INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
AMBILAN JUN 2021
TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR :MOHD AZMEEN SHAMIEZ BIN MOHD ASMAWI
ANGKA GILIRAN : 2022092310010
NO KAD PENGENALAN : 040619-06-0303
KUMPULAN/UNIT : BM 1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074/SEJARAH PERKEMBANGAN BM
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022
NO. TEL : 011-1194 6874
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 SEPTEMBER 2022
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnianya dengan ini saya
dapat menyempurnakan tugasan 2 E-Portfolio bagi kod mata pelajaran BMMB1074 iaitu
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Dengan ini saya sangat berbesar hati untuk mengungkapkan ribuan terima kasih kepada Dr.
Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku sebagai Pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu kerana telah memberikan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
Di sini, saya juga berkesempatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang bersama-sama berganding bahu dalam usaha membantu dalam menyempurnakan
tugasan ini dan yang paling penting kepada pensyarah saya, Dr. Mohd Fadzil di atas budi
bicara beliau dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang masa menyelesaikan tugasan ini. Di
samping itu, saya juga tidak melupakan jasa rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi memudahkan urusan penyempurnaan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam merealisasikan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
….……………………………………….
MOHAMAD AZMEEN SHAMIEZ BIN MOHAMAD ASMAWI
Siswa Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.
2
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA 4
4
1.0 Pengenalan 5
2.0 Sistem Tulisan Kawi 6
6
2.1 Sistem Tulisan Jawi 6-7
2.2Pedoman ejaan rumi bahasa melayu 7
2.3 Latar Belakang Ejaan Rumi Sebelum Penjajahan
3.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka 7-8
4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 8
Dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi 9
5.0 Cabaran sistem ejaan rumi masa kini 9
5.1 Pendidikan
5.2 Pentadbir Kerajaan
5.3 Ekonomi
3
1.0 Pengenalan
Perkembangan sistem ejaan rumi berlaku apabila Kongres Bahasa dan Persuratan yang
pertama telah diadakan di Singapura pada tahun 1952.Selepas dua tahun berlangsung di
Singapura, untuk kali kedua diadakan di Seremban dan untuk kali ketiga diadakan di Johor
Bharu pada tanggal 16 hingga 21 September 1956.
Dalam kongres Bahasa melayu ketiga pada tahun 1956 yang berada di Johor,masalah ejaan
rumi diberi penekanan yang berat dan mengakibatkan peserta kongres bercadang untuk
melakukan pembaharuan yang radikal antaranya untuk memperbaiki Sistem Ejaan
Za’ba.Sistem ejaan baharu ini digelar sebagai “Sistem Ejaan Rumi Kongres” dan telah
dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu yang ketiga pada tahun
1956.Sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan Bahasa Melayu,dua
ketetapan tentang bunyi Bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan jawi.
2.0 Sistem Tulisan Kawi
Tulisan Kawi ialah sistem tulisan terawal di kepulauan Melayu.Ia telah wujud dalam kurun ke-
8 Masihi.Pada ketika itu,Tulisan Kawi digunakan untuk menulis dalam Bahasa kawi yang
dituturkan oleh orang Jawa.Kemudiannya dibawa masuk ke Kawasan-kawasan lain di sekitar
Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
Tulisan kawi berasal daripada huruf Vangki iaitu Wenggi dimana huruf orang-orang Pallava
yang berasal dari Coromandel,India.Huruf kawi ini lenyap sekitar tahun 1400 Masihi
beriiringan dengan keruntuhan kemahrajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit
yang selepas itu digantikan dengan huruf jawa iaitu Carakan yang dikembangkan daripada
huruf kawi oleh Kekhalifan Demak.
Seterusnya,Aksara kawi merupakan sebuah abugida dimana setiap hurufnya mewakil atau
melambangkan sebutan huruf bunyi sebuah suku kata bervokal yang dapat diubah dengan
penggunaan tanda baca tertentu.Aksara ini ditulis tanpa jarak di antara kata-kata
lengkap.Aksara ini terdiri daripada sekitar 47 huruf tetapi terdapat sejumlah huruf yang bentuk
dan penggunaannya tidak dapat dikenalpasti kerana sedikit contoh yang Berjaya ditemukan
dalam prasasti bertulis kawi.Dengan ini,orang melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit
kayu,daun-daun lontar,kepingan logam dan batu-batu seperti batu bersurat.
