Title Layout
SUBTITLE
• ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA
SURAT
BIL
1 PENGENALAN AHLI KUMPULAN
2 PENGHARGAAN
3 APA ITU PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4 SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
5 DEFINISI PERLEMBAGAAN
6 KONSEP KERTERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
7 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
8 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN
SIDANG REDAKSI E-MAJALAH
PENGHARGAAN
• Subjek Pengyatan Etika dan Peradaban mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika &
perabadan yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di malaysia untuk
memperteguhkan kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih
mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban
dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan
peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan
susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman
tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan
bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan
nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan
dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi
dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh
globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh
kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial
dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara.
Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi
telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di
Malaysia.
Definisi Perlembagaan Malaysia
• Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara
menjelaskan bentuk , struktur / tata , kegiatan sifat dan peraturanya yang
utama. Ia digubal dalam bentuk undang – undang penting yang biasanya
dikeluarkan oleh seorang penguasa ( baik seorang raja , maharaja / sultan)
lalu digunakan secara meluas dalam pengubalan undang – undang
berkanun . Undang – undang jenis ini adakalanya digubah mengikut
kerelevanan dengan ketua agama ( misalnya seorang paus sepertimana
yang lazim di Kerajaan – Kerajaan Dunia Kristian.)
Organisasi – Organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah :
Kerajaan – kerajaan & badan – badan kerajaan
Persatuan – Persatuan sukarela
Kesatuan sekerja
Parti – parti politik
Syarikat – syarikat.
Sesebuah organisasi mungkin diberi kuasa tertentu dengan syarat ia memenuhi
perlembagaan / piagam yang terhad ( CHARTER LIMITATION). Terma Latin ultra vires
merujuk kepada segala aktiviti yang terkeluar dari skop aktiviti yang dibenarkan oleh
perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya , sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah
dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar . Sekirannya
kesatuan ini masih melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajar ,
aktivitinya boleh dianggap sebagai ‘ ultr vires ’ . Satu contoh lagi ialah undang – undang
negeri . Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa atas
hal – hal perbankan , sebarang undang – undang negeri yang
melibatkan bank boleh sebagai termansuh / ‘ultra vires ’ oleh mahkamah persekutuan atau
mahkamah perlembagaan.
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan persekutuan malaysia ialah undang – undang tertinggi negara dan menjadi punca kepada semua
undang – undang . Oleh itu , untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal , maka beberapa garis
panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu :
• Perlembagaan menentukan apakah perkara persekutuan yang kerajaan persekutuan bolah lakukan dan perkara
Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan
• Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan parlimen / Dewan undangan Negeri
membuat undang – undang mengenainya . Contoh undang – undang yang boleh parlimen iaitu pertahanan ,
pelajaran , hal ehwal luar negara dan sebagainya . Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang –
undang di luar perkara persekutuan maka undang – undang tersebut adalah tidak sah .
• Kedudukan YDPA sebagai ketua negara , lambang taat setia rakyat , lambang negara , ketua parlimen , ketua
pemerintah dan sebagainya . Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan – halangan yang dikenakan oleh
perlembagaan . Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah menteri .
• Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan – sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan . Kuasa YDPA sebagai
ketiga – tiga cabang kerajaan . ( Perundangan , pentadbiran dan kehakiman ) juga tertakluk kepada sekatan –
sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan .
• Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara , tidak boleh menahan seorang warganegara dari
pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memanjarkan
mana – mana individu melainkan menurut undang – undang .
•
Peruntukan utama dalam perlembagaan
• Perlembagaan persekutuan dibentuk dengan mengambil kira
perkembangan sejarah Negara sebelum dan selepas penjajahan . Hal ini
diambil kira bagi merealisasikan cita – cita mewujudkan sebuah negara
yang demokrasi dan adil untuk semua pihak . Beberapa perkara telah
diletakkan sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti
kewarganegaraan , agama , Bahasa , kedudukan istimewa orang melayu
dan kebebasan asasi.
