NAMA: ERFAN HANI BIN EDUAN
KELAS: 2 CAMBRIDGE
NO. MATRIK: CP201161
1
BIL PERKARA MUKA SURAT
3
1 JADUAL KERJA/SENARAI SEMAK TUGASAN
4
2 OBJEKTIF KAJIAN
5
3 KAEDAH KAJIAN 6
4 LATAR BELAKANG PENGASASAN KESULTANAN 7
JOHOR RIAU 8
9-10
5 FAKTOR KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR 11
RIAU:
*PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL 12
*PENGURUSAN PELABUHAN
*PUSAT PERSURATAN 13
14
6 LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK
MEMARTABATKAN KARYA-KARYA PERSURATAN
MELAYU KE PERINGKAT ANTARABANGSA
7 MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI PERLU
MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA AGAR
KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN NEGARA TERUS
TERJAMIN?
8 RUMUSAN
9 SUMBER RUJUKAN
2
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
/
1 23 Julai 2021 Menerima taklimat daripada guru subjek
/
Sejarah berkaitan penulisan tugasan
/
2 24 Julai 2021 Membuat rujukan awal ke laman web yang /
berkaitan dengan tajuk tugasan /
3 25 Julai 2021 Mengenalpasti cara penulisan tugasan /
/
4 26 Julai 2021 Menentukan tajuk penulisan /
/
5 31 Julai 2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan /
tajuk tugasan menerusi internet, buku dan temu
bual
6 8 Ogos 2021 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan
guru
7 15 Ogos 2021 Menulis pengenalan dan pelaporan penuh
tugasan
20 Ogos 2021 Rumusan pengetahuan, nilai murni dan
harapan
8 22 Ogos 2021 Mengemaskini tugasan
9 29 Ogos 2021 Menyemak dan menghantar tugasan
3
Saya menjalankan kajian ini bagi kajian kes Sejarah adalah untuk mengkaji tentang
Kesultanan Johor Riau. Melalui kajian kes ini, saya dapat memenuhi objektif berikut:
a) Saya dapat mempelajari tentang sejarah Kesultanan Johor Riau dengan teliti.
Pengalaman menyiapkan tugasan ini membolehkan saya membuat tugasan yang lain
pada masa akan datang.
b) Kajian ini dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam diri saya kerana dapat
menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya mempelajari dan mengetahui tentang
sejarah negara kita.
c) Kajian ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya secara khusus tentang
sejarah pengasasan Kesultanan Johor Riau yang dapat mendorong saya untuk
mengetahui lebih lanjut tentang sejarah-sejarah Melayu yang lain.
4
Sebanyak 4 kaedah kajian yang telah saya gunakan adalah seperti berikut:
1. Panduan buku teks
Saya menggunakan Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 2 untuk melengkapkan lagi
isi kandungan pada kajian ini.
2. Melayari internet
Saya menggunakan telefon pintar/komputer riba untuk melayari internet bertujuan
mencari maklumat dengan lebih lanjut.
3. Bimbingan guru
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu En. Azuan Syafiq Bin Azman dan Pn.
Norahima binti Sulong.
4. Temubual
Saya menemubual ayah saya Eduan Bin Salleh untuk mendapatkan penerangan
lanjut tentang kajian ini.
5
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801M sebagai tempat perdagangan yang
penting. Asal usul nama Johor ialah Tanjung Puteri. Semasa abad ke-14, Kawasan itu menjadi
wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1262-
1511) yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya.
Pada tahun 1511, Melaka dikuasi oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan
Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor.
Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka iaitu Raja Ali,
Putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri di pesisir pantai Sungai Johor.
Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan
takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau juga meneruskan
tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.
6
1. Pusat Perdagangan yang Unggul
Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi
tumpuan pedagang. Terdapat beberapa keistimewaan yang menyebabkan Johor
muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul:
1.1 Kedudukan strategik
Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar
kerana Sungai Johor Yang lebar dan dalam. Lokasi Pelabuhan di kawasan selatan
Selat Melaka juga membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan
Barat. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik
juga menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.
1.2 Tumpuan Para Pedagang
Tumpuan para pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris.
Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak
berminat berdagang dengan Portugis di Melaka. Pedagang Siam memasarkan hasil
pertanian seperti beras. Pelabuhan di Johor Riau turut menjadi tumpuan pedagang
dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.