4
2.1 Sistem Tulisan Jawi
Tulisan jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan
untuk menulis dalam Bahasa Melayu.Tulisan jawi ini telah wujud sekitar tahun 1300 Masishi
di Kepulauan Melayu dan perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan
islam,khususnya daripada orang Parsi.Tambahan pula,tulisan ini ditulis dari kanan ke kiri.
Tulisan jawi ini berpunca daripada kesusateraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi
kepada kerajaan Melayu Jambi.Peninggalan tulisan jawi yang terawal ditemui pada Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi.Syair Bidasari tulisan sekitar 1300 hingga
1399 Masihi yang ditemui di Sumatera,sementara penggunaan terawal abjad rumi untuk
Bahasa melayu datang dari akhir abad ke-19.
Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek
dalam pembelajaran di sekolah manakala di Indonesia pula ,sistem ini hanya dikenali oleh
para pengkaji-pengkaji naskah Melayu lama sahaja.Apabila tulisan jawi telah muncul,didapati
bahawa menerusi tulisan jawi inilah Bahasa melayu terus maju dalam pelbagai bidang yang
ada.Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekiawan melayu mengenal pasti bunyi Bahasa
melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa arab dan kekurangan abjad ini telah
mengakibatkan mereka memilih huruf parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan
menambah tanda pada huruf arab yang sedia ada.
Batu bersurat di Kuala Berang juga memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap Bahasa
melayu.Tulisan pada batu bersurat tersebut menunjukkan penggunaan huruf-huruf yang
dikatakan tulisan jawi.Tulisan jawi yang terdapat pada batu bersurat tersebut menunjukkan
bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa melayu dengan agak lengkap.
5
2.2 Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Malaysia yang rasmi digunakan pada tahun 16 Ogos 1972.Sistem ini merupakan cetusan
daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang
mempersetujui pada tahun 1967.Badan yang ditugaskan untuk Menyusun pedoman ejaan
Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa yang diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa
dan Putaka.
Maklumat yang termuat dalam pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu ini berdasarkan
dokumen-dokumen pedoman ejaan Rumi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2.3 Latar Belakang Ejaan Rumi Sebelum Penjajahan
Sebelum kedatangan islam je Kepulauan Asia Tenggara, tradisi tulisan yang digunakan ialah
tulisan kawi,batak,rencong serta lampung.Sistem ejaan ini agak maju dan menggunakan
lambing suku kata dan menjadi lambing baris untuk menunjukkan perbezaan bunyi.Walau
bagaimanapun,ejaan rumi dan jawi lebih dikaji secara terperinci kerana lebih banyak
melihatkan masyarakat hari ini.Potensi yang ada pada Bahasa Ibunda kita iaitu Bahasa
Melayu dapat disasarkan oleh para sarjana barat,lalu mereka berusaha menyusun perkataan-
perkataan Melayu dalam bentuk lebih kritikal.
Pelayar Itali yang berjaya dikenali sebagai Antonio Pegafetta yang merupakan berlayar
Bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia.Mereka telah Menyusun 426 daftar kata Itali-
Melayu.Seterusnya para pengembara mahupun orentalis Eropah cuba untuk menterjemah
ejaan jawi kepada ejaan rumi menggunakan huruf-huruf latin tanpa mengetahui ejaan sebenar
jawi yang mereka kajikan telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan Bahasa
Melayu.
3.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka
Negara ini menggunakan sistem ejaan rumi sehingga ejaan baru yang diisytiharkan pada
tahun 1972.Walau bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum sahaja
dan disebabkan itu, terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi.Dengan ini
menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah tidak saintifik dan mengandungi beberapa kelemahan.
Kedatangan kuasa barat seperti Belanda,Portugis dan Inggeris telah mengemukakan sistem
ejaan rumi kepada masyarakatnya, walaupun pada masa itu penduduk sudah mempunyai
sistem ejaan jawi yang lengkap.Dengan ini menjadikan usaha untuk merakamkan Bahasa
Melayu dengan aksara latin berterusan.Sistem ejaan Bahasa Melayu terus berkembang
6
sehingga menyebabkan leksikografi yang berupa daftar kata,glosari dan kamus Melayu
asing.Kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan rumi menjadi lebih gramatis
berbanding sistem ejaan yang lain.Leksikografi bermaksud proses atau profesion Menyusun
kamus serta perkamusan.
Ejaan Rumi pertama yang wujud di alam Melayu dengan menggunakan aksara Rumi ialah
pada tahun 1901 sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen yang merupakan
seorang pentadbir Belanda. Sistem ini mempunyai 32 aksara dan berdasarkan sistem ejaan
yang digunakan di dalam bahasa Belanda.
Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20,usaha menulis Bahasa Melayu dengan menggunakan
huruf rumi telah dilangsungkan kajian terhadap tatabahasa Melayu.Usaha menggalakkkan
penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa yang ditubuhkan di Johor pada tahun 1888 dan diteruskan
oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka 1900.Usaha ini diperkembangkan lagi dengan
pembinaan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malam pada tahun 1922.
4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dalam Menyeragamkan Sistem
Ejaan Rumi
Peranan dewan bahasa dan Pustaka adalah untuk membina dan memperkaya bahasa
kebangsaan dalam segala bidang yang terdapat di negara termasuk sains dan
teknologi.Dengan ini dapat memperkembangkan bakat sastera,khususnya bahasa
kebangsaan.Seterusnya, peranan DBP adalah menerbitkan buku,kamus dan bahan-bahan
persuratan lain dalam bahasa kebangsaan.Penggunaan ini dapat menguatkan lagi sistem
ejaan rumi supaya sentiasa terus diguna pakai sampai zaman akan datang.
DBP berperanan untuk menyeragamkan ejaan dan sebutan serta menggubal istilah.Perkara
ini membolehkan seragamkan sistem ejaan rumi dengan istilah-istilah baharu serta mampu
untuk menunjukkan bahawa negara mempunyai perlembagaan tersendiri dan tidak mudah
untuk dikuasai oleh bahasa asing lagi.Peranan mereka dalam adalah untuk menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan supaya bahasa itu akan terus digunakan secara meluas
bagi segala maksud mengikut undang undang yang sedang berkuat kuasa di negara kita.
5.0 Cabaran sistem ejaan rumi masa kini
Sistem ejaan rumi terus diperkasakan agar ejaan ini tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek
panas akibat zaman yang kian membangun maju ini.Antara cabaran yang dihadapi pada
7
masa kini adalah penggunaan bahasa rojak.Pengguna bahasa rojak ini menjadi medium yang
utama ketika dalam perbualan media sosial.Penggunaan bahasa rojak ini semakin lama
semakin membimbangkan.Walau bagaimanapun,sejak awal lagi iaitu pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka Ketika perdagangan antarabangsa telah menggunakan bahasa
rojak ini.penggunaan bahasa rojak ini juga menajdi suatu kebiasaan dalam kehidupan setiap
individu ketika berkomunikasi.Dengan ini, tanggapan masyarakat terhadap penggunaan
bahasa rojak lebih mudah berbanding bahasa Melayu baku.Namun,dengan cara inilah
mampu menjejaskan darjat sesebuah bahasa.
Seterusnya, sikap rakyat Malaysia sendiri yang tidak berbangga dalam bahasa Melayu yang
diguna pakai pada masa kini.Sikap tidak yakin dalam seseorang individu dalam penggunaan
bahasa Melayu telah mengakibatkan bahasa Melayu itu sendiri dipandang enteng.Justeru
itu,menyukarkan pihak yang bertanggungjawab atau diri sendiri untuk memartabatkan bahasa
Melayu dan seterusnya akan dipandang rendah oleh masyarakat luar.
Selain itu,guru juga menjadi penyebab utama murid tidak dapat belajar bahasa ibunda dengan
baik kerana penggunaan bahasa loghat.Dengan ini menyebabkan murid tidak dapat belajar
bahasa ibunda dengan tepat atau lebih formal tetapi sebaliknya akan merosakkan lagi
kelestarian bahasa itu sendiri.Bahasa Melayu turut diterjemahkan kepada bahasa melayu
yang lebih mudah.Namun perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengakibatkan
terjejasnya taraf bahasa melayu iaitu bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan.
5.1 Pendidikan
Tidak lupa juga dalam sistem Pendidikan,penggunaan bahasa inggeris dalam subjek seperti
sains dan matematik menjadi cabaran untuk mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa
utama.Dengan ini menyebabkan segelintir murid-murid tidak berjaya untuk menguasai subjek
tersebut.Secara langsung mengakibatkan bidang Pendidikan negara tidak mampu bergerak
dengan lebih maju dek kerana penggunaan bahasa asing ini.Isu ini berkait dengan guru
opsyen Bahasa Melayu yang tidak ramai.Isu ini diketengahkan kerana ramai masyarakat
mempertikai penggunaan bahasa inggeris iaitu bahasa asing yang menjadi bahasa utama
dalam subjek matematik dan sains.Kerajaan juga menegaskan bahawa penggunaan bahasa
inggeris ini menjadi persaingan bahasa pengantar di institusi tertinggi.Sehubungan ini mereka
inginkan bahasa inggeris terus menguasai dan menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa
utama di Tanah Melayu ini sedangkan asal usul yang sebenar merupakan bahasa melayu
yang menjadi perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.Oleh kerana itu, menyebabkan bahasa
melayu kurang menjadi pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa melayu dan
megakibatkan krisis identiti bahasa melayu penjanamaan semula.
