The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vasugishashi04, 2022-12-25 10:23:38

KERJA KURSUS GEOGRAFI - S.DHARSHAN KUMAR 1 TEKUN

KERJA KURSUS LAPANGAN TINGKATAN 1

SMK TINGGI KLANG
JALAN MERU,41050 KLANG SELANGOR

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI

PENGURUSAN SISA DOMESTIK
DI BANDAR PUNCAK ALAM,
KUALA SELANGOR,
SELANGOR.

Nama Pelajar : DHARSHAN KUMAR A/L SHASHI KUMAR

No. Kad Pengenalan : 090501-14-0581

Kelas / Tingkatan : 1 TEKUN

Guru Matapelajaran : PUAN SURIANI BT MOHD NOOR

1


BIL TARIKH JADUAL KERJA
1 9.12.2022
2 10.12.2022 PERKARA

3 20.12.2022 Menerima tugasan kajian lapangan oleh guru geografi
4 21.12.2022
5 21.12.2022 Mencari maklumat mengenai konsep, jenis, kepentingan, masalah
dan cadangan penambahbaikan pengurusan sisa domestik.
6 22.12.2022 Membina jadual kerja dan senarai kandungan.

7 22.12.2022 Menulis penghargaan dan pendahuluan tentang kerja lapangan

8 22.12.2022 Menentukan objektif kajian, menulis latar belakang kawasan
9 22.12.2022 kajian
Mencetak peta kawasan kajian dari Google map dan melakar peta
10 23.12.2022 lakaran di kertas A4.
Menentukan kaedah kajian yang digunakan dalam kerja
11 24.12.2022 lapangan.
Membina soal selidik dalam google form.
12 24.12.2022
13 24.12.2022 Menghantar borang soal selidik untuk disemak oleh guru
14 25.12.2022 Geografi.
Menjalankan soal selidik dengan menghantar pautan borang soal
15 25.12.2022 selidik kepada 10 orang responden yang tinggal di kawasan
kajian.
16 25.12.2022 Mengkaji jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian melalui
pemerhatian.
17 26.12.2022 Menulis konsep dan definisi sisa domestik

18 26.12.2022 Menghuraikan jenis-jenis sisa domestik.
19 27.12.2022
Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengurusan sisa
domestic di kawasan kajian.
Menulis dan menjelaskan masalah-masalah pengurusan sisa
domestic yang dihadapi oleh responden kawasan kajian.
Menghuraikan langkah-langkah penambahbaikan pengurusan
sisa domestik di kawasan kajian.
Menulis rumusan dan sumber rujukan untuk bahan-bahan yang
dirujuk.
Melengkapkan senarai kandungan dan jadual kerja.

Menghantar kerja lapangan kepada guru Geografi untuk
penilaian.

2


ISI KANDUNGAN Halaman
3
Perkara 4
Penghargaan 5
Pendahuluan 6
Objektif Kajian 8
Kawasan Kajian 9
Kaedah Kajian 23
Hasil Kajian 24
Rumusan 25
Rujukan
Lampiran

3


PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang, Tuan Hj Abdul hakim@
Abdul Khakim dan Guru mata pelajaran Geografi , iaitu Pn Suriani bt Mohd
Noor kerana telah memberi peluang kepada saya dalam melakukan kajian
ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-
rakan yang telah banyak membantu saya, meminjamkan bahan- bahan
rujukan, memberi panduan dan bekerjasama sepanjang penghasilan kertas
kerja ini.
Seterusnya saya juga meletakkan setinggi- tinggi penghargaan
kepada para responden yang sangat membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan lancar.

4


PENDAHULUAN

Setiap murid tingkatan 1 wajib menyiapkan kerja kursus bagi mata
pelajaran Geografi. Saya telah memilih tajuk yang bertajuk “Sisa domestik”.
Saya memilih untuk menjalankan kajian sisa domestik di kawasan tempat
tinggal saya iaitu di Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor,
Selangor.

