The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANYFLIP - Sajak KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aredzman82, 2021-07-11 23:15:58

ANYFLIP - Sajak KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

ANYFLIP - Sajak KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

NOTA KOMSAS (BAHARU) TINGKATAN 1

PUISI MODEN

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

(SMahadzir)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan, membesar dan menjadi
dewasa. Manusia harus mampu menyumbangkan jasa kepada insan lain agar dapat menerangi
kehidupan mereka seterusnya keluar daripada belenggu penderitaan.
Rangkap 2
Sekiranya kita gagal untuk menjadi manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan peluang untuk sesiapa
yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.
Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita tidak seharusnya
bersikap sombong dengan kelebihan yang kita miliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain
yang bergantung harap kepada kita.
Rangkap 4 Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Tema sajak, “Kita Umpama Sehelai Daun” tulisan SMahadzir ialah manusia seharusnya berbuat jasa
dalam kehidupan.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan berbuat jasa kepada orang lain.

Contoh: Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain seperti daun yang
mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

ii. Persoalan sikap rendah hati.
Contoh:
Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati iaitu tidak sombong akan
kebolehan diri.

iii. Persoalan keprihatinan terhadap orang lain.
Contoh: Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan hidup orang lain.

1


Click to View FlipBook Version