1.3 Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan
Barang dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada
hitam, bijih timah dan emas. Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan
Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera. Lada hitam pula dibawa dari Jambi dan emas
pula dari Inderagiri. Selain itu, Pelabuhan Batu Sawar juga dijadikan sebagai pusat
perdagangan dari China. Antaranya ialah benang emas, kain sutera putih, barang
tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Bagi yang lain, pedagang dari Jawa
pula membawa beras dan Pedagang Gujerat turut membawa kain, wangian dan
manik. Johor juga dapat bekalan beras dari pedagang Siam.
1.4 Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh. Contoh kapal
yang berlabuh adalah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu.
7
2. Pengurusan Pelabuhan
Kecekapan Pelabuhan Kesultanan Johor Riau mengendalikan barang dagangan dan
kemampuannya membekalkan semula kapal dengan cepat dan murah, merupakan
antara faktor utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai pelabuhan entrepot.
2.1 Kemudahan Pelabuhan
Pelabuhan di sini menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi
mengelakkan daripada kebakaran. Selain itu, mereka juga menyediakan pegawai
terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan. Mereka juga membekalkan barang
yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah-ratus.
2.2 Urusan Jual Beli
Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang. Mata
wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak pula sebagai kupang dan wang
timah sebagai katun diperkenalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. Pada akhir
abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda
turut digunakan. Syahbandar ialah pembesar yang bertanggungjawab terhadap sistem
jual beli dan kutipan cukai Pelabuhan. Cukai yang dikenakan berpatutan turut
menyebabkan pelbagai pelabuhan tertarik untuk berdagang di Pelabuhan Johor Riau.
Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.
2.3 Peranan orang laut
Orang laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan. Hal ini dapat mengurangkan
kebimbangan para pedagang terhadap keselamatan mereka. Mereka juga menunda
kapal pedagang. Selain itu, mereka juga ditugasakan untuk menunjuk arah kepada
para pedagang supaya para pedagang senang untuk mengetahui lokasi yang hendak
dilalui.
2.4 Kemudahan Membaiki Kapal dan Membina kapal
Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal
bersaiz kecil. Orang laut mahir dalam membina kapal. Mereka membuat kapal pesisir
pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah
membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.
8
3. Pusat persuratan
Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak
ketandusan dengan karya agung dan tokoh persuratan yang berkaliber. Batu Sawar
dan Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting dalam perkembangan
penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu.
3.1 Karya Agung
• Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau
Peraturan Segala Raja-Raja. Naskhah asal karya ini
Bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis
semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612.
Kandungannya menceritakan tentang asal-usul
keturunan raja-raja Melaka.
• Hikayat Hang Tuah
Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan
oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di
Melaka pada tahun 1641.
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang
merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar
Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang
terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada
rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur
Shah di Melaka pada abad ke-15.
Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 tetapi
manuskrip lengkap bertarikh 1849.
9
3.2 Tokoh Persuratan
• Tun Seri Lanang
Nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad
Paduka Raja. Beliau dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota
Tinggi pada tahun 1565. Dalam pengetahuan orang-orang
Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai
salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa
Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang
Hikayat Abdullah). Beliau menyusun semula Sulalatus
Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin
Riayat Shah II. Beliau dilantik sebagai penasihat Sultan
Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di
Samarlanga.
3.3 Karya Lain
• Tajul Salatin
Nama lain bagi Tajul Salatin ialah Mahkota Raja-Raja
yang ditulis oleh Bukhari al-Jauhari. Karya ini
merupakan antara karya persuratan yang tersohor
pada zaman Kesultanan Johor Riau. Karya-karya lain
yang dijadikan karya persuratan tersohor termasuklah
Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis, Gurindam
Dua Belas, Hikayat Anak Panah Sedasa dan lain-lain.
Pengarang-pengarang yang mengarang karya-karya
tersohor yang lain ialah Raja Ali Haji, Tun Hisap Misai
dan Raja Ahmad.
10
Seperti yang diketahui oleh kita tentang kemajuan Kesultanan Johor Riau, terdapat
pelbagai karya-karya persuratan seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah yang turut
dikarang oleh pengarang berasal dari tanah air kita yang terkenal pada zaman Kesultanan
Johor Riau. Namun, karya-karya persuratan ini semakin dilupakan oleh generasi-generasi
muda pada zaman kini. Hal ini kerana terdapat segelintir sahaja yang meneruskan adat ini.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memartabatkan
karya-karya persuratan melayu ke peringkat antarabangsa. Antaranya ialah pihak kerajaan
perlu bekerjasama dengan pihak Arkib Negara dan Muzium Negara agar karya-karya
persuratan dapat dipamerkan di Muzium Negara yang boleh dilihat oleh orang ramai.
