E MAJALAH
TAJUK : CARA MEMUPUK PERPADUAN DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
PUAN NAIMAH BINTI ISMAIL
NAMA NO PENDAFTARAN
UMMUL HUSNA BINTI JAMIL 16DPR20F2019
FARAH AYUNNI BINTI MAZLAN 16DPR20F2018
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 PENGENALAN 4-5
3 DALIL DAN HADIS 6-8
4 CARA MEMPUPUK PERPADUAN DALAM 9-13
KALANGAN MASYARAKAT MAJMUK
5 NASIHAT PARA ULAMA 14-15
6 KESIMPULAN 16-17
7 RUJUKAN 18
PENGHARGAAN
Setinggi – tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Pensyarah Kursus MPU23012 Pengajian Islam ,
Puan Naimah Binti Ismail kerana telah memberi
bimbingan dan dorongan untuk menyempurnakan kajian
mengenai Cara Memupuk Perpaduan dalam Masyarakat
. Kumpulan kami telah menyediakan satu tugasan yang
berunsurkan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
Kami berharap agar kajian ini mampu menyentuh
masyarakat terutamanya golongan belia untuk bersama –
sama berusaha mengekalkan perpaduan kaum di
Malaysia . Akhir kata, semoga kajian ini berterusan untuk
menjadi rujukan golongan belia pada masa hadapan
PENGENALAN
Secara umumnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara
yang masyhur dan unik kerana memiliki komposisi masyarakat
yang berbilang kaum yang terdiri daripada kepelbagaian budaya
dan bangsa. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang
akhirnya membentuk masyarakat yang hidup bersatu padu dan
harmoni. Namun ia juga menjadi cabaran kepada negara
khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial. Cabaran itu
wujud terutama dalam aspek membentuk keharmonian,
keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya,
sekali gus memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa
hormat. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini juga
akan memperkukuhkan lagi kemakmuran dan perpaduan negara.
Perpecahan dan salah faham amat mudah terjadi jika isu
perpaduan dan penyatuan tidak ditekankan.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa Malaysia dapat
mengatasi sebarang cabaran apabila rakyatnya bersatu.
Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati konsep perpaduan
dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya
kita dapat hidup bersama dalam saling menghormati dan
percaya. Ini merupakan kunci kepada negara yang aman dan
makmur. Rakyat Malaysia yang berbeza etnik, agama dan
warna kulit melengkapi antara satu sama lain dan
kepelbagaian ini tidak boleh menjadi halangan untuk
menjalani kehidupan yang bersatu dan harmoni.
Kepelbagaian ini ialah kekuatan dan resepi kejayaan dalam
mencapai kemajuan dan peningkatan sosioekonomi.
DALIL AL QURAN DAN HADIS
َلَهُ ُمعَ ِّقبَا ٌت ِّم ْن بَ ْي ِّن يَ َد ْي ِّه َو ِّم ْن َخ ْل ِّف ِّه يَ ْْفَ ُُوََهُ ِّم ْن ََ ْم ِِّ َّ هل ِّل ِِّ هن َّ هلل
ًََل يُغَ ِّي ُِ َما بِّقَ ْو ٍم َْته ٰى يُغَيِّ ُِو َما ّبَِأَ َْفُ ِِّ ِِّ ْم َوِِّ ََ ََ َِ َد َّ هللُ ِّبقَ ْو ٍم ُِو ا
ٍٍ فَ ََل َم َِ هد لَهُ ۚ َو َما لَ ُِ ْم ِّم ْن ُدوَِّ ِّه ِّم ْن َو
( A. Surah al-Ra’du ayat 11 )
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya
bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya
atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada
yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi
mereka selain Dia.
ي َياَيُّ َِا لَها ُس َِّها َخ َل ْق ََا ُك ْم ِّم ْن ََ َك ٍِ َو ُ َْثَى َو َج َع ْل ََا ُك ْم ُشعُ ْوباا َو َق َبائِّ ٍَ ِّلتَعَا َِفُ ْو ِّ ْن َ ْك َِ َم ُك ْم
ٌِ ِّع َْ َدال ِلّ َتْقَا ُك ْم ِّ هن اللَ َع ِّل ْي ٌم َخ ِّب ْي
(B. Surah Al-Hujurat ayat 13 )
(13) Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan
kamu dari seseorang lelaki seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkaum –kaum
supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang
yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa diantara kamu, sesungguhnya Allah
MahaMengetahui lagi Maha Mengenal. Dalam ayat ini ,
Allah SWT menerangkan bahawa semua manusia dari
satu keturunan, maka kita tidak selayaknya menghina
saudaranya sendiri. Dan Allah juga menjelaskan bahawa
dengan Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa,
bersuku-suku dan bergolong-golong tidak lain adalah
agar kita saling kenal dan saling menolong sesamanya.
Kerana ketaqwaan, kesolehan dan kesempurnaan jiwa
itulah bahan-bahan kelebihan seseorang atas yang lain.
