The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhannan muhammad yunan, 2021-11-01 00:55:57

sabar

sabar

SABAR

Hebatnya sabar, 90 kali disebut dalam al-Quran!

• SABAR merupakan perkataan yang sering kita dengar dalam
kehidupan seharian, akan tetapi tahukah kita bahawa ia adalah
perkataan yang mudah diungkap tetapi susah untuk dilaksanakan
melainkan mereka yang benar-benar mempraktikkan nilai kesabaran
dalam diri masing-masing.

• Sabar membawa maksud menahan atau meninggalkan. Setiap orang
tidak terlepas daripada nikmat dan cubaan dalam kehidupan mereka.

• Mana mungkin seseorang yang ingin berjaya dalam perniagaan,
kehidupan rumah tangga mahupun pelajaran tidak akan mendapat
hasil yang baik jika tidak mempunyai sifat sabar.

• Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah
menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, tetapi yang
paling hebat apabila Allah menyebut didalam Surah Al-Baqarah ayat
153 yang maksudnya; Sesungguhnya Allah bersama orang-orang
yang sabar.

• Ya... Sabar merupakan sifat yang akan mendekatkan diri kita dengan
Allah. Sabar juga merupakan kekuatan bagi jiwa orang mukmin.

• Sabda baginda Rasulullah di dalam satu hadis maksudnya; Iman itu
dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah
syukur - [HR Baihaqi:9264].

• Sungguh besar sabar itu dalam Islam sehingga di dalam Al-Quran
disebut perkataan sabar sebanyak 90 kali.

Jenis kesabaran

• 1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah
• Ketaatan kepada Allah merupakan perkara yang wajib diikuti oleh

semua manusia. Ia merupakan perintah Allah kepada kita. Firman
Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 21, ertinya: Wahai sekalian
manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertakwa.
• Sabar dalam mentaati Allah merupakan sabar yang penuh dengan
dugaan, ini kerana sudah menjadi tabiat manusia yang tidak suka
dikongkong dengan mana-mana peraturan kehidupan. Manusia suka
akan kebebasan dan suka kepada benda-benda yang menghiburkan.

• Sabar dalam mentaati Allah lebih sempurna daripada sabar
menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat. Sesungguhnya
kebaikan dalam melakukan ketaatan lebih dituntut oleh syarak
daripada kebaikan meninggalkan maksiat.

• Ini kerana manusia yang mentaati Allah bersungguh-sungguh dengan
sendirinya akan menjauhkan diri daripada maksiat kepada Allah.

• Firman Allah didalam Surah Maryam ayat yang ke 65, ertinya: Tuhan
yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang
ada di antara keduanya, oleh itu, sembahlah Dia (Allah) dan
bersabarlah dengan tekun dan tetap dalam beribadah kepadaNya.

• Sabar dalam ketaatan kepada Allah pula kata ulama terbahagi kepada
tiga:

• I. Sabar sebelum daripada melakukan ketaatan dengan membetulkan niat
yang ikhlas kerana Allah dan menjauhi daripada unsur-unsur riyak.

• Firman Allah didalam Surah Al-Hud ayat yang ke 11, ertinya; Kecuali orang-
orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan
beroleh keampunan dan pahala yang besar.

• Dalam ayat ini Allah mendahulukan kesabaran daripada amalan itu sendiri
yang membawa erti setiap amalan yang hendak dikerjakan. Maka kita
perlulah bermula daripada kesabaran dengan membetulkan niat yang
ikhlas supaya setiap apa yang dibuat akan mendapat keredaan Allah.

• II. Sabar dalam keadaan sedang mengerjakan sesuatu ketaatan
supaya tidak lalai, tidak malas dan tidak khusyuk. Maka kita akan
melaksanakan segala tuntutan seperti mana yang diajarkan dan
diterangkan oleh baginda Rasulullah.

• Firman Allah didalam Surah Al-Ankabut ayat yang ke 58 dan 59,
ertinya; (ayat 58) Dan orang-orang yang beriman serta beramal
soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka
kekal didalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi
orang-orang yang beramal soleh. (59) (iaitu) mereka yang sabar dan
mereka yang berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

• III. Sabar selepas daripada beramal: Iaitu janganlah melihat diri
sendiri dengan pandangan yang ujub (bangga dengan diri sendiri)
supaya setiap amalan yang dikerjakan tidak menjadi sia-sia.

• 2. Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara-perkara haram
• Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu sebagai ujian untuk menilai

keimanan seseorang itu terhadapNya. Firman Allah didalam Surah Al-
Anbiya’ ayat yang ke 35, ertinya; Dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu
semua akan dikembalikan.
• Manusia memerlukan kesabaran dalam menjalani kehidupan yang
sementara di dunia dan sabar daripada melayan nafsu yang
membinasakan.
• Allah menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang ada pada orang
yang tidak beriman dan melakukan maksiat bukan bererti mereka
mendapat nikmat, akan tetapi ia adalah satu bala yang mana ramai
manusia tidak mengetahuinya.

• Contoh-contoh yang jelas dalam Al-Quran seperti Firaun yang
mempunyai kekuasaan dan kekayaan tetapi Allah melaknat akan dia
disebabkan tidak beriman kepada Allah.

• Begitu juga dengan Qarun yang mempunyai harta yang cukup banyak
tetapi harta itu tadi merupakan malapetaka baginya.


Click to View FlipBook Version