The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bnm ringgitwise, 2018-11-01 23:45:33

Sek Men Final

Sek Men Final

Sekolah Menengah
Mencari Pengurus Kewangan Bijak

Lampiran 1

Stesen 1

Anda menyimpan RM 1000.00 dalam akaun bank. Bank membayar 4.2% setahun ke
atas simpanan tersebut.

Hitung jumlah wang dalam akaun bank setelah anda menyimpan selama dua tahun.

Jawapan stesen 1: RM 1085.76
Pengiraan: RM1000 X (1.042)2

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<47

Sekolah Menengah
Mencari Pengurus Kewangan Bijak

Lampiran 2

Stesen 2

Berikut ialah senarai penerimaan dan penggunaan wang saku Mansur selama lima hari:

22 Jan. 2007 Baki b/b RM26
Wang saku mingguan RM15
Makan tengah hari RM2
Alat tulis RM3

23 Jan. 2007 Makan tengah hari RM2
Buku latihan RM4

24 Jan. 2007 Upah daripada Mak Cik RM20
Makan tengah hari RM2
Buku cerita RM12

25 Jan. 2007 Makan tengah hari RM2
Buah-buahan RM2

26 Jan. 2007 Makan tengah hari RM2

Anda dikehendaki merekodkan penerimaan dan penggunaan wang saku Mansur dalam
Buku Wang Saku. Hitungkan baki b/b pada 26 Januari 2007.

48<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Mencari Pengurus Kewangan Bijak

Jawapan Stesen 2
Rekod catatan harian wang masuk dan keluar bagi bulan Januari 2007
Minggu ke-4

Wang Masuk Wang Keluar Baki b/b
(A) (B) (A-B)
RM
Tarikh Sumber RM Penggunaan RM
22/01/07 26 Makan tengah hari 2 36
Baki b/b 15 3
Wang saku 41 Alat tulis 5

23/01/07 Baki b/b 36 Makan tengah hari 2
Buku latihan 4
6 30
36

24/01/07 Baki b/b 30 Makan tengah hari 2
Upah
20 Buku cerita 12

50 14 36

25/01/07 Baki b/b 36 Makan tengah hari 2
Buah-buahan 2
4 32
36

26/01/07 Baki b/b 32 Makan tengah hari 2
32 2
30

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<49

Sekolah Menengah
Mencari Pengurus Kewangan Bijak

Lampiran 3

Stesen 3
Jika kadar pertukaran mata wang USD1 bersamaan RM3.25, hitungkan nilai USD1,200
dalam Ringgit Malaysia.

Jawapan stesen 3: USD1,200 X 3.25 = RM3,900

50<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Mencari Pengurus Kewangan Bijak

Lampiran 4

Stesen 4

Berdasarkan jawapan di Check Point 3, lengkapkan jadual agihan perbelanjaan bulanan
anda dalam RM.

Jawapan stesen 4

Makanan dan minuman : RM1950

Simpanan : RM780

Bil-bil : RM390

Keperluan peribadi : RM390

Pakaian : RM195

Perubatan : RM195

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<51

Sekolah Menengah

TAJUK 10 : BUDAYA MENYIMPAN WANG

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 2 jam.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan
dapat:
1. Menilai kebaikan menabung.
2. Menerangkan cara menyimpan wang.
3. Memberi contoh perbelanjaan yang tidak

berhemat.

Persediaan awal:
1. Guru mengumpul risalah-risalah mengenai

akaun simpanan remaja yang terdapat di
institusi kewangan.
2. Guru menyediakan manila kad dan marker pen pelbagai warna.

Set induksi:
1. Guru membawa keratan akhbar mengenai akaun simpanan yang terdapat di institusi
kewangan angkat.
2. Guru mengumpul poster mengenai akaun simpanan kanak-kanak daripada institusi
kewangan angkat.
3. Sesi soal jawab guru dengan pelajar mengenai topik menarik, contoh: kereta idaman dan
tempat pelancongan. Guru menyediakan poster menggambarkan kereta mewah/rumah
banglo/taman tema.

Contoh soalan:
1. Siapa ingin memiliki kereta mewah ini?
2. Bagaimana kita boleh memiliki kereta mewah ini?
(Contoh jawapan: Dengan amalan berjimat cermat)

Pengenalan:
1. Guru menyarankan supaya setiap pelajar perlu memupuk tabiat suka menabung. Tabiat

suka menabung dapat menghalang kita daripada membeli barangan yang tidak perlu di
samping dapat menjimatkan wang. Di samping itu, menabung juga dapat menolong kita
semasa kecemasan dan membolehkan kita mencapai cita-cita kita pada suatu hari kelak.
2. Guru bertanya pelajar siapakah antara mereka yang mempunyai tabung di rumah atau
akaun simpanan di institusi kewangan. Jika ada, guru akan mengucapkan tahniah atas
inisiatif mereka dan menjadikannya contoh kepada pelajar lain.
3. Guru memberitahu pelajar bahawa menabung itu adalah mudah. Sebagai permulaan kita
boleh menyediakan buku catatan wang harian (Buku Wang Saku) dan mendisiplinkan
diri supaya tiap-tiap hari kita mesti menabung (tertakluk kepada kemampuan) ke
dalam tabung. Bila tabung telah penuh ajak ibu bapa pergi ke institusi kewangan untuk
membuka akaun simpanan kanak-kanak/remaja.

