The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 DLO
Izzah Atirah | Siti Mariyah | Farah Zulaikha

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mariyah Tajudin, 2022-02-18 01:51:30

FUNGSI SASTERA MELAYU

BMMB1104 DLO
Izzah Atirah | Siti Mariyah | Farah Zulaikha

FUNGSI SASTERA
MELAYU

KUMPULAN 6 BM5

Ahli NOR IZZAH ATIRAH
kumpulan SITI MARIYAH

FARAH ZULAIKHA AZREENA

PENGENALAN

> Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau
masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan
kehidupannya.
> Mereka menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian
atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi.
> Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau
tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005).
> Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi
pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat
keintlektualan mahupun kerohanian.

> Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya
yang tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.
> Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan
fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya.
> Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar
berbanding dengan fungsinya pada zaman moden agak menipis.

RUMUSAN

Dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil karya kreatif
dan imaginatif berfungsi serta mempunyai tujuan dan fungsi
tersendiri.
Beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka
telah menggariskan pelbagai hubung dengan fungsi sastera.
Berdasarkan pendapat Ramli Isin, Muhammad Haji Salleh,
Usman Awang dan Hashim Awang, bahawa peranan dan fungsi
sastera merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat
dikesan melalui genre sastera tradisional dan moden.

FUNGSI SASTERA
MELAYU

HIBURAN

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan
yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca
atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya.
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara
diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada
suatu ketika.

Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkanHal ini dilihat dalam sebuah pantun lama berbunyi
seperti berikut :

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang
bersukat membentuk irama dalam pantun
Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan
keindahan dalam pembacaan
Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan
fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan
pelbagai bentuk lagi
Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan
bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun

PENDIDIKAN/
PENGAJARAN

Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat
Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran
kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap
nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera
Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya
menghiburkan tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran
yang berguna kepada masyarakat
Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa
sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula diperingatkan
betapa buruknya sikap tidak mengenang budi

DAKWAH

Dakwah sebagai proses menyampaikan Definisi dakwah mengikut Hidayatul
pesan suci Tuhan kepada manusia melalui Mursyidin ialah mendorong manusia untuk
medium atau saranan yang difahami berbuat kebajikan dan mencegah dari
Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai perbuatan mungkar supaya mendapat
kesusasteraan. Ruang dialektika yang kebahagiaan di dunia dan akhirat.
mampu menemukan warna baru dalam Selain itu, A. Hasymi mendefinisikan
menyampaikan pesan Tuhan yang disebut dakwah dengan mengajak orang lain untuk
sebagai dakwah. menyakini dan mengamakan kaedah syariat
Islam yang terlebih dahulu diyakini dan
diamalkan oleh juru dakwah.

KRITIKAN SOSIAL

> Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza.
> Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi
dalam realiti kehidupan manusia kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia
sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya.
> Karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara
yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.
> Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat,
kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini
saling berkaitan.

> Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari
menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka.
> Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur,
mengkritik mahupun menyampaikan mesej.
> Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu
dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat
melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version