada berkawan dan kita
di sekolah atau di
akan sentiasa
rumah dipercayai

Ibu bapa dan guru Ibu bapa dan guru
akan sentiasa akan sentiasa
menyokong
membimbing kita tindakan kita
berbanding sentiasa

memarahi


Click to View FlipBook Version