Project-Based Learning
Name : Lung Qi Han
Class : 6UKM
School : SJK (C) SIN HWA
Main Subject
Sejarah
Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India.
Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagi kumpulan etnik
peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan
tersendiri.
Kaum Melayu
Kumpulan etnik terbesar di Malaysia.
Beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu.
Berbahasa Melayu dam mempunyai keturunan Melayu.
Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya
seni meraka yang sangat kaya.
Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki
Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu
Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju
Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai
semasa menghadiri majlis-majlis
perkahwinan, kenduri-kendara dan juga
bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.
Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu
Baju kurung dianggap popular dan dipakai
oleh lelaki dan perempuan. Pengertian
kurung secara tidak langsung telah
membawa erti ‘mengurung atau
menutup’ anggota tubuh. Cara ini
menepati konsep pakaian cara Melayu
setelah kedatangan Islam, sehinggalah
istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju
yang selesa dan longgar, labuh atau
panjang.
Agama Masyarakat Melayu
Latar belakang – Dianuti lebih dari 60% masyarakat Malaysia.
Asal Usul – Seseorang yang beragama Islam bermakna berserah
diri dan mengikut perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi
Muhammada SAW.
Sumber – Al-Quran, sunah rasullullah, ijtihad, ijmak, qiyas,
syura dan sebagainya.
Perayaan Kaum Melayu
Hari Raya Aidilfitri
perayaan masyarakat Melayu dan
penganut agama Islam. - Ucapan
‘Selamat Hari Raya” dan kemaaafan
dipohom , menandakan kesalahan lalu
telah dilupakan. - Tradidi memberi “duit
raya”memeriahkan lagi suasana. - Rumah
terbuka akan diadakan bagi menjemput
tetamu datang berkunjung.
Perayaan Kaum Melayu
Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha
Disambut pada hari ke sepuluh, sebelas,
dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah
setiap tahun. -Ia merupakan hari untuk
umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam
menunaikan perintah Allah. -Selepas
bersembahyang, upacara korban akan
dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri
yang dikorbankan akan disembelih dan
dibahagi- bahagikan kepada orang ramai
terutamanya kepada golongan fakir
miskin.
Makanan Tradisional Kaum Melayu
Nasi Lemak Ketupat
Sate
Kaum Cina
Kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia.
Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai
berniaga.
Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek
Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara
Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur
dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang
tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.
Pakaian Tradisional Masyarakat Cina
Samfoo turut dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang
dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini
terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi
serta dipakai bersama seluar longgar
seperti seluar baju Melayu. Pakaian
ini biasanya diperbuat daripada kain
lembut seperti kain sutera.
Pakaian Tradisional Masyarakat Cina
Cheongsam atau disebut juga Qipao
merupakan pakaian wanita dengan
corak bangsa Tionghoa dan
menikmati kesuksesan dalam dunia
busana internasional. Nama
“Cheongsam” bererti “pakaian
panjang”, diterjemahkan ke dalam
Bahasa Inggeris dari dialek Propinsi
Guangdong (Canton) di Tiongkok.
Agama Masyarakat Cina
Latar belakang – Agama ke dua terbesar di Malaysia.
Majoriti penganut dari etnik Cina.
Asal Usul – Diasaskan oleh Siddharta Gautama.
Sumber – Lebih mementingkan aspek moral.
Perayaan Kaum Cina
Tahun Baru Cina
Disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina. - Menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalendar
Cina. -Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan
oleh mereka yang sudah berumahtangga.
-Pada malam Tahun Baru , kaum
keluarga sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk
upacara makan besar. Ini simbol eratnya
ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang
masyarakat harmoni.
Perayaan Kaum Cina
Pesta Tanglung/ Perayaaan Kuih Bulan
Disambut pada hari ke-15 bulan kelapan
dalam kalendar Cina. - Amalan memberi
kuih bulan kepada rakan-rakan dan
saudara-mara adalah bertujuan untuk
mengukuhkan ikatan persaudaraan kerana
kuih bulan dianggap sebagai lambang
penghormatan di dalam masyarakat Cina.
- Kanak-kanak akan mengangkat tanglung
pada malam tersebut.
