The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ANAS ANAQI BIN MOHD AMIN, 2024-05-23 00:26:50

Poster 50 tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Ulang Tahun 50 Nahdah

Keywords: Nahdah

Dari Unit Bahasa Arab ke Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam Sejarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (JPATI) tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan penubuhan Unit Bahasa dan Sastera Arab serentak dengan penubuhan UKMpada 18 Mei 1970. Unit ini bolehlah disifatkan sebagai ''Servicing Unit'' dalam Fakulti Pengajian Islam (FPI) kerana unit inilah yang akan menyediakan kursus-kursus bahasa dan sastera Arab bagi mahasiswa-mahasiswa Jabatan Syariah dan Usuluddin. Unit ini ditubuhkan bertujuan membimbing mahasiswa supaya dapat menguasai bahasa Arab dalam peringkat tinggi untuk membolehkan mereka membuat kajian-kajian ilmiah secara mendalam, terutama tentang mendalami pengajian Islam dari sumber-sumber yang asli dalam bahasa Arab. Unit ini juga bertujuan mengeluarkan tenaga pengajar yang benar-benar berkebolehan mengajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Arab.Di samping itu, unit ini diharap dapat melahirkan penterjemah-penterjemah yang cekap,pegawai dan penulis-penulis yang berkelayakan untuk memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan negara. Berikut ialah tenaga pengajar terawal Unit Bahasa dan Sastera Arab: Penolong Pensyarah: Osman bin Haji Khalid Ramli bin Haji Ismail Haji Khairuddin H.Mohamed Al-Aliyah Ismail bin Ariffin


Kemajuan yang dicapai sesi akademik 1971/1972 Unit Bahasa Arab walaupun menghadapi kekurangan tenaga pengajar tetapi telah dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.Bagi melicinkan perjalanan unit ini seramai tiga orang tenaga pengajar telah diambil bagi membantu memberikansyarahan-syarahan.Seramai 62 orang pelajar tahunsatu dan 35 orang pelajar tahun dua mengambil kursus daripada unit ini pada sesi kali ini. Sementara itu,langkah-langkah untuk membesarkan lagi unit ini untuk dinaik taraf ke Jabatan yang akan dikenali dengan nama Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam giat dijalankan.Akhirnya,hasrat ini terlaksana dengan penubuhan JPATI secara rasmi mulai sesi akademik 1973/1974


KETUA JABATAN DARI TAHUN 1974-2000 1974-1977: OSMAN BIN HAJI KHALID 1978-1979: ANWAR BIN HAJI ZAINAL ABIDIN 1979-1982: ISHAK HJ. MOHD REJAB 1982: RAMLI BIN HAJI ISMAIL 1982-1983: ISMAIL BIN RIPIN @ ARIFIN 1983-1985: MAHMUD HAJI AHMAD 1986-1989: WAN AHMAD BIN WAN DAUD 1989-1991:TENGKU GHANI TENGKU JUSOH 1991-1994: BALKIS HAJI ABU BAKAR 1994-1996: ISMAIL BIN HAJI ABD.HALIM 1996-1998: PROF. MADYA DR. AB. RAHIM HJ.ISMAIL 1998-2000: IDRIS ABDULLAH


KETUA JABATAN DARI TAHUN 2001-2014 2000-2001: AMAT@ANWAR HAJI.ZAINAL ABIDIN 2001-2002: PROF MADYA DR. TENGKU GHANI TENGKU JUSOH 2002-2003: PROF. MADYA DR. ABDUL RAUH YACCOB2003-2004: DR. ROZIAH BINTI SIDIK @ MAT SIDEK 2004-2007: PROF.MADYA DR.IDRIS ABDULLAH 2007-2009: PROF. MADYA DR. ZAMRI ARIFIN 2009-2014: DR MAHERAM AHMAD 2014-2017: PROF. MADYA DR. AZMUL FAHIMI KAMARUZAMAN 2018-2019: PROF. MADYA DR. HAJAH SALMAH AHMAD 2020-2023: DR. FARID MAT ZAIN 2023-2026: PROF. MADYA DR. ERMY AZZIATY ROZALI


Click to View FlipBook Version