KAJIAN KES SEJARAH
TAJUK: ANCAMAN KOMUNIS DAN
PERISYTIHARAAN DARURAT
NAMA: DANIA ARIANNA BT RIZMAN
KELAS: 4 BRISTOL
NO. MAKTAB: CP180185
GURU SUBJEK: CIKGU ZULKIFLI BIN YAASOK
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
1 Jadual kerja 3
2 Objektif kajian 4
3 Kaedah kajian 4
4 Pendahuluan 5
5 Cara kemasukan komunis ke Negara Kita 6
6 Perkara yang dilakukan oleh komunis 7-8
untuk menggugat keamanan dan
kesejahteraan negara kita
7 Cara dan kaedah kerajaan menangani 9-10
ancaman komunis pada masa tersebut
8 Cara mengekalkan kedamaian dan 11
kemakmuran yang kita bina pada hari ini
9 Mengapa perlu menghayati dan 12
mengambil iktibar perjuangan
pemimpin dalam usaha mendapatkan
kemerdekaan
10 Rumusan 13
11 Sumber rujukan 14
12 Lampiran 15
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 10 JULAI /
Menerima taklimat daripada
guru subjek Sejarah tentang /
penulisan tugasan.
/
2 15-20 Membuat rujukan awal ke /
JULAI laman web yang berkaitan /
dengan tajuk tugasan.
3 23 JULAI Mengenal pasti cara penulisan
tugasan.
4 24 JULAI Menentukan tajuk penulisan.
5 25-31 Membuat rujukan lanjut
JULAI berkaitan dengan tajuk tugasan
melalui internet, majalah, buku.
6 1-7 OGOS Menulis draf awal tugasan /
dengan bimbingan guru.
7 7-14 Menulis pengenalan dan /
OGOS pelaporan penuh tugasan /
/
8 14-29 Rumusan pengetahuan, nilai
OGOS murni dan harapan
9 30 OGOS Mengemaskini tugasan
10 31 OGOS Menghantar tugasan. /
OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mendapat pengalaman bermanfaat
semasa menjalankan kajian.
2. Supaya membina kesedaran tentang
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
warisan sejarah negara kita.
3. Untuk membina semangat patriotisme
dalam diri.
KAEDAH KAJIAN
1. BAHAN ILMIAH:
Buku teks, buku rujukan dan majalah.
2. MELAYARI INTERNET:
http://sejnotaringkas.blogspot.com/2012/12/bab
6-ting.html
3. MEDIA:
Rakaman video dari Youtube, berita dan
televisyen.
PENDAHULUAN
Perkembangan pengaruh komunis di
negara kita berlaku sebelum
meletusnya Perang Dunia Kedua.
Komunis melakukan pelbagai tindakan
untuk melumpuhkan ekonomi negara
dan meggugat kestabilan politik.
Matlamat komunis adalah untuk
merampas kuasa daripada British
berjaya menawan hati dan fikiran
rakyat untuk bersama-sama
membanteras ancaman komunis.
Zaman darurat telah membawa
pelbagai kesan kepada politik, ekenomi
dan social di negara kita.
CARA KEMASUKAN KOMUNIS
DI NEGARA KITA
Gerakan komunis antarabangsa telah
menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India.
Persidangan Kongres Belia Asia berlangsung pada
19 Febuari 1948 hingga 25 Februari 1948,
manakala Persidangan Parti Komunis India
diadakan pada bulan Mac 1948. PKM turut
menghantar wakil ke persidangan tersebut.
Dalam persidangan tersebut, pengikut komunis di
Kawasan yang dijajah digesa supaya
memperhebat perjuangan menentang kuasa
imperialis di setiap negara Asia. Berikutan
daripada itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM
telah mengambil keputusan untuk melancarkan
perjuangan bersenjata bagimenubuhkan Republik
Komunis di Tanah Melayu. Tindakan komunis
melancarkan perjuangan bersenjata
menyebabkan British mengisytiharkan darurat.
PKM meneruskan tindakan melumpuhkan
ekenomi dan infrastruktur serta mengancam
keselematan rakyat.
PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH
KOMUNIS UNTUK MUNGGUGAT
KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN
NEGARA KITA
Komunis melumpuhkan ekonomi. Lombong
bijih timah dan ladang getah merupakan
sasaran utama serangan komunis untuk
melemahkan ekonomi British. Contohnya,
pada 1948-1956 komunis menyerang 80
lombong di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Hal ini menyebabkan pekerja
lombong dan ladang getah menderita.
Selain itu, komunis merosakkan infrastruktur.
Komunis sabotaj kemudahan asas terutama
pengangkutan dan perhubungan. Contohnya,
mereka mengebom, merosakkan dan
mengalihkan landasan keretapi. Kesannya
menjejaskan kehidupan harian penduduk
tempatan kerana insfrastruktur tidak dapat
diselenggara dengan baik.
