Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian Kod sekolah : JCT6001
Jalan Kampung Lama, 82200 Benut
Pontian, No Tel : 07-6906292
Johor Darul Takzim
No Fax : 07-6906292
Ruj. Kami : SRABP.100-6/1/1(3)
Tarikh : 1 Disember 2022
Guru Besar
Semua Guru Penolong Kanan
Semua Guru Penolong
Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 3/2022
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 5 Disember 2022
Hari : Isnin
Masa : 1.30 – 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SRAB Pontian
Pengerusi : Puan Salmah Binti Hj Ishak
Guru Besar SRAB Pontian
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3.3 Perkara-perkara Berbangkit
3.4 Laporan Kewangan
3.5 Laporan Kurikulum
3.6 Laporan HEM
3.7 Laporan Kokurikulum
3.8 Laporan KGDK
3.9 Hal-hal Lain
3.10 Penangguhan Mesyuarat
. 4. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir pada mesyuarat berkenaan di atas. Kerjasama daripada pihak tuan
didahului dengan ucapan terima kasih.
.
. Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(SALMAH BINTI HAJI ISHAK)
Guru Besar
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian
s.k. Fail
PK 07/4
SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU PONTIAN
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH
BIL.2 (2022)
Tarikh : 1 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)
Masa : 2.00 - 3.00 PTG
Tempat : BILIK MESYUARAT SRAB PONTIAN
Pengerusi : PN SALMAH BINTI HJ ISHAK
Kehadiran(Bilangan) : 27 orang
Turut Hadir (Jika ada) : TIADA
1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
pengurusan kali kedua.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru kerana dapat melakasanakan PdP.
1.3 Pengerusi berharap mesyuarat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Siti Asiah Binti Kasmuri
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hjh Khairiah Binti Sulaiman
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
2.1. Tiada perkara berbangkit Tindakan: -
4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS
MESYUARAT
4.1 PEMBENTANGAN PENGURUSAN SEKOLAH (PN SALMAH BINTI HJ ISHAK)
4.1.1 Pembentangan tentang ‘Kotter’s 8 Step Model’ , Mengurus
Perubahan TS25.
4.1.2 Pembentangan tentang 3 fasa dalam ‘Kotter’s Model’ iaitu mewujudkan iklim
untuk berubah, melibatkan dan mengupayakan seluruh sekolah serta
melaksana dan melestarikan perubahan.
4.1.3 Menerangkan elemen-elemen dalam fasa 1 iaitu mewujudkan kesegeraan,
membentuk pakatan yang kuat dan mencipta visi perubahan.
4.1.4 Menerangkan elemen-elemen dalam fasa 2 iaitu mengkomunikasikan visi,
menghapuskan halangan dan membentuk sasaran jangka pendek.
4.1.5 Menerangkan elemen-elemen dalam fasa 3 iaitu mengekal momentum
perubahan, membudayakan perubahan.
4.1.6 Menegaskan guru agar menambahbaik dalam sesi PdP seperti menambah
elemen KBAT dan Pembelajaran Abad ke 21.
4.2 PEMBENTANGAN KURIKULUM ( PN SITI MUSTAKIMAH BINTI AZMAN ) :
4.2.1 Menegaskan bahawa isu beg berat harus ditangani terutamanya pada
murid-murid tahap 1.
4.2.2 Memaklumkan bahawa sekolah ini tidak mampu membuat jadual anjal
seperti 4-5 subjek sehari kerana sekolah ini terdapat dua aliran.
4.2.3 Guru kelas boleh mnecari inisiatif seperti menyediakan locker atau rak di
belakang kelas untuk meletakkan beg dan buku-buku sekolah.
4.2.4 Menasihatkan agar tiada guru yang menggunakan media sosial ketika
mengajar di dalam kelas.
4.2.5 Menegaskan agar tiada guru yang menghantar gambar murid yang
kecelakaan di dalam group ‘Whatsapp’.
4.2.6 Memaklumkan bahawa sekolah ini tiada Cup 3.0 kerana tiada murid TP2.
4.2.7 Menegaskan bahawa PBD bukanlah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
4.2.8 Guru kelas dan guru matapelajaran hendaklah berbincang untuk memberi
TP yang sesuai agar tiada jurang markah antara matapelajaran.
4.2.9 Analisis dan tindakan susulan perlu dijalankan berdasarkan TP.
4.2.10 Bagi pencapaian JQAF, guru perlu mnecari intervensi bagi pelajar yang
belum boleh membaca Al-Quran.
4.2.11 Semua aktiviti yang melibatkan sekolah dan pelajar haruslah ada kertas
kerja.
4.2.12 Nilam diperkasakan semula, guru perpustakaan hendaklah membuat jadual
kelas penggunaan Bilik Perpustakaan.
4.2.13 Mengingatkan guru tentang matapelajaran Sivik pada setiap minggu
keempat pada setiap bulan.
4.3 PEMBENTANGAN HAL EHWAL MURID (PN SITI ZALBIAH BINTI MUBIT)
4.3.1 Mengucapkan terima kasih bagi semua guru yang terlibat dengan UKDS
2023.
4.3.2 Mengingatkan guru agar mengisi SSDM kerana kasihan murid yang masih
kosong akhlak baiknya.
4.3.3 Menegaskan bahawa guru-guru kelas hendaklah mengisi APDM setiap hari
sebelum jam 10.00 pagi.
