The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by M.N.N 7263, 2020-05-03 18:38:33

01 Taklimat MyPBB

Sistem Mata Kredit

Keywords: sistem mata kredit

4. BIMBINGAN DAN PEMENTORAN

Bimbingan dan pementoran ialah proses bimbingan
berterusan yang melibatkan interaksi dan pembelajaran
dua hala antara pembimbing dengan yang dibimbing
berkaitan dengan
tugas dan tanggungjawab.

Kaedah Pemberian Mata Kredit

i) Mata kredit diberikan bagi setiap jumlah jam sesi
bimbingan dan pementoran.

ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata
kredit.

iii) Mentor dan mentee akan memperoleh mata kredit yang
sama.

iv) Tiada mata kredit bagi mentor untuk sesi yang
melibatkan tugas hakiki.

v) Setiap enam jam proses bersamaan satu hari berkursus.

Eviden Bimbingan dan Pementoran

i) Surat Lantikan; atau mentee).
ii) Surat Arahan, atau
iii) Buku Log; atau
iv) Rekod Sesi Pementoran,atau
v) Laporan refleksi (mentor dan

5. e-PEMBELAJARAN

Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan
komputer atau komponen elektronik dan bahan pembelajaran
melalui dalam talian (online).

Kaedah Pemberian Mata Kredit

i) Satu mata kredit diberikan mengikut jumlah jam yang
tercatat dalam Sijil Kehadiran / Sijil Penghargaan / Surat
Akuan / Surat Pengesahan.

ii) Bagi portal pembelajaran dalam talian yang tidak
menyatakan jumlah jam berkursus, kiraan enam jam
diambil kira bagi satu kursus yang lengkap.

iii) Mata kredit maksimum setahun sebanyak
15 mata kredit;

iv) Dua mata kredit tambahan akan diberikan
bagi setiap sumbangan video sendiri atau
bahan ilmiah yang dimuat naik;

v) Dua mata kredit tambahan bagi usaha
kendiri bagi setiap e-pembelajaran / kursus
yang dilaksanakan di luar waktu tugas
rasmi / atas tanggungan individu;

Eviden e-Pembelajaran

i) Sijil; atau
ii) Surat Akuan; atau
iii) Surat Pengesahan; atau
iv) Perakuan Ketua Jabatan; atau
v) Video dalam talian (disahkan); atau
vi) Resit Pembayaran yuran pengajian

(bagi aktiviti inisiatif kendiri)

6. Pembacaan Buku

PPP dikehendaki membaca buku-buku dalam bidang
pengetahuan, kemahiran serta nilai dan amalan
profesionalisme.
Ulasan buku ialah proses mendapat idea utama kandungan
buku atau menulis sinopsis.

Kaedah Pemberian Mata
i) Satu pembacaan buku ialah enam mata

kredit.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah

20 mata kredit.

Bukti Pelaksanaan
Pembentangan atau Ulasan buku Rujuk Surat
Siaran KP(PP)0022/2252 Jilid 2(7) bertarikh 15
April 2015 dan pengesahan/ perakuan ketua
jabatan;

7. Peningkatan Akademik

Program peningkatan akademik akan
meningkatkan profesionalisme keguruan PPP.

Program ini merujuk kepada peringkat sijil / sijil
lanjutan profesional, diploma, diploma lanjutan,
ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah
secara sepenuh masa atau sambilan sama ada di
dalam atau di luar negara

i) Mata kredit diberi selepas mendapat Sijil / Diploma
/ Ijazah / Sarjana / PhD secara one-off pada tahun
penganugerahan seperti berikut:

(a) Sijil = empat mata kredit

(b) Diploma = lapan mata kredit

(c) Ijazah Sarjana Muda / Diploma
Lanjutan = 12 mata kredit

(d) Sarjana = 16 mata kredit

(e) PhD = 20 mata kredit

ii) Dua mata kredit tambahan bagi inisiatif kendiri.

Bukti Pelaksanaan:

Transkrip akademik dan/atau skrol akademik
sijil, diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana
muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah.