َل يؤمن ْدكم ْتى يْب َلخيه ما يْب لَفِه
o HADIS
Ertinya: Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang
Sempurna, sehinggalah ia kasih kepada saudaranya sebagaimana
sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri. Penerangan Hadis
dan Al Quran tersebut menerangkan, perpaduan termasuk dalam
urusan agama dan amat dituntut di dalam islam. Manakala sifat
yang suka kepada permusuhan dan perbalahan sesame islam,
amatlah di benci Allah dan Rasulnya
Sebagaimana maksud daripada sabda junjungan manusia iaitu,
Yang paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan
( Riwayat bukhari dan muslim )
ISU DAN CARA
MEMUPUK PERPADUAN
DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
o AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Kemakmuran kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti
bermasyarakat. Hal ini demikian, saling membantu antara satu
sama lain dan dapat memupuk semangat kerjasama dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam
jiwa masyarakat kini. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan ialah
aktiviti gotong-royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya kemakmuran secara
maksimum dapat dilahirkan. Aktiviti sebegini mampu menjamin
keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang
serta peluang komunikasi antara jiran tetangga. Secara ringkasnya,
aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi
memupuk semangat kemakmuran yang perlu ada dalam diri setiap
rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
o PERANAN IBU BAPA DAN PENDIDIK
Ibu Bapa perlu mendidik anak-anak agar mengamalkan semangat
kejiranan sejak kecil lagi. Contohnya, semasa meraikan perayaan
kaum dan agama, ibu bapa sewajarnya mengamalkan sikap ziarah-
menziarahi dan bertukar makanan dalam kalangan penduduk
setempat. kerana jika hendak melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan
signifikan dalam menerapkan nilai murni terhadap murid-murid.
Melalui pengajaran subjek Sivik Kewarganegaraan dan Pendidikan
Moral, barisan pendidik dapat memberikan nasihat dan bimbingan
yang berterusan untuk membentuk sahsiah positif terhadap para
murid. Dengan ini, perpaduan kaum dapat dipupuk dan
dilestarikan.
o MELALUI SUKAN
Penganjuran sukan merupakan alat kemakmuran yang berkesan untuk
mencapai integrasi dan ketahanan nasional. Perpaduan yang dipupuk
bukan sahaja dalam kalangan atlet tetapi juga mendorong rakyat
berbilang kaum, etnik dan budaya menggemblengkan semangat
berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pihak swasta
telah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjayakan pelbagai
jenis sukan di negara kita secara sukarela termasuk Sukan Sukma,
Sukan Sea dan Sukan Komanwel. Ia dapat mengukuhkan nilai
perpaduan seperti toleransi, kerjasama meletakkan kepentingan
kebangsaan melebihi kepentingan peribadi dan sebagainya. Dengan
memupuk kemakmuran dalam kalangan masyarakat, mereka akan
memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara untuk
memenangi sesuatu pertandingan. Jelasnya, melalui sukan,
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum bertanding secara
sihat.
NASIHAT PARA ULAMA
MOHD KAMAL BIN HASSAN
Walaupun kerajaan memperkenalkan pelbagai
dasar Islamisasi seperti Dasar Penerapan Nilai-
Nilai Islam, dasar ini tidak pernah menyisihkan
kepentingan dan sensitiviti penganut bukan
Islam di Malaysia. Inilah cantiknya persamaan
dalam Islam.
MAHMOOD ZUHDI BIN HAJI ABD. MAJID
Malaysia adalah sebuah negara yang masyarakatnya bersifat
majmuk. Kemajmukan ini tentulah akan menimbulkan perbezaan
antara etnik dari segi budaya dan agama, namun setiap orang diberi
kebebasan beragama dan berbudaya. Orang bukan Islam dibenar
mendirikan rumah ibadat di mana terdapat ramai penganut sesuatu
agama. Dalam politik, pemilihan pemimpin ditentukan oleh pilihan
raya yang memberi pengiktirafan keadilan kepada rakyat.
Begitu juga, pelaksanaan terhadap keistimewaan orang Melayu ini
tanpa menjejaskan kedudukan ekonomi, politik dan pendidikan serta
politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan
pendidikan, masyarakat yang berbilang kaum yang lain mempunyai
kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan kedudukan Islam. Walaupun
Islam adalah agama Persekutuan, agama lain bebas diamalkan di
Malaysia
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam
menggalas kewajipan ini. Selain itu, kemajuan dan kemakmuran
sesebuah negara amat bergantung pada hubungan baik yang
terjalin antara masyarakat. Perumpamaan "bersatu teguh bercerai
roboh" begitu sinonim dengan usaha mengekalkan kemakmuran
dalam masyarat majmuk demi kesejahteraan hidup. Masyarakat
terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang
menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam
mengurus kemajmukan sosial itu.
Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat yang
berbilang bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama. Negara
Islam yang pertama disusun oleh Nabi Muhammad S.A.W. di
Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk. Tegasnya,
komponen utama masyarakat majmuk dalam negara Islam
terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam.
Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri
yang pelbagai bukanlah sesuatu yang asing bagi Islam.
Malah, Allah S.W.T. telah menciptakan kepelbagaian manusia
yang wujud di muka bumi ini
RUJUKAN
INTERNET
o https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/51
1568/hubungan-kaum-harmoni-ikut-perspektif-islam
o http://www.myhealth.gov.my/menghormati-
kepelbagaian/
o https://sharedle.blogspot.com/2018/11/cara-cara-
memupuk-perpaduan-kaum.html
o http://integrasikaumdimalysia.blogspot.com/2016/0
8/integrasi-kaum-di-malaysia.html
BUKU
o ISHAK SAAT ( 2001). MALAYSIA 1945-2000 UTUSAN
PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD KUALA
LUMPUR
o SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN ( 2007). MODUL
HUBUNGAN ETNIK SHAH ALAM , UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA