KERTAS KERJA
MESYUARAT AGUNG JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH
SESI 2022/2024
1.0 NAMA PROGRAM
Mesyuarat Agung Pemilihan bagi sesi 2022/2024
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Jemaah Pengurusan Sekolah KAFA Int. An-Nur, Taman Kandis Permai akan
mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan AJK bagi sesi 2022/2024 pada 03 Julai
2022 bersamaan hari Ahad. Mesyuarat ini diharapkan dapat memberi peluang kepada
ibubapa/penjaga murid agar terlibat kea rah kecemerlangan akademik dan sahsiah
murid. Ibubapa/penjaga boleh mengemukakan idea dan cadangan serta usul bagi
memperbaiki tahap pembelajaran murid serta cadangan pembangunan di KAFA Int.
An-Nur Taman Kandis Permai.
Semoga aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan memberi manfaat kepada
murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama
dalam kalangan warga ibubapa dan warga pendidik di KAFA Int. An-Nur Taman
Kandis Permai.
3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
MATLAMAT
Matlamat mesyuarat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta menggalakkan
komunikasi dua hala antara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga murid KAFA Int. An-
Nur Taman Kandis Permai.
OBJEKTIF
3.1 Hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga menjadi lebih erat.
3.2 Perbincangan isu-isu berkaitan murid, ibubapa dan sekolah dapat dijalankan.
3.3 Memilih ahli jawatankuasa Jemaah Pengurusan yang akan memimpin Jemaah
Pengurusan Sekolah dalam melaksanakan program serta kerjasama di antara
Jemaah Pengurusan dan pihak sekolah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Ibu bapa dan penjaga murid KAFA Int. An-Nur Taman Kandis Permai
4.2 Guru dan kakitangan KAFA Int. An-Nur Taman Kandis Permai.
1
5.0 AKTIVITI
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Jemaah Pengurusan, Encik Tarmizi bin Adnan
2. Ucapan Ketua Guru, Ustazah Siti Zarina binti Kamsin
3. Ucapan Perasmi
4. Membentangkan Laporan Tahunan
5. Pembubaran AJK Jemaah Pengurusan sesi 2019/2021
6. Pemilihan AJK Jemaah Pengurusan sesi 2022/2024
7. Membincangkan usul-usul yang diterima
8. Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah 2022/2024
9. Hal-hal Lain
6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Bil Jawatan Tanggungjawab
1. Jawatankuasa Pengelola/ - Memantau perjalanan Mesyuarat
Penyambut Tetamu Agung supaya berjalan dengan
lancar.
En. Tarmizi bin Adnan
(Pengerusi JP Sekolah) - Menyambut kehadiran tetamu pada
En. Muhamad Samsudin bin Wagimin hari tersebut.
(Naib Pengerusi JP Sekolah )
Ustazah Siti Zarina binti Kamsin
(Ketua Guru)
2. Jawatnkuasa Teks Ucapan/ - Menyediakan teks ucapan
Buku Program Pengerusi JP, Ketua Guru dan
Perasmi Majlis.
Ustazah Siti Zarina binti Kamsin
Ustazah Siti Mariam binti Jamaludin - Menghantar kepada pentadbir untuk
semakan terlebih dahulu.
3. Pencatat Minit Mesyuarat - Mencatat minit mesyuarat agung
Ustazah Izfarhanis binti Mohd Ali semasa mesyuarat dijalankan.
- Setelah ditaip dan dikemaskini perlu
diserahkan kepada Ketua Guru
untuk dihantar ke Unit Pendidikan
PAID Klang pada 12 Julai 2022.
2
4. Pengacara Majlis - Menyediakan skrip untuk
sehingga
Nor’Raliza binti Abdul Aziz mengacarakan majlis
5. Bacaan Doa - Mengacarakan majlis
6. Jawatankuasa Pendaftaran selesai.
Ustazah Suhaida binti Moasar - Menyediakan teks doa yang sesuai
Puan Hasnizawati binti Hashim - Membaca doa semasa majlis.
7. Jawatankuasa Persiapan/ - Menyediakan borang pendaftaran
PA System kehadiran ibubapa dan guru
En. Razali bin Ghapor - Mengedarkan buku program kepada
Mohd Samsulkamal bin Mohd Noor tetamu dan AJK.
Semua Guru
- Memantau persiapan dewan
8. Jawatankuasa Jamuan sebelum program berlangsung.
Ustazah Samsumarlini binti Razali - Memastikan keadaan dewan
Puan Isamsinah bt Mamon sentiasa dalam keadaan baik
Puan Junainah binti Kamsee semasa mesyuarat.
9. Jawatankuasa Cabutan Bertuah - Menyediakan menu dan
En. Abd Rahman bin Tasnim perbelanjaannya.
Puan Bahriah bt. Sarikin
Puan Asmaniah binti Tamjis - Menentukan tempat jamuan.
Zaiton binti Mohd Jamil
- Memastikan tempat jamuan bersih
dan kemas selepas program.
- Menguruskan hadiah-hadiah untuk
cabutan bertuah
- Menentukan bajet untuk hadiah
cabutan bertuah
7.0 TENTATIF
8.30 Pagi : Pendaftaran
9.00 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
: Ucapan Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah
10.00 Pagi : Ucapan Ketua Guru
12.00 Tengahari : Ucapan Perasmi
: Mesyuarat Agung Jemaah Pengurusan Sekolah bermula
: Majlis Tamat
3
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUSTIFIKASI JUMLAH (RM)
1 Jamuan RM 6 x 70 420.00
RM 20 x 10 200.00
2 Saguhati AJK 2019/2021 RM 75 x 2 150.00
RM 1 x 80 80.00
3 Banner 500.00
JUMLAH (RM) 150.00
4 Buku Program 1,500.00
5 Cabutan Bertuah
6 Lain-lain
Disediakan oleh :
Zaiton binti Mohd Jamil
GPK 1
KAFA Int. An-Nur
Taman Kandis Permai
Disemak oleh :
Siti Zarina binti Kamsin
Ketua Guru
KAFA Int. An-Nur
Taman Kandis Permai
Disahkan oleh :
En. Tarmizi bin Adnan
Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah
KAFA Int. An-Nur
Taman Kandis Permai
4