10 MAKANAN
POPULAR DI HARI
RAYA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
KETUPAT Ketupat ialah sejenis hidangan khas Asia Tenggara
Maritim di daripada beras atau pulut dibungkus
dalam daun kelapa yang dianyam dan direbus dalam
periuk sebelum dibuka dan dimakan bersama lauk-
pauk lain. Ia terkenal serata Nusantara merangkumi
Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura sampai
sejauh Selatan Thailand.
Masakan ini amat berkait rapat dengan perayaan
Hari Raya Aidilfitri/Idulfitri yang menandakan
akhirnya sebulan puasa Ramadan; malah terdapat
keraian yang berpusat kepada memakan disebutkan
sebagai Lebaran Ketupat,[1] namun ia juga dimakan
pada Hari Raya Haji. Kelongsong anyaman ini sering
dijadikan hiasan rumah dalam sambutan hari-hari
raya ini.
LEMANG
Makanan wajib semasa Hari Raya pastinya lemang.
Cara membuat lemang ialah dengan memasak
beras pulut bersama santan di dalam buluh dan
dibakar menggunakan kayu api. Lemang yang
terbaik ialah lemang yang lembut apabila digigit
dan mempunyai rasa lemak dari santan dan cukup
masinnya. Lemang paling sesuai dinikmati bersama
rendang.
RENDANG Jika masyarakat Barat mempunyai “stew”,
masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai
banyak variasi rendang yang dihasilkan oleh rendang. Persamaan kedua-duanya ialah cara
orang melayu semenanjung,antaranya memasak yang lama di atas api atau slow
ialah: cooking.
Rendang Daging Tok-Perak Untuk hidangan ini, daging lembu dimasak
Rendang Hijau/Rendang cili api/Rendang bersama santan di atas api yang perlahan,
cili padi -Negeri Sembilan memberikannya aroma dan rasa yang lazat.
Rendang Rempah Kari Melayu-Johor Selain daripada daging lembu, ayam rendang
Rendang ayam-Tanah Melayu juga pilihan popular. Hidangan ini sesuai
Rendang daging-Tanah Melayu dimakan dengan apa jua jenis karbohidrat
putih, sama ada nasi putih, ketupat atau roti.
SERUNDING
Serunding adalah antara makanan yang boleh tahan dalam tempoh yang
lama kerana ia dimasak sehingga kering. Tidak mustahil jika serunding yang
dihidangkan semasa Hari Raya mampu bertahan sehingga selepas bulan
Syawal. Sesetengah resipi serunding akan memasukkan sedikit kelapa parut.
Anda boleh menikmati serunding bersama ketupat, lontong atau lemang.
KUAH LONTONG @ KUAH LODEH
Ramai yang sukakan ketupat dengan rendang, tetapi
jika anda mahukan kelainan, kuah lodeh amat sesuai
dijamah bersama ketupat. Kuah lodeh yang berlemak
boleh dikatakan seperti gulai kerana resipinya
menggunakan santan. Isi kuahnya meriah dengan
kacang panjang, lobak merah, kobis, suhun, tempe
dan tauhu. Kuah lodeh yang berwarna kekuningan ini
dilazatkan lagi dengan sambal atau kuah kacang.
DODOL
Manisan ini adalah antara ‘gula-gula rasmi’
untuk Hari Raya. Jika perlu diggambarkan
kepada yang belum mencubanya, dodol itu
bagaikan toffee, melekit dan manis, dibuat
daripada santan, gula kabung dan tepung
beras. Bukan mudah untuk membuat dodol di
zaman dahulu kerana anda perlu
mengacaunya untuk tempoh yang lama di
dalam kawah tetapi dengan teknologi hari ini,
pembuatan dodol menjadi lebih mudah. Hari
ini, anda boleh dapati dodol dalam pelbagai
perisa seperi durian atau cokelat.
KUIH RAYA Tart Cadbury pula ialah kuih raya yang viral ,
Sekali dah cuba, pasti akan teringat-ingatkan
Populariti kuih tart nenas semasa Hari Raya tidak kemanisan kepingan coklat Cadbury yang
dapat disangkal. Tentunya agak susah untuk anda disaluti kulit tart yang lembut dan gebu.
berhenti memakan tart nenas dan pasti mahukan Rasanya juga lebih manis berlemak
lebih dari satu. Ada tart nenas gulung, tart nenas dibandingkan dengan Tart Nenas walaupun ia
bunga dan ada juga tart nenas yang berbentuk cumalah kuih raya simple.
seperti nenas! Yang penting, lapisan luarannya
mesti gebu dan dikunyah dengan inti jem nenas
yang manis.
NASI hIMPIT
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit
merupakan sejenis makanan tradisional
Malaysia dari beras yang sering dimakan
bersama kuah kacang. Ia merupakan sejenis
makanan yang dibuat daripada nasi yang
ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga
membentuk ketulan besar. Hasil akhirnya
hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga
sering dimakan bersama hidangan sate atau
soto.
SATE
Sama ada ayam, daging, ikan atau kambing, pastinya ada
sesuatu untuk semua orang. Sate adalah hidangan yang amat
versatil. Meskipun jarang dilihat di pagi Syawal yang pertama,
sate senang didapati di rumah terbuka sepanjang sambutan
Hari Raya. Sate dibuat dengan membakar daging pilihan dengan
cucuk sate di atas api dan ia dimakan dengan kuah kacang.
Makanan sampingan yang melengkapkan juadah ini adalah
ketupat, kepingan bawang merah dan timun.
PULUT KUNING
Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi
orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak
dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Biasanya ia
dimakan dengan gulai atau, rendang ayam, atau daging
pada majlis keramaian, seperti hari perkahwinan, kenduri
kesyukuran, dan lain-lain hari yang istimewa.
Pada suatu masa dahulu, ia merupakan kemestian bagi
upacara menyembah ancak, dan dihidangkan bersama
ayam panggang atau ayam golek. dan telur ayam rebus,
tetapi kini tidak dilakukan lagi.
Pada hari ini, pulut kuning boleh didapati sebagai sajian
sarapan pagi, dan dimakan dengan rendang ayam atau
rendang daging.