Isi Kandungan Muka Surat
1
Bil Aspek
2
• Senarai Isi Kandungan 3
1 4
• Pengenalan
• Perjuangan Tok Janggut
2
• Rumusan
3
• Rujukan
4
1
Ulasan Kritis SJHK3013
1.0. PENGENALAN
Dalam usaha untuk memonopoli negeri-negeri Melayu, pihak British iaitu pengaruh
Barat yang tidak asing lagi disebut-sebut dalam kronologi sejarah di Tanah Melayu telah
melakukan pelbagai strategi dalam memastikan Tanah Melayu ini dikuasai sepenuhnya oleh
pengaruh mereka. Kewujudan sistem residen yang diperkenalkan oleh British adalah bukti
keberkesanan campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa
kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai
yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran
negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang
Melayu. Pihak British juga telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang
bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk
menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional. Hal ini telah menimbulkan
pelbagai reaksi dan tindak balas daripada masyarakat tempatan terhadap penjajah ini.
2.0. PERJUANGAN TOK JANGGUT
Dalam konteks ini, tindak balas yang saya benar-benar fikir mempunyai semangat jati
diri terhadap negara bangsa adalah tindakan dan perjuangan Tok Janggut. Dalam sejarah
kebangkitan rakyat Kelantan menentang pentadbiran kolonial pada tahun 1915, Tok Janggut
atau nama penuhnya Haji Mat Hassan bin Munas merupakan anak jati negeri Kelantan dan
seorang pejuang yang tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat tempatan yang telah
memainkan peranan penting sekali di dalam kebangkitan itu. Perjuangan Tok Janggut juga
dikenali sebagai ‘Kebangkitan Pasir Puteh, 1915’ yang membuktikan perjuangan beliau
bukanlah sekadar bersifat individu dan peribadi semata-mata. Menurut Razleysham, M.
(2019) , kebangkitan pemberontakan Tok Janggut menentang pihak British adalah merupakan
suatu lambang penentangan penduduk Tanah Melayu terhadap kehadiran British yang mahu
menguasai negeri-negeri Melayu. Beberapa pengkaji mengangkat Tok Janggut sebagai
pahlawan Melayu yang sanggup bangun menentang dasar-dasar penjajahan British.
Antara sebab utama penentangan Tok Janggut adalah penetapan kadar baru cukai
tanah dan tanaman yang dikenakan ke atas penduduk Kelantan yang dianggap tidak
munasabah dan membebankan penduduk. Pihak British telah memperkenalkan sistem-
sistem cukai baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik
pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.
Kewujudan sistem pentadbiran dan campur tangan pihak British dalam urusan pentadbiran
2
negeri Kelantan ini telah mewujudkan kegusaran terhadap kedudukan pembesar-pembesar
daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak kelebihan
dan keistimewaan. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (1999), antara isu yang paling sensitif
ialah pengenaan cukai seperti cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, cukai pokok
buah-buahan sebanyak 3 sen setahun, kelapa sebanyak 3 sen setandan dan sireh sebanyak
5 sen sejunjung. Peraturan seperti ini telah membebankan rakyat kerana penduduk negeri itu
atau petani khususnya wajib membayar cukai ke atas setiap tanah samada dikerjakan atau
tidak dikerjakan (Amirah Abdullah, 1957). Menurut Samsudin, M. (2015). Pada 24 Mei 1915,
Tok Janggut bersama hampir 1000 pengikutnya telah menyerang British di Pasir Puteh,
Kelantan. Dalam serangan tersebut, Tok Janggut sendiri telah terkorban syahid bersama Tok
Abas dan Tok Hussein serta beberapa orang pengikutnya.
Tindakan berani Tok Janggut dengan melancarkan serangan kepada pihak British
jelas menunjukkan bahawa beliau mempunyai semangat jati diri dalam memperjuangkan hak
dan menuntut bela penindasan yang dikenakan terhadap negeri dan tanah air tercintanya.
Walaupun kebangkitan Tok Janggut tidak berjaya, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan
Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’, namun beliau
tetap teguh dalam menentang penjajahan British dan perjuangan beliau telah memberikan
pengajaran yang cukup berguna kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus berjuang
mempertahankan hak sehingga ke titisan darah yang terakhir. Menurut Hamdan Aziz (2016)
dalam Berita Harian, berdasarkan manuskrip yang ditulis oleh Ahmad Abdul Rahman dari
Pattani, antara sifat Tok Janggut yang boleh dijadikan pengajaran untuk generasi kini ialah
kesungguhannya menentang kezaliman British.
3.0. RUMUSAN
Kesimpulannya jelaslah bahawa perjuangan nasionalisme yang dibawa oleh Tok
Janggut mencerminkan pendirian dirinya yang teguh dan berani serta berjiwa patriotik dalam
usaha membebaskan tanah air tercinta daripada cengkaman penjajah asing. Walaupun
perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya tidak berhasil namun perjuangan jihad mereka tetap
akan dikenang. Oleh itu, pelbagai pihak khususnya masyarakat kini mestilah menghayati dan
mengambil pengajaran daripada sejarah yang pernah berlaku. Bak kata George Santayana
(2011), mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.
3
RUJUKAN
Amirah, A. (1957). Riwayat Hidup Tok Janggut. Sinaran Bros
Nik Anuar Nik Mahmud (1999), Tok Janggut Pejuang Atau Penderhaka?, Bangi: Jabatan
Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia
Razleysham, M. (2019). Perjuangan Tok Janggut. Permas Upsi.
https://permasupsi.wixsite.com/permasupsi/post/perjuangan-tok-janggut
Samsudin, M. (2015). Perjuangan Tok Janggut: Satu Realiti Kepada Kebangkitan
Nasionalisme. Universiti Kebangsaan Malaysia
Santayana, G., & Gouinlock, J. (2011). The Life Of Reason Or The Phases Of Human
Progress: Introduction And Reason In Common Sense, Volume Vii, Book One. The
Mit Press. http://www.jstor.org/stable/j.ctt5hhk7j
Tamadi, S. (2016). Tok Janggut, Ulama Dan Pahlawan Melayu. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08/184578/tok-janggut-
ulama- dan-pahlawan-melayu
4