TOKOH PEMIMPIN
JOHOR
DATO’ ONN JAAFAR
MAKLUMAT PESERTA
NAMA PESERTA : AINA INSYIRAH BINTI ZAMRI
KELAS : 5 PINTAR
ALAMAT E-MAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN DAYA 2
ALAMAT SEKOLAH : JALAN ENAU 20, TAMAN DAYA 81100
JOHOR BAHRU
1.0
PENDAHULUAN
Pengenalan
Yang Dipertua pertama, UMNO, Allahyarham Dato Onn Jaafar telah dimartabatkan sebagai
Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubung UMNO
Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya
menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang
Malayan Union.
Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato Onn Jaafar dalam menemukan hala tuju bangsa
melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh
rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di
mata dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak
berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa sendiri
‘Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang melayu akan
memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita berkehendakan tanah air dan bangsa ini
terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa’
Petikan daripada ucapan Dato Onn Jaafar, Utusan Melayu 22 Mac 1946
2.0 BIODATA TOKOH
PEMIMPIN
LATAR BELAKANG DATO’ ONN JAAFAR
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Baharu. Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan
antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan
sehinggalah ke hari ini. Ayahnda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838 –
1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan
Johor, sepertimana yang wujud sehingga hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari
keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk
Belanga, Singapura dan mendapat pendidiakan awal di sekolah Melayu dan Inggeris.
Beliau adalah berketerunan Bendara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timur Dekat berketurunan
Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa,
sebapa dan juga seibu sahaja
Dato’ Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi,
Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang wanita
Inggeris di Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran pelajaran ke England bersama-
sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan
Tunku Ahmad.
2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR
Dato’ Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang
tetapi tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitan kesedaran orang Melayu ke
arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi
jerih perih hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang kampong,
pengalaman itu telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa
kesusahan dalam peperangan. Apabila tamatnya perang, beliau membakar semangat orang
Melayu untuk bergerak dalam satu barisan bagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah
Inggeris dengan mematikan hasrat penubuhan Malayan Union. Dato’ Onn juga dikenali sebagai
seorang tokoh poltik yang berkarisma dan berpandangan jauh. Hasrat beliau yang mahu
menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideolgi
yang sama.
Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam mengecap kemerdekaan
negara telah digunakan oleh pesaing, politiknya yang sering membakar semangat kemerdekaan
dengan mengangkat sejata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang
yang rajin dan tekun. Beliau sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesuadah menetapkan
hala tuju matlamatnya. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tangguangjawab dan
amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan
tidak memintangkan pangkat.
3.0 PENDIDIKAN TOKOH
Beliau telah melanjutkan pelajaran Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana
adalah sebagai pengiring putera Sultan Johor
MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR
Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di
England, Beliau berlajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika
menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarnnya ke
Sekolah Alderburgh Lodge di Sulffolk, England. Dato’ Onn Jaafar meneruskan lagi pelajarannya
setelah pulang ke tanah air pada (1910 – 1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat
pengajian, beliau pulang ke Johor Baharu dab berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani
sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos.
4.0 KERJAYA TOKOH
KERJAYA AWAL DATO ON’ JAAFAR
Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawan bermula daripada minat dan
kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau
diberi kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu syarikat
akhbar percetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930
ketika beliau berusia 35 tahun.
Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencerahkan isi hati dan
kitidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bedan tidak
bersikap boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengkritik Sultan
Johor kerana memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa
untuk kepentingan perladangan milik peribadi Sultan.
Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar – akhbar lain.
Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan
banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan Dato’ Onn. Di samping itu,
beliau juga pernah menjadi ahli majilis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman pendudukan
Jepun. Dato Onn menjadi Ketua Kawalan Makanan Negeri Johor.
4.1 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR
Kepimpinan Dato’ Onn Jaafar apabila beliau dilantik khas menjadi pengawai daerah
Batu Pahat bagi menghentikan mempersengketan kaum antara orang Melayu dengan orang
Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun
menyerah kalah, mereka menjadi komunis dan telah menzalami dan menganiayai orang
Melayu.
Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merahyang diketuai
oleh Kiai Salleh dua membalas serangan-serangan orang cina. Dalam masa yang singakt
beribu orang Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan
dari saudagar Cina dari Batu Pahat. Dato’ Onn telah dititah menyelesaikan persengketan
itu.
Dato’ Onn telah Berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang
diketui oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdami. Ketika Inggeris
kembali ke Tanah Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan
keisitemewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan
Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.
Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di kongres Melayu di Johor
Baharu pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah
dilantik menjadi Yang DiPertua Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiiti
aktiviti menentang Malayan Union sehingga Inggeris terpaksa membubarkan Malayan
Union pada 1 Febuari 1948 dan digantikan dengan persekutuan Tanah Melayu.
5.0 SUMBANGAN TOKOH
PENUBUHAN UMNO
Antara permulaan penubuhan UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar pada ketika itu adalah
pada 1 – 4 Mac 1946, satu peristiwa bersejarah yang mana persidangan yang dikenali sebagai
kongres Melayu Semelaya yang pertama diatur di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baharu,
Kuala Lumpur telah diadakan oleh Persatuan Melayu Selangor untuk menentang Malayan Union.
Pada ketika itu, seramai 41 pertubuhan- pertubuhan melayu yang telah menghantar wakil masing
–masing
Dan hasil daripada persidangan itu, maka mereka menububuhkan satu pertubuhan yang mana
mewakil orang melayu ketika kongres ketiga dilansungkan di Johor Bahariseu pada 1 Mei 1946.
Disebabkan kekuatan dan kepandaianya dalam mengatur corak kearah kemerdekaan, dan sangat
aktif dalam gerakan nasionalisme melayu, Dato Onn Jaafar telah terpilih untuk menjadi presiden
yang pertama. Beliau telah memberi gambaran terhadap British bahawa Tanah Melayu sekarang
telah mempunyai pemimpin yang berwibawa.
PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
AHLI KONGRES MELAYU 1946 YANG BERSATU MENENTANG MALAYAN UNION
6.0 NILAI KEPIMPINAN
YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH
GENERASI MUDA
Kejayaan Dato Onn dalam usaha membebaskan negara dari penjajah dan menyatupadukan
rakyat menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber. Antara nilai-
nilai kepimpinan Dato Onn yang boleh di terapkan dalam diri generasi sekarang ialah nilai
bertanggungjawab. Untuk menjadi seorang pemimpin, nilai betanggungjawab merupakan nilai
yang paling utama yang perlu diterapkan dan diamalkan oleh seseorang pemimpin. Tanpa nilai
tanggungjawab seseorang pemimpin tidak dapat akan dapat melaksanakan tugas diberikan dengan
amanah dan betul. Sebagai contoh Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya.
Beliau sanggup mengahwini balu adiknya dan beliau turut bertanggungjawab memimpin rakyat
jelata untuk menutut kemerdekaan.
Selain itu, Dato Onn sentiasa mengamalkan nilai muafakat bagi menyatupadukan rakyat.
Contohnya, Dato Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk
menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan. Sebagai seorang pemimpin, nilai
muafakat perlu sentiasa diamalkan semasa membuat keputusan kerana negara kita terdiri daripada
berbilang bangsa dan kaum. Hal ini kerana, permuafakatan masyarakat penting bagi memsatikan
perpaduan sentiasa kukuh supaya keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan agama negara ini
terpelihara dengan baik.
Akhir sekali, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi ialah nilai bersatu padu. Contohnya,
Dato Onn mecegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat. Nilai ini perlu diterapkan bagi
menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita. Tuntasnya terdapat
banyak nilai kepimpinan yang boleh dicontohi dari Dato Onn untuk diterapkan ke dalam diri
generasi sekarang untuk menjadi pemimpin yang berkalibar, baik dan cemerlang untuk generasi
akan datang
7.0 PENUTUP
Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman ialah
kejayaannya menyatupadukan seluruh umat melayu ketika tanah melayu dilanda oleh malapetaka
politik yang paling besar pernah menimpa bangsa melayu. Beliau membina landasan untuk
mereka meneruskan perjuangannya ke arah kemerdekaan. Akhirnya beliau berhasil mengubah
semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripda ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’.
Sesebuah bangsa brrhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu pengisian
rohani, ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita
sebagai pewaris bangsa melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk
membentuk generasi akan datang agar tidak hilang melayu di dunia dengan ‘kemelayuan’ yang
penuh dengan kesopanan, adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama melayu.
8.0 SUMBER RUJUKAN
PENGAJIAN MALAYSIA
http://thina75.blogspot.com › 2015/12
Dato' Onn Jaafar - UMNO Online
https://umno-online.my › presiden
Kelahiran Dato' Onn Jaafar - PeKhabar
https://pekhabar.com › Sejarah
Dato' Onn bin Jaafar | Malaysian politician | Britannica
https://www.britannica.com › ... › Peoples of Asia
GAMBAR BELIAU