Di samping itu, komunis mengancam
keselamatan rakyat. Mereka melakukan
pelbagai tindakan ganas yang menggugat
keselamatan rakyat. Sebagai contoh, pada
malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan
bom tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak
yang menyebabkan 46 orang cedera parah
dan 4 mati. Mereka menyebabkan rakyat
hidup dalam derita dan sengsara.
Akhir sekali, komunis mengancam pasukan
keselamatan. PKM menyasarkan pasukan
keselamatan dan menyerang balai polis untuk
mencetuskan keadaan huru-hara dan
menunjukkan ketidak-upayaan kerajaan
untuk melindungi keselamatan penduduk.
Mereka juga membuat serangan ke atas
beberapa balai polis seperti Balai Polis
Kampung Jeram, Balai Polis Kuala Krau dan
Balai Polis Gua Musang.
CARA DAN KAEDAH KERAJAAN UNTUK
MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS
PADA MASA TERSEBUT
Yang pertama, penguatkuasaan undang-
undang darurat. Mereka menahan sesiapa
sahaja disyaki terlibat dalam pergerakan
komunis tanpa sebarang perbicaraan.
Selain itu, pemerkasaan pasukan
keselamatan. Contohnya, pasukan polis,
pasukan tentera dan pasukan sukarelawan.
Di samping itu, pendaftaran Kebangsaan dan
Kad pengenalan. Hal ini demikian kerana, ia
akan Memudahkan pihak keselamatan
membezakan orang awam dengan komunis.
Seterusnya, melakukan Rancangan Briggs.
Rancangan Briggs ini bertujuan untuk Untuk
putuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
yang membekalkan makanan, senjata,
maklumat dan ubat kepada PKM.
Selepas itu, mecetuskan tawaran
pengampunan. Sebanyak 40 juta risalah dan
12 juta pas pengampunan diedarkan dalam
Bahasa Cina, Melayu dan Tamil melalui
pelbagai cara.
Seterusnya, menubuhkan kempen bulan
rakyat melawan penjahat. Dengan ini, mereka
Berjaya melibatkan rakyat berbilang kaum
yang bekerjasama menentang komunis.
Akhir sekali, mewujudkan perintah
Berkurung. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan pasukan keselamatan
menjalankan operasi dengan lebih berkesan.
CARA MENGEKALKAN KEDAMAIAN
DAN KEMAKMURAN YANG KITA BINA
PADA HARI INI
Kita perlulah mengenali serta menghormati
raja dan pemimpin negara kita kerana mereka
yang berusaha mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka
untuk memajukan negara haruslah sentiasa
disokong, bukannya dikritik.
Selain itu, kita harus mempertahankan
maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah negara.
Seterusnya, kita haruslah tanam sifat
semangat kekitaan dalam diri bagi
mengekalkan kemakmuran sesebuah negara.
Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama
untuk memghadapi apa jua cabaran dalam
negara.
MENGAPA PERLU MENGHAYATI DAN
MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN
PEMIMPIN DALAM USAHA
MENDAPATKAN KEMERDEKAAN
Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang
penjajahan Barat di negara kita sewajarnya
dijadikan teladan dan patut kita contohi.
Semangat setia kepada negara dan sifat
bekerjasama juga amalan permuafakatan di
kalangan pemimpin serta pengikutnya telah
menyumbang kepada kejayaan menentang
penjajah. Dalam penentangan ini, jelas kepada
kita bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha
akan membuahkan hasil yang cemerlang.
Sewajarnya, ingatan tulus ikhlas dan penuh
kesedaran ini merupakan aspek penting yang
perlu diterapkan dalam menjana unsur
patriotisme seterusnya menyemai sikap ini dalam
diri kita. Sikap tolak ansur juga adalah faktor
penting dalam pembentukan negara dan bangsa
di Malaysia.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pemberontakan
bersenjata oleh PKM merupakan cabaran
besar pada British dalam menghadapi
ideologi Komunisme. Negara kita mampu
membina kedudukan yang kukuh dalam
semua bidang setanding dengan negara-
negara barat, sama ada dari sudut politik,
ekonomi mahupun sosial agar generasi
akan datang dapat menikmati kehidupan
yang lebih baikKemerdekaan yang
dipertahankan ini amat besar ertinya dan
segala-galanya bermula dengan golongan
pascamerdeka yang akan terus
mewarnainya. Kemerdekaan adalah
lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan
dan kejayaan kepada setiap daripada kita
iaitu warganegara yang bernaung di
bawahnya.
SUMBER RUJUKAN
1. Bahan ilimiah:
Ridzuan bin Hasan, 2019, Sejarah
Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. Laman web:
http://sejnotaringkas.blogspot.com/20
12/12/bab6-ting.html
https://gurubesar.my/nota-padat-
sejarah-tingkatan-4/
LAMPIRAN