Hak – Hak asasi
Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntuknan dalam
bahagian – bahagian perlembagaan perseketuan . Kebebasan asasi boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan
terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majority dua
pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan perundangan . Perkara –
perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut :
• A) Kebebasan diri
• Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam fasal 1 , perkara 5
perlembagaan persekutuan yang memperuntukan tidak seorang pun boleh
diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang –
undang . Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera
sebab – sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh
seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri . Selain itu , seseorang yang
ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah kehadapan seorang majistret dalam
masa 24 jam .
•
• B) Keabdian dan kerja paksa
•
• Perkara 6 perlembagaan persekutuan malaysia , memperuntukkan bahawa
tidak seorang pun boleh sebab abdi dan kerja paksa . Segala jenis kerja paksa
adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang – undang , membuat
peruntukkan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud – maksud Negara .
Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap
sebagai kerja paksa .
• C) Kesamarataan di sisi undang – undang
•
• Perlembagaan persekutuan malaysia memperuntukan bahawa semua orang
adalah sama di sisi undang – undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama . Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh
dibezakan semata – mata atas sebab agama , kaum , keturunan atau tempat
lahir . Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam perkara 153 yang
memperuntukan layanan istimewa bagi orang melayu dan kaum bumiputera
yang lain di sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan
jawatan – jawatan dalam perkhidmatan awam , pemberian biasiswa – biasiswa
dan pengeluaran permit serta lessen .
•
• D) Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak .
•
• Perkara 9 perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa
tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri – negeri atau
ditahan daripada masuk ke dalam persekutuan . Setiap warganegara
berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin
• dimana – mana bahagain persekutuan . Walaubagaimanapun hal ini
tertakluk kepada undang – undang imiegresen yang berkaitan dengan
sabah dan Sarawak . Keadaan ini tertakluk kepada undang – undang yang
berkaitan dengan keselamatan persekutuan seperti ketenteraman awam
, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah .
• E) Kebebasan bercakap , berhimpun dan menubuhkan persatuan .
•
• Perkara 10 perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukan
kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap berhimpun dan
menubuhkan persatuan. Nmaun demikian , parlimen boleh
mengenakan sekatan tertentu bagi kepetingan keselamatan ,
ketenteraman awam atau moral . Adalah menjadi satu kesalahan untuk
menyoal perkara – perkara sensetif seperti hak – hak
• Keistimewaan orang melayu dan pengunaan Bahasa melayu sebagai
Bahasa rasmi .
• F) Kebebasan Beragama
•
• Sungguhpun perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntutkan
agama islam sebagai agama rasmi persekutuan , tetapi setiap
warganegara malaysia berhak mengamalkan agama masing – masing .
Setiap individu berhak untuk mengembangkan agamanya , tetapi
undang – undang negeri dan undang – undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa – apa iktikad atau
kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama islam.
Walaubagaimanapun , kebebasan diberikan kepada kerja – kerja
mubaligh di kalangan orang bukan islam .
• G) Kesamarataan dalam pelajaran
•
• Perkara 12 dalam perlembagaan persekutuan malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran . Tidak terdapat
sebarang perbezaan terhadap mana – mana warganegara
• Semata – mata kerana agama , kaum , keturunan , tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan iaitu :
•
• 1. Dalam pentadbiran mana – mana yayasan pelajaran yang diselanggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang
kemasukan murid – murid atau pelajar mengenai bayaran.
•
• 2. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi
• Menanggung atau membiayai murid – murid atau pelajar – pelajar di mana – mana yayasan pelajar tertakluk kepada perkara
153 .
