The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bellazulkapli32, 2022-09-13 13:00:09

HCE 2053E KUMP

HCE 2053E KUMP

BE103
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

HCE2053E
PENGLIBATAN IBUBAPA & KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENULISAN ILMIAH

Disediakan oleh :

BIL NAMA NO.ID

1) NURUL AFIQAH BINTI ZULKAPLI ODL181107348
2) FATIMAH ALYA SOLEHAH BINTI ARIFIN ODL181107356
3) TENGKU IYLIA AYUNIE BINTI ENGKU MUDA ODL190407357

NAMA PENSYARAH :
PUAN NAILI AKMALIAH BINTI MAT NADZIR

SESI :
JULAI 2021 (0721)

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan…………………………………………………………..mukasurat 3
2.0 Pengertian Pengelibatan Ibu Bapa……………………………….mukasurat 3 & 4
3.0 Kepentingan Pengelibatan ibu bapa dengan Institusi PAKK……mukasurat 4 , 5 , 6 & 7
4.0 Kesan kepada kanak-kanak…………………………………………..mukasurat 8 , 9 & 10
5.0 Kesimpulan/Penutup………………………………………………….mukasurat 10
6.0 Rujukan………………………………………………………………..mukasurat 11

2

1.0 Pengenalan

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti akademik mahupun kokurikulum di sekolah bukan
sahaja membantu menyokong sekolah dan para guru tetapi pemangkin memberi semangat
serta motivasi kepada anak-anak dalam pembelajaran. Menurut bekas Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -
2025, kejayaan saranan ibu bapa merupakan salah satu daripada inspirasi PPPM. Penglibatan
ibu bapa merupakan aspek penting didalam pendidikan kanak-kanak terutama di prasekolah.
Pengelibatan ibu bapa memberi kesan yang positif kepada anak-anak.

Di dalam Kurikurum Prasekolah Kebangsaan (2001) di nyatakan bahawa
penglibatan ibu bapa , penjaga dan komuniti digalakan kerana ia adalah elemen penting
didalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Di samping itu, ibu bapa adalah orang pertama
mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu adalah wajar ibu bapa
meneruskan pengelibatan mereka sama-sama mendidik anak-anak di prasekolah. Anak-anak
akan merasa pembelajaran bukan di perolehi dari guru di sekolah tetapi akan beterusan
sehingga di rumah.

Penglibatan ibubapa amatlah penting dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama
ada di rumah mahupun di tadika atau taska untuk membantu perkembangan mereka yang
menyeluruh. Penglibatan ini akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika
dan taska dengan menyumbang tenaga dan berkongsi kebolehan masing-masing dalam
program pendidikan awal kanak-kanak. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-
kanak secara tidak langsung boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibubapa itu sendiri.
Di samping itu, Ibubapa boleh menjadi pendidik di rumah melalui penglibatan diri mereka
terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak.

2.0 Pengertian Penglibatan ibu bapa

Penglibatan ibu bapa bermaksud mengambil bahagian dalam aktiviti di taska atau tadika
samada berbentuk sumbangan tenaga, kepakaran, dan sumber lain yang dapat membantu
membangunkan perkembangan kanak-kanak. Permuafakatan di antara ibu bapa , penjaga dan
komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan kearah
melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

3

Di sini adalah beberapa jenis penglibatan ibubapa di taska dan tadika:-

Ibu bapa boleh memberikan derma atau sumbangan. Pelbagai jenis sumbangan yang
boleh diberikan kepada pihak tadika seperti dalam bentuk kewangan, makanan,
pakaian, buku dan lain-lainnya.
Ibu bapa melibatkan diri dengan kegiatan di tadika seperti bergotong-royong, sukaneka,
hari keluarga, berkebun dan sebagainya.
Ibu bapa memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa kanak-kanak
mempunyai kepakaran dalam bidang doktor, jururawat, atau lain-lain.
Ibu bapa menjadi guru sukarela terhadap kanak-kanak. Sumbangan yang boleh
diberikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai bahasa, mengajar
bersenam, mengajar bermain bola dan sebagainya.
Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti berkelah,
mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat hari
keluarga dan guru bersama-sama.
Perjumpaan antara guru untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibu
bapa kanak-kanak.

