Isi Kandungan
1. UCAPAN PENGETUA SMK KUNAK
2. UCAPAN PERASMI
3. ATUR CARA MAJLIS
4. SENARAI AJK MAJLIS GRADUASI
5. SENARAI GRADUAN SPM 2021
6. SENARAI PENERIMA ANUGERAH
7. PENGHARGAAN
Setitis Tinta Secalit Rasa
PENGETUA SMK KUNAK
Senja gemilang bayu berpuput,
Gugur kenanga di celah jerami,
Besarlah hati kami menyambut,
Tuan bertamu ke sekolah kami.
Tanah serendah taman larangan,
Nampak gemilang dari Lingga,
Syabas dan tahniah kami ucapkan,
Anda cemerlang sekolah berbangga.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah S.W.T kerana kita
dapat berkumpul pada majlis yang dinanti-nantikan ini. Ucapan ribuan terima kasih saya rakamkan khusus
kepada tetamu kehormat Yang berbahagia Dato Sri Dr, Anil Jeet Singh atas kesudian hadir dan
seterusnya merasmikan Majlis Graduasi SPM 2021 SMK Kunak pada hari ini. Saya juga mengucapkan
selamat datang kepada dif-dif jemputan yang sama-sama meraikan majlis ini.
Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh warga SMK Kunak kerana majlis ini
adalah kemuncak kepada pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian dan sumbangan pelajar-
pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Matlamat kecemerlangan sekolah
perlulah sentiasa kita pertingkatkan selaras dengan tranformasi Sistem Pendidikan Negara di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 sebagaimana yang dihasratkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai pengetua, saya bertanggungjawab dalam memastikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar di sekolah ini.
Kami tetap yakin bahawa calon-calon pada tahun ini amat berpotensi untuk meningkatkan lagi
prestasi keputusan sekolah pada tahun ini ke arah yang lebih cemerlang. Sementelahan, guru-guru di
sekolah kami begitu bersemangat dan amat komited dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar.
Besarlah harapan saya pada tahun ini pula, mudah-mudahan gred purata akan meningkat dengan lebih
cemerlang lagi berbanding tahun lepas. Insya-Allah saya yakin calon-calon pada tahun ini akan terus
berusaha melakar kejayaan memandangkan mereka begitu gigih berusaha untuk mencapai keputusan
yang paling baik. Begitulah juga dengan pencapaian kokurikulum sekolah kita yang juga banyak
melakarkan kejayaan demi kejayaan sama ada di peringkat daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pihak sekolah juga ingin mempamerkan kebolehan pelajar melalui beberapa persembahan.
Objektif kami adalah untuk membina keyakinan dan mengasah bakat yang ada pada mereka. Harap
semua pihak menerima seadanya sekiranya ada sebarang kekurangan harap dimaafkan. Pada
kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada perasmi kerana sudi
meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
hadirin yang sudi hadir untuk menjayakan dan memeriahkan majlis kita pada hari ini.
Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semanis Bicara
TIMBALAN PENGERUSI PELANCONGAN MALAYSIA
MERANGKAP NAIB PRESIDEN HOKI MALAYSIA
Salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput saya untuk merasmikan
Majlis Graduasi SPM 2021 SMK Kunak. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah kerana berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah ini selepas 2 tahun
tidak diadakan kerana pandemik Covid-19.Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti
Majlis Graduasi ini merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi
tradisionalnya kepada fungsi yang lebih dinamik. Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar
tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Saya
ucapkan tahniah kepada para guru di sekolah kerana berjaya mendidik para pelajar walaupun berhadapan
dengan pelbagai cabaran dan perubahan teknologi yang drastik lagi canggih. Saya difahamkan keputusan SPM
2021 sekolah ini telah mencapai peningkatan yang amat memberangsangkan . Tahniah dan Syabas para guru
dan para pelajar sekalian.
Saya akui bukan satu perkara yang mudah kepada guru-guru mendidik para pelajar pada ketika ini. Kita
semua berhadapan dengan cabaran global daripada perkembangan teknologi yang membawa seribu satu
kemungkinan baik dan buruk kepada generasi kini. Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan
bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.
Dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui
satu kaedah perlu dilakukan bukan sahaja oleh para guru malah turut melibatkan para ibu bapa dan komuniti
masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan
soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Kerjasama ibu bapa dan
para guru sangat penting dalam membina kefahaman dan pembentukan akhlak serta minda para pelajar. Ibu
bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.
Tuan-tuan dan puan-puan dan para pelajar sekalian,
Orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian sekolah berdasarkan standard kualiti
yang kita janjikan. Hal ini diukur melalui pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM.
Para guru jangan cepat berasa puas dengan pencapaian kita pada hari ini. Sebagai seorang pendidik, guru
mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh
kepada perkhidmatan yang lain. Saya percaya sambutan Majlis Graduasi pada hari ini adalah selari dengan
matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang. Semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan
datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang bahkan kepada murid yang kurang cemerlang tetapi ada
peningkatan atau kemajuan juga perlu diberi perhatian.
Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid
yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Digerak oleh iltizam
mencapai kecemerlangan, saya dengan ini merasmikan Majlis Graduasi SPM 2021 SMK Kunak Tahun 2022.
Syabas dan Tahniah.
Sekian Terima Kasih.
Atur Cara Majlis
7.30 pagi :Pendaftaran semua peserta graduasi dan penerima anugerah
:Ketibaan jemputan
8.30 pagi :Perarakan perasmi masuk ke dewan
:Persembahan Sambut Tamu
:Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
:Bacaan Doa
:Alu-aluan memulakan majlis
:Ucapan Pengetua
:Ucapan Perasmi
:Persembahan Montaj
:Upacara Penganugerahan Sijil Graduasi Pelajar Lepasan SPM
:Persembahan Choral Speaking
:Penyampaian Anugerah Pelajar
:Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam Mengikut Mata
Pelajaran SPM
:Anugerah Peningkatan Pencapaian Terbaik SPM
:Anugerah Kokurikulum (Unit Beruniform/Kelab & Persatuan/
Sukan & Permainan)
:Anugerah Hal Ehwal Murid - Sahsiah Terpuji
:Anugerah Pencapaian Kecemerlangan SPM-Pelajar Terbaik SPM 2021
:Penyampaian buah tangan kepada perasmi
:Sesi bergambar bersama perasmi
12.30 tengah hari :Majlis bersurai
Senarai Ahli Jawatankuasa Induk
PENASIHAT Dr Samsu Bin Hj Ewang (Pengetua SMK Kunak)
PENGERUSI Encik Abdul Hakim Bin Ummahil (Penolong Kanan Pentadbiran)
TIM. PENGERUSI Puan Rasnah Binti Radjid (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Encik Asmahudi Bin Ahmad (Penolong Kanan Kokurikulum)
