The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rojitazainuddin, 2021-09-02 03:14:38

Contoh SYARAHAN PDF

Contoh SYARAHAN PDF

Contoh karangan : Syarahan

Arahan : Andaikan anda telah menyampaikan sebuah syarahan sempena Minggu
Disiplin Sekolah. Tajuk syarahan anda ialah “ Faktor- faktor yang menyebabkan
berleluasanya masalah disiplin di sekolah “. Tulis teks syarahan anda
selengkapnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Puan Hajah Nur
Ain Mustapha, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah, Yang
Dihormati Encik The Poh Han, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru-guru
dan rakan-rakan pelajar sekalian. Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Pada
pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin di sekolah”.

Para hadirin sekalian,

Didikan agama akan menentukan baik dan buruknya seseorang anak. Semakin
mendalam pengetahuan agama sesorang anak itu maka semakin cenderung
mereka untuk menjadi baik. Kurangnya didikan agama yang diterima oleh anak-
anak kini telah mendorong mereka menimbulkan masalah disiplin di sekolah.
Mereka yang melakukan kesalahan disiplin tidak akan berasa bersalah kepada
kedua-dua ibu bapa mereka kerana mereka kurang mempunyai didikan agama.

Para pelajar sekalian,

Selain itu, kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa juga menyebabkan
berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Dalam era modenisasi kini,
ibu bapa yang terlau sibuk dengan pekerjaan telah mengabaikan tanggungjawab
membesarkan anak-anak. Sudah pasti anak-anak ini akan mendapat kurang kasih
sayang daripada ibu bapa mereka.

Para hadirin sekalian,

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar juga disebabkan oleh pengaruh
rakan sebaya . Lazimnya rakan sebaya dianggap sebagai rakan setia yang boleh

membawa kepada kemerosotan disiplin sekiranya rakan sebayanya terdiri
daripada golongan yang mempunyai masalah disiplin. Lantaran itu, mereka akan
terikut-ikut dengan tindakan rakan-rakan tanpa mengira kesan buruk.

Akhir sekali, masalah disiplin pelajar perlu ditangani segera. Pelbagai pihak
perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini. Hingga di sini dahulu syarahan
saya. Mudah-mudahan para pelajar mendapat manfaat daripada syarahan ini.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version