Selain itu, di peringkat sekolah juga boleh dilaksanakan aktiviti menghasilkan folio-
folio berkaitan dengan karya-karya persuratan Melayu oleh guru kelas masing-masing. Hal ini
kerana para pelajar akan mencari maklumat berkaitan dari karya-karya tersebut dengan lebih
mendalam sepanjang menyiapkan folio tersebut.
Seterusnya, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka untuk membaca bahan
bacaan ilmiah seperti buku, jurnal dan keratan akhbar yang berkaitan dengan karya-karya
persuratan Melayu. Hal ini dapat menggalakkan generasi muda masa kini untuk mempelajari
pelbagai jenis karya persuratan untuk mengembalikan zaman kegemilangan karya-karya
persuratan Melayu yang terkenal pada suatu masa dahulu.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memartabatkan
karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa. Pembangunan negara yang hakiki
dan bersepadu perlulah seiring dengan kesedaran warganya tentang pentingnya
pengetahuan tentang sejarah negara.
11
Generasi muda perlulah memelihara kedaulatan negara agar kemakmuran dan
kemajuan negara terus terjamin. Ini adalah kerana perpaduan merupakan perkara yang amat
mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara
yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara
yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah
ditakluki kuasa asing.
Antara langkah-langkah mengekalkan kedaulatan negara ialah memupuk semangat
partiotisme dalam kalangan rakyat. Generasi muda perlu mengenali serta menghormati raja
dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa
disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman
yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara
haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin
masih di tangan penjajah asing.
Selain itu, lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati. Jalur
Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang
suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar
sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera
tertinggi di dunia. Ketika menyanyikan lagu Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta
menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
Di samping itu, generasi muda perlu sentiasa bersifat setia dan sayang akan
negaranya. Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita
harus mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan bersedia berkorban apa sahaja
untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita perlu sentiasa peka terhadap
isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.
Semangat kekitaan juga perlu diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur
dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri
demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup
Malaysia. Sifat bersatu padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa
atau kaum sendiri. Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan
kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-
royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan
silaturahim.
Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam
negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah
amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh
itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikan semua.
12
Saya berasa amat gembira setelah menyiapkan folio yang diberikan oleh guru
mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Melalui kajian ini, saya dapat memahami kegigihan dan
kesungguhan kepemimpinan Kesultanan Johor Riau mempertahankan kedaulatan kerajaan.
Selain itu, saya dapat menambah pengetahuan tentang kegemilangan kerajaan Johor Riau
mendidik kita supaya berbangga dengan sejarah, tradisi dan budaya bangsa. Di samping itu,
semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh masyarakat dahulu mengajar kita tentang
kepentingan bersatu padu, bersefahaman dan bermuafakat dalam mempertahankan
kedaulatan negara.
Antara nilai-nilai murni yang boleh didapati melalui kajian ini ialah saya dapat
mengetahui bahawa kita haruslah bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara
bangsa kita. Saya juga bersifat lebih terbuka setelah mengetahui tentang sejarah Kesultanan
Johor Riau ini. Oleh itu, secara tidak langsung saya dapat memupuk perasaan sayang
terhadap negara.
Saya berharap agar sejarah negara dapat difahami dan dipelajari oleh setiap
warganegara Malaysia supaya kedaulatan dan kemerdekaan negara dapat dikekalkan. Hal
ini dapat menjamin kestabilan negara dari segi sosial, ekonomi dan pentadbiran. Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.
13
1. Buku Teks
Dr. Suffian bin Mansor, 2018, KSSM Sejarah Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Rujukan daripada Internet
• Wikipedia Ensiklopedia Bebas, 26 Oktober 2002, Kesultanan Johor Riau.
• shadyrulez7/Scribd, 18 Jun 2008, Rumusan.
• Blogspot, 28 February 2012, Format penulisan rujukan kerja kursus.
• sistemguruonline.my
3. Temubual
Eduan bin Salleh, 43 tahun, B-37-10, PPA1M Bukit Jalil, Lebuhraya Bukit Jalil, 57000
Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
14