Encik Ramli Bin Yusof (Penolong Kanan Tingkatan 6)
Encik Sanuddin Bin Warisi (Penolong Kanan Sidang Petang)
PENGARAH Encik Low See Hon
PEN. PENGARAH I Puan Olivia Binti Rahman
PEN. PENGARAH II Cik Samsuriani Binti Rusli
SETIAUSAHA Puan Herniwati Binti Lunggu
PEN. SETIAUSAHA Puan Andi Marianti Andi Ariffin
BENDAHARI Cik Malhudah Binti Lamjani
PEN. BENDAHARI Puan Zuraini Binti Salehuddin
PANEL PEMILIH Encik Abdul Hakim Bin Ummahil (PK1)
ANUGERAH: Puan Rasnah Binti Radjid (PK HEM)
Encik Asmahudi Bin Ahmad( PK Kokurikulum )
Encik Ramli Bin Yusof (PK T6)
Encik Sanuddin Bin Warisi (PK Petang )
Encik Low See Hon (Ketua Bidang Bahasa)
Puan Indotang Binti Musa (Ketua Bidang Sains & Matematik)
Puan Bungatang Binti Bedulati (Ketua Bidang VOTEK)
Cik Samsuriani Binti Rusli (Ketua Bidang Kemanusiaan )
Puan Olivia Binti Rahman (Guru Cemerlang)
Puan Herniwati Binti Lunggu (Unit Peperiksaan )
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
(Bahagian Hubungan Luar)
PEMANTAU : Puan Indotang Binti Musa & Puan Bungatang Binti Bedulati
PEMBELIAN HADIAH/ PLAK Puan Fitriyani Binti Pirman (K)
PUBLISITI Puan Jumarni Binti Muhein
Encik Azlie Bin Rasa
BUKU CENDERAMATA Cik Zulaikha Binti Jasni (K)
Cik Aslina Binti Ali
Puan Halida Binti Untong
Puan Samirah Binti Sulaiman
PENYEDIAAN SIJIL Puan Nimah Binti Abd Jutup (K)
Puan Ela Fatimah Binti Abdul Jutup
Puan Hartiya Binti Ambo Latta
PENGURUSAN JUBAH Encik Zulkifli Bin Pari (K)
SUMBANGAN/ DERMA Encik Mohd Marzuki Bin Alias
PENYEDIAAN MAKAN & MINUM Puan Yulianti Binti Yunus
(TETAMU KHAS, IBU BAPA & GURU) Puan Ismawati Binti Laba
Puan Teoh Chiew Kiang (K)
Puan Salmah Binti Mappa
Puan Grace @ Nurfarhana Binti Gutierez (K)
Puan Ilainina Binti Tambi
Puan Patni Binti Hassan
Puan Rosemary AK Bajai
PENYEDIAAN MAKAN & MINUM Puan Wan Nurul Hakimah Binti Wan Salleh (K)
(PELAJAR GRADUASI & PENERIMA) Puan Suharti Hassan
Puan Maheraini Binti Hussin
Puan Samzurina Binti Amiruddin
KEBERSIHAN & KECERIAAN KAWASAN Encik Azlan Bin Amran (K)
SEKOLAH Encik Muhammad Amir Bin Paisal
Puan Samsiah Binti Hapi
Puan Jamilah Binti Salleh
Encik Arman Bin Atian
KESELAMATAN Encik Hasanal Abdullah @ Yeap Le Heng (K)
Encik Mohd Ridzwan Bin Mad Roni
DISIPLIN Encik Farli Bin Sabdari (K)
Encik Mide Bin Teppo
Puan Herlina Binti Hashim
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
(Bahagian Persiapan Dewan)
PEMANTAU : Cik Samsuriani Binti Rusli
PENYELARAS MAJLIS Cik Fhatin Nadrah Atiqah Binti Mohd Fadly
PROTOKOL (K)
PENYAMBUT TETAMU Encik Hapide Bin Tanggu
JURUACARA
Encik Ramli Bin Yusof (PK Tingkatan 6)
Puan Rasnah Binti Radjid (PK HEM)
Semua Penolong Kanan (Bilik Pengetua)
