1. agar-agar 16. kuih-muih ENTRI KATA
2. bantu-membantu 17. kupu-kupu
3. buah-buahan 18. kusut-masai
4. bukit-bukau 19. lauk- pauk
5. gilang-gemilang 20. layang-layang
6. gotong-royong 21. mata-mata
7. gerak-geri 22. obor-obor
8. gunung-ganang 23. orang-orang
9. hati-hati 24. riuh-rendah
10. hormat-menghormati 25. sayang-menyayangi
11. kebiru-biruan 26. sayur-sayuran
12. kehitam-hitaman 27. sepoi-sepoi
13. kekuning-kuningan 28. simpang-siur
14. kuda-kuda 29. tolong-menolong
15. kura-kura 30. tumbuh-tumbuhan
agar-agar
Ibu membuat agar-agar coklat untuk minum petang.
bantu-
membantu
Orang kampung bantu-membantu untuk menolak kereta itu.
buah-
buahan
Adik sangat gemar akan buah-buahan tempatan.
bukit-
bukau
Udara pagi di kawasan bukit-bukau sangat segar.
gotong-
royong
Taman Muhibah sedang bergotong-royong
membersihkan kawasan kejiranan mereka.
gilang-
gemilang
Sanbutan Hari Malaysia disambut dengan gilang-gemilang.
gerak-
geri
Adik mengikut gerak-geri ayah semasa sembahyang.
gunung-
ganang
Gunung-ganang di Rusia akan bersalji pada musim sejuk.
hati-
hati
Ibu berpesan supaya saya berhati-hati ketika menuruni tangga.
hormat-
menghormati
Kita perlu hormat-menghormati sesama rakan.
kebiru-
biruan
Warna langit yang kebiru-biruan pada pagi ini menandakan
cuaca yang cerah.
kehitam-
hitaman
Air sungai menjadi kehitam-hitaman kerana tercemar.
kekuning-
kuningan
Warna daun pokok gingko berubah menjadi
kekuning-kuningan.
kupu-
kupu
Kupu-kupu mempunyai warna dan bentuk yang sangat cantik.
kuda-
kuda
Kayu dan besi banyak digunakan untuk membuat kuda-kuda.
kuih-
muih
Kebiasaannya kuih-muih dihidangkan sebagai pemanis mulut.
kusut-
masai
Rambutnya kusut-masai kerana sudah lama tidak dibasahkan.
lauk-pauk
Lauk-pauk yang dijual di kedai itu sangat sedap.
layang-
layang
Adik bermain layang-layang pada waktu petang.
mata-
mata
Mata-mata merupakan perisik yang diupah.
obor-
obor
Sengatan obor-obor boleh membawa maut.
orang-
orang
Orang-orang dipacak di sawah padi bagi menghalau burung.
riuh-
rendah
Kawasan stadium menjadi riuh-rendah setelah gol dijaringkan.
sayang-
menyayangi
Adik-beradik perlu sayang-menyayangi.
sayur-
sayuran
Sayur-sayuran hijau mengandungi banyak zat besi.
sepoi-
sepoi
Angin bertiup sepoi-sepoi di padang.
simpang-
siur
Jalan di bandar raya kebanyakannya bersimpang-siur.
tolong-
menolong
Keluarga kami tolong-menolong membersihkan halaman.
tumbuh-
tumbuhan
menolongTumbuh-tumbuhan memerlukan air, baja dan
cahaya matahari untuk hidup.
TAMAT