HADIS 1
SETIAP AMALAN ITU BERGANTUNG KEPADA NIAT
MATAN HADIS
• Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda:
•
ُ ََكواإِنَنَّ َمْات ِل ِه ُك ْجِل َراتُْمهُِرِلدُىْن ٍيَءا َيُما ِنَص َْيوُُ َهىا فَََ َْمو ْنِا ْم َك َارنٍٍَََ ْتيَ ْن ِِهك ُْجُ ََهراتُهُفَ ِهإِلَ ْجىَراتُلهلُهِ ِإلََو َىر َمُساْو ِل َهِها فَََ ِه َر ْج ِإ َلَر ْيتُ ِهه،• ِإإِلَنَّ َمىا االللهأَ َْعو َمَرا ُُلس ْوِب ِلالِهنِيَ َاو َم ِتْن
• Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang
mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka
hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia
dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah
kepadanya”.
TAKHRIJ HADIS
• Riwayat al-Bukhari dalam permulaan kitab Sahihnya, Muslim (1907), Abu
Daud (2201), al-Tirmizi (1646), Ibn Majah (4227), al-Nasaie (1/59-60),
Ahmad dalam al-Musnad (1/25 dan 43), al-Daruqutni, Ibn Hibban dan al-
Baihaqi.
ASBABUL WURUD
• Imam al-Suyuthi telah mengarang sebuah kitab yang bagus berkaitan sebab-sebab sesebuah hadith itu
diucapkan oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan soalan di atas, telah berkata al-Zubair bin Bakar di dalam
Akhbar al-Madinah:
• “Apabila Nabi SAW tiba di Madinah, selepas beberapa ketika. Sebahagian daripada para sahabat RA telah jatuh
sakit. Kemudian tiba seorang lelaki di Madinah lalu dia berkahwin dengan seorang wanita yang juga berhijrah dari
Makkah. Maka Baginda SAW duduk di atas mimbar lalu bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung pada niat sebanyak tiga kali. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-
Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya
atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya. Kemudian Baginda
SAW mengangkat tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Kau hilangkan wabak ini daripada kami sebanyak tiga kali”.
Pada waktu pagi, Baginda SAW bersabda lagi: “Aku telah didatangi seorang tua yang demam panas, terdapat bintik-
bintik hitam yang melingkari tangannya. Dia (orang tua) berkata: Demam panas ini, apa pendapatmu mengenainya?
Maka Nabi SAW bersabda: Celupkannya di Khum (kolam atau mata air di Khum)”.
[Lihat: al-Luma’ fi Asbab Wurud al-Hadith, 61,62]
ASBABUL WURUD 2
• Antara sebab lain adalah sebagaimana yang diucapkan oleh Imam al-Tabarani telah
meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantai perawian yang
thiqah, daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa beliau berkata:
فَ َها ََ َر، فَأَبَ ْت ََ ْن تَتَ َز َّو ََهُ َحتَّى يُ َها َِ َر،سَُ ُّم قَ ْي ٍس:ٍ ا ْمُم َرَهََاًٍ َِيُ َقَراَُُِلم لَقَ َهْيا:َرفَ َُ ُكنٌَّلا نَُخ َس َطِمي َبِه،• فََكتَا َزَن َّو ِف َيَنَ َهاا
• Maksudnya: “Terdapat di kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang
dikenali dengan nama Ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila
lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut.
Maka kami menamakannya sebagai “Penghijrah Ummu Qais”.
KEPENTINGAN HADIS
• Niat menurut bahasa tujuan hati atau kehendak hati. Niat mengikut istilah syarak
ialah gerak hati ke arah sesuatu pekerjaan untuk mencari keredaan Allah dan
menyatakan tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Oleh itu, setiap amal
mesti disertai dengan niat hanya untuk Allah.
• Sebahagian dari ulama ada mengatakan bahawa hadis tentang niat ini merangkumi
satu pertiga daripada islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam
kehidupan seharian terutamanya ketika beribadah kepada Allah. Bahkan pentingnya
hadis ini menyebabkan kebanyakan para ahli hadis yang mengarang buku-
buku hadis akan memulakan buku mereka dengan hadis ini.
KEPENTINGAN HADIS
• Niat adalah sebab untuk mewujudkan atau melahirkan amal. Jika amalan yang
dilakukan adalah niat kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala.
Namun, jika niat selain daripada itu, maka amalan kita adalah sia-sia.
• Contoh : Puan Z solat sunat di khalayak ramai
- Niat untuk menunjuk-nunjuk. Buat kerana makhluk – riak
- Suka memuji-muji diri sendiri– ujub
- Memberitahu amalan baiknya supaya dipuji – sum’ah
APLIKASI DALAM KEHIDUPAN
• Membezakan status amalan seseorang Adat vs Ibadah
- Puasa, Solat, tawaf, umrah – WAJIB / SUNAT
- Mandi – WAJIB/ HARUS/SUNAT
- Ziarah, iktikaf di masjid – IBADAH/ ADAT
APLIKASI DALAM KEHIDUPAN
- SEMUA AMALAN DINIATKAN KERANA ALLAH
• Firman Allah SWT:
• قُ ْل ِإ َّن َص ََلتِي َونُ ُس ِكي َو َم ُْيَا َي َو َم َماتِي ِللَّـ ِه َر ِب ا ْلعَالَ ِمي َن
• Al-An’am:162
• Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
KESIMPULAN
• Hadis berkaitan niat ini memandu kita agar ikhlas dalam melakukan amal ibadah supaya
mendapat taufik dan hidayah dari Allah.
• Mohonlah dengan Allah agar dikurniakan sifat ikhlas dalam melaksanakan amal soleh.
• Allah tidak menilai sekadar yang zahir tetapi allah menilai apa yang tersirat di dalam hatinya.
Niat di hati kerana Allah, amalan yang dilakukan mesti menepati syariat yang dibawa oleh
Rasulullah SAW.
Sebagaimana Sabda Rasulullah
َو َل ِك ْن َي ْن ُظ ُر إِ َلى قُلُو ِب ُك ْم َوأَ ْْ ََل ِل ُك ْم، ِإ َّن َّل َّلاَ ََل يَ ْن ُظ ُر إِلَى ُص َو ِر ُك ْم َوأَ ْم َوا ِل ُك ْم
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada
hati-hati kamu dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)