CARTA GANTT
BIL PROSES/MINGGU MINGGU 1-2 MINGGU 3-6 MINGGU 7-10 MINGGU 11-12
1. Perancangan dan pemilihan
tajuk e-folio dan
perbincangan dengan
pensyarah
Kursus.
2. Pengagihan tugasan kumpulan
dan pengumpulan data dan
maklumat.
3. Memasukkan bahan-bahan
yang
dibincangkan, proses
penyuntingan bagi
penghasilan e-folio
4. Penambahan maklumat
dan proses kemaskini dengan
maklumat tambahan
5. Kemaskini terakhir semua
item, semakan
ejaan dan hantar link kepada
pensyarah
OBJEKTIF
Tujuan pembuatan E-folio ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang fungsi keluarga
sebagai agen sosialisasi remaja di rumah yang akan membawa kepada pembentukan peribadi
pelajar yang matang dan bertanggungjawab dalam kehidupan mereka. Selain itu, mendidik
pelajar tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga kelakuan dan pengaruh anak mereka.
Pengenalan
Sosialisasi
- Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh didefinisikan
sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi
dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan
bertindak, di mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang
sangat penting dalam menghasilkan hubungan sosial yang
efektif. Sosialisasi juga merupakan proses pembelajaran
berterusan sepanjang hayat dan sosialisasi dapat
mengubahsuai tingkah laku awal individu untuk diselaraskan
dengan kehendak kehidupan sosial masyarakat semasa.
Sosialisasi dalam keluarga
Sosialisasi bermula daripada pemindahan norma dan nilai
dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat
kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak
selalunya akan menjadi pendirian atau membentuk konsep diri
pada individu. Apabila seseorang itu bertambah dewasa, ia
akan mempelajari lebih banyak perkara hasil interaksi dengan
pihak-pihak lain. Faktor penentu sosialisai disebut sebagai agen
sosialisasi. Oleh itu, keluarga adalah agen sosialisai yang asas.
Kemudian diikuti dengan agen-agen sosialisai yang lain seperti
rakan, guru, media dan sebagainya.
Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia muda
ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari. Nilai-nilai
positif inilah yang menentukan tingkah laku remaja tersebut.
Pada peringkat ini sangat penting di mana seandainya gagal,
remaja tersebut akan menghadapi kesukaran dalam peringkat
seterusnya.
Isi Huraian
Isi-isi penting
(a)Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis.
Pertama ,sosialisasi primer (permulaan) iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak.
Kanak-kanak mempelajar konsep diri,psikomotor,penaakulan dan kemahiran bahasa daripada
keluarganya. Kedua ,sosialisasi sekunder(penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat
kanak-kanak ,remaja dan dewasa. Pengembangan konsep diri akan berlaku pada peringkat ini,
menerima konsep baru,berlaku perubahan dan penyesuaian akibat interaksi dengan rakan
sebaya di sekolah. Ketiga sosialisasi (semula) . Proses ini mungkinakan berlaku atau tidak pada
seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara
drastik,mendadak,radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang .
(b)
Tujuan sosialisasi utuk memberikan keterampilan bagi seseorang untuk dapat hidup dalam
masyarakat.Selain it,mengembangkan kemampuan dan ketrampilan sesorang dalam
berkomunikasi secara efektif.Seterusnya,mengembangkan fungsi-fungsi organik dari seseorang
individu melalui introspeksi yang tepat.Seterusnya,menanamkan nilai-nilai atau pendidikan
karakter kepada seseorang individu.
(c)
PERANAN ATAU TUJUAN SOSIALISASI BOLEH DIRUMUSKAN SEBAGAI SATU PROSES
PENYEMPURNAAN HIDUP MANUSIA MENGIKUT NORMA MASYARAKAT .DALAM PROSES INI
SOSIAL JADI BERPERANAN :
• Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.
• Memastikan aspirasi masyarakat terpelihara
• Menyababkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat
• Mengajar individu untuk menumuhi peranan social
(d)
Fungsi sosialisasi ini sebagai suatu proses sosialisasi di tengah lingkungan masyarakat
mempunyai 2 fungsi utama iaitu ditinjau dari kepentingan yang dimiliki seseorang sosialisasi
mempunyai fungsi sebagai pengenal identitas budaya dan nilai, agar seseorang dapat mengakui,
mempelajari, mengenal serta menyesuaikan diri dengan norma, nilai, budaya serta peraturan
sosial yang ada pada suatu kelompok masyarakat tertentu dan ditinjau dari kepentingan yang
dimiliki masyrakat. Sosialisasai mempunyai fungsi sebagai alat untuk melestarikan norma, nilai
serta budaya yang ada pada suatu kelompok masyarakat tertentu.