•
• Tiap – tiap kumpulan agama diberi kebebesan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan – yayasan untuk pelajaran
kanak – kanak atau mengenai agama kumpulan itu . Selain itu , tidak terdapat perbezaan semata – mata sebab agama dalam
mana – mana undang – undang berkaitan dengan yayasan itu , tetapi dalam undang – undang persekutuan dan negeri ,
boleh mengadakan bantuan kewangan khas bagi menyelenggara yayasan islam atau mengajar mengenai agama islam
• kepada penganutnya . Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa – apa
ajaran mengenai apa – apa agama atau mengambil bahagaian dalam apa – apa
upacara atau sembayang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya
sendiri.
• KONSEP , KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI
• A) Konsep Tapak Integrasi
•
• Tapak integrase ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak
yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara
aman dan harmonis tanpa keganasan . Ada yang wujud di peringkat makro , meso (
pertengahan ) dan mikro .
•
•
• B) Keperluan Tapak Integrasi
•
• Tapak integrase sangat diperlukan oleh sebuah negara yang terdiri daripada rakyat
berbilang kaum seperti malaysia. Hal ini kerana tapak atau platform ini dilihat sebagai
suatu alat penting yang berperanan merapatkan jurang perbezaan sosial dengan
menggunakan titik persamaan sebagai usaha penyatupaduan. Tapak integrase ini akan
memainkan peranan penting seperti beriku :
• 1. Memastikan setiap peringkat daripada makro , meso , dan mikro
menjalankan tugas mengikut peranan masing- masing ke arah perpaduan .
•
• 2. Menjadikan satu asas kepada setiap usaha untuk mencapai perpaduan.
•
• 3. Memastikan usaha ke arah perpaduan sentiasa mengekalkan momentum dan
tidak hilang arah .
•
• 4. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum kerana masing – masing
mempunyai peranan ke arah memupuk integrasi dan perpaduan.
•
• 5. Memanfaatkan kepelbagaian masyarakat untuk mencapai kesatuan dan
perpaduan.
Penghayatan Tapak Integrasi
PLATFROM
INTEGRASI
MAKRO MIKRO MESO
MAKRO MESO MIKRO
Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan ( Rakyat perlu menyedari
berwajib menyedari NGO) bahawa segala usaha yang
bahawa setiap Perlu menjadi pihak yang disusun oleh pemimpin
keputusan dan dasar sedar dan menyedarkan tidak akan berjaya
yang diperkenalkan rakyat dan pemimpin melainkan dengan
perlu menjadi platform tentang kepentingan kerjasama rakyat di
untuk mencari titik kesatuan dan perpaduan bawah.
persamaan antara melalui program yang
kaum dilaksana
• Perlembagaan Persekutuan MAKRO
• Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan
negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin dan pejuang
kemerdekaan negara antaranya , Tunku Abdul Rahman , Tun Tan Cheng Loke
dan Tun V T Sambanthan . Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan .
•
• Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak neagara , iaitu kedudukan
Raja Berperlembagaan , Islam sebagai agama Persekutuan , Bahasa Melayu
sebagai Bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera sabah dan sarawak
• Tunku Abdul Rahman Tun V T Sambanthan Tun Tan Cheng Loke
• Raja berperlembagaan menjadi simbol perpaduan , Bahasa ibunda boleh
dipelajari , agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan
majority lainnya .
• Keluhuran Perlembagaan dalam prinsip Rukun Negara sebagai ejen
penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini .
•
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kesamarataan yang amat penting bagi mengelak berlakunya
diskriminasi dan ketidakadilan kapada rakyat termasuklah dari segi agama , bangsa , keturunan dan jantina
• Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 ogos 1970 susulan peristiwa 13
mei 1969 mengandungi lima prinsip iaitu :
• Kepercayaan kepada tuhan
• Kesetian kepada raja dan negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang – undang
• Kesopnanan dan kesusilaan
• Perlembagaan mengandungi asas – asas persetujuan dan persefahaman
antara pelbagai bangsa yang hidup di negara ini .