Saya dibesarkan di Bandar Puncak Alam. Oleh itu, adalah lebih
mudah untuk saya menjalankan kajian di sini. Saya juga mendapati
terdapat segelintir penduduk taman ini yang suka membuang sampah
merata-rata, membuang sisa kotoran ke dalam longkang dan melakukan
pembakaran terbuka kerana lokasi bandar ini yang terletak di jalan utama.
Perkara ini membolehkan saya membuat pemerhatian dan kajian yang
lebih menyeluruh untuk menyempurnakan tugasan saya ini.

Masa yang diberikan kepada semua murid bagi menyiapkan kerja
kursus ini selama satu bulan. Bagi saya, tempoh yang diberikan
bersesuaian untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
bagi mencari maklumat dan bahan tentang kawasan kajian. Saya
menggunakan satu bulan untuk mengumpul semua bahan iaitu peta
lakaran ,kawasan tempat, hasil kajian, bahan grafik dan menyiapan
dapatan, rumusan dan keseluruhan kajian saya. Saya bersyukur dan
bangga kerana kajian saya ini boleh dijadikan panduan kepada saya dalam
membantu usaha-usaha bagi mengatasi masalah sisa domestik di bandar
saya di masa hadapan.

5


OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:
1. Mendefinisikan konsep sisa domestik
2. Mengenal pasti jenis jenis sisa domestik
3. Mengenal pasti punca punca pembuangan sisa domestik
4. Mengkaji kesan kesan sisa domestik
5. Menyenaraikan langkah langkah mengurangkan kesan pembuangan

sisa domestik

6


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian terletak di daerah Kuala Selangor
Koordinat kawasan kajian ialah 3.222125, 101.436274

7


Bandar Puncak Alam – merupakan bandar yang dikelilingi oleh
pusat pengajian tinggi seperti UiTM Puncak Alam.

Puncak Alam merupakan sebuah bandar dalam daerah Kuala Selangor, Malaysia. Ia
terletak dalam lingkungan 20 kilometer ke arah barat laut daripada bandaraya Shah Alam,
ibu negeri Selangor. Bermula sebagai sebuah estet kelapa sawit di bawah
selenggaraan FELDA dalam kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah,
bandar ini mula dibangunkan dalam tahun 1990-an di bawah pengurusan Bukit Cherakah
Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah Alam. Bermula
daripada tarikh 15 Mei 2001, syarikat pemaju hartanah berkenaan telah bertukar nama
kepada Puncak Alam Housing Sdn Bhd dan berpindah operasi serta membuka pejabat
jualan di kawasan Puncak Alam.
Pada peringkat awal pelancaran, luas keseluruhan kawasan Puncak Alam dianggarkan pada
keluasan 14,000 ekar (57 km persegi), walau bagaimanapun, akibat kemelesetan ekonomi
pada akhir 90-an telah menyaksikan pengecilan keluasan saiz sebenar bandar berkenaan, di
mana tanah-tanah asal yang diperuntukkan untuk Puncak Alam telah dibangunkan secara
usahasama dengan pemaju-pemaju hartanah yang lain sehingga terbitnya bandar-bandar /
pakej kecil di bawah nama dan konsep-konsep yang berbeza misalnya Alam Perdana, Alam
Jaya, Shah Alam 2, Ambang Suria dan pelbagai sub-bandar lain.

8


KAEDAH KAJIAN
Kajian luar ini sayai jalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:
1. Pemerhatian dan pencerapan dijalankan bagi mengenal pasti jenis-

jenis sisa domestik di bandar ini .
2. Soal selidik juga telah saya lakukan terhadap beberapa responden yang

terdiri daripada pekerja dan penduduk setempat. Soal selidik berkisar
kepada sisa domestik yang diperoleh, kawasan yang menjadi pilihan
untuk perniagaan, kesan jangka masa pendek dan jangka masa
panjang akibat kegiatan ekonomi tersebut.
3. Kaedah merujuk sumber sekunder seperti rujukan internet dan buku-
buku geografi pula kami jalankan untuk memperoleh peta kawasan dan
sebagainya.

9


HASIL KAJIAN

Konsep Kajian
Merujuk buku teks tingkatan 1 konsep sisa domestik ialah sisa sisa yang
terkumpul dan tidak menyelenggarakan.

