The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LOW ZHI QIN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
03 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lowzhiqin1112, 2021-03-30 10:21:19

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI 2021

LOW ZHI QIN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
03 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

BUKU LOG LENCANA JAYA DIRI

LOW ZHI QIN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
KUMPULAN 03 DAERAH SEREMBAN TIMUR NERGERI SEMBILAN

Nama Penuh : LOW ZHI QIN

Tarikh Lahir :11/12/2005 No. K/P :051211050180

Keturunan : CINA Agama : BUDDHA

Jantina : PEREMPUAN No. H/P :018-7735234

Kegemaran : MELUKIS, BERSUKAN

Cita-cita : ARKITEK

: 517,JLN MARGOSA 18,TMN BUKIT MARGOSA,70400,

Alamat Rumah SEREMBAN, NEGERI SEMIBILAN

Nama Sekolah : SMK BUKIT MEWAH

Alamat : JLN TOK UNGGU 70200 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Sekolah

No. Kumpulan : 03

Daerah : SEREMBAN

Negeri : NEGERI SEMBILAN

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Penuh : LOW ZHI QIN

Tarikh Lahir : 11/12/2005 No. K/P : 051211050180

No. Kumpulan : 03

Daerah : SEREMBAN

Negeri : NEGERI SEMBILAN

BIL. PERKARA TARIKH LULUS TANDATANGAN
PENGUJI

1. Fungsi Parlimen
2. Bendera negeri dalam Malaysia dan

lambang Negara dan Negeri
3. Fungsi sebuah agensi kerajaan

Peta kawasan parlimen negeri dan
4.

ahli parlimen
5 Buku log peribadi

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.

Tarikh : Pemimpin Pengakap Remaja :
(Nama & cap)

SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

• Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara.

• Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.

• Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Eksekutif (Pentadbiran).

• Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan.

• Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,
Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

• Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing
seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana
yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan
Pusat.

• Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap
negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

• Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan
Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara
keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing.

• Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.

• Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Malaysia.

• Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut
nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri
dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan
mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang
tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri
daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga
mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh
Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam
(6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh
mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan
tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-
kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu
persidangan boleh bermula.

Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda
tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan
diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.

Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar.
Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil
Dewan Rakyat mestilah diadakan.

Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak
melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

FUNGSI PARLIMEN

1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN
Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara.
Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan
itu membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
Persekutuan.

2. KEWANGAN
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar
Persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti
yang dinyatakan dalam undang-undang Persekutuan.
Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat
dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen.

3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang
ramai mengenai hal-ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar
dan tindak-tanduk kerajaan bolehlah diselaraskan mengikut pendapat
umum.

4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang
diletakkan ke atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka
Perlembagaan memberi beberapa hak dan perlindungan undang-undang
yang dikenali sebagai ‘keistimewaan Parlimen’.

Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan
oleh tiap-tiap ahli Parlimen.

5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-
masing mempu-nyai pengawasan khas terhadap perjalanan
persidangannya sendiri, sah atau tidak sah perjalanan mesyuaratnya tidak
boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah; dan tiap-tiap dewan boleh
menghukum ahli-ahlinya kerana melanggar keistimewaan Parlimen atau
‘mencemar’ dewan. Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan
Persekutuan, tiap-tiap ahli Parlimen terlindung daripada tindakan undang-
undang jenayah atau sivil berhubung dengan perkara-perkara yang
diperkatakan atau undi yang dibuat dalarn Parlimen, dan perlindungan yang

sama juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat kuasa
mana-mana dewan.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi
kepada dua kategori seperti berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri
(setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

● Warganegara Malaysia

● Berumur tidak kurang dari 30 tahun

● Sempurna akal

● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat
Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang
khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion
masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau
perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun
berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Negara.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat
setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan
setiap lima tahun.

Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan
bagi mentadbir negara.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia.

● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.

● Sempurna akal.

● Bukan seorang muflis.

● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat
dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan
mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin
dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan Perlembagaan.

FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat. Semua rang undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh
Dewan Negara sebelum dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong untuk ditandatangani.

3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang-undang dan
merujukkannya semula kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak
rang undang-undang tersebut.

4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah-gunaan kuasa
Dewan Rakyat.

5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong
akan menjadi Akta Parlimen dan seterusnya undang-undang.

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.

2. Bersidang dari semasa ke semasa.

3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar
kerajaan.

4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang -undang
diperkenalkan di Dewan Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan
dibahaskan, undian akan dijalankan. Jika telah diterima dan diluluskan, usul
ini akan dihantar ke Dewan Negara untuk perbahasan dan perbincangan.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen
menyokong pindaan tersebut.

AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI

NEGERI BILANGAN
AHLI
Perlis
3 orang

Kedah 15 orang

Pulau Pinang 13 orang

Perak 24 orang

Selangor 22 orang
11 orang
Wilayah Persekutuan Kuala 1 orang
Lumpur

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Negeri Sembilan 8 orang

Melaka 6 orang

Johor 26 orang

Pahang 14 orang

Terengganu 8 orang

Kelantan 14 orang

Sarawak 31 orang

Sabah 25 orang

Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang

BENDARA MALAYSIA

PENERANGAN
Bendera Malaysia atau nama rasminya Jalur Gemilang mengandungi:
• 7 jalur merah dan 7 jalur putih yang melintang dan sama lebarnya adalah

tanda keanggotaan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,
Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
• Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama Islam.
• Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia
dan Kerajaan Persekutuan.
• Warna kuning adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia

Raja-Raja
• Warna merah melambangkan keberanian.
• Warna putih melambangkan kesucian.
• Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

PERLIS INDERA KAYANGAN

• Warna Kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja.
• Warna Biru melambangkan rakyat.
• Nota tambahan

Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat baginda

KEDAH DARUL AMAN

• Warna Merah
Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan
kemewahan

• Padi melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan
• Bulan Sabit melambangkan simbol agama Islam.
• Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga

rakyatnya

PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

• Warna Biru Muda
Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

• Warna Putih
Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.

• Warna Kuning
Melambangkan kemakmuran.

• Pohon Pinang
Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

PERAK DARUL RIDZUAN

• Warna Putih
Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
• Warna Kuning
Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak
• Warna Hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
• Nota tambahan

Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak

SELANGOR DARUL EHSAN

• Warna Kuning dan merah
Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi
jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
• Bulan Bintang
Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri
• Warna Putih
Melambangkan kesucian Agama Islam

MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

• Warna Merah , putih , kuning dan biru
Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan

• Anak Bulan dan Bintang
Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

BENDARA NEGERI SEMBILAN

PENERANGAN
• Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja.
• Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara
• Bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk

Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

JOHOR DARUL TA'ZIM

• Anak bulan dan bintang bewarna putih
Melambangkan Raja yang berdaulat.

• Warna Merah
Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.
• Warna Biru tua
Melambangkan Kerajaan Negeri.

PAHANG DARUL MAKMUR

• Warna Hitam
Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang
pada suatu ketika dahulu.
• Warna Putih
Melambangkan Raja.
• Nota tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang
mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

KELANTAN DARUL NAIM

• Warna Merah
Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.
• Warna Putih
Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

• Warna Putih
Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
• Warna Hitam
Melambangkan rakyat
• Anak bulan dan bintang
Melambangkan agama Islam

SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

• Warna Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman
• Warna Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,
• Warna Merah cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.
• Warna Biru salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
• Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
• Gunung Kinabalu dan lima jenis warna
Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.

SARAWAK (BUMI KENYALANG)

• Warna Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya
usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai
negeri contoh.
• Warna Kuning
Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan
serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
• Warna Hitam
Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
• Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam
harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)

• Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi Wilayah Persekutuan
Malaysia. Ia telah diterima pakai pada 23 Mei 2006.
• Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah
Persekutuan secara keseluruhannya.
• Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah
Persekutuan individu.
• Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan
• Merah untuk kekuatan
• Biru untuk perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.
• Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan bendera
Venezuela.
• Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah, menyokong misi
mereka untuk menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang penting.
• Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada masa akan
datang.