•
• Selain mengiktiraf hak warganegara semua bangsa , ia juga memberikan
kedudukan istimewa kepada orang melayu dan bumiputera , Bahasa melayu
, Agama islam dan Sultan – Sultan Melayu merupakan penduduk dan
pemerintah asal serta agama yang diamalkan kaum Bumiputera Tanah
Melayu . Sebarang usaaha membelakangkan perlembagaan tidak dibenarkan
kerana tidakan itu meyalahi undang – undang .
Senarai Yang-
DiPertuan Agong
Kementerian Perpaduan Negara
• Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 10 Mac 2020 dengan fungsi
utamanya adalah untuk memacu agenda perpaduan nasional bagi memastikan
kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia . Agenda ini direalisasikan melalui
usaha penyatupaduan untuk mengekal , memperkukuh dan membina tapak integrasi
untuk merapatkan hubungan muhibah dalam kalangan rakyat di malaysia .
•
• Kementerian ini memainkan peranan utama dalam memperkukuh dan
mengoptimumkan peranan jentera perpaduan di semua peringkat. Melalui Jabatan
Perpaduan Neagara dan Integrasi Nasional ( JPNIN ) , pelaksanaan program dan aktiviti
perpaduan di peringkat komuniti sentiasa dipergiatkan dari semasa ke semasa . Selain
itu pada tahun 2021 , kementerian ini juga telah melancarkan Dasar Perpaduan Negara
serta yang menjadi pemangkin kepada negara Malaysia yang mempunyai rakyat bersatu
padu , makmur dan harmoni .
•
• Kronologi Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara .
13 Mei 1969 Mageran
•Rusuhan kaum •Jabatan Perpaduan Negara
•Krisis integrasi diwujudkan
•1 julai 1970
Kementerian Perpaduan Majlis Penasihat Perpaduan
Negara dan Pembangunan Negara
Masyarakat •Jabatan Perpaduan Negara
•Jabatan perpaduan
Kementerian Perpaduan
Jabatan Perdana Menteri Negara
•Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional •2020
Dasar Perpaduan Negara
• Dasar ini dilancarkan oleh kerajaan pada 15 Februari 2021 berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menggariskan usaha
berterusan untuk memupuk , mengukuh dan memelihara perpaduan dalam
kalangan rakyat . Menurut perdana Menteri ketika itu , Tan Sri Muhyiddin Yassin ,
Dasar Perpaduan Negara ini adalah dasar bersama dan rakyat Malaysia adalah ejen
perpaduan negara yang mempunyai peranan yang bersama dalam menyelahkan
perpaduan yang sebenar dan bukan retorik semata – mata .
•
• Dasar Perpaduan Negara boleh dikatakan payung yang besar kepada segala dasar
yang dibentuk oleh kerajaan sejak mencapai kemerdekaan untuk
menyatupadukan rakyat .
Dasar Perpaduan Negara
Dasar ini dilancarkan oleh kerajaan pada 15 Februari 2021 berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk , mengukuh
dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat . Menurut perdana Menteri ketika itu , Tan Sri
Muhyiddin Yassin , Dasar Perpaduan Negara ini adalah dasar bersama dan rakyat Malaysia adalah
ejen perpaduan negara yang mempunyai peranan yang bersama dalam menyelahkan perpaduan
yang sebenar dan bukan retorik semata – mata .
Dasar Perpaduan Negara boleh dikatakan payung yang besar kepada segala dasar yang dibentuk
oleh kerajaan sejak mencapai kemerdekaan untuk menyatupadukan rakyat .