52<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Budaya Menyimpan Wang

Penerangan Aktiviti
i. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan terdiri daripada empat orang

dalam setiap kumpulan.
ii. Pelajar perlu memberi nama kumpulan masing-masing dan sebab nama itu dipilih.
iii. Guru memberi satu soalan kepada setiap kumpulan dan seterusnya mengedarkan

manila kad dan marker pen.
iv. Setiap kumpulan perlu berbincang sesama sendiri tentang jawapan yang akan

dibentangkan.
v. Jawapan yang akan dibentangkan perlu disediakan atas manila kad yang disediakan.
vi. Manila kad boleh ditulis dalam pelbagai warna dan gambar boleh dilukiskan untuk

menarik perhatian kelas.
vii. Pembentangan boleh dibuat oleh seorang pelajar (tetapi kesemua pelajar mesti berada

di hadapan) atau oleh kesemua pelajar secara bergilir-gilir.
viii. Guru boleh merujuk kepada contoh jawapan yang disediakan untuk panduan pelajar.
ix. Untuk aktiviti kedua, pelajar dikehendaki mencipta lirik lagu mengenai amalan sikap

suka menabung mengikut rentak sendiri. Guru boleh merujuk kepada contoh lagu yang
disediakan.

Aktiviti 1
Guru bertanya soalan berikut:

Soalan 1
Kenapa kita perlu menyimpan wang?

Contoh jawapan (untuk rujukan guru sahaja)
i. Memupuk sikap bijak berbelanja dengan tidak membeli barangan yang tidak perlu.
ii. Menyimpan wang untuk mencapai cita-cita masa hadapan.
iii. Membantu pelajar membeli kelengkapan sekolah jika ibu bapa tidak mempunyai wang.

Soalan 2
Bagaimana cara pelajar menyimpan wang?

Contoh jawapan (untuk rujukan guru sahaja)
i. Bila ibu bapa kita memberi wang saku setiap hari pastikan sejumlah wang disimpan.
ii. Cuba elakkan daripada mengeluarkan wang tersebut melainkan jika keadaan

mendesak.
iii. Bila tabung sudah penuh ajak ibu bapa anda pergi ke institusi kewangan untuk

membuka akaun simpanan kanak-kanak.
iv. Jika pada masa perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, pelajar mendapat

sejumlah wang yang banyak, jangan belanja semuanya. Simpanlah sedikit dalam
tabung.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<53

Sekolah Menengah
Budaya Menyimpan Wang

Soalan 3
Berikan sebab kenapa sesetengah pelajar tidak suka menyimpan wang
Contoh jawapan (untuk rujukan guru sahaja)
i. Duit yang diberi oleh ibu bapa dihabiskan oleh pelajar untuk membeli pelbagai jenis

barangan yang bukan keperluan.
ii. Pelajar tidak nampak keperluan menabung kerana mereka daripada keluarga yang

berada.
iii. Tabiat pelajar yang boros berbelanja.
Soalan 4
Berikan contoh perkara yang tidak berhemat dilakukan oleh pelajar mengenai perbelanjaan
Contoh jawapan (untuk rujukan guru sahaja)
i. Menelefon rakan menggunakan telefon bimbit secara tidak berhemat seperti berbual

kosong yang tidak membawa manfaat.
ii. Bermain permainan video dengan membuang masa, duit dan mungkin juga terdorong

kepada perkara yang tidak sihat.
iii. Merokok.
iv. Melepak di pusat membeli belah dan boros berbelanja.
Soalan 5
Mengapa anda ingin menyimpan wang?
Contoh jawapan (untuk rujukan guru sahaja)
i. Ingin membeli rumah dan kereta besar.
ii. Ingin melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang doktor.
iii. Ingin membantu ibu bapa yang susah.
iv. Untuk membolehkan saya membeli sebuah telefon bimbit yang canggih.
v. Ingin melancong dan membeli belah di luar negara.

54<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Budaya Menyimpan Wang

Aktiviti 2
Untuk aktiviti yang terakhir, setiap kumpulan perlu menyanyi sebuah lagu mengenai sikap
menyimpan wang. Lirik perlu dicipta sendiri tetapi rentak boleh mengikut rentak lagu yang
biasa kita dengar.

Contoh lagu

Marilah kita menyimpan wang
Walaupun sedikit tidak mengapa
Jangan rakan bersikap boros
Nanti hidup kita yang susah

Janganlah kita bersikap boros
Kerana itu amalan buruk
Sikap menyimpan perlu dipupuk
Untuk membina hidup yang cerah

Oleh itu teruskan usaha
Menyimpan itu amalan bijak
Mari kawan kita berusaha
Untuk kesejahteraan di masa hadapan

Ulang rangkap kedua dan ketiga
(Rentak: Ikan kekek)

Penutup:
1. Pada akhir sesi guru memberi dan menerangkan semula jawapan yang betul.
2. Guru menerangkan betapa pentingnya pengetahuan tentang amalan menabung.
3. Guru meminta pelajar mencari maklumat tentang jenis akaun simpanan yang lain bagi

sesi perjumpaan yang akan datang.

Disediakan oleh:
Kumpulan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<55

Sekolah Menengah

TAJUK 11: KERJAYA DALAM BIDANG INSURANS HAYAT

Peruntukan Masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenali dengan lebih dekat bidang insurans

hayat.
2. Mempertimbang menjadikan bidang

insurans hayat sebagai kerjaya apabila tamat
pembelajaran.
3. Menanam minat terhadap kerjaya dalam
bidang insurans hayat.

Persediaan awal:
1. Guru perlu mendapat maklumat berkenaan insurans hayat dan peluang-peluang

perkerjaan dalam industri ini. Sila lihat bahan rujukan seperti di lampiran.
2. Penggunaan makmal sekolah yang mempunyai kemudahan internet.

Set induksi/pengenalan:
1. Guru memberi penerangan tentang insurans hayat dan peluang-peluang kerjaya yang

terdapat dalam bidang berkenaan.
2. Sesi soal jawab guru dengan pelajar mengenai topik berkenaan dengan insurans hayat.

