httphtst:p/s/:w//www.wy.oyuoututubbee..ccoom/wwaattcchh??vv==GGEqEeqCepChpqh3qzg3zg
https://www.youtube.com/watch?v=GEqeCphq3zg
PANDUAN
SOLAT HAJAT
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
SOLAT SUNAT HAJAT
Solat sunat Hajat bermaksud solat sunat yang dikerjakan bagi meminta sesuatu hajat yang tertentu. Dalam
bahasa Inggeris solat ini dipanggil sebagai the prayer of need. Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian
mengikut hajat masing-masing dan juga boleh dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama.
Solat hajat boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga 12 rakaat. Bacaan
dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu anda dicadangkan untuk membaca surah Al-
Kafiruun pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah Al-Ikhlas.
Ibadah ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia
berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”
(Riwayat At-Tarmizi r.a.)
Satu lagi riwayat hadith dengan sanad sahih iaitu dari Abu Darda’ mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
“Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah
memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Oleh itu, ianya tidak dinafikan lagi bahawa ibadah solat sunat hajat ini sememangnya dianjurkan oleh
Rasulullah SAW dan para sahabat bagi memohon segala hajat di hati kepada Allah S.W.T.
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT HAJAT
Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat sekiranya anda mengamalkan solat sunat hajat
sebagai rutin ibadah harian anda. Di samping ganjaran pahala yang banyak, berikut
beberapa kelebihan sekiranya anda kerap melakukan solat sunat hajat:
1 Hati anda akan berasa lebih tenang kerana beban hajat anda telah pun disampaikan
kepada Allah S.W.T.
2 Anda akan menjadi lebih ikhlas dalam menerima segala ketentuan Allah S.W.T
3 Segala hajat dan permohonan anda akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
TUJUAN MENDIRIKAN SOLAT HAJAT
Tujuan Solat Sunat Hajat adalah bagi memohon sesuatu hajat kepada Allah
S.W.T. Berikut merupakan perkara-perkara yang selalu dimohon oleh
seseorang muslim, antaranya ialah:
1 Permudahkan urusan harian
2 Permudahkan menjawab soalan peperiksaan
3 Mempercepatkan jodoh
4 Memurahkan rezeki di dunia dan akhirat
5 Memudahkan mendapat pekerjaan
6 Mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 Lain-lain
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
WAKTU AFDHAL UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT HAJAT
1 Sewaktu anda mengerjakan Qiamullail
2 Waktu Dhuha
3 Selepas Solat Maghrib
4 Sewaktu Hujan Lebat
5 Pada Bulan Puasa
6 Selepas Solat Isyak
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT SUNAT HAJAT
Solat Hajat amatlah mudah untuk didirikan dan anda boleh lakukannya sekurang-
kurangnya 2 rakaat. Di bawah adalah tatacara dan cara sembahyang hajat yang cukup
ringkas:
1.Niat
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana
Allah Taala”.
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
2.Bacaan Dalam Solat
Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Kafiruun
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Ikhlas
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
3. Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut sebanyak 40 kali:
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
DOA SELEPAS SOLAT
Maksudnya: “ Ya Allah, sesungguhnya kami memohon
kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan
menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala
kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan,
memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka. Ya
Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku,
melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan
tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang
tersembunyi daripada pengetahuanMu. Aku adalah
hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba
yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang
meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan
semua dosa-dosanya kepadaMu. Ya Allah, aku mohon
kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku
berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa
yang amat hina. Aku mohon kepadaMu seperti orang
penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang
merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta
hidungnya kepadaMu..”
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021
Kesimpulannya, solat sunat hajat ini sangatlah mudah untuk diamalkan. Semoga
panduan ini membantu anda dalam mendirikan solat sunat hajat dengan lebih
istiqamah.
Semoga perkongsian cara solat hajat ini dapat menambah pengetahuan dan
memberi manfaat kepada kita semua dalam melaksanakan amalan ini.
Wallahu ‘Alam.
SMKPP8(1)/PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/SURAU AS-SYAFIE/NMN 2021