1969 Peristiwa 13 mei
Tragedi perbalahan kaum yang menceetuskan usaha – usaha serius ke arah
1970 perpaduan
1971 Pengenalan Rukunegara
2003 Diisytiharkan pada 31 ogos 1970 yang merupakan tunjang kepada perpaduan rakyat
Malaysia sehingga kini
2017
2019 Dasar Ekonomi Baru
2019 Diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat
Dasar Sosial Negara
Diperkenalkan untuk mewujudkan masyarakat yang maju dari segi ekonomi , social
dan teknologi
Dasar Keselamatan Negara
Memastikan negara kekal selamat dan berdaulat
Dasar Komuniti Negara
Diperkenalkan untuk melahirkan komuniti yang mampan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Membentuk , mewujud dan mengekalkan identity negara di kalangan dunia
antarabangsa
2021 Dasar Perpaduan Negara
Dasar menyeluruh untuk mengukuhkan usaha penyatuan masyarakat dan integrasi
nasional
• Memperkasa Sekolah Kebangsaan
• Antara Langkah yang boleh dijalankan adalah seperti :
• Tidak mengetepikan proses penguasaan Bahasa ibunda masing – masing
dengan melatih lebih ramai guru bagi mengajar Bahasa ibunda pelajar cina
dan tamil di sekolah – sekolah kebangsaan . Ini telah dilakukan dengan
kerajaan memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandrin dan Tamil
• Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan interaksi antara etnik.
• Mengadakan lebih banyak aktiviti antara etnik .
• Mengadakan program interaksi antara sekolah di samping mengelakkan
perkara – perkara berunsur perkauman berlakhu dan memasukkan unsur –
unsur interaksi etnik ke dalam kurikulam serta meningkatkan kemahiran
berinteraksi dengan etnik lain.
Apa itu sekolah wawasan ?
Sekolah wawasan merupakan satu konsep sekolah rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang
secara langsung kepada murid – murid dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas .
Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 adalah gabungan tiga sekolah berlainan aliran
dalam satu kompleks iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dalam satu
kawasan yang sama . Para pelajar berkongsi menggunakan kemudahan seperti padand dan kantin bagi membolehkan
mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain . Penempatan ketiga – tiga aliran ini di dalam satu kawasan
yang sama merupakan landasan terbaik untuk mewujudkan integrase dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara
evolusi sertaa semulajadi.
Strategi Perlaksanaan Sekolah Wawasan
Membina Sekolah baru di kawasan yang ramai penduduk berbilang kaum
Memindah atau mencantumkan dua atau tiga buah sekolah dalam satu kawasan.
Menambah aliran di sekolah – sekolah yang sedia ada .
Ciri Istimewa Sekolah Wawasan
Dua atau tiga aliran sekolah yang mempunyai pentadbiran sendiri yang diketuai oleh guru besar masing – masing .
Seorang daripada tiga guru besar ini akan dikenalpasti untuk melaksanakan tugas – tugas penyelarasan antara tiga
sekolah aliran tersebut . Hanya dilaksanakan dalam satu sesi dengan bilangan murid maksimum ialah 2520 orang
atau 840 orang murid bagi setiap aliran . Perlu ada kemudahan tambahan istimewa .
Kemudahan seperti :
Padang permainan
Kantin
Pusat sumber
Perpustakaan
Dewan
Gymnasium.
5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak .
Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah .
Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang .
Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor .
Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak .
Selain daripada Sekolah Wawasan terdapat juga Program Latihan Negara (
PLKN )
PLKN dilaksanakan mulai 16 februari 2004 .
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga ( JKMKT) telah ditubuhkan
pada 30 oktober 2002.
Objektif PLKN
Menanam semangat patriotism dan cintakan negara di kalangan generasi
muda atau remaja.
Mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrase nasional .
Membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai – nilai murni
Menanam semangat kesukaraleean di kalangan remaja.
Implikasi PLKN terhadap Perpaduan kaum.
Toleransi dan kerjasama setiap individu dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
Mengetahui adat , budaya , serta cara beragama pelbagai kaum.
Kebanyakan modul yang disediakan dalam PLKN memelukan persepakatan dan persepaduan antara setiap ahli tanpa
membezakan sesuatu kaum .
Konsep PLKN
Penyertaan : Lelaki dan wanita dari berbagai kaum.
Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun .
Jangkamasa : tidak melebihi enam(6) bulan.