3.0 Kepentingan Pengelibatan ibu bapa dengan Institusi PAKK

Penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dalam aktiviti pembelajaran sebenarnya
memudahkan ibu bapa dalam memahami konsep sebenar pembelajaran di prasekolah serta
membantu membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran. Di samping itu,
keterlibatan ini sebenarnya membantu ibu bapa untuk mengetahui tahap perkembangan
dan kemahiran anak-anak serta membantu mereka untuk meningkatkan mutu pembelajaran
anak-anak.

Ibu bapa yang telah didedahkan dengan aktiviti pembelajaran di prasekolah boleh
mempraktikkan aktiviti tersebut di rumah juga. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada
kanak-kanak berkenaan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan yang akan dilakukan
oleh mereka sama ada di prasekolah mahupun di rumah. Penglibatan dalam aktiviti
pembelajaran bukan sahaja membantu ibu bapa memahami berkenaan kurikulum
prasekolah, malah membantu mereka melakukan penambahbaikan melalui idea atau
cadangan yang bernas daripada ibu bapa yang terlibat.

4

Keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di prasekolah
membantu ibu bapa untuk berkongsi sebarang masalah sama ada berkaitan dengan
pembelajaran dan keupayaan kanak-kanak. Guru perlu menyediakan medium yang sesuai
supaya ibu bapa boleh berkongsi serta bersoal jawab tentang sesuatu isu berkenaan
prasekolah mahupun berkaitan dengan pembelajaran anak-anak. Ibu bapa dapat bersoal
jawab dan berkongsi masalah dengan guru. Komunikasi yang akrab antara ibu bapa
dengan guru dapat membantu kanak-kanak dalam pendidikan mereka.

Selain itu, ia juga menggalakkan ibu bapa untuk berkomunikasi secara positif
dengan guru. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan guru yang terhasil sebenarnya
membantu dalam perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Di samping itu, persefahaman
antara guru dan ibu bapa terjadi disebabkan oleh proses soal jawab dan juga perkongsian
maklumat dengan guru. Isu yang timbul melibatkan pendidikan anak-anak di prasekolah
dapat diselesaikan dengan mudah.

Ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga
akan lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini kerana
penglibatan ibu bapa bersama anak-anak akan dapat memudahkan ibu bapa dalam
memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran di prasekolah di samping
membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran.

Selain dari perbincangan di atas, kepentingan penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan awal kanak-kanak adalah didasari oleh beberapa teori dan juga dalam kajian
literatur akan lebih menjelaskan lagi saling perkaitan di antara penglibatan ibu bapa dengan
perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.

5

a) Teori-Teori Yang Mendasari Penglibatan Ibu Bapa
Teori Bronfenbrenner (1986) menyokong bahawa perkembangan kanak-kanak

adalah dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh faktor-faktor dalam
persekitarannya, terutama orang-orang dalam lingkungan hidup kanak-kanak itu sendiri
seperti, ibu bapa, ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan guru atau pendidik. Oleh sebab
itu juga, penglibatan ibu bapa sangat dititik beratkan agar terjalin hubungan yang rapat di
antara ibu bapa dengan tenaga pendidik agar masing-masing dapat mengenali serta
memahami kanak-kanak dengan lebih mendalam.

Teori Psikososial Erik Erikson (1968) pula menyatakan gaya keibubapaan dan
kualiti hubungan ibu bapa dan kanak-kanak akan memberi kesan kepada perkembangan
psikososial di kalangan kanak-kanak kerana emosi, autonomi, pencapaian, dan identiti
merupakan sebahagian daripada perkembangan psikososial sepanjang hayat.

Manakala, Vygotsky juga menyatakan bahawa perkembangan intelek kanak-kanak
adalah disebabkan oleh interaksi sosial kanak-kanak di dalam budayanya. Kanak-kanak
belajar daripada orang lain dalam persekitaran sosial dan budayanya, termasuklah budaya
di rumahnya sendiri. Teori scaffolding ini merupakan kerangka konseptual yang meneroka
cara keluarga menyampaikan kemahiran, pengetahuan dan nilai melalui proses interaksi
sosial (Haney & Hill 2004).

b) Kajian Literatur
Bruner (1980, 79) menggambarkan penglibatan ibu bapa sebagai semua perkara

kepada semua orang (all things to all people). Ini menunjukkan bahawa kombinasi
keinginan, kepraktisan dan keberkesanan akan menentukan penglibatan ibu bapa yang
lebih bermakna. Ia merupakan interaksi yang kompleks antara penglibatan, aktiviti
penglibatan dan kesan penglibatan yang melibatkan semua pihak dari sama ada ibu bapa ,
guru , anak (Qilong Zhang 2015).

