Selva berada di rumah dan dia sedang berbual dengan ayahnya. Ayahnya
seorang anggota polis.
“Bagaimana dengan rombongan kamu ke muzium, Selva?” tanya ayahnya.
“Oh, ianya sangat hebat. Kami nampak seorang mumia. Namanya Putera
Nebi.” “Putera Nebi? Oh, ye! Kami sedang mencari cincin Putera Nebi,” kata
ayah Selva. “Saya tahu. Ia adalah emas dan mempunyai batu permata merah
yang besar,” kata Selva.
Keesokan harinya ialah 31 Ogos. Ia adalah Hari Kemerdekaan.
Kanak-kanak itu akan pergi ke tempat perbarisan bersama
ayah Selva. Nora berpakaian seperti askar, dan Selva
berpakaian seperti seorang anggota polis. Kanak-kanak itu
ternampak sebuah topi seorang lelaki. “Jom berikan ia
semula kepadanya,” kata Nora.
Lelaki itu nampak ayah Selva dan kanak-kanak itu berlari. Dia
mengangkat tangannya ke atas. “Ayah, lihat! Dia memakai
cincin Putera Nebi!” kata Selva. “Benar kata kamu. Mari
dapatkannya semula,” kata ayah Selva.
“Nora dan Selva, kamu adalah adiwira. Gambar kamu ada di
suratkhabar,” kata rakan-rakan sekelas mereka. “Syabas,
anak-anak,” kata Cik Anita. Nora dan Selva berasa sangat
gembira. “Horey!” sorak kanak-kanak itu.