8
5.2 Pentadbiran Kerajaan
Pentadbiran kerajaan juga terlibat dalam cabaran ini kerana perlembagaan telah membuat
peruntukan yang telah menyamatarafkan kedudukan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.Telah tercetusnya satu isu yang berkaitan dengan ini,disebabkan itu terdapat
golongan yang tidak berkeyakinan terhadap kemampuan Bahasa Melayu.Malahan,terdapat
juga segelintir golongan yang asal usulnya melayu namun berpendapat bahawa Bahasa
melayu masih kekurangan istilah dan perkataan.Merujuk dengan perkara ini,sudah terang lagi
bersuluh bahawa sikap dan Tindakan kerajaan serta pemimpin membiarkan perkara sebegini
berlaku.Tambahan pula,pemimpin sendiri menggunakan Bahasa inggeris Ketika melakukan
pengucapan dan sepatutnya pemimpin yang harus menjadi ikon kepada sesebuah negara
seandainya ingin memartabatkan sistem ejaan rumi di negara.
5.3 Ekonomi
Dalam segi ekonomi pula,Bahasa melayu semakin lama semakin diendahkan apabila sector
ekonomi negara mula dikuasai orang luar dan bangsa asing.Dengan ini menyebabkan
berlakunya cabaran menggunakan sistem ejaan rumi.Berikutan kedudukan Bahasa inggeris
di negara kita semakin kuat dan kukuh , sedikit sebanyak telah Berjaya mempengaruhi
kedudukan Bahasa melayu.Sehubungan itu,telah menunjukkan sistem ejaan rumi gagal untuk
dimartabatkan oleh bangsa sendiri pada zaman yang kian pesat membangun.
9
RUMUSAN
Saya boleh merumuskan bahawa semua pihak yang berada di negara ini seharusnya
berganding bahu dalam memartabatkan sistem ejaan rumi supaya sentiasa dijulang dan
diangkat tinggi oleh rakyat sendiri.Oleh itu,saya berharap semua pihak mampu Bersatu hati
dalam menangani permasalahan ini dan sedaya upaya untuk mendidik anak-anak muda untuk
menggunakan sistem ejaan rumi dengan betul dan tidak memberikan pengaruh yang tidak
baik kepada mereka.Hal ini kerana mereka merupakan nadi rakyat untuk pada masa akan
datang supaya untuk sentiasa memartabatkan Bahasa ibunda serta sistem ejaan rumi ini tidak
ditinggalkan dengan begitu sahaja oleh generasi akan datang.
Antara yang memainkan peranan besar dalam isu permasalahan ini ialah pemimpin serta
guru.Mereka disebut-sebut kerana mereka merupakan ikon kepada sesebuah negara untuk
mencorak masa depan negara.Seandainya mereka sendiri yang mengajar menggunakan
Bahasa rojak ataupun Bahasa inggeris ketikan menyampaikan ilmu mahupun ucapan di
khalayak ramai,mereka sewajarnya menggunakan Bahasa ibunda dengan betul dan penuh
yakin agar anak muda serta masyarakat di Malaysia dapat memandang tinggi tentang Sistem
ejaan Rumi ini iaitu penggunaan Bahasa melayu dengan betul.
10
RUJUKAN
Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (2018)
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html
Sistem ejaan rumi Bahasa melayu(2010) http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-
ejaan-rumi-bahasa-melayu.html
Leszek Niemiec(2016) https://slideplayer.info/user/16085735/
J.KASDAN https://www.researchgate.net/profile/Junaini-
Kasdan/publication/304351600_Peristilahan_dan_Masyarakat_Cabaran_Masa_Kini/links/57
6cc0d208aedb18f3eb30ed/Peristilahan-dan-Masyarakat-Cabaran-Masa-Kini.pdf
Muhammed S.Aman Sinposis sistem ejaan Bahasa melayu
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved
=2ahUKEwi2u4yIkZn6AhVZ7TgGHSqmDa4QFnoECCsQAQ&url=http%3A%2F%2Fklikweb.
dbp.my%2F%3Fp%3D6003&usg=AOvVaw1yQ552FvZTYefqjblfyvBU
11