6

Ibu bapa yang hadir ke pusat asuhan disarankan untuk menjalankan aktiviti seperti
membaca buku cerita, melukis, melakar, mewarna dan lain-lain aktiviti pembelajaran serta
membantu menyiapkan kerja sekolah terutama bagi kanak-kanak yang telah memasuki
pendidikan formal (Mohd Sahid M, Mustaffa M, Ahmad R, 2008). Dengan ini ibu bapa akan
lebih bertanggungjawab terhadap anak mereka kerana kanak-kanak kecil mempunyai
ikatan emosi yang istimewa dengan ibu bapa atau pengasuh. Ikatan ini akan dapat
membantu kanak-kanak merasa tenang, terkawal dan selamat (Bowlby, 1969).

Joyce Epstein's (1980 an) mengiktiraf penglibatan ibu bapa sebagai faktor penting
dalam kualiti pendidikan kanak-kanak. Malah Epstein telah memperkenalkan Model
Perkongsian Sekolah-Keluarga-Komuniti yang memaparkan semula hubungan antara
sekolah, keluarga, dan masyarakat sebagai satu-satunya hubungan sfera yang
mementingkan kejayaan dan kebahagian kanak-kanak. Konsep ini menekankan perkaitan
di antara rumah dan sekolah yang boleh menyediakan persekitaran awal kanak-kanak
mempelajari sesuatu dan menghasilkan pembelajaran dan perkembangan awal yang
konsisten (Harvard Family Research Project, 2006).

Mengikut Donna Couchenour & Kent Chrisman (2011) apabila masyarakat berubah,
maka fungsi keluarga dijangka turut berubah. Kini ramai ibu bapa berpandangan bahawa
perancangan pendidikan awal kanak-kanak sangat penting bagi mereka. Penglibatan ibu
bapa telah banyak berubah dari zaman pra merdeka sehingga ke hari ini. Kajian terkini
mengenai perkembangan otak kanak-kanak mendapati kepentingan usaha sama guru dan
ibu bapa sebagai satu keperluan dalam pencapaian kanak-kanak.

Morrison (1995) menyatakan ibu bapa adalah orang yang menyediakan keperluan
asas, penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar, bimbingan
dan perlindungan kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa yang terlibat dalam
aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga akan lebih memahami kurikulum dan
aktiviti yang dipelajari oleh kanak-kanak.

7

4.0 Kesan kepada kanak-kanak

Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa
sendiri. Banyak faedah yang dapat dikongsikan bersama antaranya ialah kebaikan yang dapat
kepada kanak-kanak seperti berikut:-

a) Ibu bapa melibatkan diri dengan kegiatan di tadika seperti bergotong-royong, sukaneka,
hari keluarga, berkebun dan sebagainya. Sumbangan ibu bapa dari segi tenaga mampu
mengembangkan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak Selain daripada itu,
kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan-rakan dan ibu bapa kepada rakan-rakan
mereka.

b) Penglibatan ibubapa dengan memberikan derma atau sumbangan ke tadika dan taska
dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak berkaitan dengan sukan. Wang derma
itu digunakan untuk membeli peralanat sukan. Disini, secara tidak langsung subangan
yang di beri oleh ibubapa dapat membantu dari segi perkembangan fizikal dan juga
dimana kanak-kanak yang kurang mampu dalam membeli alatan sukan akan dapat juga
bersama-sama bermain sukan.

c) Ibu bapa akan cuba memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa
kanak-kanak mempunyai kepakaran dalam bidang doktor, jururawat, atau lain-lain. Hal
ini memberi faedah kepada guru dan kanak-kanak. Contohnya, kepakaran seorang
jururawat mengajar kanak-kanak itu memberus gigi, membasuh tangan selepas makan
dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi
kanak-kanak tersebut. Mereka dapat bertanya kepada jururawat dan melakukan
pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut.

d) Selain itu, jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru
sukarela terhadap kanak-kanak. Dengan penglibatan ini, Ibu bapa juga boleh memberi
ilmu dan juga boleh meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif
kanak-kanak. Sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar
mengenai bahasa, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dan sebagainya.

e) Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti berkelah,
mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat hari
keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat perkembangan sosial
kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dimana

