The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

Cerita Rakyat Pendek 3

Cerita Rakyat Pendek 3

2.2 Berdasarkan cerita

jenaka, kemukakan lima
pengajaran yang terdapat
dalam setiap cerita dengan
memberi contoh yang sesuai.

Ys, Goh

Cerita Si Luncai

Sinopsis cerita:

Si Luncai seorang miskin dari hujung kampung begitu
ingin menatap sendiri wajah rajanya.  Namun, biarpun
telah beberapa kali mencuba, hasratnya gagal
disebabkan wajahnya yang buruk serta tidak
mempunyai pakaian yang sesuai untuk mengadap
raja.
Namun, pada suatu hari, dia berjaya juga masuk ke
istana dan mengadap raja. Malangnya, dia ditimpa
malang. Ketika menghadap raja, terluncur kata dari
mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah
bapanya.

Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya,
mukanya tidak sekali-kali boleh disamakan dengan
rakyat biasa … apatah lagi dengan muka arwah bapa
Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu.

Tanpa mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan
teliti, raja pun menjatuhkan hukuman. Penghinaan Si
Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si
Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan ke tengah
laut.

Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke
dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si
Luncai akan dibuang ke dalam laut. Si Luncai telah
dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke
pangkalan.

Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun
dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si
Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di
dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka
Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu
semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua
jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat
kamu semua itu?”
Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah
kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam
laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu,
maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun
dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”

Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu
mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula
menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah:
“Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua
kumpulan menyanyikan lagu itu.
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
“Biarkan! Biarkan!”
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga
lekalah mereka semuanya.
Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari
guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam
guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu
yang lain lalu terjun dari perahu itu.

Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung
labu air yang dua biji itu.
Apabila sampai ke tengah laut, kumpulan pendayung di
hadapan baru menyedari bahawa Si Luncai telah
berjaya melepaskan diri.  Maka kembali ke darat dan
mencari Si Luncai.

Nilai Pengajaran :

Kita jangan mudah menyerah kalah apabila
berdepan situasi genting atau mencabar. 
Cubalah cari jalan untuk menghadapi
masalah itu dengan baik.  Akal yang bijak
dan hati yang tenang akan membantu kita

mencapai kejayaan. 

Cerita Pak Kaduk

Nilai Pengajaran:

1. Berhati-hati dan jangan terlalu

mudah mempercayai kata-kata

orang walaupun orang

yang berpengaruh.

Contoh: Pak Kaduk percaya raja untuk

bertukar ayam tetapi akhirnya dia

telah kalah dan hilang pertaruhan.

2. Jangan mengamalkan sifat suka
berjudi kerana berjudi tidak
membawa keuntungan sebaliknya
membawa kepada emusnahan
danakan menjadi papa kedana.

Contoh: Sifat suka berjudi yang ada pada Pak

Kaduk menyebabkan dia telah

kehilangan semua harta bendanya.

Cerita Mat Jenin

Mat Jenin merupakan seorang anak
muda yang malas berkerja tetapi
kuat berangan-angan. Pengakhiran
kisah hidupnya ditamatkan dengan
kematiannya akibat kuat berangan-
angan. 

Nilai Pengajaran :

1. Janganlah kita suka memasang angan-
angan kosong yang tidak memberi apa-apa

makna dalam hidup.

Contoh: Angan-angan kosong Mat Jenin tidak

memberi apa-apa faedah kepada

dirinya malah menyebabkan Mat Jenin

mati sia-sia.

2. Kita harus sedar akan kedudukan diri kita
yang sebenarnya.

Contoh: Mat Jenin suka memasang angan-angan

kosong tanpa memikirkan dan

menyedari hakikat dirinya yang

sebenar hanyalah seorang yang miskin.

3. Kita mestilah rajin bekerja dan
berusaha untuk menjadi kaya.

Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin

menjadi kaya-raya tanpa

berusaha dan bekerja menyebabkan

angan-angannya sekadar menjadi

angan-angan kosong.


Click to View FlipBook Version