Legasi Tapai Ubi
Amira, Aqilah, Auni, Syarah
Di sebuah kampung, terdapat sebuah
keluarga yang miskin. Si bapa yang bernama
Wak Salikon dengan isterinya bekerja sebagai
pembuat tapai. Anak mereka yang bernama
Parjo sering membantu mereka
menjual tapai tersebut.
Setiap hari, Parjo akan menjual
menjual dan menghantar tapai
ubi ibu dan bapanya ke pasar,
warung, dan gerai-gerai
kampung.
Parjo juga sering menjinjit karung tapai ke
kantin sekolah. Hal ini, menyebabkan
Parjo diberi gelaran sebagai "Parjo Tapai"
oleh rakan-rakannya.
Pada mulanya, Parjo berasa segan dengan
situasi tersebut namun, alah bisa tegal biasa.
DIa tetap meneruskan rutin hariannya dengan
menjual tapai buatan orang tuanya itu. berkat
usahanya dalam membantu ibu bapanya, dia
telah berjaya menyambung pelajarannya ke
menara gading yang terunggul dalam bidang
perubatan.
Sewaktu di menara gading,
pensyarah
Parjo iaitu Professor Haidar, telah
memberikan tugasan untuk membuat
kajian
bagi membuktikan bahawa tapai ubi
dapat
membantu mengurangkan penyakit
kanser.
Kajian teliti yang dilakukan oleh Parjo
telah mendapati bahawa tapai ubi dapat
menghasilkan bakteria yang bermanfaat
kepada manusia. Bakteria tersebut dapat
menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Hasil kajiannya telah mendapat
pengiktirafan dari pihak universiti
dan telah di bawa sehingga
peringkat antarabangsa.
Parjo telah membawa ibu dan
bapanya ke majlis graduasinya di
Universiti Malaya. Kajiannya yang
bertajuk "Tapai Ubi Sebagai Agen
Penghalang Kanser" telah berjaya
mengiktirafnya sebagai
Dr Parjo
Akhirnya, sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon
telah didirikan kerana perniagaan tapai ubi keluarga
Parjo telah berkembang. Kini, Parjo telah bekerja sebagai
pensyarah dalam bidang perubatan. Dia masih meneruskan
kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah
pelbagai jenis penyakit
yang lain.
Sekian, terima kasih
Disediakan oleh:
Amira, Aqilah, Auni, Syarah