8. PROGRAM SANGKUTAN DI ORGANISASI
DALAM DAN LUAR KPM

Penyertaan PPP dalam program pembangunan
profesionalisme secara sangkutan di organisasi
di dalam atau di luar KPM dilaksanakan di dalam
atau di luar negara. Program sangkutan ini boleh
melibatkan bidang kerja masing-masing atau di
luar tugas rasmi tanpa mengira bidang kerja
yang khusus.

Contoh Program sangkutan:

a. Dalam KPM: Program sangkutan Pegawai BPPDP
selama enam bulan di PADU.

b. Dalam KPM: Program sangkutan guru Pendidikan
Khas (integrasi pendidikan khas ke sekolah
pendidikan khas)

c. Luar KPM: Program sangkutan pegawai KPM dalam
latihan industri (guru Kolej Vokasional)

d. Luar KPM: Program sangkutan Pegawai KPM selama
tiga bulan di MOSTI.

e. Luar Negara: Program Sangkutan PPP di syarikat
swasta Republik Persekutuan Jerman.

iv. Mata kredit akan diberikan kepada PPP
setelah kembali bertugas ke jabatan asal.

v. PPP interim tidak dikira sebagai program
sangkutan.

Kaedah Pemberian Mata Kredit

i) Satu program sangkutan ialah lima mata kredit.

ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata kredit.

Bukti pelaksanaan;
i) Surat tawaran program sangkutan; atau
ii) Surat Arahan; dan
iii) Pengesahan/ perakuan ketua jabatan/ pegawai yang diberi

tanggungjawab/ kuasa.

9. SUMBANGAN LAIN BERBENTUK PROFESIONAL DAN
BUKAN PROFESIONAL

Aktiviti / program / tugasan yang
dilaksanakan / disertai oleh PPP di luar
bidang tugas hakiki (Contoh: ahli Majlis
Penasihat Persatuan / Badan / Panel, ahli
pemikir KPM, ahli task force).

Contoh Sumbangan Profesional

i. Task Force
Sekumpulan PPP daripada pelbagai bidang dalam satu
kumpulan untuk melaksanakan sesuatu tugasan khas
yang diberikan oleh organisasi.

ii. Jawatankuasa / Panel
PPP yang dilantik untuk membuat keputusan bagi
organisasi tertentu. (Contoh: Panel Temu Duga / Panel
Penilai / Panel Pemilih / Panel Penggubal)

iii. Petugas

PPP yang dilantik oleh KPM atau mana-mana institusi
pendidikan di bawah agensi kerajaan atau agensi bukan
kerajaan untuk menguruskan atau melaksanakan tugas
khas.

(Contoh: petugas /pemeriksa kertas peperiksaan
awam,urus setia program, pengelola pertandingan /
aktiviti, dan lain-lain tugasan yang
dipertanggungjawabkan.)

Contoh sumbangan bukan profesional

i. Sumbangan lain di luar bidang tugas
profesional; atau

ii. NGO yang berdaftar dan diiktiraf oleh
kerajaan;

iii. Badan sukarela untuk komuniti setempat.

Kaedah Pemberian Mata

i) Satu sumbangan ialah lima mata kredit.

ii) Dua mata kredit tambahan akan diberikan
bagi setiap sumbangan sebagai ketua /
penyelia.

iii) Jumlah mata kredit maksimum setahun
ialah 10 mata kredit.

Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata
kredit;

i) Surat jemputan; atau
ii) Surat lantikan; atau
iii) Surat arahan; atau
iv) Sijil penghargaan/ penyertaan; dan
v) Pengesahan ketua jabatan

10. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
(PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES – PLC)

PLC kerap dirujuk sebagai sekumpulan guru
yang bertemu secara kerap, berkongsi
pengalaman dan kepakaran untuk
mempertingkatkan kemahiran pengajaran
dalam usaha meningkatkan pencapaian
pelajar.

Antara amalan ini ialah:

➢pengajaran bersama rakan guru (team
teaching), tunjuk cara dalam

➢pengajaran (lesson demonstration), sistem
sokongan rakan sekerja

➢(buddy support system), perkongsian pintar
antara komuniti sekolah

➢dengan komuniti di luar sekolah dan
pengajaran secara kolaboratif

➢(collaborative teaching).