Semua Ketua Bidang (Bilik Pengetua)
Pengawas (Dewan)
Cik Nornazriah Binti Abu Samah
Puan Carmella Binti Darus
Pelajar terpilih
BACAAN DOA Encik Solah Ibrahim
PENDAFTARAN Pelajar terpilih
PENYELARAS PENERIMA HADIAH & Puan Murina Binti Abdul Rakman
PERGERAKAN GRADUAN Puan Siti Nurbayah Binti Abdul Rasid
Puan Salwana Binti Madin
PENYUSUNAN KERUSI MEJA,
PERALATAN & PAPAN MAKLUMAT Encik Muhamad Rezuali Bin Hasanuddin
(K)
HIASAN/ PERSIAPAN DEWAN Puan Nariah Binti Sahdua
(KEBERSIHAN & KECERIAAN) Puan Quorinah Binti Sukiman
Cik Mastikanor Binti Khamis
Encik Mohd Nizam Bin Kaman (K)
Encik Abdul Rahman Bin Beddu
Cik Rika Binti Tamrin
Puan Nur Fadziela Binti Warisi
Puan Rafidah Binti Ahmad
Cik Norazwani Binti Abd Taip (K)
Puan Rabiatul Adawiyah Binti Brahim
Puan Nor Ela Binti Masan
Cik Noorhayati Binti Abd Basha
Puan Lily Majatin
Encik Ahmad Bin Soleman
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
(Bahagian Persiapan Pentas)
PEMANTAU : Encik Low See Hon
PEMBANTU PENYAMPAI HADIAH Puan Zuraina Binti Maskul (K)
Cik Nurul Asyikin Binti Anuar
Pelajar terpilih
PERSIAPAN/ HIASA PENTAS Cik Sitti Amirah Binti Abdul Rahman (K)
Puan Rosyanti Binti Maditin
Puan Sabariah Binti Sulaiman
Puan Nurfadzillah Binti Asah
Cik Farisha Nabila Binti Azman
Cik Herna Binti Herang
TEKNIKAL & SIAR RAYA/ MUZIK Encik Bonney Sepidi (K)
GAMELAN Encik Hasbi Bin Hery
Pelajar AJK P/A Sistem
BACKDROP
BUNGA MANGGAR/ ROSET Encik Nurul Azly Bin Abdul Hamid
Puan Maria Jomol @ George Jomol
KOMPANG Puan Kamaliah Binti Warisi
Pengawas
JURU GAMBAR & PHOTO BOOTH
Encik Mohd Nurelzareza Bin Madah
PAPARAN VISUAL Pelajar Asrama
Encik Suhardy Bin Lawpak
Pelajar terpilih
Encik Suhaili Bin Sulaiman (K)
PERSEMBAHAN Cik Fiona Richelle Vekly (K)
Cik Noor Hafiza Binti Mohamed
Cik Suzitah Binti Mohd Shukur
Senarai Graduan SPM 2021
No. Nama Calon
1 ADLI HIDAYAT BIN ARMAN
2 AHMAD ZUL ISMAIL BIN ABDUL MUJI
3 AILYN BINTI GAMAL
4 AININA IZZATI BINTI SAMSUDDIN
5 AL KHAISIR BIN SILBIN
6 ALVIN EMILSON
7 ALYANA NATASYA BINTI JASID
8 ANDIKAH BIN RAHMAT
9 ANGELO BIN SAMUEL DOMOSMOG
10 ANIATUL BINTI ABDUL NUHI
11 ASMAIRA BINTI AHIRJARI
12 AU SONA BINTI AU FAH
13 AZLIMAN BIN ABDUL MANI
14 AZURA BINTI RAFIULLAH
15 CALEB KEE WEI LONG
16 CHARLENE PANG XUAN WEN
17 DAYANG SITI NURDIANA BINTI AWANG MATSAHAT
18 DAYANG SYAFIQAH BINTI DUNI
19 EMERENTIANA LAIMIN
20 ENILYN BINTI JULMEN
21 ERMA FATIMAH BINTI MARLON
22 FARISYA IRWAYU BINTI MOHAMAD AMIN
23 FATIMAH BINTI ARNAIB
24 FATIN NURSUHAILI BINTI MOHD HASRUL
25 HADIJAH BINTI HALTORO
Senarai Graduan SPM 2021
No. Nama Calon
26 HAZIQAH AYUNI BINTI PERDAUS
27 HEE LI LIAN
28 JAAFAR BIN MAJID
29 JOVILYN ROBERTO
30 KELVIN LEE ZHENG LI
