TOPIK 4
PENGAWETAN
KONKRIT
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 8
PENGAWETAN KONKRIT
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang menempatkan konkrit menggunakan perkakas dan peralatan dengan
kaedah yang betul mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan
PENERANGAN / INFORMATION :
Apabila air dibancuh ke dalam konkrit, tindak balas berlaku antara simen dengan air
menyebabkan simen membeku dan terus mengeras. Mengikut peraturan, jumlah air yang
dibancuh hendaklah secukupnya untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang mudah
dikerjakan serta membolehkan tindak balas kimia pada peringkat permulaan serta
membolehkan tindak balas kimia pada peringkat permulaan ini. Dalam proses tindak
balas ini haba dihasilkan dan sebahagian kandungan air akan hilang. Proses ini
dinamakan penghidratan. Kehilangan air ini akan menjejas kesempurnaan penghidratan
di samping menghalang pencapaian kekuatan maksimum dalam konkrit. Oleh sebab itu
tindakan hendaklah diambil untuk menjamin cukup air untuk penghidratan. Tindakan ini
dikenali sebagai pengawetan dalam konkrit. Tindakan ini dikenali sebagai pengawetan
kepada konkrit.
Pengawetan ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mencegah kehilangan air dan
membekalkan air yang cukup. Kaedah dan keperluan pengawetan kepada konkrit
selalunya dipengaruhi oleh keadaan iklim, cuaca dan haba. Justeru itu, pengawetan
hendaklah dimulakan sebaik sahaja bancuhan konkrit itu membeku.
1.0 DEFINISI PENGAWETAN
Pengawetan ialah proses menghalang kehilangan kelembapan daripada konkrit
semasa menjaga rejim suhu yang memuaskan. Pengawetan ialah proses pengawalan
kehilangan kandungan air dari konkrit pada awal umur konkrit melalui proses penyejatan
dan cuaca yang panas. Ia bagi memastikan konkrit berada dalam keadaan lembab Ini
adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari selepas ia mula
membeku. Dengan cara ini semua air yang terkandung dalam konkrit dapat digunakan
sepenuhnya untuk simen bertindakbalas di dalam konkrit
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 8
2.0 TUJUAN
Kerja pengawetan konkrit adalah bertujuan untuk:
1. Menjamin kuantiti air yang terdapat di dalam konkrit ini kekal, agar tindak balas
kimia berterusan sehingga konkrit tersebut mencapai kekuatan yang diperlukan.
2. Memberi ketahan lasakan kepada penutup konkrit (concrete cover) agar dapat
memberi perlindungan yang secukupnya kepada tetulang.
3. Pengawalan suhu agar ia berada pada kadar yang sesuai untuk konkrit tersebut
mengalami pengerasan normal.
4. Mengawal proses penghidratan terhadap konkrit dalam cuaca panas.
5. Meminimumkan pengeringan dan tegasan haba di dalam konkrit muda yang boleh
mengakibatkan keretakan permukaan selepas konkrit mengeras yang digelar
keretakan plastik.
6. Dapat membenarkan konkrit membina dan mencapai kekuatan maksimum.
Pengawetan biasanya mengambil masa yang agak lama kerana penghidratan
simen berlaku dalam kadar yang perlahan iaitu dalam tempoh 28 hari. Bagi 1 hari
hingga 14 hari yang pertama, adalah penting pengawetan yang sewajarnya diambil
perhatian bagi memastikan pembentukan kekuatan mampatan konkrit yang
dikehendaki boleh tercapai. Oleh itu, ujian mampatan kiub bagi 3 hari dan 7 hari
yang pertama adalah penting dan keputusannya dapat meramalkan kekuatan
konkrit yang boleh dicapai pada usia konkrit 28 hari.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 8
3.0 KAEDAH PENGAWETAN KONKRIT
Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut:
KAEDAH HURAIAN
PENGAWETAN
1. Cara lembapan Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan
yang basah seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir
dan sebagainya. Bahan-bahan yang mungkin
merosakkan warna konkrit tidak boleh digunakan.
Gambar 3.1: Lantai yang ditutupi dengan guni
2. Menyapu bahan Menyapu bahan kimia seperti kompoun silica pada
kimia permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan air
melalui sejatan. Amalan ini dilakukan pada tempat-
tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang
sukar diawet dengan cara lain. Bahagian bangunan
konkrit dibasahkan dengan air beberapa kali sehari
berterusan selama tujuh hari setelah konkrit mengeras.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 8
3. Membasahkan Amalan ini dilakukan pada tempat-tempat seperti tembok,
konkrit dengan air tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar diawet dengan
cara lain. Bahagian bangunan konkrit dibasahkan dengan
air beberapa kali sehari berterusan selama tujuh hari
setelah konkrit mengeras.
4. Menggunakan Kaedah ini digunakan dalam kilang untuk menghasilkan
wap air (stim) buatan konkrit, terutama sekali konkrit prategasan
dengan cepat dan bermutu tinggi.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 8
3.1 Proses Pengerasan Konkrit
1. Simen akan mengeras secara perlahan setelah dicampur air.
2. Antara 30 minit hingga 1 jam pertama selepas dicampur air,simen tidak lagi bersifat
plastic kerana proses pengerasan bermula.
3. Lebih kurang 10 jam kemudian, simen bersama campuran bahan lain menjadi pejal
dan terus mengeras sehingga 7 hari
4. Ia kemudiannya bertukar menjadi bungkah pejal.
3.2 Kesan-Kesan Yang Mungkin Berlaku Jika Pengawetan Tidak Dilakukan
1. Kandungan air dalam konkrit akan cepat mengering dan menyebabkan konkrit
mengalami proses pengerasan yang cepat. Keadaan ini tidak baik bagi konkrit muda
kerana keretakan akan mudah berlaku.
2. Pengeringan kandungan air di dalam konkrit dengan cepat akan menyebabkan konkrit
tidak dapat menjalani proses pengerasan dengan sempurna. Akibatnya kekuatan
konkrit akan terjejas atau berkurangan
3. Senang mengalami kerosakan disebabkan cuaca sejuk.
4.0 KEKUATAN KONKRIT
Pengawetan hendaklah dilakukan selama sekurang-kurangnya 14 hari berterusan
jika mengamalkan salah satu kaedah selain daripada menggunakan wap air. Pencapaian
kekuatan konkrit dalam jangka masa yang tertentu adalah disenaraikan seperti berikut
(anggaran peratus berdasarkan simen Portland biasa):
JANGKA MASA PERATUS
3 hari 20%
7 hari 45%
28 hari 60%
3 bulan 85%
6 bulan 95%
12 bulan 100%
Jadual 1: Pencapaian kekuatan konkrit bagi bancuhan simen portlan biasa
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 8
JANGKA MASA KEKUATAN TEKANAN
24 jam 14 N/mm2
2 hari 21 N/mm2
3 hari 26.6 N/mm2
7 hari 37.1 N/mm2
28 hari 47.7 N/mm2
12 bulan 52.5 N/mm2
Jadual 2: Pencapaian kekuatan tekanan konkrit dalam jangka masa yang tertentu
SOALAN / QUESTIONS:
1. Nyatakan empat kaedah pengawetan konkrit ditapak bina .
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
c. ________________________________________________________________
d. ________________________________________________________________
3. Terangkan kesan yang mungkin akan berlaku jika konkrit tidak diawet dengan betul.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 8
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis
2. Placing and Compacting Concrete
www.scribd.com/doc/8739249/Placing-and-Compacting-Concrete