(e)
Bagaimanakah fungsi keluarga sebagai agen sosialisasi anak-anak/remaja di rumah?
(i)Keluarga
Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan remaja.
Ibu bapa akan mengajar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak
boleh dilakukan. Daripada ibu bapa anakanak akan mempelajari kemahiran,sikap.norma dan nilai-nilai.
Keperibadian anak-anak dan remaja tersebut banyak bergantung kepada didikan ibu bapa. Ibu bapa
yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin.Didikan ibu bapa yang yang longgar banyak
menghadapi masalah Keluarga yang porak peranda latar belakangnya tidak akan berjaya melahirkan
anak-anak yang optimis sudut pandangannya dalam kehidupan. Terdapat dua jenis keluarga dalam
sesebuah masyarakat iaitu keluarga asas dan keluarga kembangan.
(ii)Keluarga asas
Terdiri daripada bapa, ibu yang ada ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai anak-anak sendiri
atau anak angkat dan tinggal bersama. Tanggungjawab membentuk tingkah laku anak-anak atau
remaja dijalankan sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Anak-anak waktu lahirnya adalah ibarat kain putih
tidak ada noda dan dosa. Terpulang kepada ibu bapa mencorakkannya. Ibu bapa senang membentuk
perwatakan anak-anak mereka semenjak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kebanyakkan proses interaksi anak-anak berlaku di rumah. Ibu bapa menjadi model utama yang boleh
dicontohi anak-anak
(iii)Keluarga kembangan
Keluarga kembangan ialah keluarga yang terdiri daripada sebuah atau beberapa keluarga asas dan
ahli-ahli keluarganya dan tinggal bersama. Tanggungjawab mendidik anak-anak dan menjaga ahli
keluarga yang sakit dijalankan bersama disamping membantu ekonomi keluarga.Oleh itu pemupukan
nilai dilakukan bukan sahaja oleh ibu bapa tetapi juga oleh anggota keluarga yang lain seperti datuk
nenek, bapa dan ibu saudara serta sepupu.
Di samping itu, ibu bapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan moral seseorang
kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan
dan menerusi tingkah laku yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam
proses sosialisasi individu. Ibubapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati
anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya,
ibubapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun,
tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan
membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat
anak-anak,apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka
menpunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak atau remaja ini juga akan menjadi lebih aktif,
cerdas dan lebih bersopan santun. Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi
individu iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik
beradik.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor
dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu dimana seseorang perlu
teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing. Secara
keseluruhannya, secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada masa kini
adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam alam persekitaran.Proses modenisasi
atau pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khasnya golongan
remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru
meningkatnya kadar perceraian. Oleh itu, peranan keluarga bukan sahaja merupakan peranan yang
bersifat dalaman antara orang tua dan anaknya. Keluarga juga merupakan contoh untuk
menghubungkan kehidupan anak mereka dengan masyarakat, kelompok sepermainan, dan
lembaga-lembaga sosial seperti lembaga agama, sekolah dan masyarakat. Anak yang memiliki
pergaulan dan pengalaman yang luas dalam kehidupan masyarakatnya, yang sering mempengaruhi
orang-orang dewasa disekitarnya, akan menjejaskan perilakunya berbanding dalam keluarga. Dalam
situasi sebegini akan terjadi konflik dalam diri anak, dimana pola perilaku berubah kemudian
diadaptasi untuk dijadikan sebagai contoh dalam diri sendiri
RUJUKAN
Website/Internet
1)https://prezi.com/p/qajhqkku_nps/bagaimanakah-fungsi-keluarga-sebagai-agen-s
osialisasi-remaja-di-rumah/
2)https://www.slideshare.net/yingyin0309/modal-asiment
3)https://mynewblogmoral.blogspot.com/2020/03/pengenalan-pengertian-agen-sos
ialisasi.html
4)https://id.wikipedia.org/wiki/Sosialisasi
5)ART & HISTORY: sosialisasi (cikgusenisejarah.blogspot.com)