ILUSTRASI: NUR
AUDIO: USTAZ MUHD FAIZ BIN KHALID
إ َّن َما الأ ْع َما ُل بال ِّن َّيا ِّ ِت
Maksudnya:
“Sesungguhnya amalan itu dinilai dengan niat”
Pengajaran
1. Setiap perbuatan hendaklah dilakukan kerana Allah.
2. Niat yang baik adalah sifat terpuji
3. Perbuatan yang baik diniatkan kerana Allah, akan mendapat pahala.
ِّإ َّن ال َّل َه َح َّر َم َع َل ْي ُكِ ْم ُع ُقو َق ال ُأَّم َها ِّ ِت
خرجه مسلم Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mengharamkan kamu menderhakai ibu-ibu kamu.”
Pengajaran:
1. Allah menyuruh kita taat kepada ibu bapa.
2. Anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa akan masuk Syurga.
3. Orang derhaka kepada ibu bapa dilarang masuk syurga.
4. Sayangilah ibu bapa kita sebagaimana dia mengasihi kita
خرجه مسلم ال ُّط ُهوُر َش ْط ُِرالِّإي َما ِّ ِن
Maksudnya:
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”
Pengajaran:
1. Orang beriman sentiasa menjaga kebersihan.
2. Allah suka kepada hambanya yang bersih.
3. Kebersihan adalah lambing keperibadian seseorang.
4. Orang yang beriman adalah orang yang mengutamakan kebersihan..
لا َي ْش َرَب َّن َأ َح ٌد ِّمِ ْن ُك ْم ََا ِّ ًما
خرجه مسلم
Maksudnya:
“Jangan sekali-kali kalian minum sambal berdiri.”
Pengajaran:
1. Sebaik-baik akhlak semasa makan dan minum ialah duduk.
2. Rasulullah melarang umatnya makan dan minum sambal berdiri.
3. Makan dan minum berdiri membahayakan kesihatan..
َِو َما ُأ ْع ِّط َي َأ َح ٌد َع َطا ًء َخ ْي ًرا َِوَأ ْو َس َع ِّم َن ال َّص ِْب ِّر
متفق عليه Maksudnya:
“Tiadalah anugerah diberikan kepada seseorang teramat baik dan amat
luas melainkan sifat sabar.”
Pengajaran:
1. Sabar adalah sifat yang terpuji.
2. Sabar adalah sifat orang beriman
3. Bersabarlah ketika susah dan sedih
رواه التخاري ِّإ َّن ال َح َيا َء ِّم َنِ الِّإي َما ِّ ِن
Maksudnya:
“Malu itu sebahagian daripada iman.”
Pengajaran:
1. Malu adalah sifat yang terpuji.
2. Orang beriman mengunakan sifat malu pada tempatnya.
3. Jangan malu bertanya di dalam mencari ilmu pengetahuan.
ِلا َي ْج َت ِّم ُِع ُّش ُّحِ َوِّإي َما ٌنِ ِِّفي ََ ْل ِّبِ َر ُجلِ ُم ِْسِّلم
قطعة من حديث في مسند الإمام أحمد Maksudnya:
“Tidak berhimpun sifat bakhil dan iman dalam hati seseorang lelaki muslim.”
Pengajaran:
1. Allah benci orang yang kedekut.
2. Sifat kedekut adalah sifat yang keji
3. Orang kedekut hidupnya tidak berkat.
ل َا َي ْد ُخ ُل ا ْل َِج َّن َة َن َِّما ٌِم
خرجه مسلم
Maksudnya:
“Tidak masuk syurga penghasut.”
Pengajaran:
1. Sifat suka menghasut adalah sifat yang dicela
2. Sifat suka menghasut boleh memecahbelahkan masyarakat.
3. Jauhilah sifat suka menghasut.
ُي ْست َجا ُب ل َأ َح ِد ُكم َمَا َلم َي ْع َج َْل
رواه التخاري Maksudnya:
“Diperkenankan doa bagi setiap kamu selama mana kamu tidak gopoh”.
Pengajaran:
1. Allah menerima doa hamba-hambaNya yang sabar.
2. Seorang Muslim mesti banyak berdoa dan tidak putus asa.
3. Bersikap gopoh ketika berdoa adalah tidak beradab.
4. Sentiasa bersangka baik kepada Allah bahawa doanya akan diperkenankan.
5. Allah akan memberi kemenangan dunia dan Akhirat kepada orang beriman.
َأِ ِْف َضِ ُلِ ا ُلِؤ ِّمِ ّنِي َنِ َأِ ِْح َسِ ُنُِِهم ُخِ ُلِ ًقِا
رواه البيهقي والحاكم وصححه الألباني Maksudnya:
“Sebaik-baik orang Mukmin ialah yang elok budi pekertinya”.
Pengajaran:
1. Akhlak mulia ialah beriman kepada Allah dan tingkah laku yang baik.
2. Orang yang beriman mesti berakhlak mulia.
3. Contohilah Rasulullah kerana Baginda memiliki akhlak yang paling baik.