Guru mengagihkan risalah tentang insurans hayat kepada pelajar.

Aktiviti:
1. Pelajar menjawab borang soal selidik personaliti secara individu melalui laman web

http://quiz.ivillage.com/uk_work/tests/career.htm.
2. Guru membuat analisa jawapan yang diberi oleh pelajar dan menerangkan kepada

pelajar.

Penutup:
Sesi soal jawab dan perbincangan berkaitan borang soal selidik dan kerjaya dalam bidang
insurans hayat.

Disediakan oleh:
Kumpulan Persatuan Insurans Hayat Malaysia

56<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Kerjaya dalam Bidang Insurans Hayat

Lampiran

Bahan rujukan untuk guru

1. Pengenalan kepada insurans hayat - Sila layari laman web www.insuransinfo.com.my
2. Maklumat mengenai syarikat-syarikat insurans hayat di Malaysia

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad AmAssurance Berhad
Level 23 & 23A, Wisma UOA II Level 9, Bangunan AmAssurance
No. 21, Jalan Pinang No. 1 Jalan Lumut
50450 Kuala Lumpur 50400 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2162 3388 No. Tel : 03-4047 8000
No. Fax : 03-2162 6387 No. Fax:03-4043 8680
E-mail : [email protected] E-mail: [email protected]
Laman web:www.allianz.com.my Laman web: www.amassurance.com.my

American International Assurance AXA AFFIN Life Insurance Berhad
Company, Limited 8th Floor Chulan Tower
Menara AIA 3 Jalan Conlay
99 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
50450 Kuala Lumpur No. Tel. : 03-2117 6688
No. Tel : 03-2056 1111 No. Fax : 03-2117 3698
No. Fax : 03-2056 2992 Email: [email protected]
E-mail : [email protected] Laman web: www.axa.com.my
Laman web: www.aia.com.my

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<57

Sekolah Menengah
Kerjaya dalam Bidang Insurans Hayat

CIMB Aviva Assurance Berhad Great Eastern Life Assurance (Malaysia)
Level 11 Berhad, Menara Great Eastern
No. 338, Jalan Tuanku Abdul Rahman 303, Jalan Ampang
50100 Kuala Lumpur 50450 Kuala Lumpur
Telephone No.: 03 - 2612 3600 Telephone No. : 03-4259 8888
Fax No.: 03 - 2698 7035 Fax No. : 03-4813 0500
Laman Web : www.cimbaviva.com Email: [email protected]
http://www.lifeisgreat.com.my

Hannover Life Re, Malaysian Branch Hong Leong Assurance Berhad
Suite 31-1, 31st Floor Level 26, Menara HLA
Wisma UOA II No. 3 Jalan Kia Peng
No. 21, Jalan Pinang 50450 Kuala Lumpur
50450 Kuala Lumpur No. Tel. : 03-7650 1818
No. Tel : 03-2164 5122/03-2164 6122 No. Fax : 03-2713 1999
No. Fax : 03-2164 5129/03-2164 6029 Laman Web: www.hla.com.my
Laman Web: www.hannoverlifere.com

ING Insurance Berhad Etiqa Insurance Berhad
Menara ING Level 19, Tower C
84 Jalan Raja Chulan Dataran Maybank
P.O. Box 10846 No. 1, Jalan Maarof
50927 Kuala Lumpur 59000 Kuala Lumpur
Telephone No : 03-2058 4838 Telephone No : 03-2297 1888
Fax No: 03-2161 0549 Fax No : 03-2297 1800
Toll Free: 1 800 88 0303 Oneline Contact Centre: 1-300-13-8888
http://www.ing.com.my Email: [email protected]
http://www.etiqa.com.my

58<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Kerjaya dalam Bidang Insurans Hayat

Malaysian Assurance Alliance Berhad Malaysian Life Reinsurance Group Berhad
11th Floor, Menara MAA 3B/21-3 Block 3B
No. 12, Jalan Dewan Bahasa Level 21, Plaza Sentral
50460 Kuala Lumpur Jalan Stesen Sentral 5
Telephone No : 03-2146 8000 Kuala Lumpur Sentral
Fax No : 03-2142 5863 50470 Kuala Lumpur
http://www.maa.com.my No. Tel. : 03-2780 6611
No. Fax : 03-2780 6622
Email: [email protected]

Manulife Insurance (Malaysia) Berhad Level 22, MaybanLife Tower
12th Floor, Menara Manulife RB Dataran Maybank
6, Jalan Gelenggang No. 1, Jalan Maarof
Damansara Heights 59000 Kuala Lumpur
50490 Kuala Lumpur No. Tel : 03-2297 1888
No.Tel: : 03-2719 9228 No. Fax: 03-2297 1800
No. Fax : 03-2094 0972 E-mail : [email protected]
Laman Web: www.manulife.com.my http: www.maybank2u.com


Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<59

Sekolah Menengah
Kerjaya dalam Bidang Insurans Hayat

MCIS ZURICH Insurance Berhad Prudential Assurance Malaysia Berhad
Wisma MCIS ZURICH, Jalan Barat Level 17, Menara Prudential
46200 Petaling Jaya, Selangor 10, Jalan Sultan Ismail
No. Tel.: 03-7955 2577 50250 Kuala Lumpur
No. Fax: 03-7957 4780 / 03-7956 3295 No. Tel : 03-2031 8228
E-mail: [email protected] No. Fax: 03-2032 3939/2070 6270
Laman Web: www.mciszurich.com.my E-mail: [email protected]
Laman Web: www.prudential.com.my