Kaedah Pemberian Mata

i) Lima mata kredit bagi setiap amalan terbaik
yang dihasilkan dan dikongsi bersama.

ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah
20 mata kredit

Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Laporan, atau
ii) Dokumentasi dalam pelbagai bentuk.

PPP yang berperanan sebagai Ketua Kumpulan aktiviti
ini bertanggungjawab mengisi maklumat dalam
SPLKPM. SULDP organisasi PPP berkenaan
bertanggungjawab menyemak dan meluluskan aktiviti
ini dalam SPL KPM. *** rujuk garis panduan SPL KPM

11. Inovasi

Inovasi ialah penghasilan sesuatu yang baharu atau
menambah nilai kepada sesuatu yang sedia ada. Inovasi
merangkumi idea, prosedur kerja, sistem, kaedah,
teknologi dan seumpamanya yang merupakan hasil
cetusan pemikiran kreatif dan inovatif.

Kaedah Pemberian Mata
i) Satu inovasi yang dihasilkan bersamaan 20

mata kredit.

ii) Dua mata kredit tambahan untuk ketua
pasukan / fasilitator / mentor / konsultan /
penyelaras.

iii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah
20 mata kredit.

Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Laporan; atau
i) Anugerah / Sijil Penghargaan / Sijil Penyertaan; dan
i) Pengesahan Ketua Jabatan

12. Penyelidikan

PPP digalakkan untuk menjalankan
penyelidikan / kajian tindakan bagi
meningkatkan amalan pengurusan/PdPc.
Aktiviti ini dapat memantapkan pentadbiran
atau menyelesaikan masalah pembelajaran
murid.

Kaedah Pemberian Mata

i) Satu penyelidikan lengkap ialah 10 mata
kredit.

ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah
20 mata kredit.

iii) Dua mata kredit tambahan sebagai ketua
pasukan / penyelidik.

iv) Tiada mata kredit diberikan yang melibatkan
tugas hakiki PPP.

Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata
kredit;

i) Laporan penyelidikan; atau

ii) Dokumen penyelidikan; dan

iii) Pengesahan ketua jabatan.

13. Penulisan dan Pengkaryaan

Aktiviti merekodkan pengalaman, amalan terbaik,
kepakaran, idea baharu, inovasi, hasil penyelidikan dan
sebagainya secara bertulis sama ada dalam bentuk
buku, jurnal atau artikel dalam terbitan berkala atau
pengkaryaan kreatif.

Kaedah pemberian mata dan bukti yang
diperlukan untuk mendapat mata kredit;

i) Buku
a. Satu buku lengkap yang diterbitkan ialah 20

mata kredit.
b. Jumlah mata kredit maksimum setahun

ialah 20 mata kredit.
c. Bukti yang diperlukan untuk mendapat

mata kredit ialah buku yang diterbitkan.

ii) Artikel/ Jurnal / Bab
Artikel / Jurnal / Bab yang diterbitkan ialah
10 mata kredit.

iii) Buletin
Buletin yang diterbitkan ialah 10 mata
kredit.

iv) Penulisan Modul
Modul yang lengkap ialah 10 mata kredit.

v) Pengkaryaan Seni Kreatif / visual

a. Seni kreatif yang diterbitkan/ direkodkan ialah 10 mata
kredit.

b. Seni visual yang diberi mata kredit hendaklah
diterbitkan / direkodkan serta disahkan oleh ketua
jabatan.

c. Seni muzik bertema yang diterbitkan / direkodkan
serta disahkan oleh ketua jabatan.

d. Seni fotografi yang diterbitkan / direkodkan serta
disahkan oleh Ketua Jabatan.

e. Seni tari yang diterbitkan/ direkodkan serta disahkan
oleh Ketua Jabatan.

f. Lain-lain karya seni / penghasilan / pengkaryaan
kreatif yang direkodkan / diterbitkan serta disahkan
oleh ketua jabatan.








Click to View FlipBook Version