31 MARLYANA BINTI MUHIBAH
32 MASLIANA BINTI ABDUL JANI
33 MASNALIAH BINTI ANSARI
34 MILDA BINTI AJAM
35 MIMI BINTI ABD HADI
36 MOHAMAD AIMAN BIN ALWI
37 MOHAMAD ALIF HAQIMI BIN AMBO RESI
38 MOHAMAD AZMIZAN BIN RANIH
39 MOHAMAD DANISH BIN AHMAD
40 MOHAMAD KHAIRUNIZAM BIN ROMI
41 MOHAMAD NIZAM
42 MOHAMAD NURARIEF BIN JEMS
43 MOHAMAD SYARUL SYARIL BIN MOHD RASI
44 MOHAMMAD AIZAL BIN ABDULLAH
45 MOHAMMAD AKIM BIN MOHD RAPI
46 MOHAMMAD FAIZ BIN MOHD SHAFRI
47 MOHAMMAD FIKRI BIN AMIRUDDIN
48 MOHAMMAD HAFIZY BIN MOHD SAGGA
49 MOHAMMAD HISYAM BIN ABDUL RAZAK
50 MOHAMMAD IRHAMSHAH BIN SALEH
Senarai Graduan SPM 2021
No. Nama Calon
51 MOHAMMAD IZWAN ASRAF BIN ABDUL RAHMAN
52 MOHAMMAD KHAIRIL BIN JASNI
53 MOHAMMAD KHAIRIL BIN MOHAMMAD NOR
54 MOHAMMAD SYAHFIQ SYAHHZMIR BIN ARBI
55 MOHAMMAD ZAHID
56 MOHD FIRDAUS BIN SIMANJUNTA
57 MOHD SYAHRIL BIN SUKIMAN
58 MUHAMAD FAIZAL BIN ALIMUDIN
59 MUHAMAD SYAHMI BIN MUHAMAD TANG
60 MUHAMMAD ABDUL RAHSID BIN MOHAMMAD SARIF
61 MUHAMMAD AFIQ BIN ANUAR
62 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMMAD
63 MUHAMMAD EZAIRUL ASYRAF BIN ANUAR
64 MUHAMMAD HAIKAL BIN TATING
65 MUHAMMAD HAZIQ AQIL BIN BILLY
66 MUHAMMAD IKHFAN SYAH BIN MUKSIN
67 MUHAMMAD RASUL BIN MUSLIMIN
68 MUHAMMAD WAZIR PUTRA BIN ABDUL WAHAB
69 NATALIE RICHARD MEKULES
70 NIEYZATUL ISHIKA BINTI SAKKA
71 NOOR ADIKAH BINTI JUNAIB
72 NOOR HASLIANA BINTI HASSAN
73 NOOR ZETTY FAZLYN BINTI LUNGGU
74 NOORADZMARIZAH ATIQAH BINTI ROSMAN
75 NOR FADILAH BINTI SAHABUDIN
Senarai Graduan SPM 2021
No. Nama Calon
76 NOR HALIFA BINTI ARAKAMA
77 NORAISAH BINTI ABDUL
78 NORHAFIZAH BINTI ABD LATIF
79 NORHATIKAH BINTI MOHD NAGA
80 NORRAZLIMY RAZALI
81 NORSIDA BINTI MUIN
82 NORSYAPIKAH BINTI KASSIM
83 NUR AIDA BINTI USMAN
84 NUR ALEEYA BINTI USMAN
85 NUR ANIES BINTI HARIS
86 NUR AQILAH BINTI LAJAIMA
87 NUR HIDAYAH BINTI JUNAID
88 NUR QYSTINA NATASYA BINTI SUZALI
89 NUR SHAHERAH BINTI PERIDO
90 NUR SYAHMIRA BINTI JALAH
91 NURAIN BINTI MOHAMMAD SAIDINA
92 NURATIKA BINTI AHKIKAT
93 NURFARAH FATHIN BINTI ABDUL WAHAB
94 NURFAZIRAH BINTI NORDIN
95 NURHASLINA BINTI AMIR
96 NURMIERA BINTI SULAIMAN
97 NURSALINAH BINTI ABDUL JANA
98 NURSANAWIYAH BINTI MOHD TAHIR
99 NURSYAFIQAH BINTI ANILBATIL @ ARING
100 NURSYAQINAH AZUREEN BINTI NURDIN
Senarai Graduan SPM 2021
No. Nama Calon
101 NURUL AIDAH
102 NURUL ANIS MASITAH BINTI SAIDIN
103 NURUL ASYIKIN BINTI ABDUL HAKIM
104 NURUL ATIKA BINTI PUNTUKKAN
105 NURUL ATIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
106 NURUL FATHINAH BINTI DARWIS
107 NURUL FATIN
108 NURUL FAZILAH BINTI ABDULLA
109 NURUL MANISAH BINTI JAMIL
110 NURUL NABIRA BINTI MECHING
111 NURUL NADIA NATASHA BINTI SARIPUDDING
