Kesan & Peranan
Ar Rahnu
dalam meningkatkan
Ekonomi umat islam
GROUP 2
SESI PENGAJIAN: 1:2021/2022
PENGAJIAN ISLAM (MPU 23012)
NAMA PENSYARAH: PN. KHODZIRAH BINTI AHMAD ( 03DPR21F1090 )
( 03DPR21F1106 )
NAMA AHLI KUMPULAN: ( 03DPR21F1109 )
1. MUHAMMAD AIDIL IQBAL BIN GHAZALI ( 03DPR21F1042 )
2. MUHAMMAD FARIS HASNI BIN ABDUL RAHMAN ( 03DPR21F1112 )
3. NUR HIDAYAH BINTI ZULKHAIRY
4. SITI UMAIRAH BINTI JAMIL
5. NIK QAISARA DAMIA BINTI MOHD SHAHRIZAL
Apa itu Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah, (YaPEIM) adalah pencetus idea dalam
Perkataan Ar-Rahnu berasal daripada Bahasa Arab (Rahn) yang membawa memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia
maksud gadai. sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai
Dalam bahasa Arab, Ar -Rahnu bermaksud sesuatu barang yang diserahkan Al-Rahn (KAR) yang dimiliki oleh
kepada seseorang sebagai cagaran hutang. Dari segi syarak pula, ia membawa Permodalan Kelantan Berhad dan
erti harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk menyamakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu
hutangnya apabila tidak berkemampuan pembayarannya oleh yang berhutang (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh
mengikut ketentuan syarak. Manakala dari segi syarak merujuk kepada satu kerajaan Negeri Terengganu.
barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang
bercagar yang boleh dibayar.
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk
mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya
peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan
kerana telah dicagarkan dengan emas.
Ar-Rahnu Semakin Meluas
Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan
Skim Ar-Rahnu ini. Apa yang untungnya, peminjam tidak
dikenakan kadar keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah
simpan, itu pun dengan caj yang minima. Surah al-Baqarah ayat
283 juga ada menerangkan perihal gadaian ketika berhutang.
Hukum Ar-Rahnu
Ulama telah bersepakat menetapkan bahawa hukum
gadaian adalah harus, ini kerana ianya telah nyata di
dalam disebut Al-quran dan selari dengan Al-hadis.
Rukun 1. Penggadai (al-rahin) / orang yang menggadai :
Ar-Rahnu - Orang yang berhutang
2. Penerima gadaian (al-murtahin) / pemegang gadai :
- Pihak yang memberi pinjaman
3. Hak yang menjadi sebab sesuatu itu digadai / tanggunggan gadaian iaitu
hutang (al-marhun bihi)
4. Perkara yang digadaikan (al-marhun)
5. Ijab & Qabul :
· Persetujuan diantara dua belah pihak (penggadai dan penerima gadai)
• Perlaksanaan Ar-Rahnu adalah
bersandarkan kepada tiga kontrak iaitu:
Qardhul Wadiah Yad-
Hasan Dhamanah
1. Qardhul Hasan
✓ Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj selain
daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh diambil oleh pembiaya
terhadap peminjam.
2. Wadiah Yad-Dhamanah
✓ Pembiaya bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku sebarang
kehilangan, pembiaya akan bertanggungjawab untuk menggantikan semula emas tersebut.
3. Al-Ujrah
✓ Di dalam kontrak Ujrah, pembiaya dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai upah menjaga
emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar Rahnu, Ujrah adalah upah simpan yang digunakan
untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos pentadbiran, dan keuntungan kepada institusi
pembiaya.
Kenapa Ar-Rahnu ?
Berikut adalah 4 sebab kita perlu memilih Ar Rahnu:
1. Proses yang mudah dan 2. Kurang risiko 'Non Performing Loan’ 3. Pembayaran yang fleksibel
cepat. • Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk • Apa yang menariknya dengan
• Tiada dokumen seperti
menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak Ar-Rahnu, adalah pinjaman
penyata bank atau slip gaji mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi boleh dibayar secara ansuran
diperlukan. tempoh lagi 3 ke 6 bulan. sama ada mingguan atau
• Wang tunai boleh diberikan • Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong bulanan. Asalkan bayaran
segera dan amat sesuai jika emas tersebut. Itupun setelah diberikan tiga kali dilunaskan sehingga tempoh
berlakunya kecemasan. notis. penebusan.
• Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman + • Ini memberikan kelebihan
4. Kadar upah simpan yang sangat upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. terutamanya kepada peniaga
minimumJika anda masih ragu- Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada kecil yang memperolehi
ragu, boleh buat perbandingan peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada keuntungan secara harian.
dengan pajak gadai konvensional. pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan
Sebagai contoh, Ar-Rahnu Bank tindakan saman atau bankrup jika tiada
Rakyat menawarkan RM0.65 bagi kemampuan membayar.
setiap RM 100 nilai marhun (emas)
sebulan.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PAJAK GADAI ISLAM
(AR-RAHNU)
Suka berhutang adalah salah satu sifat yang tidak elok dan akan menyebabkan ramai umat
Islam yang diisytiharkan muflis. Namun, dengan adanya penubuhan skim pajak gadai Islam
dilihat mempunyai potensi dalam mengubah persepsi atau imej skim ini ke arah yang lebih
positif dan adil. Seterusnya memberi impak yang positif kepada pembangunan sosio ekonomi
masyarakat. Ia terhindar dari elemen riba dan gharar serta memjamin keadilan sosial kepada
kedua-dua pihak meminjam dan pemegang pihak gadai. Kesan lain yang dapat diperoleh
dengan adanya pajak gadai islam adalah :
1) Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
• Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian
pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam
perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana
riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah
sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2) Nilai Gadaian Tidak Merosot
• Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan.
• Tidak berlaku sebarang masalah dimana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau
pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3) Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
• Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh
perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
• Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman
adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4) Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
• Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Dimana, penerima gadaian akan menjamin
pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian.
• Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka
sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
5) Caj perkhidmatan Yang Rendah
• Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan
kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai
Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau
tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai
walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6) Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
• Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua
pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang
tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh
pembayaran balik pinjaman mereka.
KESAN-KESAN AR-RAHNU TERHADAP
GOLONGAN PENIAGA MUSLIM
• Memudahkan peniaga muslim mendapatkan hutang modal bagi memulakan
perniagaan
• Dapat memberi peluang kepada peniaga beragama Islam mengembangkan
ekonomi negara
• Dapat memberi kemudahan kepada peniaga muslim yang memerlukan bantuan
• Dapat memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
• Dapat melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara sesame
manusia.
• Memberi kemudahan untuk peniaga muslim menghindari riba.
• Mengelakkan daripada terjebak mengikutskimyangberunsurkan penipuan
Peranan Ar-Rahnu
1. Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan
membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang
mengandungi unsur-unsur riba.
2. Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada
mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
3. Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-
unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai
pajak gadai konvensional.
4. Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini
mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar
yang dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
• FIRMAN ALLAH
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-
hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba".
Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya
dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya
terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya
(surah Al-Baqarah 2:275)
Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia lebih bersifat adil berbanding konvensional. Oleh itu kami menyarankan
konsep Ar-Rahnu dalam Islam diperluaskan kerana konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka
yang memerlukan, ia bagi membantu masyarakat kita tanpa mengira agama dan keturunan. Islam menggalakkan dan
menghalalkan sistem gadaian kerana ia dapat meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.
Selain daripada itu, ia dapat mengembangkan potensi perniagaan serta menggalakan mereka mencari rezeki yang halal lagi
berkat. Konsep ini dapat membantu meringankan beban seseorang yang dalam kesusahan mahupun dalam keadaan terdesak.
Ia juga bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan sosial dalam institusi masyarakat seperti meminjam daripada along dan
lintah darat. Sistem ini adalah dihalalkan dan tidak akan berlaku sebarang masalah penipuan. Hal ini kerana, setiap pelangan
yang urusan akan diberikan penjelasan yang terang dan nyata melalui dokumen perjanjian yang akan persetujui bersama.
Dokumen tersebut mengandungi syarat-syarat perjanjian yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua belah pihak.
Tidak dinafikan juga, apabila masih ada skim Ar-Rahnu yang mengandungi unsur-unsur riba dalam transaksinya. Walau
bagaimanapun, skim ar-rahnu ini juga mempunyai manfaat, jika dibandingkan dengan transaksi konvensional. Oleh itu, usaha
ke arah menghilangkan syubhat riba perlu dilakukan dan dititik beratkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat
Islam yang berkelayakkan dan berkemampuan untuk mengubah situasi ini. Agar ekonomi kita dapat dijalankan dengan
berteras Al-Quran dan As-sunnah serta terus berkembang dan membangun sejajar dengan arus pembangunan negara.
Berpandukan ayat diatas, semua urusniaga yang dijalankan haruslah ditulis kerana ia dapat dijadikan sebagai bukti yang
kukuh dan jelas. Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi
mengelakkan berlakunya unsur-unsur gharar (penipuan) dan riba. Unsur-unsur ini boleh dielakkan jika kita mempunyai
instrumen kewangan Islam serta menggunakannya cara yang efesien dan berkesan.
Dari sumber internet:
1. http://fakultyminda.blogspot.com/2011/11/ar-rahnu.html
2. http://usratisejahtera-jewel.blogspot.com/p/ar-rahnu.html
3. https://anyflip.com/rzjyz/wham/basic
4. https://online.anyflip.com/hpccz/kfjx/mobile/index.html