Kurikulam mengambil kira kepelbagaian kaum
Melibatkan semua agensi kerajaa , swasta dan NGO
Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam
Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan
Menyeronokan
Menjadi proses pembelajaran yang menarik
Utamakan semangkat Muhibbah dalam semua aktiviti
Bilangan pelatih setiap kem adalah di antara orang
Pastikan pelatih tidak dibebankan denga subjek yang telah dilalui di sekolah
Mengurangkan kepadatan modul.
MESO ( PERTENGAHAN)
PERANAN NGO ( ORGANISASI BUKAN
KERAJAAN)
oNGO SOSIAL
Platfrom Integrasi
oNGO KESELAMATANB-MESO(BAWAHKEATAS) DAN HAK ASASI
oNGO PENDIDIKAN DAN KEAGAMAAN
(Mingst , 2004 ) menkrifkan NGO secara umunmya adalah swasta , pertubuhan sukarela , ahli – ahli adalah individual
atau persatuan yang dating bersama sama untuk mencapai tujuan yang sama. NGI mempunyai entity yang pelbagai
terdiri dariapada organisasi sepenuhnya tempatan atau organisasi sepenuhnya tempatan atau organisasi akar umbi
yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan merentasi dunia. NGO merupakan “ sector ketiga “ mewakili masyarakat
sivil dan beroperasi dalam persekitaran yang semakin bardaya saing pada hari ini.
Terdapat empat ciri utama badan bukan kerajaan (NGO) iaitu bersifat sukarela, bukan kepartian, tidak bermatlamatkan
keuntungan dan tidak melakukan aktiviti jenayah. Manakala (Goldie, 1997) telah menyenaraikan tujuh ciri NGO untuk
membezakan dengan pertubuhan yang lain iaitu :
A. Berdaftar secara rasmi
B. Organisasi berasingan daripada kerajaan
C. Berbeza daripada organisasi perniagaan
D. Diuruskan secara persenderian
E. Bersifat sukarela
F. Bukan bermotifkan dakwah
G. Tidak terlibat dalam kempen pilihan raya .
1. Rumah Terbuka
Rumah terbuka ini akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba
musim perayaan . Setiap etnik di malaysia akan sering kunjung – mengunjungi ke
rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik . Dalam aktiviti ziarah ini , setiap
etnik akan menitikberatkan ciri sensitiviti yang ada pada agama dan kaum
tertentu . 2
2. Penerimaan Budaya
Dewasa ini , masyarakat bukan melayu mula menerima budaya orang melayu dari segi pakaian dan makanan.
Contohnya , orang bukan melayu segak menggayakan baju kurung dan baju melayu terutamanya pada hari
jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar – pelajar sekolah bukan melayu .
Bagi orang melayu pula , mereka mula menerima masakan cina dan india serta pemberian duit raya telah
menggunakan sampul atau ‘ angpau’ yang terkenal di kalangan orang cina . Dewasa ini juga telah kelihatan di
taman – taman perumahan , terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini
akan menggalakan lagi hubungan etnik di kalangan rakyat melalui aktiviti setempat .
3. Rukun Tetangga
MPP sewajarnya menggalakkan mahasiswa mengikuti perpaduan atau sektretariat rukun negara dengan
pengecualian kredit sebagai keistimewaan
Aktiviti kokurikulum seperti program sukan, ceramah, pameran perlu dipergiat dan dipertingkatkan di kalangan
mahasiswa pelbagai kaum.
Contohnya: kawad kaki beruniform
Aktiviti khidmat masyarakat merupakan peranan penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman antara
semua kaum
Contohnya : gotong royong
Peranan Rukun Tetangga
Membina komuniti dengan menggalakkan penyertaan dan tanggungjawab kepada Rukun Tetangga masing – masing
dalam membangunkan komuniti .
Menjadi jambatan antara pemimpin dan juga orang ramai di mana Rukun Tetangga menjadi platform kepada kedua –
dua belah pihak melalui aktiviti social
Meningkatkan keupayaan komuniti untuk menghadapi cabaran perubahan social , corak kehidupan dan system
kekeluargaan.
