( PROGRAM JEJAK DA’IE PUTERI TAHUN 2021 )
SYARAT PERTANDINGAN
TAZKIRAH PENDEK (TAZPEN)
1) Kategori Pertandingan :
1.1 Pertandingan terbuka kepada semua ahli PPIM yang membayar yuran
keahlian.
1.2 Terbahagi kepada dua kategori:
1.2.1 Sekolah Menengah
1.2.2 Sekolah Rendah
2) Terma dan Syarat :
2.1 Pertandingan akan dijalankan secara virtual. Setiap sekolah hanya
dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada urusetia untuk dinilai .
2.2 Semua rakaman tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/ media
sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak
penganjur.
2.3 Peserta boleh menggunakan muzik latar tetapi suntingan audio dan video
rakaman tidak dibenarkan. Bahan sokongan tidak diperlukan.
2.4 Peserta hendaklah memakai pakaian rasmi PPIM atau pun pakaian yang
bertemakan pink serta menutup aurat.
2.5 Tempat rakaman adalah mengikut kesesuaian serta memudahkan
peserta. Rakaman dari paras pinggang ke atas atau seluruh badan boleh
diterima.
2.6 Intonasi santai ketika menyampaikan tazkirah.Tidak terikut-ikut intonasi
da’ie cilik/ mimbar da’ie/ pidato serta syarahan.
2.7 Tajuk bebas tetapi bersesuaian dengan identiti seorang Muslimah.
2.8 Tazkirah mesti mengandungi satu dalil serta contoh dari masa kini yang
dikupas dengan baik mengikut kreativiti peserta.
2.9 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana
penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.
2.10 Setiap rakaman hendaklah dihantar kepada urusetia bermula 13
September 2021 sehingga 21 September 2021 sebelum jam 12 malam .
(Jejak Dai’ie Puteri 2021) Page 1
3) Masa :
3.1 Masa yang diberi kepada setiap peserta adalah tidak melebihi 5 minit .
3.2 Masa akan bermula apabila peserta memulakan tazkirahnya.
4) Skema Pemarkahan :
4.1 Isi bagi tazkirah (40 markah) :
- penyampai tazkirah akan dinilai dari segi isi tazkirah yang kemas dan sesuai
(15 markah),data dan bahan yang tepat (15 markah) serta rumusan beserta
dalil yang digunakan (10 markah) .
4.2 Cara penyampaian dan penampilan (30 markah) :
- cara penyampaian hendaklah jelas dan lancar.
- penampilan diri yang bersesuaian.
- cara penyampaian hendaklah menarik dan meyakinkan. Mata peserta
mestilah tepat memandang kamera.
- pergerakan tangan perlulah “natural” tidak terlalu mekanikal .
- perlakuan yang tidak sopan dan tutur kata yang tidak manis hendaklah
dielakkan.
- pakaian hendaklah menutup aurat dan tidak melanggar syarak.
4.3 Bahasa dan Adab (30 markah) :
- pemilihan kata, istilah dan susunan yang tepat .
- gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat dengan mesej yang
hendak disampaikan.
- penggunaan bahasa yang “standard” .
- kritikan terhadap isu-isu yang sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan
dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan
menyebabkan kehilangan markah.
(Jejak Dai’ie Puteri 2021) Page 2
5) Penghantaran Video :
Peserta/ guru pembimbing perlu memuat naik video di dalam YouTube.
Proses muat naik mestilah dalam format ‘unlisted’, iaitu tidak boleh dilihat oleh
orang lain kecuali yang mempunyai link sahaja. Link Youtube hendaklah
dihantar melalui ‘google form’ yang akan diberi oleh pihak urusetia bermula
13 September 2021.
6) Syarat Tambahan :
5.1 Tiga orang hakim akan dilantik untuk menghakimi setiap kategori SR dan
SM.
5.2 Seorang ketua hakim akan dilantik bagi membantu penyelarasan markah
bagi kedua-dua kategori.
5.3 Proses penjurian akan dilakukan bermula 22 September hingga 24
September 2021 bergantung kepada jumlah penyertaan.
6) Panduan Kepada Jemaah Hakim :
6.1 Penyampai tazkirah diadili dari segi pengutaraan isi yang bernas,dalil
yang tepat serta termasuk penghuraiannya. Persembahan yang lancar,
kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan, penguasaan dan
penggunaan bahasa yang jelas dan gaya bahasa yang sesuai serta
kesopanan dan perawakan.
6.2 Penyampai tazkirah yang membaca nota atau teks mereka secara
berterusan akan dipotong markah .
6.3 Markah juga akan dipotong sekiranya penyampai tazkirah menggunakan
bahasa atau tutur kata yang kurang sopan .
7) Penentuan Pemenang :
7.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan kiraan markah.
7.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytihar sebagai
pemenang .
7.3 Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah
berdasarkan kepada markah tertinggi dalam bidang isi/hujah/dalil. Jika
masih lagi berlaku persamaan, maka markah dalam bidang bahasa tertinggi
akan dijadikan penentuan pemenang dan begitulah seterusnya. Jika
semuanya sama, pemenang akan ditentukan secara undian.
7.4 Pemenang dikira dari tempat pertama hingga kelima.
7.5 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.
(Jejak Dai’ie Puteri 2021) Page 3