Jenis jenis sisa domestik
Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama 10 orang
responden di taman saya, sisa domestik di kawasan ini dapat dikelaskan
kepada dua jenis iaitu:

1) Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan
dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan, iaitu sisa makanan, sisa
kebun dan kertas. Sisa makanan dan kertas merupakan sisa buangan
yang sering dan mudah ditemui di kawasan ini.

2) Bahan bukan organik pula ialah bahan yang sukar diuraikan dan
dilupuskan dan dihasilkan dari sumber mineral. Bahan-bahann yang
biasa ditemui di taman ini adalah tin, plastik, besi buruk dan kaca.

Punca punca pembuangan sisa domestik

Para responden memberi pendapat tentang punca punca pembuangan
sisa domestik. Punca punca yang menyebabkan berlakunya pembuangan
sisa domestik adalah :

10


1. Malas dan tidak endah. Jika kita seorang manusia yang normal
dan berfikir secara waras, pastinya kita tidak akan menbuang
sampah-sarap sewenang-wenangnya di merata tempat. Punca
pertama penbuangan sisa domestik ialah sikap malas dan tidak
endah. Perkara ini biasanya berlaku di kalangan penduduk dengan
taraf hidup yang rendah.
2. Pemungutan dan pengandalian sisa domestik tidak mengikut
jadual. Masalah pembuangan sisa domestik juga berlaku kerana
pihak berkuasa tidak bertanggunjawab ke atas jadual pungutan
sampah. Sekiranya sampah dipungut mengikut jadual, masalh
lambakan dan timbunan sampah sarap di hadapan rumah atau
kawasan membuang sampah tidak akan berlaku.
3. Sikap pentingkan diri sendiri. Masalah pembuangan sisa
domestik juga berpunca dari sikap pentingkan diri sesetengah
pihak. Ada yang berfikir bahawa mereka tidak kisah jika kawasan
persekitaran kotor dan bersepah, asalkan dalam rumah mereka
bersih dan terjaga. Sikap sebegini boleh menjadi punca pergaduhan
di antara jiran-jiran.
4. Tidak mementingkan kebersihan. Ada juga yang memebuang
sisa domestik di merata tempat kerana mereka langsung tidak
endah tentang kebersihan. Malah rumah sendiri juga kotor dan tidak
teratur. Jika rumah sendiri tidak dijaga, mustahil manusia sebegini
rajin untuk menjaga alam sekitar.
5. Tempat pembuangan sampah yang jauh. Ada juga yang
menjadikan alasan tempat pembuangan sampah yang jauh sebagai
alasan untuk membuang sisa domestik di merata-rata tempat.

11


6. Tidak mahu membayar yuran tapak pelupusan sampah. Bagi
masyarakat di bandar, ada yang mengenakan yuran tapak
pelupusan sampah. Bagi mereka yang enggan untuk membayar
yuran tersebut, mereka akan membuang sampah di merata-rata
tempat asalkan rumah mereka bersih daripada sampah.
7. Tidak mahu membayar yuran kutipan sampah ( maintenance
fee). Yuren kutipan smapah juga boleh menjadi beban kepada
mereka yang kurang berkemampuan. Akhirnya mereka akan
terpaksa membuang sampah sendiri di mana-mana sahaja yang
boleh.
8. Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar.
Pembuangan sisa domestik di merata tempat juga adalah berpunca
daripada kurangnya pendidikan tentang kesan pembuangan
sampah di merata tempat ke atas alam sekitar.
9. Kurang kesedaran sivik.ada juga yang sudah mengetahui kesan
membuang sampah ke mereta tempat namun tetap melakukanya
kerana kurang kesedaran sivik.
10. Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa. Akhir sekali,
punca pembuangan sisa domestik ialah disebabkan oleh penguat
kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa. Tiada tindakan yang
diambil ke atas mereka yang menbuang sampah di merata tempat.

12


Contoh pembungan sisa domestik yang tidak betul
13


Kesan-kesan pembuangan sisa domestik

Pencemaran bau

Mengikut reponden yang bersama Puan Anjalai berasa gelisah kerana
jirannya sentiasa membuang sisa domestik ke Dalam longkang di hadapan
rumahnya. Bau busuk dan hanyir membuat beliau rasa kurang selesa
terutamanya apabila angin bertiup ke arah rumahnya.