Meningkatkan kualiti kehidupan melalui perkhidmatan sosial , terutamanya kepada kelompok – kelompok yang
berpendapatan rendah , golongan kurang upaya dan kelompok – kelompok istimewa yang harus dibantu .
Menggalakkan penyertaan yang aktif dalam kalangan ahli , dalam usaha membasmi kemiskinan – ‘ Satu Sektor KRT
Satu Pro
Tapak Integrasi Tidak Rasmi
Usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 bermula tahun 2020 telah
mengetepikan jurang pemisah antara rakyat Malaysia dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi perpaduan yang telah
sedia terjalin . Rakyat bersatu dalam mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) , ingat – mengingat dalam aspek
penjarakan sosial , menghormati pasukan keselamatan dan anggota barisan hadapan serta bersedia menawarkan diri
sebagai sukarelawan .
Cabaran dan tafsiran semasa terhadap perlembagaan
persekutuan
• Penggunaan UDHR sebagai bahan rujukan dalam
Hak Asasi Manusia mentafsirkan peruntukkan
• Perlembagaan dan undang - undang
Kegiatan • Tafsiran yang umum berkaitan kegiatan
subversif subversive dalam Perlembagaan Persekutuan
Berdasarkan Keperluan semasa.
Kontrak • Persetujuan tidak termaksub dalam
Sosial Perlembagaan Persekutuan yang diterima orang
melayu dan Bukan Melayu .
Apakah Hak Asasi Manusia ?
• Hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi
setiap insan sebagai seorang manusia . Hak – hak tersebut menjamin maruah dan harga diri
insan manusia serta menggalakkan kebaikan insani . Hak asasi manusia berbentuk sejagat ,
tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung . Asas bagi setiap hak asasi manusia ialah
kefahaman bahawa setiap insan manusia mempunyai maruah dan harga diri. Pertubuhan
bangsa – bangsa bersatu telah mendokumenkan hak – hak asasi manusia yang patut
dimilikan oleh setiap insan manusia di dalam perisytiharan hak asasi manusia sejagat (
UHDR ) untuk memastikan maruah dan harga diri manusia adalah dihormati dan
dilindungi . Universal declaration of Human Right ( UHDR ) digunakan sebagai bahan
rujukan dalam mentafsirkan perlembagaan undang – undang hak asasi manusia sangat
mustahak untuk rakyat Malaysia . Contohnya , hak pendidikan untuk orang ramai telah
terjejas . Sejak akhir tahun 90-an , Malaysia telah mengalami peningkatan trend
penswastaan pendidikan tinggi. Ini boleh dilihat menerusi jumlah institusi pendidikan
swasta yang meningkat kepada 485 ( 69 university , 36 kolej university dan 380 kolej) pada
tahun 2015, berbanding dengan hanya 33 university awam pada tahun yang sama. Hasilnya ,
pelajar daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah . Walaupun dengan kelayakan
pendidikan yang bagus , akan menghadapi cabaran yang lebih sukar untuk mendaftar
masuk pendidikan tinggi , dan pelajar daripada golongan berpendapatan tinggi . Dengan
ini, Malaysia telah memberikan hak pendidikan kepada rakyat Malaysia.