TM Asia Life Malaysia Bhd Uni.Asia Life Assurance Berhad
Ground Floor, 8th Floor, Bangunan Uni.Asia
Menara TM Asia Life 16 Jalan Tun Tan Siew Sin
189, Jalan Tun Razak 50050 Kuala Lumpur
50400 Kuala Lumpur No. Tel. : 03-2072 1775
Telephone No : 03-2059 6188 No. Fax: 03-2031 4689
Fax No : 03-21628068 Laman Web: www.uniasialife.com.my
http://www.tmasialife.com.my


60<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Kerjaya dalam Bidang Insurans Hayat

3. Peluang pekerjaan dalam bidang insurans hayat

i. Sebagai ejen separuh masa atau tetap

Kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia

Peringkat permulaan Ejen

Peringkat pertengahan Pengurus Unit

Peringkat tertinggi Pengurus Agensi

Jangkaan pendapatan Tidak terhad. Gaji dalam bentuk komisyen. Untuk
setiap polisi yang dijual, komisyen adalah berjumlah
141% dan dibayar untuk jangka masa enam (6) tahun

Perwatakan yang • Peramah
perlu untuk menjadi • Berani
ejen insurans yang berjaya • Ikhlas
• Berpengetahuan luas
• Tidak mudah berputus asa
• Rajin
• Bersikap terbuka
• Mempunyai keinginan untuk menambah ilmu

pengetahuan

ii. Kerjaya dengan syarikat insurans hayat (mengikut tahap kelulusan)

Kerjaya Kelayakan Asas

• Aktuari Diploma/Ijazah Sains Aktuari/Matematik/Statistik

• Operasi Diploma/Ijazah Bio Medikal/Pentadbiran Perniagaan/
Pengurusan/Pemasaran

• Pentadbiran Diploma/Ijazah Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan
dan lain-lain yang berkaitan

• Sumber Manusia Diploma/Ijazah Sumber Manusia/Pentadbiran
Perniagaan/Pengurusan

• Teknologi Maklumat Diploma/Ijazah Teknologi Maklumat/Sains Komputer

• Kewangan Diploma/Ijazah Perakaunan/Kewangan

• Pemasaran dan Jualan Diploma/Ijazah Pemasaran/Pentadbiran Perniagaan

• Perhubungan Awam/ Diploma/Ijazah Sebaran Am/Pemasaran

Komunikasi Korporat

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<61

Sekolah Menengah
Kerjaya dalam Bidang Insurans Hayat

Rumusan keseluruhan
Guru menerangkan kepada pelajar perkara-perkara yang berikut:
1. Pemilihan kerjaya perlu dibuat dengan teliti kerana ia melibatkan masa hadapan pelajar.
2. Pemilihan perlu dibuat berdasarkan minat dan kebolehan pelajar.
3. Penyelidikan yang mendalam perlu dibuat sebelum memilih kerjaya yang sesuai.
4. Pemilihan kursus di peringkat pengajian diploma atau ijazah perlu dibuat dengan berhati-

hati kerana ia akan mempengaruhi kerjaya yang diceburi.
5. Perbincangan dengan mereka yang lebih arif perlu sebelum membuat keputusan.

62<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 12: PELABURAN MENJAMIN MASA HADAPAN

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa satu jam

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan apa itu pelaburan.
2. Membezakan antara pelaburan dan simpanan.
3. Mengenal pasti pelaburan yang selamat dan

menguntungkan.

Persediaan awal:
1. Guru perlu menyediakan marker pen pelbagai warna,

papan putih dan kertas mahjong.
2. Guru menyediakan slaid `Perbezaan antara Simpanan

dan Pelaburan’. Sila rujuk lampiran I.

Set induksi/pengenalan:
Guru bertanya kepada pelajar soalan-soalan yang
berikut:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan dan

apakah perbezaan antara pelaburan dan simpanan?
(sila rujuk contoh jawapan di lampiran 1)
2. Berikan contoh-contoh pelaburan. Senaraikan
jawapan pelajar di kertas mahjong. Guru boleh
memberi penerangan ringkas tentang setiap jenis
pelaburan (sila rujuk contoh jawapan di lampiran 2) dan apa yang mereka tahu tentang
pelaburan dan jenis-jenisnya. Pendapat pelajar akan disenaraikan di papan putih.
3. Guru menerangkan pengertian pelaburan dan membezakan antara simpanan dan
pelaburan (lihat lampiran 1).
i. Guru menunjukkan slaid gambar-gambar bursa saham, bank, mata wang asing,
bangunan, rumah dan sebagainya (lihat lampiran 2).
ii. Guru bertanya soalan kepada pelajar:
- Jika anda mempunyai wang sebanyak RM100,000, apakah yang anda akan
lakukan?

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<63

Sekolah Menengah
Pelaburan Menjamin Masa Hadapan

Aktiviti
Pengenalan:
Tujuan aktiviti ini adalah bagi membantu pelajar untuk membuat keputusan sama ada
pelaburan itu menguntungkan atau merugikan.

Langkah-langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan (lima orang dalam satu kumpulan dengan

anggaran seramai 30 pelajar dalam satu kelas).
2. Dengan menggunakan kertas mahjong dan marker pen, pelajar perlu melakar dalam

bentuk peta minda bagaimana wang RM100,000 dilaburkan dalam susunan yang paling
kreatif.
3. Dalam pelaburan tersebut pelajar perlu memasukkan pulangan yang akan diterima
dalam sesuatu pelaburan tersebut.
4. Pelajar juga perlu mengira pulangan yang akan diperoleh daripada pelaburan itu selama
lima tahun (lihat contoh di lampiran 3).
5. Setelah selesai, ketua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan di
hadapan kelas.
6. Semasa pembentangan, pelajar lain diminta untuk memberi maklum balas tentang
pembentangan kumpulan tersebut. Setiap maklum balas perlu disusuli dengan cadangan
yang bernas.
7. Setelah selesai semua pembentangan, guru akan merumuskan bahawa setiap pelaburan
mempunyai risiko kerana ianya berkaitan dengan untung atau rugi.
8. Selain pelaburan, pelajar juga perlu mempunyai sedikit simpanan yang boleh digunakan
ketika kecemasan. Wang ini juga perlu bebas daripada risiko kerugian.
9. Guru juga mengambil kesempatan untuk menerangkan perbezaan antara pelaburan
konvensional dan pelaburan secara Islam.