Pencemaram udara

Cik Nur Hajar, seorang responden menyatakan berlaku pembakaran sisa
kebun di padang permainan di depan rumahnya oleh penghuni yang tidak
bertanggunjawab. Asap daripada pembakaran tersebut kadang-kadang
bergerak ke arah rumahnya. Keadaan ini menjejaskan keselesaan hidupnya.
Tambahan pula beliau ada menghidap penyakit telah.

Kesihatan

Mengikut seorang responden yang bernama En.Lim Keat Chun menyatakan
bahawa masih penghuni yang mempunyai tabiat buruk dengan membuang
sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Keadaan ini akan menyebabkan
kehadiran haiwan seperti tikus, lalat, lipas dan nyamuk. Tambahan beliau
lagi, anak kawannya yang tinggi di jalan asa 3 pernah mengidap demam
denggi. Lonkang yang tersumbat dan tin-tin kosong yang terbiar di taman
permainan menggalakan pembiakan nyamuk aedes.

14


Landskap atau perubahan pendang darat

Melalui pemerhatian kumpulan saya, sikap membuang sisa domestik di
merata tempat menybabkan kawasan persekitaran tidak terurus. Keadaan ini
menyebabkan perubahan landskap terutam di taman permainan daripada
kawasan hijau, sekarang dikotori banjiri oleh plastik, kertas dan sisa kebun
serta perabot.

Kos penyelenggaraan
Encik Ridzuan bin Abdullah, seorang responden menyatakan bahawa
pembuangan kertas plastik dan botol minuman merata rata telah
meningkatkan kos pembersihan dan pelupusan sampah oleh pihak berkuasa
tempatan seperti majlis perbandaran kajang. Sepatutnya perbelanjaan
tersebut boleh digunakan untuk menyediakan alat-alat permainan di dua
taman.

15


Langkah-langkah mengurangkan pembuangan sisa

Penguatkuasan undang-undang

Mengikut Cik. Nur Afifah binti Mohamad halim menyatakan bahawa
pihak berkuasa temparan (PBT) perlu sering memantau dan
mendenda penguni yang melakukan pembakaran terbuka. Tindakan
ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk
taman asa jaya bahawa penjagaan alam sekitar sangat penting.

Pendidikan

Mengikut Encik Nanthakumaran menyatakan bahawa program
pendidikan kitar semula adalah sangat penting untuk memberi
pendidikan kepada penduduk bagaimana mengurus sendiri bahan
buangan atau sisa pepejal di rumah. Peranan badan bukan
kerajaan (NGO) serta jabatan kerajaan terhadap aktiviti ini dapat
membantu penduduk di taman asa jaya menyedari perlunya
penjagaan alam sekitar dengan mengitar semula sisa pepejal yang
tidak diperlukan. Keadaan ini dapat meningkatkan penjagaan alam
sekitar dan mengurangkan pencemaran yang dikaitkan dengan sisa
domestik.

Kempen

Mengikut Encik Ahmad Yusof bin Abd Samad, menyatakan bahawa
media massa atau media sosial memainkan peranan utama untuk
kempen kesedaran menjaga kesihatan kepada komuniti setempat
dengan iklan pembuangan sisa pepejal dengan cara yang betul
demi alam sekitar yang ceria dan sihat. Mengikut encik cheah ah
heng, kempen gotong-royong boleh dijalankan pada hari minggu

16


untuk mengutip sampah sarap. Ini merupakan tanggunjawab sosial
bagi penghuni di taman asa jaya.
Amalan 3R
Mengikut Nor Faridah bin Rusli menyatakan bahawa bagi
menangani isu pembuangan sisa domestik, ibu bapa perlu menjadi
contoh kepada anak-anak tentang cara membuang sampah dengan
betul. Tambahan beliau lagi, masyarakat boleh mengamalkan
kempen kitar semula dalam mengurangkan pembuangan sisa
pepejal seperti bahan plasitk, kaca, kertas, tayar terpakai dan
sebagainya sekali gus mengurangkan pelepasan gas ammonia
serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat.
Tong kitar semula percuma
Beberapa orang responden menyarankan bahawa PBT
menyediakan tong kitar semula percuma di setiap rumah bagi
memudahkan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik.
Keadaan ini akan mengurangkan kos penyelenggaran PBT dalam
jangka panjang.