112 NURUL NATASYHA BINTI HARIS
113 NURUL SAFIKAH BINTI ARMANTINO
114 NURUL SAZWANIE BINTI SUDIRMAN
115 NURUL SHAFIQAH BINTI RAZUE
116 NURUL SYAKILAH BINTI ZAZI
117 PERSIA BINTI MUTALIB
118 RAHIMAH BINTI ZULAMDI
119 RAIZA BINTI ALVINER
120 RECKNA BINTI RAMLEE
121 SAHFIKAH BINTI SUARDI
122 SARIMAH
123 SAVRINA SINILY VALENTINE
124 SHARIFAH NURSALEHAH BINTI NURAKMAN
125 SITI NAZARIAH BINTI SUDIRMAN
Senarai Graduan SPM 2021
No. Nama Calon
126 SITI NURUL WAHIDA BINTI ABDULLAH
127 SITI RASYIDATUL AYU BINTI ROZLEYMIN
128 SITI SATRAWATI BINTI NIZLE
129 SITTI AMINA BINTI YUSOF
130 SITTI HAJAR BINTI ROSLI
131 SITTI SAIDATUL SAADAH BINTI ASNAE
132 WARDAH AMIERAH BINTI ROSMAN
133 ZUWANIRA BINTI BADDU
134 NUR AZILAH BINTI SUDIN
Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam Mengikut
Mata Pelajaran SPM
MATA PELAJARAN PELAJAR TERBAIK
BAHASA MELAYU AZURA BINTI RAFIULLAH
PENDIDIKAN AL-QURAN
& SUNNAH AZURA BINTI RAFIULLAH
PENDIDIKAN SYARIAH
ISLAMIAH AZURA BINTI RAFIULLAH
BAHASA ARAB AZURA BINTI RAFIULLAH
MATEMATIK
KIMIA EMERENTIANA LAIMIN
ADD MATH EMERENTIANA LAIMIN
PENDIDIKAN MORAL EMERENTIANA LAIMIN
FIZIK EMERENTIANA LAIMIN
BIOLOGI EMERENTIANA LAIMIN
BAHASA INGGERIS EMERENTIANA LAIMIN
SAINS HEE LI LIAN
REKA CIPTA NOORADZMARIZAH ATIQAH BINTI
PENDIDIKAN ISLAM ROSMAN
PERNIAGAAN DAYANG SYAFIQAH BINTI DUNI
GEOGRAFI SITI NURHUMAIRAH BINTI ABD HAMID
TASAWWUR
SEJARAH MUHAMAD FAIZAL BIN ALIMUDIN
KESUSASTERAAN NURUL MANISAH BINTI JAMIL
MELAYU FATIMAH BINTI ARNAIB
SAINS KOMPUTER NUR ALEEYA BINTI USMAN
EKONOMI MILDA BINTI AJAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL NURUL NABIRA BINTI MECHING
MUHAMMAD HAZIQ AQIL BIN BILLY
CALEB KEE WEI LONG
Anugerah Peningkatan Pencapaian Terbaik SPM
NAMA PELAJAR
NOORADZMARIZAH ATIQAH BINTI ROSMAN
MOHD SYAHRIL BIN SUKIMAN
Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik 2021
(Unit Beruniform - Kadet Bomba & Penyelamat)
NAMA PELAJAR
SUZANA BINTI BONEO
Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik 2021
( Kelab & Persatuan - Bahasa Inggeris)
NAMA PELAJAR
NUR MASHITAH BINTI MOHD HAMZAH
Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum 2021
(Sukan Dan Permainan - Olahraga)
NAMA PELAJAR
MOHAMMAD HISHAM BIN ABD RAZAK
ANUGERAH HAL EHWAL MURID - SAHSIAH TERPUJI
NAMA PELAJAR
HADIJAH BT HALTORO
ANUGERAH PENCAPAIAN KECEMERLANGAN SPM-
PELAJAR TERBAIK SPM 2021
NAMA PELAJAR
EMERENTIANA LAIMIN
Sekalung Penghargaan
Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi SPM 2021.
¨ Timbalan Pengerusi Pelancongan Merangkap Naib Presiden Hoki Malaysia
¨ Pegawai Pendidikan Daerah
¨ Yang Dipertua PIBG
¨ Dif-dif jemputan
¨ Para Ibu bapa
¨ Guru-guru
¨ Staf sokongan
¨ Semua pelajar SMK Kunak