4.3.4 Bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) , semuanya berjalan dengan
baik sekali.
4.3.5 Bagi Program Susu Sekolah (PSS), murid boleh ambil sahaja susu tersebut
dan tidak perlu minum ketikan RMT jika terlalu kenyang.
4.3.6 Kesihatan pergigian murid akan disambung setelah habis cuti sekolah.
4.3.7 Watikah perlantikan pengawas akan dijalankan naik sekolah dan
pembahagian tugas akan diberi juga pada hari yang sama.
4.3.8 Borang telah diberikan kepada murid (KWAM/Bantuan budak miskin).
4.3.9 Mengingatkan guru SPBT untuk mengemaskini data kelas di dalam sistem
(i-Hem).
4.3.10 Bagi aspek keselamatan sekolah, selak-selak pintu kelas haruslah dibaiki
untuk mengelak kecederaann. Pemadam api juga haruslah diperiksan tarikh
luputnya.
4.3.11 Oleh kerana sekolah telah berjalan seperti biasa, sekolah bolehlah
mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan semua guru dan murid
serta Pasukan Bomba.
4.4 PEMBENTANGAN KOKURIKULUM (MUHAMADIN BIN OMAR)
4.4.1 Sesi kokurikulum pada setiap hari Khamis akan diteruskan sehingga hujung
penggal 3 tahun 2023.
4.4.2 Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan
yang melatih murid-murid yang telah menyertai aktiviti kokurikulum.
4.4.3 Guru-guru yang terlibat hendaklah bersedia melatih Tilawah al-Quran bagi
pertandingan yang akan dijalankan di Segamat pada 19hb dan 20hb
Oktober 2022.
4.4.4 Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 28-29 September.
4.4.5 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah mengisi markah
SEGAK.
4.4.6 Guru-guru dinasihati untuk melibatkan murid-murid untuk mata PAJSK,
walaupun hanya sekadar penyertaan.
4.5 HAL-HAL LAIN
4.5.1 Puan Azita Binti Tabrek memaklumkan bahawa Gerak Gempur UPKK akan
diadakan pada hujung bulan September.
4.5.2 Puan Mahanum Binti Sirat memaklumkan bahawa bekalan lampu di tandas
tingkat 3 telah rosak.
4.5.3 Puan Hjh Mustakimah Binti Azman telah mengedarkan jadual baharu edisi
ke 7 kepada guru-guru.
4.5.4 Guru Besar turut meminta Guru Kantin untuk melabel meja-meja makan di
kantin agar dapat mengenal pasti kelas mana yang sering membuat sepah.
4.5.5 Guru Besar mencadangkan agar kita mengadakan ‘Family Day’ untuk
merapatkan lagi silaturrahim antara guru.
5 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan
kerjasama dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2022.
5.2 Pengerusi mengingatkan setiap guru perlu saling berkerjasama untuk
menghasilkan kejayaan dan tunai amanah yang dipertanggungjawabkan bagi
tahun 2022.
5.3 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
….…………………………………….. ….……………………………………….
Cik Ummi Norkhairiah Binti Khir Johari Pn. Salmah Binti Ishak
S*eMtiainuistamhaes PK, header dan footer. Guru Besar
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian
SENARAI KEHADIRAN GURU MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2 TAHUN 2022 SEKOLAH RENDAH
AGAMA BERSEPADU PONTIAN
BIL NAMA PENUH KEHADIRAN
1 SALMAH BT HJ. ISHAK /
/
2 HJH.SITI MUSTAKIMAH BT AZMAN /
/
3 PN SITI ZALBIAH BTE MUBIT /
/
4 MUHAMADIN BIN OMAR /
/
5 HJH. JULIAH BT HJ. MOHD. DIN /
/
6 HJH. KHAIRIAH BT HJ. SULAIMAN /
/
7 SUPIAH BTE PAIDI /
o
8 MONALIZA BT HARUN /
/
9 ROGAYAH BT AHMAD SUBARI /
/
10 NORMILAH BT TAHIREK o
/
11 ZAINAB BT SELAMAT /
o
12 AZITA BT TABREK /
/
13 NADIAH BT ALKAPH /
o
14 MOHD. SAHBRI BIN HUSAIN /
15 KAMSIAH BT AHMAD o
16 ZURAIDAH BT HJ. NAN o
/
17 NORZAMZARINA BT MAHALI
/
18 HJH.NORAZILA BT HJ. HAMID
o
19 HAFIZAH BT HAFNI /
/
20 SITI AIESAH BTE KAMILAN o
21 FARIDAH BTE SADEK
22 MAHANUM BTE SIRAT
23 NAZLINDA BTE SUPARDI
24 ADLIN BTE ABD GHANI
25 FAIZAL BIN MOHD NASIR
26 MOHD. FAZLI BIN ROZALI
27 IZZAIDA FADHYA BT CHE IBRAHIM
28 RAJA KAMAL ZULHAFIZIE BIN RAJA
IBRAHIM
29 ASMANORLAILA BT MISNAN
30 ABDUL LATIF BIN KADMO
31 UMMI NORKHAIRIAH BINTI KHIR
JOHARI
32 AMIRUL ARIFF BIN ARSAD
33 NURFATIHAH BINTI ABDUL MALIK
34 MASLINAWATI BINTI MD KARIA
35 SITI ASIAH BINTI KASMURI