17


Kajian berkaitan punca pembuangan sisa domestik

Punca pembuangan sisa domestik Bilangan
Malas dan tidak endah IIIII

Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual IIII

Sikap pentingkan diri sendiri IIII

Tidak mementingkan kebersihan III

Tempat pembuangan sampah yang jauh III

Tidak mahu membayar yuran tapak pelupusan sampah I

Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar II

Kurang kesedaran sivik II

Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa I
Tidak mahu membayar yuran kutipan sampah I
JUMLAH 26

18


Kajian berkaitan punca pembuangan sisa domestik

4% 4% 19%
8% 15%

8% 15%
4%

12%

11%

Malas dan tidak endah
Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual
Sikap pentingkan diri sendiri
Tidak mementingkan kebersihan
Tempat pembuangan sampah yang jauh
Tidak mahu membayar yuran tapak pelupusan sampah
Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar
Kurang kesedaran sivik
Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa
Tidak mahu membayar yuran kutipan sampah

19


APAKAH TINDAKAN SAYA SEBAGAI MURID SEKOLAH?
Sebagai murid sekolah yang telah mempelajari pembelajaran sisa domestik, saya
mengamalkan amalan 3R dirumah dengan mengasingkan barangan yang boleh dikirat
semula dan barang yang perlu dibuang. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad
dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman.
Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pad masa hadapan di
samping dapat mengurang jumlah pembazirn dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan

❖ Hanya beli apa diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jaran
digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

❖ Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

❖ Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

❖ Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang sokonglah
bungkusan kertas.

❖ Jual atau dermakan barangan(dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:Jangan
simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.

❖ Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyaknyakanproduk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga
tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang
bekasnya.

❖ Gunakan bahan alternatif untuk memengganti baan bebahaya/toksik
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama
lemon adalah pengilap Perabot yang baik.

Reuse – guna semula

Beg beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di
rumah.

Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat
lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
20


Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di
rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar
semula jika tidak boleh digunakan lagi.

Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu
ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula

• Kitar semula di rumah:
Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan
ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk
membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Cuba mencari cara untuk
kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan
lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga
boleh dikitar semula.

• Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam
laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput,
dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk
mengurangkan sisa dapur.
Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan
zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

• Mengitar semula di sesebuah komuniti:
Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan
kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan
bagi pengitaran semula.

21


AMALAN 3R DI RUMAH
22


RUMUSAN
Pembangunan ekonomi ini merupakan indikator yang positif dari
aspek sosio-ekonomi penduduk tetapi ia perlulah seimbang dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Jika kepentingan
alam semula jadi diabaikan, penduduk akan terus menghadapi
masalah seperti pencemaran dan bencana alam.
Bandar Puncak Alam merupakan sebuah taman perumahan
yang berpotensi besar untuk dibangunkan ke tahap seterusnya.
Namun demikian, usaha pembangunan taman ini tidak harus
dilakukan secara intensif sehingga membelakangkan penjagaan alam
sekitar. Justeru, setiap pihak perlulah memainkan peranan masing-
masing demi memastikan masyarakat dapat hidup dengan selesa.
Sesungguhnya pembangunan ekonomi tidak membawa apa-apa
makna jika masyarakat hidup dalam persekitaran yang tidak sihat dan
boleh menjejaskan kesihatan dalam jangkamasa yang panjang

23


RUJUKAN
Hisham Azman bin Ibrahim(2016) Geografi Tingkatan 1,Cheras Kuala
Lumpur
http://penggunalestari.blogspot.com/2010/04/amalan-3r-di-
rumah.html#:~:text=%2DBeli%20produk%2Dproduk%20yang%20me
nggunakan,semula%20sebagai%20baja%20di%20laman.
https://anyflip.com/dlkrh/voqb/basic
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
https://www.google.com/search?q=google+maps+koordinat+bandar+
puncak+alam&rlz=1C1GCEA_enMY974MY981&oq=google+maps&a
qs=chrome.0.69i59l2j69i57j0i433i512j5j69i60l3.9385j0j4&sourceid=ch
rome&ie=UTF-8&safe=active&ssui=on

24


LAMPIRAN

25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


Click to View FlipBook Version