JATA NEGARA

PENERANGAN
Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara mengandungi :
• Bintang Pecah 14 ~ Menandakan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam

Persekutuan Malaysia
• Lima Bilah Keris ~ Mewakili negeri negeri-negeri Melayu yang

tidak bersekutu (Perlis,Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor).
• Dua Harimau Di Kiri dan Kanan ~ Ia merupakan symbol keberanian yang

perlu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.
Nama harimau ini adalah Harimau Malaya.
• Imej Pokok Pinang & Jambatan Pulau ~ Mewakili Pulau Pinang
• Empat Jalur ~ Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning mewakili
negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang
dikenali Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
• Bintang Bersama Anak Bulan ~ melambungkan agama Islam sebagai agama
persekutuan bagi Malaysia.
• Imej Pokok Melaka ~ mewakili negeri Melaka.

• Tiga Logo Di Sebelah Bawah ~ logo di sebelah bawah kiri mewakili negeri Sabah,
logo di sebelah bawah kanan mewakili negeri
Sarawak manakala bunga raya yang terletak di
tengah bucu perisai mewakili bunga Kebangsaan.

• Warna Kuning Pada Awan-awan ~ melambangkan sIstem beraja dan merupakan
warna di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja- Raja.

• Slogan Bersekutu Bertambah Mutu ~ Cogan kata ini mewakili intipati bagi
negara Malaysia.Ia ditulis dalam tulisan
rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi pada
sebelah kanan

LAMBANG NEGERI PERLIS

• Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu
padi.
• Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
• Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana
kekayaan hasil padinya.

LAMBANG NEGERI KEDAH

• Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini.
• Anak bulan tanda Agama Islam.
• Perisai pula tanda kekuasaan.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

• Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu.
• Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau
Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan
tiang tersebut.

• Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar
Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat.
• Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini
iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
• Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-
tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima
daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
LAMBANG NEGERI PERAK

• Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
• Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
• Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
• Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
• Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan
negeri.

LAMBANG NEGERI SELANGOR

• Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
• Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah
Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat
Kebesaran Negeri.
• Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
• Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang
oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

PENERANGAN
~ Sembilan Tangkai Padi di dalam perisai bermaksud sembilan buah negeri
dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama.
~ Warna Merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa
lalu dengan British.
~ Warna Hitam bermaksud Dato'-Dato' Undang Yang Empat dan Tunku
Besar Tampin.
~ Warna kuning pula bermakna Yang Di-Pertuan Besar
~ Bintang Pecah Sembilan menunjukkan sembilan buah negeri dalam
gabungan yang sama.
~ Pedang dan sarung di atas perisai memberi maksud Tanda Keadilan serta
di tengah jata antara pedang dan sarung
~ Changgai Putri tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar

LAMBANG NEGERI MELAKA

• Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia.
• Lima bilah keris maksudnya LIMA ORANG pahlawan termasyhur di Melaka
pada zaman dahulu.
• Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
• Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
• Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat
tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

LAMBANG NEGERI JOHOR

• Mahkota tanda D.Y.M.M.
• Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah
Jajahan besar asal negeri itu iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
• Bintang dan Anak Bulan di tengah tanda Agama Islam.
• Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada
binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri
ini.
• Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir
dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
• "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.
LAMBANG NEGERI PAHANG

• Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas
termasuk penongkok dan taran.
• Logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas
merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.
• Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.
• Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika
itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia
menjadi satu perdagangan yang besar.
• Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut.
• Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.
• "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

• Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
• Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.
• Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
• Quran di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.
• Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.

• Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
LAMBANG NEGERI KELANTAN

• Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda
Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia
untuk mempertahankan dirinya.
• Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala
Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir
kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya,
telah memerintahkanWANG emas dicap dengan gambar binatang itu.
• "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata
negeri ini.
LAMBANG NEGERI SABAH

• Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua
lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di

atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji
dan nilakandi.

• Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.

• Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih
dan merah cili dalam bentuk V.

• Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna
nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji.

• Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan
cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

• Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan
dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah
kemajuan dan kejayaan.

• Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran
Negeri Sabah.

• Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih
melambangkan kemurnian dan keadilan.

• Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

• Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

• Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

LAMBANG NEGERI SARAWAK

• Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: Terbang
tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,
berpandukan ideologi "politik pembangunan".
• Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada
negeri-negeri lain di dunia.

FUNGSI AGENSI KERAJAAN
PENGENALAN
Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan awam
dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh
kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan
Undang Negeri masing-masing.
Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan
penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang
perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan
modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta.
Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan
bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang

diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di
bawah kuasa kerajaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.
Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di Negeri Sembilan
adalah:
1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
4. Yayasan Negeri Sembilan
5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

UDA (Urban Development Authority)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban Development Authority)
merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun
1996.
Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan
bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.
Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan Bandar.

SEJARAH
UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12
November 1971 di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan
Pembangunan Bandar.

Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada
UDA Holdings Sendirian Berhad.
Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL).
PEMBANGUNAN
UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang
dianggapnya sesuai.
Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan
semula "bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi
penyenggaraan bangunan-bangunan bersejarah di kawasan bandar.
Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah
Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras,
Selangor dan juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.
MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (Malaysian
Agricultural Research and Development Institute).
Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11 tahun 1969)
dan mula beroperasi pada Mac 1971.
Objektif:
Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan
industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Visi:

Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam
bidang makanan, pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun
2015.
Misi:
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan
perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan
mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang
inovatif, komersil dan berdaya saing.
Fungsi:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial
berkenaan dengan:

● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali
getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan

● Perladangan campuran

FELDA (Federal Land Development Authority)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal Land Development
Authority)
Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956)
dikuatkuasakan.
Objektif:
Menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-
kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Visi:
Menjadi pemacu pembangunan penempatan Negara yang progresif

Misi:
Menambah nilai untuk kepentingan peneroka

Fungsi:
Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk
tanaman kontan.

Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin
malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut
menerima peneroka pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga
Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan
keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.

Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer
persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit.

Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar
bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan
minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di
bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi. Badan
ini diberi mandat dan kuasa untuk mengendalikan dan menjalankan berbagai-
bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan mereka yang
dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat Bumiputera.

MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum Bumiputera
untuk meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting
sekali ialah untuk menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Bumiputera

dalam bidang perdagangan dan perusahaan. Sehubungan itu bagi mencapai
tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas seperti yang berikut:

1. Sistem pendidikan dan latihan akademik, profesional atau latihan-
latihan lain kepada kaum Bumiputera. MARA telah menubuhkan
beberapa buah sekolah, maktab dan Universiti Teknologi Mara.

2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada
kaum Bumiputera

3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik
kepada peniaga Bumiputera

4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan
yang dimiliki sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama
dengan tujuan menyerahkan projek-perojek yang system kepada kaum
Bumiputera.

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah
syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos
1974 di bawah syarat-syarat Akta Pembangunan Petroleum. Dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak
keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan
diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah
nilai kepada sumber-sumber tersebut.
Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara ke atas rizab
minyak dan gas, untuk merancang keperluan negara masa kini dan masa
hadapan bagi minyak dan gas, untuk mengambil bahagian dalam mengedar
dan petroleum pemasaran dan produk petrokimia pada harga yang berpatutan,
untuk menggalakkan penyediaan loji, kelengkapan, dan perkhidmatan oleh
syarikat-syarikat Malaysia, untuk menghasilkan baja bernitrogen dan untuk
menyebarkan manfaat industri petroleum di seluruh negara.