Disediakan oleh:
Kumpulan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia

64<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelaburan Menjamin Masa Hadapan

Lampiran 1

Perbezaan Antara Simpanan dan Pelaburan

Bil. Simpanan Pelaburan
1. Tiada risiko, modal dijamin
Mempunyai risiko kerugian dan
2. Pulangan berbentuk hibah atau kehilangan modal.
keuntungan kecil yang diberi pihak
bank Pulangan yang tinggi berdasarkan
keuntungan pelaburan. Kemungkinan
3. Transaksi keluar masuk wang boleh juga menanggung kerugian jika
dilakukan pada bila-bila masa tanpa pelaburan mengalami kerugian.
sekatan masa.
Kebanyakan pelaburan mempunyai
4. Simpanan dalam perbankan Islam tempoh matang sebelum wang dapat
menggunakan kontrak mudharabah dikeluarkan. Pelaburan harta tanah pula
masih tertakluk kepada risiko mengambil masa yang lama untuk
untung-rugi. mendapat kembali modal.

Lebih tinggi pulangan daripada sesuatu
pelaburan, lebih tinggi risikonya.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<65

Sekolah Menengah
Pelaburan Menjamin Masa Hadapan

Lampiran 2

Bil Jenis Pelaburan
1. Membeli Harta Tanah

Sumber Pendapatan:
Sewa rumah yang diterima, perbezaan harga asal dan harga semasa harta
tanah yang dibeli.
Risiko:
Bergantung kepada kawasan yang dilaburkan.
Modal:
Perlu sediakan 10% dari harga harta tanah dan 90% lagi boleh dibiayai
melalui pinjaman kerajaan atau bank. Perlu membayar sejumlah 90% yang
dilaburkan secara bulanan.
2. Membeli Saham
Sumber Pendapatan:
Bergantung pada turun naik saham yang didagangkan.
Risiko:
Berisiko tinggi.
Modal:
Modal yang tinggi.
3. Membeli Unit Amanah
Sumber Pendapatan:
Keuntungan atau kerugian yang diterima daripada pelbagai sumber
Risiko:
Sederhana
Modal:
Rendah
4. Pelaburan di akaun Mudharabah (Pelaburan) bank-bank
5. Melabur dalam Skim Cepat Kaya (Guru harus menjelaskan bahawa
pelaburan ini akan mengakibatkan kerugian dan salah disisi undang-undang)

66<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelaburan Menjamin Masa Hadapan

Lampiran 3

Jenis Pelaburan dan Pulangannya

1. Membeli rumah berharga RM50,000. Harga rumah dijangka akan naik kepada
RM80,000 selepas lima tahun. Oleh itu keuntungan rumah yang diperoleh adalah
RM30,000 selepas lima tahun. (Pengiraan ini tidak termasuk faedah yang harus dibayar
bagi pinjaman pembelian rumah)

2. Melabur RM20,000 dalam unit amanah Dana Al-Ikhsan yang ditawarkan oleh institusi
kewangan. Satu unit berharga RM0.25. Selepas 5 tahun, harga seunit dijangka akan
naik ke RM0.98. Jumlah dana selepas 5 tahun berjumlah RM78,400. Keuntungan yang
diperoleh selepas 5 tahun ialah RM58,400.

3. Baki RM20,000 pula dilaburkan dalam akaun Mudharabah institusi kewangan. Andaikan
jangkaan pulangan selepas 5 tahun ialah pada kadar 3.5% setahun* (contohnya).

Tahun Kadar Pulangan Baki Pelaburan
5% (RM)

Pertama 3.8 20,760.00

Kedua 3.1 21,403.56

Ketiga 3.5 22,152.68

Keempat 3.5 22,928.03

Kelima 3.6 23,753.44

• *Pulangan sebenar hanya ditentukan selepas berakhirnya

tahun kewangan tertentu.

• Jumlah pulangan bagi pelaburan selama 5 tahun ialah

RM3,753

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<67

Sekolah Menengah
Pelaburan Menjamin Masa Hadapan

4. Baki RM10,000 pula didepositkan dalam akaun simpanan Al-Wadiah di institusi
kewangan.

Hasil pulangan dari pelaburan di atas selepas 5 tahun
Secara keseluruhannya jumlah keuntungan dapat dilihat dalam jadual yang berikut:

Jenis Pelaburan Jumlah Pelaburan Pulangan
RM 30,000
Harta tanah RM 50,000.00 RM 58,400
RM 3,753
Unit Amanah RM 20,000.00 -
RM 92,153
Akaun Pelaburan Bank RM 20,000.00

Akaun Simpanan RM 10,000.00

Jumlah pulangan keseluruhan

68<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 13: MONEY EXPLORACE

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan
dapat:
1. Mengagihkan wang perbelanjaan

mengikut keperluan harian.
2. Merekod transaksi dalam
Buku Wang Saku.
3. Menulis cek.
4. Memilih dan mengisi borang yang sesuai

untuk mengeluar dan menyimpan wang.
5. Mengira jumlah terkumpul wang

simpanan dengan mengambil kira faedah
yang diperoleh.