8

mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti seperti diberi satu kertas
bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencari gambar yang ada didalam kertas
tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusat institusi, contohnya seperti zoo.
f) Ibu bapa menglibatkan diri dengan aktiviti gotong royong. Bergotong-royong semua
pihak yang terlibat antaranya ibu bapa, guru dan kanak-kanak. Bergotong-royong ini
adalah untuk membersihkan kawasan tadika dan yang paling penting ialah merapatkan
silaturrahim antara satu sama lain. Sikap bergotong-royong ini dapat memberi contoh
kepada kanak-kanak antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah bekerjasama,
beramah mesra, rajin dan hormat-menghormati. Semua aktiviti-aktiviti ini memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak. Penglibatan ibu bapa dengan aktiviti bergotong-
royong juga mampu mengembangkan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak.
Selain daripada itu, kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan-rakan dan ibu bapa
kepada rakan-rakan mereka.
g) Penglibatan ibu bapa akan meningkatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak
terutamanya keyakinan dari segi komunikasi, bergaul dengan rakan-rakan dan interaksi
dengan guru. Kanak-kanak prasekolah terutamanya yang berumur lima dan enam tahun
yang baru mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak kebanyakannya sukar untuk
menyesuaikan diri dengan suasana baru sama ada bersama dengan rakan mahupun
guru. Aktiviti yang melibatkan penyertaan bersama ibu bapa sebenarnya akan
memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk tidak berasa takut dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan atau suasana baharu mereka. Aktiviti yang
dijalankan juga akan lebih menyeronokkan kerana bukan guru sahaja terlibat secara
langsung di dalam sesuatu aktiviti malah melibatkan penyertaan ibu bapa mereka juga.
h) Melalui penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran ini akan merubah persepsi
kanak-kanak akan peranan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang selalu di lihat oleh kanak-
kanak di rumah adalah sebagai penjaga atau pengasuh untuk mereka bertukar peranan
menjadi guru apabila ibu bapa mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran mereka di prasekolah. Kanak-kanak akan mempelajari sedikit demi sedikit
bahawa ibu bapa mereka juga boleh menjadi guru bukan sahaja di sekolah malah di
rumah juga. Pelbagai peranan yang dilihat pada ibu bapa ini membantu memberikan
keyakinan kepada kanak-kanak untuk menyertai aktiviti di prasekolah dan juga aktiviti di
rumah.

9

i) Melalui penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran juga membolehkan kanak-
kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza dengan guru-guru. Kanak-kanak
juga dapat suai kenal dan dengan orang dewasa iaitu ibubapa murid-murid lain yang
terlibat diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka juga dapat bersoal jawab mengenai
pengalaman dan pengetahuan berdasarkan berbagai latar belakang orang dewasa itu.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika
menjalankan aktiviti kerana mereka lebih kecil dan fokus orang dewasa lebih kepada
mereka

5.0 Kesimpulan/Penutup
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting didalam pendidikan prasekolah kerana

Ibubapa adalah orang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Ibu bapa
harus memahami kepentingan pendidikan awal kanak-kana kerana pendidikan inilah yang akan
menjadikan mereka individu yang berilmu dan berguna pada masa akan datang.

Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa
sendiri. Banyak faedah yang dapat dikongsikan bersama terutama kesan keatas kanak-kanak
tentangp penglibatan Ibu bapa merupakan sokongan akan memberikan kesan positif kepada
perkembangan kanak-kanak. Penglibatan ini penting bagi membantu perkembangan
menyeluruh kanak-kanak di samping memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa
sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka

Penglibatan ibu bapa, adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam
pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, dapat membantu
dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan insan yang
berguna untuk masa depan mereka, masyarakat dan negara.

10

6.0 Rujukan
14-PAEZAH-ABD-HALIM.pdf (kuis.edu.my)
(DOC) KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADIKA | hanie mirae -
Academia.edu
Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Di Rumah Untuk Meningkatkan
Pencapaian Akademik Kanak-Kanak Tadika | Request PDF (researchgate.net)
PERANAN GURU DAN IBU BAPA MERANGSANG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI BERMAIN RIZALINA BINTI MAT RADZI - PDF
Free Download (docplayer.net)
TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM DIDIKAN KANAK-KANAK DI TASKA
KEMAS | Abd Raof | Jurnal Kesidang (kuim.edu.my)
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PUSAT
ANAK PERMATA NEGARA | Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
(upsi.edu.my)
1. PROCEEDING VOLUME 1_1_35.pdf (unespadang.ac.id)

11


Click to View FlipBook Version