KERJAYA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
JAWATAN DALAM KERAJAAN
1986 – 1995 Menteri Besar Johor
1995 - 1999 Menteri Belia & Sukan
1999 - 2004 Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
2004 - 2008 Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
2008 - 2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Timbalan Perdana Menteri
2009 - 2015
Menteri Pendidikan
23 Julai 2015 Digugurkan daripada barisan Kabinet
12 Mei 2018
hingga Menteri Dalam Negeri (Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan)
24 Feb 2020
29 Feb 2020 Perdana Menteri Malaysia ke-8
WAKIL RAKYAT
1978 - 1986 Ahli Parlimen Pagoh
1986 - 1995 ADUN Bukit Serampang
1995 - 2018 Ahli Parlimen Pagoh
2018 - kini Ahli Parlimen Pagoh ( atas tiket BERSATU )
Politik
BERSATU
8 Sept 2016 Presiden Penaja
14 Jan 2017 Presiden
UMNO
1971 Ahli UMNO Pagoh
Ketua Pemuda Pagoh
1976
Setiausaha Pemuda Johor
1977 - 1980 Timbalan Pengerusi Pemuda Johor
1980 - 1986 Pengerusi Pemuda Johor
1986 - 2016 Ketua Bahagian Pagoh
1987 - 1993 Ahli Majlis Tertinggi
1987 - 1996 Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Johor
1993 - 1996 Naib Presiden
2000 - 2007 Naib Presiden
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan
2000 - 2003
Johor
2008 - 2016 Timbalan Presiden UMNO
Digantung sebagai Timbalan Presiden hingga pilihan
26 Feb 2016
raya parti
Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta’zim
Merancakkan ekonomi Johor Darul Ta’zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun
berturut-turut.
Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang
hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia.
Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim telah
menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara.
Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin.
Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf.
Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina.
Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas
Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.
Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar
Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997.
Menggerakkan program Rakan Muda iaitu Program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan
sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.
Tan Sri Muhyiddin peka dengan perkembangan sukan dan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah
bola sepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan acara sukan peringkat
dunia yang lain.
Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia.
Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998.
Menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10
emas, 14 perak dan 12 gangsa.
Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya
melebihi 36% .
Beliau memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada musim
perayaan dan langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada
harga berpatutan.
Beliau juga merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia
aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna.
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Beliau telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori
‘Pertanian adalah Perniagaan’.
Berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu.
Bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari
dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.
Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah Alam
sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia dengan keluasan 813 hektar.