Persediaan awal:
1. Panduan permainan (lampiran 1).
2. Empat sampul surat yang mengandungi

arahan, soalan-soalan dan bahan-bahan
yang diperlukan.
Kandungan sampul surat 1 - (lampiran 2)
Kandungan sampul surat 2 - (lampiran 3)
Kandungan sampul surat 3 - (lampiran 4)
Kandungan sampul surat 4 - (lampiran 5)
(Bagi setiap soalan, jawapan disediakan untuk panduan guru)
3. Lakaran bagi menunjukkan kedudukan bagi setiap pelajar, ketua stesen (guru) dan
penjaga kunci misteri (lampiran 6).
4. Buku Wang Saku
5. Kalkulator dan alat tulis
6. Beberapa jenis slip transaksi institusi kewangan termasuk slip wang masuk dan keluar.
7. Mock cek - kosong
8. Mock kunci
9. Hadiah untuk pemenang

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<69

Sekolah Menengah
Money Explorace

Set induksi/pengenalan:
Guru bertanya soalan berikut:
1. Adakah anda merancang perbelanjaan sebelum mula berbelanja?
2. Pernahkah anda mengisi borang untuk mengeluar dan menyimpan wang simpanan di

bank?
3. Pernahkah anda menulis cek atau melihat ibu bapa anda menulis cek?
4. Adakah anda merekod setiap perbelanjaan dan pendapatan anda?

Disediakan oleh:
Bank Negara Malaysia

70<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran 1

Arahan Permainan

A. Penerangan aktiviti secara keseluruhan
1. Aktiviti akan dijalankan di kawasan sekitar dan dalam dewan mengikut keluasan dewan.

(Lakaran bagi menunjukkan kedudukan bagi setiap pelajar, ketua stesen (guru) dan
penjaga kunci misteri adalah seperti lampiran 6).
2. Pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 10 orang
ahli.
3. Setiap kumpulan hendaklah memilih seorang ketua kumpulan. Tugas ketua kumpulan
adalah untuk menyerahkan jawapan kepada ketua stesen dan kunci misteri yang
diperoleh kepada penjaga kunci.
4. Seorang guru akan dilantik untuk menjadi ketua stesen bagi setiap kumpulan pelajar.
5. Setiap kumpulan perlu menjawab semua soalan yang terdapat dalam empat sampul
surat yang disediakan. Kumpulan harus menjawab soalan dalam sampul terdahulu
dengan tepat sebelum menerima sampul seterusnya. Ketua stesen akan menyemak dan
memastikan semua soalan dijawab dengan betul sebelum menyerahkan sampul surat
yang seterusnya.
6. Bagi membantu pelajar menjawab soalan yang diberi, setiap kumpulan dibekalkan
dengan Buku Wang Saku, kalkulator, pensil dan pemadam.
7. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan soalan dalam sampul surat terakhir dengan
betul akan diberi kunci misteri oleh ketua stesen. Seterusnya, kunci misteri tersebut
hendaklah diserahkan kepada penjaga kunci.
8. Kumpulan pertama yang menyerahkan kunci misteri kepada penjaga kunci akan
diisytiharkan sebagai pemenang pertama dan seterusnya.

B. Tanggungjawab ketua kumpulan (pelajar):
1. Mengambil sampul surat yang mengandungi soalan daripada ketua stesen.
2. Menghantar jawapan kepada ketua stesen untuk disemak. (Sekiranya jawapan didapati

tidak tepat, kumpulan harus terus cuba menyelesaikan soalan tersebut sehingga
mendapat jawapan yang tepat.)

C. Tanggungjawab ketua stesen (guru):
(Sebelum aktiviti bermula semua ketua stesen telah diberikan keempat-empat sampul surat
yang mengandungi soalan. Satu set soalan beserta jawapan juga akan diberi kepada ketua
stesen sebagai rujukan).
1. Menyerahkan sampul surat kepada ketua kumpulan mengikut turutan yang diberikan.
2. Menyemak jawapan bagi setiap soalan yang terdapat dalam sampul surat.
3. Memastikan setiap soalan dijawab dengan betul dan tepat sebelum menyerahkan
sampul surat yang seterusnya.
(Nota: Ketua stesen tidak boleh membantu pelajar untuk menjawab soalan).

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<71

Sekolah Menengah
Money Explorace

D. Gambaran mengenai soalan-soalan dalam sampul surat.
Sampul 1:
1. Mengagihkan wang perbelanjaan mengikut keutamaan.
2. Merekod dan melengkapkan transaksi dalam Buku Wang Saku.
Sampul 2:
1. Memilih dan mengisi borang wang keluar/masuk yang betul.
2. Mengisi cek kosong.
Sampul 3:
Membuat pengiraan simpanan keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di bank.
Sampul 4:
Jawab soalan dan diikuti dengan cari perkataan tersembunyi.

72<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran 2

Sampul 1
Sila baca arahan dengan teliti sebelum mula menjawab.
1. Sampul surat ini terbahagi kepada Soalan A dan Soalan B.
2. Lengkapkan kedua-dua soalan berkenaan.
3. Ketua kumpulan perlu menyerahkan sampul surat yang telah diisi dengan jawapan

untuk disemak oleh Ketua Stesen.
4. Sampul surat 2 akan diberikan kepada kumpulan jika semua soalan telah dijawab

dengan betul.

Soalan A
Kumpulan anda telah menerima wang saku sebanyak RM150 sebulan untuk diagihkan
mengikut keperluan seperti di bawah.

Tugasan:
1. Lengkapkan jadual agihan perbelanjaan bagi bulan Mei 2007 seperti contoh yang

disediakan.

Perkara Peratusan (%) RM
Pengangkutan 10 15.00
Makanan dan minuman 40
Simpanan 10
Pakaian 15
Perubatan 5
Peralatan Sekolah 15
Hiburan 5
Jumlah 100

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<73

Sekolah Menengah
Money Explorace

2. Lakarkan dalam bentuk peta minda yang menarik bagi agihan perbelanjaan mengikut
kreativiti kumpulan anda. Sila lihat contoh yang disediakan.