Kegitan Subversif
• Kegiatan sunversir ialah kegiatan yang dijalankan oleh individu atau pentubuhan yang menggunakan
cara yang salah di sisi undang – undang atau perlembagaan bermaksud untuk menghancur dan
membinasakan ketenteraman yang ada dengan cara meracuni pemikiran rakyat supaya
menggulingkan kerajaan. Kemerdekaan dicapai dalam keadaan darurat . Dalam keadaan subversive
begitu jelas dengan ancaman pihak komunis pada era 40 – an lalu yang bergiat di dalam hutan dan
melancarkan serangan. Bersedia dengan keadaan itu , perlembagaan ada perkara , Cuma dengan
modus operandi yang berbeza. Namum begitu , sekiranya perlembagaan ditaati , Perlembagaan kita
mampu menghadapi ancaman subversif. Tetapi sebagai peruntukan yang hanya menggariskan
prinsip umum dalam tatacara pentadbiran negara , Perlembagaan perlu disokong oleh undang –
undang lain bagi tujuan pelaksanaan hasrat perlembagaan itu . Sebagai contoh seksyen 73 Akta
keselematan dalam negeri memberikan kuasa kepada pihak polis mempunyai ‘ alasan untuk
mempercayai ’ bahawa seseorang itu boleh mengugat keselamatan negara . Dia boleh ditahan selama
60 hari .Perkara 149 ialah perlembagaan tentang perundangan menentang perubatan subvesif. Hal
ehwal yang berkaitan dengan subversif terkandung dalam Perlembagaan persekutuan . Menerusi
perkara 149 , parlimen diberi kuasa dalam menentang perbuatan subversif , keganasan dan jenayah
yang memudaratkan orang awawm. Parlimen boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang
menyebabkan keganasan , menyebarkan hasutan , membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
Yang di- Pertuan Agong dan menimbulkan sentiment perkauman sehingga memudaratkan
ketenteraman awam . Tindakan yang dikenakan dibawah kuasa parlimen ini tidak terikat dengan hak
asasi manusia seperti kebebsan diri , kebebasan bergerak , kebebasan bersuara dan kebebasan
memiliki harta .
• Contoh cabaran hak asasi yang lain ialah apabila seorang bayi yang baru dilahirkan dibuang
ditepi jalan mahupun dimana – mana kawasan . Bayi tersebut semestinya tidak mendapat
keperluan asas kehidupan yang mencukupi disitulah cabaran yang akan dihadapi untuk
membentuk hak asasi manusia yang sempurna . Kebebasan tanpa batas seperti yang sering
dilaungkan apabila manusia menuntut hak induvidu sangat bercanggah dengan sifat hak
asasi yang berasaskan kebebasan individu dan keadilan masyarakat. Memang benar hak
asasi mempertahankan hak setiap individu , tetapi sekiranya hak individu menafikan hak
masyarakat . Hak individu harus diketepikan untuk menjamin keadilan yang lebih penting
dan manfaat yang lebih besar . Hari ini , ramai yang memahami hak asasi dalam konteks
hak tanpa batasan . Atas sebab itu sekatan ke atas hak asasi individu yang bertujuan
menjaga gangguan lebih besar dikatakan penafian hak asasi dan perlu ditentang oleh sebab
itu hak asasi dalam deklarasi antarabangsa bersifat umum , kerana ia bertujuan memberi
peluang kepada negara di dunia merangka hak asasi dalam konteks setempat dengan syarat
tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan hak asasi manusia . Sebagai masyarakat
yang bertamadun tinggi , kita seharusnya sedar bahawa kehidupan ini adalah berdasarkan
keamanan seperti yang disaran oleh setiap agama di dunia inin dan juga menghormati hak
asasi manusia yang sedia ada. Kini , sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat dunia
menyuarakan pendapat mereka terhadap isu – isu hak asasi manusia melalui perhimpunan
aman dengan tujuan suatu resolusi dapat dikecapi.
RUJUKAN
• https://coggle.it/diagram/X3nLkXiILE4MBWi4/t/tiga-platform-intergrasi
• https://integrasiperlembagaan.blogspot.com/
• https://dnuraida128.blogspot.com/2021/04/65-cabaran-dan-tafsiran-semasa-terhadap.html
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan
• BUKU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ( EDISI KEMASKINI )
PENERBIT : MUNIRAH MUSTAFA
MOHAMAD BAZLI MD RADZI
NAIMAH GHAZALI
WAN MOHD TARMIZI WAN OTHMAN
MOHHAMAD FAIZAL AHMAT
MOHAMMAD TARMIZI BALYA