Makanan Tradisional Kaum Cina
Kuih bakul Bakcang
Tangyuan
Kaum India
Kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia.
Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang
berbahasaTamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik,
luardaripada sistem kasta yang diamalkan di India.
Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya
merekayang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian
sari yang mewah.
Pakaian Tradisional Masyarakat Hindu
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum
lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada
kain yang bewarna putih. Kebanyakan
dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda
hari ini tidak berminat dengan pakaian
tersebut. Dhoti diperbuat daripada
lembaran kain putih yang panjang. Kain
tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik
kecil supaya kelihatan menarik.
Pakaian Tradisional Masyarakat Hindu
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan
dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai
pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua
meter lebar dan panjangnya pula antara lima
hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai
anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati
dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima
kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak
terurai.
Agama Masyarakat Hindu
Latar belakang – Dianuti oleh
sebahagian besar masyarakat India.
Upanishad, Ramayana Asal usul – Mengalami
evolusi semasa zaman
dan Mahabrata tamadun Lembah
Indus.
membentuk Etika
Hindu. – Objektif
adalah untuk
mencapai Moksha.
Sumber – Kitab Veda ( Rig, Sama, Yajur, & Atharva),
Perayaan Kaum India
Hari Deepavali
Ianya dirayakan pada bulan gelap
bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober
dan November. - Bermaksud ‘sebarisan
pelita’ dan dengan memasang pelita,
penganut Hindu percaya bahawa
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dakebijaksanaan mengatasi
kejahilan. -Dikebanyakan rumah, ‘rangoli’
iaitu lukisan yang dibuat daripada
tepung beras berwarna-warni akan
menyambut tetamu di hadapan rumah.
Perayaan Kaum India
Disambut oleh kaum India yang beragama Hari Thaipusam
Hindu bagi menghormati dewa Hindu,
Dewa Murugam. - Dirayakan pada bulan
“Thai” bulan kesepuluh dalam kalendar
Tamil. - Ia merupakan hari menunaikan
nazar atau memohon ampun di atas
dosa- dosa yang telah dilakukan selama
ini. -Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon
sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan
jika permohonan dikabulkan, maka satu
acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran.
Makanan Tradisional Kaum India
Murukku Kari
Roti canai
Sabah
Kadazan Dusun
Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.
Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun,mereka
digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang
serupa.
Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat
resam yang diamalkan.
Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi
terlibat dalam penanaman padi.
Pakaian Tradisional Masyarakat Kadazan Dusun
Pakaian istiadat masyarakat
Kadazan dari Penampang.
Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot
dan pakain kepala yang disebut
siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh
tapi dan selendang batik
dilengkapi tali pinggang .
Agama Masyarakat Kadazan Dusun
Latar belakang – Agama Kristian menganggap
Jesus sebagai jelmaan tuhan.
Penganut Kristian percaya kepada doktorin Triniti
iaitu Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.
Asal usul – Mazhab daripada kepercayaan orang
Yahudi yang menerima Jesus sebagai kristus.
Sumber – Bible: ada perjanjian lama dan baru.
Sarawak
Iban
Terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak
dan pelbagaiperhiasan tradisional.
Tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional
yang boleh memuatkanantara 20 hingga 100 buah keluarga
yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan ditepi jalan
raya.
Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama
Kristian sebagaipegangan, tetapi dalam masa yang sama masih
mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi
lambang tradisi masyarakat Iban.
Pakaian Tradisional Masyarakat Iban
Kain Sirat atau kain cawat
adalah pakaian asas Kaum Iban.
Sirat dipakai dengan cara
melilitnya dipinggang dan celah
kangkang.Wanita Iban memakai
kain sarung yang dipanggil
bidang. Bidang yang digunakan
sebagai pakaian harian tidak
banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya
dihias oleh reka corak jalur-
jaluran yang bewarna-warni.
Sebagai rakyat Malaysia, kita dilahirkan berbeza dan ini menjadikan
kehidupan kita berwarna warni dan ceria.
Oleh itu penting bagi kita untuk menghargai nilai nilai perbezaan
ini dan menghormati kepelbagaian tersebut.
Ini akan membantu kita menikmati kehidupan yang harmoni.
Tamat
Sekian Terima Kasih