RM15.00

RM150

Soalan B
Anda menerima wang saku mingguan sebanyak RM15. Anda juga mempunyai simpanan
dalam tabung sebanyak RM150.

Tugasan:
1. Anda dikehendaki merekodkan transaksi bagi minggu ketiga bulan Mei 2007 dalam

lampiran Buku Wang Saku yang disediakan. Maklumat yang perlu diisi adalah seperti di
bawah:

21 Mei 2007 Wang saku mingguan RM15
Makan tengah hari RM2
Alat tulis RM3


22 Mei 2007 Makan tengah hari RM2

Buku latihan RM4

23 Mei 2007 Upah daripada mak cik RM20

Makan tengah hari RM2
Buku cerita RM12

24 Mei 2007 Makan tengah hari RM2
Buah-buahan RM2

25 Mei 2007 Makan tengah hari RM2

2. Sila hitungkan baki wang yang perlu di bawa ke bawah (b/b) pada 26 Mei 2007. Pada
akhir minggu anda akan menyimpan lebihan wang anda ke dalam tabung.

74<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran Buku Wang Saku
Rekod catatan harian wang masuk dan keluar bagi bulan Mei 2007
Minggu ketiga

Wang Masuk Wang Keluar Baki b/b
(A) (B) (A-B)

Tarikh Sumber RM Penggunaan RM RM
21/05/07 26
Baki b/b

Berapakah jumlah wang terkumpul setakat 25 Mei 2007 termasuk simpanan anda dalam
tabung?
RM...................

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<75

Sekolah Menengah
Money Explorace

Jawapan bagi soalan dalam sampul 1

Soalan A

1. Perkara Peratusan (%) RM

Pengangkutan 10 15.00

Makanan dan minuman 40 60.00

Simpanan 10 15.00

Pakaian 15 22.50

Perubatan 5 7.50

Peralatan Sekolah 15 22.50

Hiburan 5 7.50

Jumlah 100 150.00

2. RM60.00 RM7.50
RM15.00 RM22.50
RM15.00 RM150

RM22.50 RM7.50

76<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Soalan B

Rekod catatan harian wang masuk dan keluar bagi bulan Mei 2007
Minggu ketiga

Wang Masuk Wang Keluar Baki b/b
(A) (B) (A-B)
RM
Tarikh Sumber RM Penggunaan RM
21/05/07 26 Makan tengah hari 2 36
Baki b/b 15 3
Wang saku 41 Alat tulis 5

22/05/07 Baki b/b 36 Makan tengah hari 2
Buku latihan 4
6 30
36

23/05/07 Baki b/b 30 Makan tengah hari 2
Upah
20 Buku cerita 12

50 14 36

24/05/07 Baki b/b 36 Makan tengah hari 2
Buah-buahan 2
4 32
36

25/05/07 Baki b/b 32 Makan tengah hari 2
32 2
30

Berapakah jumlah wang terkumpul setakat 25 Mei 2007 termasuk simpanan anda dalam
tabung?

RM180.00 (RM150.00 + RM30.00)

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<77

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran 3

Sampul 2
Sila baca arahan dengan teliti sebelum mula menjawab.
1. Sampul surat ini terbahagi kepada Soalan A dan Soalan B.
2. Lengkapkan kedua-dua soalan berkenaan.
3. Ketua kumpulan perlu menyerahkan sampul surat yang telah diisi dengan jawapan untuk

disemak oleh Ketua Stesen.
4. Sampul surat 3 akan diberikan kepada kumpulan jika semua soalan telah dijawab

dengan betul.
Bahan-bahan yang disediakan dalam sampul surat:
1. Pelbagai slip transaksi bank seperti slip wang masuk dan keluar, pembayaran, pinjaman,

deposit cek dan lain-lain.
2. Mock cek kosong
Soalan A
Pada 28 Mei 2007, Nur Shyamizah binti Roslan ingin mendepositkan wang simpanan beliau
sebanyak RM180.00 dalam akaun simpanannya di Maybank. Nombor akaun simpanan
beliau ialah 164 191 955 950.
Tugasan:
1. Sila bantu Nur Shyamizah untuk memilih slip transaksi bank yang betul dan lengkapkan

slip tersebut. Slip yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Stesen
untuk disemak.
2. Pada 30 Mei 2007, Nur Shyamizah binti Roslan membuat pengeluaran sebanyak
RM50.00 dari akaun yang sama untuk membeli alat tulis. Sila pilih slip transaksi bank
yang betul dan lengkapkan slip tersebut. Slip yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar
kepada Ketua Stesen untuk disemak.

78<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Soalan B
Sebagai penghargaan, Encik Roslan, bapa kepada Nur Shyamizah telah menghadiahkan
wang sebanyak RM500.00 dalam bentuk cek kepadanya kerana telah berjaya menyimpan
wang pada bulan Mei 2007.
Tugasan:
Sila lengkapkan cek yang disediakan berdasarkan maklumat di bawah.
1. Tarikh cek ialah 25 Mei 2007
2. Cek ini dikeluarkan oleh Encik Roslan sebagai hadiah kepada Nur Shyamizah
3. Cek ini berjumlah RM500.00

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<79

Sekolah Menengah
Money Explorace

Jawapan bagi soalan dalam sampul 2.
Soalan B

80<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran 4

Sampul 3

Sila baca arahan dengan teliti sebelum mula menjawab.
1. Sampul surat ini terbahagi kepada soalan A dan soalan B.
2. Lengkapkan kedua-dua soalan berkenaan.
3. Ketua kumpulan perlu menyerahkan sampul surat yang telah diisi dengan jawapan untuk

disemak oleh Ketua Stesen.
4. Sampul surat 4 akan diberikan kepada kumpulan jika semua soalan telah dijawab

dengan betul.

