ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ.
Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan
Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad
dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada
Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima
cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih
daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang
terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan
cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke
balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan
apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim.
Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah
baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia
dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya
selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti
Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi,
Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah
telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk
yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya
kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari
telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
.menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati
diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
5 KEKUATAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip,
, novel tersebut ternyata mempunyai banyak kekuatan dari pelbagai aspek dan boleh menarik
minat pembaca.
Pertama Sekali, Kekuatan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh
pengarang. Selain itu,novel ini adalah agak pendek membuatkan pembaca lebih senang.Kemudian,
novel ini juga menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama dalam
novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca Seterusnya,novel ini
mempunyai jalan cerita yg baik dan sangat menarik dan amat mudah difahami oleh semua
pembaca..Akhir sekali,wajah kulit depan novel yg terpapar adalah sangat cantik dan senang untuk
mempengaruhi dan menggalakkan golongan muda untuk membaca novel.
5 KELEMAHAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Kelemahan yang pertama ialah terlalu banyak Bahasa dan singkatan perkataan yang
menyebabkan ia sukar difahami bagi sesetengah orang.Selain itu,terdapat beberapa gambar
disediakan langsung tidak sesuai dengan situasi yang sedang berlaku.Kemudian,novel ini
mempunyai pengakhiran yang tergantung membuatkan pembaca berasa kurang senang.Di
samping itu,novel ini menceritkan tentang sejarah membuatkan anak muda berasa bosan
membacanya berbanding dengan novel lain yang telah saya kaji.Akhir sekali,penceritaan di dalam
novel ini terdapat lubang dalam plot kerana ada beberapa perkara yang kurang jelas dan tidak
disebut di dalam penceritaannya.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pertama sekali,penulis boleh menggunakan perkataan dan ayat yang gramatis tetapi pada masa
yang sama mudah difahami oleh orang ramai.Selain itu,penulis perlu menambah gambar dengan
lebih banyak agar kelihatan menarik dan dapat membuat pembaca teruja.Seterusnya,penulis juga
harus membuat pengakhiran yang lebih baik dan teratur agar tidak tergantung pengakhirannya dan
membuat pembaca kurang senang.Kemudian,penulis juga perlu memantapkan lagi plot yang
terdapat dalam novel tersebut kerana terdapat beberapa kelemahan di dalamnya.Akhir
sekali,penulis boleh mengubah suai kulit hadapan dan belakang novel tersebut agar kelihatan lebih
menarik dan menarik minat pembaca
NOVEL TIRANI
BIOGRAFI BEB SABARIAH
BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching
beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas atau diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor,
Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching
CERITA RINGKAS NOVEL TIRANI
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan
atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat
kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi
wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan
dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya
dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh
Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya
melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca
daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh
Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
SINOPSIS KESELURUHAN
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda
telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula
wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan
niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai
oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan
kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian
itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah
dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan
Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.
Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas
nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan
bergelora terhadap kawankawannya dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak
riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan
persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini
adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur
pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan
dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun
buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong
juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya
untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran
para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda
dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan
menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan
rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan
Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university
dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon
Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk
membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh
sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka
sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam
sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui
oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical
Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang
diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak
bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan
memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah,
Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda
terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di
depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan
ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat
gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda
ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan
Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan
hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai
oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di
dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu
demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda
berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan
SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan
Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr
Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-
sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan
ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur,
Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya
dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada
kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya
tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan
chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda
menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo
Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel
Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda
berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak
jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan
hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan
bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda
sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di
rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa
Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar.
Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada
minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan
oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan
suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program
yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan,
rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati
makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk
Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah
tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan
pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik
kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda
diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.
Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula,
Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya
sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis
pertunangan itu nanti.
Bab 12
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan
daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan
dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di
Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu
dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki
semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk
Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang
kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid
menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid
berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda.
Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad
bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir
dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah
mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada
di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu
tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik
tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli
hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan
jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara
kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira
Bab 15
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah
digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji
pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi
Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh
mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru,
keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR,
singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa
Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan
apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta
keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula,
Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan
baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun
manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat
dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-
olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-
Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu,
Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak
terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama
ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi
perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya.
Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih
memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula
dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain.
Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu
bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah
suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda
menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan
suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas
tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam
itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun
tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil
mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak
menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar
dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.
Bab 18
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian
telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan
untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan
Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda
rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda
pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi.
Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu
yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan
BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar
cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.
Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.
Bab 19
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid
tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik
tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga,
nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah
telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda
telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia.
Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan
Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa
sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang
ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca
artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya,
Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut
lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa
inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang
telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-
olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati
Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar
dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon
kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik
Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.
Bab 21
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati.
Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang
berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan
yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak
Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat
sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani
diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya
menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan
kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet
IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba
mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi
tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar
chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang
tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita
tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun.
Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya
akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka
berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan
raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak
lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah
dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak
berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati
pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak
itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi
esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah
telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya
5 KEKUATAN NOVEL TIRANI
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Tirani Karya Beb Sabariah, , novel tersebut
ternyata mempunyai banyak kekuatan dari pelbagai aspek dan boleh menarik minat pembaca.
Kekuatan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema
novel ini berkisar tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang menganggap dirinya tidak sempurna
kerana bentuk hidungnya yang pesek mendapat kesempatan memperbaiki kekurangannya itu
selepas hidungnya cedera teruk kerana serangan seekor monyet . Selain itu,novel ini juga
mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang menghantar mesej kepada pembaca melalui
penerapan nilai murni seperti nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.Seterusnya, kekuatan
Novel Tirani yang boleh menarik perhatian pembaca ialah dari segi pemaparan perwatakan watak
utama iaitu Waheeda. Waheeda digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih
berusaha.Kemudian,novel ini mempunyai plot yang bagus kerana ia tidak berulang.Akhir
sekali,novel ini mempunyai perkembangan watak yang bagus.
5 KELEMAHAN NOVEL TIRANI
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Tirani Karya Beb Sabariah, , novel tersebut
ternyata mempunyai beberapa kelemahan yang terdapat di dalamnya.
Pertama sekali,jalan cerita novel ini terlampau panjang membuatkan ianya menjadi bosan.Selain
itu,konflik yang terdapat di dalam novel tersebut adalah kurang berbanding novel
lain.Seterusnya,terdapat beberapa unsur negative di dalamnya.Kemudian terdapat perkara yang
tidak patut dicontohi seperti Waheeda membuat pembedahan plastic.Akhir sekali,jalan cerita agak
kurang menarik kerana mudah diteka disebabkan sudah terlalu biasa dengan jalan cerita tersebut.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin
Talib.Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh disertakan di dalam novel tersebut.
Pertama sekali,penulis boleh memendekkan jalan cerita pada masa yang sama padat.Selain
itu,penulis juga perlu memperbanyakkan lagi konflik yang berlaku dalam novel
tersebut.Seterusnya,penulis juga boleh menggunakan ayat yang gramatis untuk membuat novel
terlihat menarik.Di samping itu,penulis perlu mengurangkan unsur-unsur negative atau tidak elok
untuk dicontohi.Akhir sekali,penulis harus menambah lebih banyak contoh dan teladan di dalam
novelnya.
NOVEL SILIR DAKSINA
BIOGRAFI NIZAR PARMAN
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam,
Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat,
sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau
lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan
Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis
setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air
semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di perpustakaan.
Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba Harapan, Seorang Tua di Kaki
Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau mula terfikir, sampai bilakah harus membaca karya orang
lain? Lantaran pertanyaan itu, beliau mula memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya
cerpen. Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar dalam pelbagai media, seperti Berita Harian,
Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan
Wanita dan URTV. Beliau juga menulis novel.
Isu dan tema yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam karya beliau ialah kisah kehidupan
masyarakat di luar bandar dan marhaen.
CERITA RINGKAS NOVEL SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan
berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang
tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap
di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk
mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya. Masyarakat Kampung
Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia kemudiannya mula membongkarkan
kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati
watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-
watak sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti
kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru yang aktif menulis sehingga
mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau
telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu
diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip
lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan?
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad
untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat,
Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya
turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1
Tersingkap Rahsia Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58
muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama
yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya bahawa ayahnya bukan walid. Haiqal bertanya tentang ayahnya.
Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad
untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
Bab 2
Kisah Seorang Teman Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di Pantai
Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar
di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya. Ratna tiba-tiba ingin tahu
punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
Bab 3
Senaskah Manuskrip Lama Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang
cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar
tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku
menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku
sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling.
Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen ataupun berbual-
bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh. Ketika itu Tauke Lim datang
dengan motosikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari
kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya
yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah
sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah
separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya.
Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang
menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai
Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku
menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching
dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke
sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke
sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri. Ai Ching diturunkan di
tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan
Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar
Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang
pelawaan aku. Aku kembali terbayangbayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju
ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa
tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya
tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan
anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke
pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri
kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku.
Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku
yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang
kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki
kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi
menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan
aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. Sesi latihan
tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria.
Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan
bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan
tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin.
Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi
menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam
kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju untuk
menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan
untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat
aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga
tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri
sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar
yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu. Semasa di dalam kereta
aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku
yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi
aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu
pukul 5.00 petang Ai Ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya. Ai Ling memenangi pertandingan
mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling
gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah. Tauke Lim
mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri
aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu.
Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat
anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang,
bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak
digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon
Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam
seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan
beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang menggelikan hati. Fikiran aku
masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir.
Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah
dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui
perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun.
Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya.
Menumpang kasih akan Ai Ling. Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju
mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk
persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30
malam. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan
Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yang
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan
tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat
tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli
alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan
pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberikan keyakinan anak-
anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB
Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan
D’Purnama terus hidup. Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri.
Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai
Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya
kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3
tahun tidak berkunjung ke situ. Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman
yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa
arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan
mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya. Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos
bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan
program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan
kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamasikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua
penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga
berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak. Aku menyemak
draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan
yang kurang baik hanya berdoa kepada Allah untuk memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling
datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil
menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling
mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira
dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada
aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati
Aiman. Aku hanya diam. Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk
Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan
program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu.
Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun
sakitnya semakin kerap menyerang. Dalam keadaan ini aku tibatiba terasa sayu dan rindu akan
Aiman. Aku menangis.
Bab 4
Desakan Hati Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya
sendiri, Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia
meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.
Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna aksara
yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi
dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan
manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan
antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan
negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya
uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi
kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi, walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
Bab 5
Rindu Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya. Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir
sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan
dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui
kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
Bab 6
Satu Ketetapan Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna
menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal
dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya
walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong
keputusannya secara diam-diam.
Bab 7
Perjalanan Yang Jauh Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu,
dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak
tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa
kemarahan ibunya.
Bab 8
Tiba Di Kampung Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu Pak Cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah
warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
Bab 9
Pertemuan Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
Bab 10
Pusara Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan
arwah ayahnya.
Bab 11
Suasana Baharu Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh
ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan tentang pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap
mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak belajar
tentang kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa
sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri
Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal
telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada
Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang.
Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka
memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali
zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada
malam minggu.
Bab 12
Rahsia Balai Raya Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat
melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu
yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada
penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal
tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan
gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang
penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.
Bab 13
Sinar Harapan Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik
Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
Bab 14
Mencari Keserasian Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk
bersamasama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
Bab 15
Tetamu Istimewa Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung
Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
Bab 16
Bermulalah Episod Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak
di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal tentang Ratna yang
selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan
muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya
5 KEKUATAN NOVEL SILIR DAKSINA
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Silir Daksina,novel tersebut ternyata mempunyai
banyak kekuatan dari pelbagai aspek dan boleh menarik minat pembaca.
Pertama sekali,terdapat banyak nilai murni yang boleh dicontohi.Selain itu,cara penyampain
cerita adalah menarik.Seterusnya,novel ini mempunyai banyak maksud dan pengajaran.Kemudian
novel ini memberikan contoh dan teladan yang baik kepada pembaca.Akhir sekali,novel ini padat
dan penuh dengan isi.
5 KELEMAHAN NOVEL SILIR DAKSINA
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Silir Daksina, novel tersebut ternyata mempunyai
beberapa kelemahan dari pelbagai aspek.
Pertama sekali,novel tersebut terlalu panjang.Selain itu,novel tersebut mempunyai banyak
maksud yang sukar difahami.Seterusnya,jalan cerita novel terlalu panjang dan lama
membuatkannya menjadi bosan.Di samping itu,plot cerita kurang menarik dan
membosankan.Kemudian,pengakhirannya agak tergantung.Akhir sekali,terlalu banyak watak
sampingan terdapat dalam novel tersebut.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Silir Daksina,terdapat beberapa penambahbaikan
yang boleh disertakan di dalam novel tersebut.
Pertama sekali,penulis boleh memendekkan jalan cerita pada masa yang sama padat.Selain
itu,penulis juga perlu memperbanyakkan lagi konflik yang berlaku dalam novel
tersebut.Seterusnya,penulis juga boleh menggunakan ayat yang gramatis untuk membuat novel
terlihat menarik.Di samping itu,penulis perlu mengurangkan unsur-unsur negative atau tidak elok
untuk dicontohi.Akhir sekali,penulis harus menambah lebih banyak contoh dan teladan di dalam
novelnya.
NOVEL BIMASAKTI MENARI