Sajak:
Istimewa Malaysia
ISTIMEWA
MALAYSIA
-Cikgu Humaira-
Istimewanya kita,
Dalam sebuah negara namun mewah bangsanya,
Dalam pelbagai nama namun semangat juang yang sama,
Walau warna kulit kita berbeza,
Tapi kita bersatu atas nama Malaysia…
Istimewanya kita,
Berganding bahu memajukan negara,
Berhubung dengan satu bahasa,
Walau pelat walau kadang tidak sempurna,
Namun itulah namanya Malaysia…
Istimewakah kita?
Jika tolak-ansur dan hormat-menghormati diabaikan,
Jika saling tuduh-menuduh dan merendah-rendahkan,
Jika benci-membenci menjadi amalan,
Maka yang istimewa itu menjadi beban…
Istimewalah kita,
Apabila benar nilai murni itu diamalkan,
Apabila pengajaran daripada peristiwa lalu dititikberatkan,
Apabila bersatu teguh, bercerai roboh dijadikan pegangan,
Maka, istimewanya Malaysia itu benarlah wujud.
KATA
ADJEKTIF
Yang terdapat dalam sajak
➔ istimewa (keadaan)
➔ mewah (keadaan)
➔ pelat (pancaindera)
➔ sempurna (keadaan)
➔ hormat (perasaan)
➔ benci (perasaan)
➔ murni (perasaan)
➔ teguh (keadaan)