Soalan A
Nur Shyamizah membuat keputusan untuk menyimpan wang sejumlah RM500.00 iaitu
hadiah daripada bapanya ke dalam akaun simpanan yang membayar keuntungan sebanyak
15% setahun.

Tugasan:
Kira keuntungan yang diterima setiap tahun dan simpanan terkumpul jika Nur Shyamizah
tidak melakukan sebarang penambahan dan pengeluaran wang bagi tempoh 5 tahun
tersebut.

TAHUN SIMPANAN PERMULAAN FAEDAH JUMLAH SIMPANAN
(RM) (RM) (RM)

2008

2009
2010

2011

2012


Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<81

Sekolah Menengah
Money Explorace

Soalan B
Nur Shyamizah membuat keputusan untuk menyimpan wang sejumlah RM500.00 iaitu
hadiah daripada bapanya ke dalam akaun simpanan yang membayar keuntungan sebanyak
10% setahun.

Tugasan:

Kira keuntungan yang diterima setiap tahun dan simpanan terkumpul jika Nur Shyamizah

tidak melakukan sebarang penambahan dan pengeluaran wang bagi tempoh lima tahun

tersebut.

SIMPANAN PERMULAAN FAEDAH JUMLAH SIMPANAN
TAHUN (RM) (RM) (RM)

2008

2009

2010

2011
2012

82<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Jawapan bagi soalan dalam sampul 3. Sekolah Menengah
Money Explorace
Soalan A
Keuntungan 15% setahun. JUMLAH SIMPANAN
(RM)
TAHUN SIMPANAN PERMULAAN FAEDAH 575.00
(RM) (RM) 661.25
2008 75.00 760.44
2009 500.00 86.25 874.51
2010 575.00 99.19
2011 661.25 114.07 1,005.69
2012 760.44 131.18
874.51 JUMLAH SIMPANAN
FAEDAH (RM)
Soalan B (RM) 550.00
Keuntungan 10% setahun. 50.00 605.00
55.00 665.50
TAHUN SIMPANAN PERMULAAN 60.50 732.05
(RM) 66.55 805.26
2008 73.21
2009 500.00
2010 550.00
2011 605.00
2012 665.50
732.05

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<83

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran 5

Sampul 4
Sila baca arahan dengan teliti sebelum mula menjawab.
1. Sampul surat yang terakhir ini terbahagi kepada Soalan A dan Soalan B.
2. Lengkapkan kedua-dua soalan berkenaan.
3. Ketua kumpulan perlu menyerahkan sampul surat yang telah diisi dan dijawab untuk

disemak oleh Ketua Stesen.
4. Kunci Misteri akan diberikan kepada kumpulan jika semua soalan dijawab dengan betul.
5. Ketua kumpulan hendaklah membawa Kunci Misteri terus kepada Penjaga Kunci untuk

menamatkan aktiviti dan mengambil nombor.

Soalan A
Untuk tugasan ini, anda dikehendaki menjawab soalan di bawah.

Soalan:
1. Contoh - Tempat yang selamat untuk menyimpan wang. BANK
2. Transaksi jual beli tanpa penggunaan wang. _____________
3. Setiap kali anda berbelanja, anda perlu menilai sama ada barang yang hendak dibeli

adalah suatu barang_____________atau hanya sekadar memenuhi kehendak anda.
4. Setiap orang mesti mempunyai_____________jangka pendek, jangka sederhana dan

jangka panjang.
5. Wang dihasilkan dalam dua bentuk, iaitu_____________dan kertas.
6. Wang boleh digunakan untuk membeli barangan atau_____________
7. Jumlah wang masuk tolak jumlah wang keluar ialah_____________wang simpanan

anda.
8. Anda perlu membuka akaun_____________di bank sebelum anda boleh menyimpan

wang anda.
9. Menyimpan wang di bank juga dipanggil men_____________kan wang.
10. Salah satu fungsi bank ialah memberi_____________
11. Gambar di muka belakang wang kertas RM1. _____________

84<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Soalan B
Cari perkataan tersembunyi daripada jawapan yang anda telah peroleh daripada soalan A.
Hitamkan kotak seperti contoh.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<85

Sekolah Menengah
Money Explorace

Jawapan bagi soalan dalam sampul 4.
Soalan A
Jawapan
1. Bank
2. Barter
3. keperluan
4. matlamat
5. syiling
6. perkhidmatan
7. baki
8. simpanan
9. deposit
10. pinjaman
11. wau

86<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Money Explorace

Soalan B

BA NKQ I R T ROP B I LOB
BM CB TWAMVC Y B A K I M
OA ACRMOHACC Z K MAO
NH BF AKRNAUL R E PEK
F A O L B K O B CQWB S B O B
NA T AMD I HKRE P Z UCK
RA ZOAGAAPC I N B JHR
MR WA C R B C HN T B H D L E
O B WA U K A A J P BW T E K T
KO BCSCRAKLCO R PLR
E Z AEOAMRHL NU C OP A
RO GHBASGN I L I Y S I B
I T OF NBOCKL T I O I GZ
A R AG E NMGNA T U H T Y A
SN ANAPM I S JW I H RHC

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<87

Sekolah Menengah
Money Explorace

Lampiran 6

Kedudukan dalam dewan
Kumpulan Pelajar

12 11 10 9

56 7 8

43 2
1

Ketua Setesen (Guru) 3 456
12 9 10 11 12

78

Penjaga Kunci

Mock kunci
misteri

88<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS


Click to View FlipBook Version