PETA PARLIMEN DAN AHLI PARLIMEN

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN &
AHLI PARLIMEN

P126 JELEBU YB DATUK SERI JALALUDDIN BIN ALIAS – BN

P127 JEMPOL YB DATO’ HAJI SALIM SHARIF– BN

P128 SEREMBAN YB TUAN LOKE SIEW FOOK - PKR
P129 KUALA PILAH
P130 YB DATO’ EDDIN SYAZLEE BIN SHITH- BERSATU-
RASAH PKR

YB TUAN CHA KEE CHIN- PKR

P131 REMBAU YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR-BN

P132 PORT DICKSON YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM- PKR
(TELOK KEMANG)

P133 TAMPIN YB DATUK DR. HASAN BIN BAHROM- PKR

PETA DEWAN UNDANGAN NEGERI

DAN AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMBILAN & AHLI-AHLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH YB TUAN LOKE SIEW FOOK

N2 PERTANG YB TUAN NOOR AZMI BIN YUSOF

N3 SUNGAI LUI YB TUAN MOHD. RAZI BIN MOHD. ALI

N4 KLAWANG YB DATO' HAJI BAKRI BIN SAWIR

N5 SERTING YB DATO’ HJ. SHAMSHULKAHAR BIN HAJI MOHD. DELI

N6 PALONG YB TUAN HJ. MUSTAPHA BIN NAGOOR

N7 JERAM YB DATO’ MANICKAM A/L LETCHUMAN
PADANG

N8 BAHAU YB TUAN TEO KOK SEONG

N9 LENGGENG YB TUAN HJ. SUHAIMI BIN KASSIM

N10 NILAI YB TUAN ARUL KUMAR A/L JAMBUNATHAN

N11 LOBAK YB TUAN CHEW SEH YONG

N12 TEMIANG YB TUAN NG CHIN TSAI

N13 SIKAMAT YAB DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN HAJI HARUN

N14 AMPANGAN YB DATO' DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB. MALEK

N15 JUASSEH YB DATO’ HJ. ISMAIL BIN HJ. LASIM

N16 SERI MENANTI YB DATO’ HJ. ABD. SAMAD BIN HJ. IBRAHIM

N17 SENALING YB DATO’ HJ. ADNAN BIN ABU HASSAN

N18 PILAH YB TUAN MOHAMAD NAZARUDDIN BIN SABTU

N19 JOHOL YB TUAN HJ. SAIFUL YAZAN BIN SULAIMAN

N20 LABU YB DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

N21 BUKIT YB PUAN NICOLE TAN LEE KOON
KEPAYANG

N22 RAHANG YB PUAN MARY JOSEPHINE PRITTAM SINGH

N23 MAMBAU YB TUAN YAP YEW WENG

SEREMBAN YB TUAN GUNASEKAREN A/L PALASAMY
N24 JAYA

(SENAWANG)

N25 PAROI YB DATO' HAJI MOHAMAD TAUFEK BIN ABD. GHANI

N26 CHEMBONG YB DATO’ HJ. ZAIFULBAHRI BIN HAJI IDRIS

N27 RANTAU YB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI
HASAN

N28 KOTA YB DATO’ SERI DR. HJ. AWALUDIN BIN SAID

N29 CHUAH YB DATO' YEK DIEW CHING

N30 LUKUT YB TUAN CHOO KEN HWA

N31 BAGAN PINANG YB DATO’ HJ. TUN HAIRUDIN BIN ABU BAKAR

N32 LINGGI YB DATO’ HJ. ABDUL RAHMAN BIN MOHD. REDZA

SRI TANJUNG YB DATO RAVI A/L MUNUSAMY
N33 (PORT
YB DATO’ ABD. RAZAK BIN AB. SAID
DICKSON) YB DATO' MOHD. ISAM BIN HAJI MOHD. ISA

N34 GEMAS YB TUAN VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM

N35 GEMENCHEH

N36 REPAH


Click to View FlipBook Version