The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60376165, 2022-04-26 10:51:17

TINTA AR RAIHAN RAMADAN 2022

SK TAMAN SEROJA

Keywords: MELESTARI GERAKAN DAKWAH,WADAH DAKWAH SKTS

DITERBITKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB,
SK TAMAN SEROJA, BIL 36: TAHUN KE-14/2022

Alhamdulillah. Pada bulan Ramadan al-Karim yang
menjelma lagi kita masih diberi peluang menghirup
wangian Ramadan pada tahun ini. Sesungguhnya,
Ramadan ini menjadi medan tarbiyah untuk kita
mengenal erti bersyukur atas sekian banyak nikmat yang
dikurniakan kepada kita.

Antara sedar dan tidak, kewajiban berpuasa Ramadan sedikit sebanyak
mampu membelai jiwa kita untuk merasai ujian yang dihadapi oleh orang-orang
di sekeliling kita. Sama ada kita cakna atau tidak, bergantung kepada
sejauhmana keimanan kita kepada Allah. Wujudnya mereka merupakan peluang
buat untuk kita bersama-sama menyantuni mereka agar mereka dapat turut
serta dalam menjalani ibadah berpuasa seterusnya berhari raya kelak dengan
lebih sempurna. Dalam keterbatasan kita untuk membantu, percayalah, sedikit
bantuan berupa wang ringgit, barangan atau tenaga yang tulus ikhlas dari hati
amat besar pada penilaian Ilahi.

Sesuatu yang disayangi tetapi diinfaqkan demi menyantuni golongan yang
kurang berkemampuan diibaratkan sebagai pohon hijau yang menerbitkan
banyak cabang berterusan hingga berdaun lebat. Semoga rimbunan tumbuhan
itu mampu memayungi kita di akhirat kelak serta menjadi asbab terbukanya
pintu syurga buat sesiapa yang berinfaq yang kekal abadi.

Detik-detik pengakhiran Ramadan semakin hampir tanpa dapat kita
pastikan adakah Ramadan pada tahun berikutnya akan kita temui? Semoga
kesan imtihan di sepanjang bulan Ramadan selama sebulan mampu
mengembalikan kita kepada fitrah. Harapan itu sejajar dengan perumpamaan
Ramadan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya
kebebasan atau kembali kepada fitrah jiwa muslim yang berterusan
mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Esa.

Akhir kalam, selamat meneruskan ibadah berpuasa yang berbaki kurang 10
hari lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sehingga bertemu
lagi pada edisi uang lain pula.

En. Mohamad Azami bin Ismail 2
Guru Besar
SK Taman Seroja
Sekolah Kluster Kecemerlangan

TARBIYAH

MENGGAMIT SYAWAL DENGAN ISTIQAMAH

Ramadan merupakan madrasah yang mencetuskan momentum untuk kebaikan yang
akan diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. Aidilfitri selepas ini merupakan jejak
permulaan menentukan keberhasilan daripada natijah Ramadan, adakah kita mampu
mengundang kebaikan dan pahala sepertimana yang dilakukan pada bulan Ramadan?
Adakah istilah istiqamah terus menerajui diri sendiri biar pun bulan yang penuh
dengan imtihan sudah berlalu pergi? Di sinilah pentingnya kekuatan dalaman yang
perlu dicetuskan hasil daripada istiqamah yang berpanjangan. Oleh itu, panduan untuk
beristiqamah dengan amal ibadah persis ketika Ramadan dicadangkan di sini untuk
perkongsian kita bersama-sama.

1) Solat fardhu pada awal waktu sepertimana kita menunaikan solat di
awal waktu bagi solat Subuh selepas bersahur dan solat Isyak sebelum
melaksanakan solat sunat Tarawih.

2) Lazimi solat sunat sepertimana kita berusaha melapangkan waktu
untuk menunaikan solat tahajud di sepertiga malam sebelum bersahur
dan solat tarawih setiap malam Ramadan.

3) Berinfaq atau bersedekah sepertimana kita memperuntukkan sedikit
wang pada setiap hari dalam bulan Ramadan untuk bersedekah kepada
golongan yang memerlukan.

4) Berpuasa sunat terutamanya puasa 6 hari dalam bulan Syawal
sepertimana kita bermujahadah berpuasa selama sebulan dengan penuh
ketaqwaan.

5) Budaya membaca al-Quran seperti mana kita mencari ruang dan masa
untuk membaca al-Quran bagi mendapatkan fadilatnya sepanjang bulan
Ramadan.

3

4

5

6

7

5 KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL DAN AMALAN
PENTING YANG HARUS DILAKUKAN

Tidak terasa seminggu lagi bulan Ramadan akan berakhir yang akan digantikan dengan
bulan Syawal. Umat Dalam pada sedih berpisah dengan Ramadan, umat islam dianjurkan
untuk bergembira dalam meraikan Aidilfitri pada tanggal 1 Syawal. Tidak hanya Ramadan,
bulan Syawal turut memiliki perbagai keistimewaan dan keutamaan yang mendatangkan
kebaikan bagi umat yang mengamalkan sunnahKeistimewaan bulan Syawal seharusnya
disyukuri dengan beribadah kepada Allah SWT. Bulan Syawal adalah bulan kedua terbaik
setelah bulan Ramadan. Jadi, berakhirnya bulan Ramadan bukan berarti berakhir pula
amalan-amalan baik berpahala besar yang biasa didapatkan ketika bulan Ramadan. Tetapi
harus berterusan dan semakin ditingkatkan pada bulan Syawal.

Setelah berpuasa selama Takbir terbagi dua jenis
sebulan pada iaitu takbir mursal dan
bulan Ramadan, berpuasa takbir muqayyad. Takbir
selama enam hari pada bulan mursal adalah lafaz takbir
Syawal juga diberi ganjaran yang tidak terikat waktu
berupa pahala yang sama
dengan berpuasa selama sehingga dianjurkan
setahun penuh bagi hamba- sepanjang malam, seperti
Nya.
takbir di malam Aidilfitri
dan Aidiladha.

Pahala Bulan takbir
setahun
berpuasa

Tingkatkan Menjaga
silaturrahim solat malam
dan ibadah
Bulan Syawal adalah bulan
penuh barakah dan ampunan sunnah
dari Allah SWT. Maka lainnya
sewajarnya pula hamba-
hamba-Nya untuk saling Ada baiknya jika seluruh
memaafkan antara satu amalan sunnah yang biasa
dengan yang lainnya. kita lakukan selama bulan

Ramadan, jangan sampai
terputus saat bulan Syawal.

8


Click to View FlipBook Version