SEJARAH TINGKATAN 1
SENI BINA TAMADUN ROM
DARI AUNI DAMIA BINTI MOHD SYUFAAT DARI KELAS 1
CEMRELANG
B
COLOSSEUM
Melambangkan keagungan Rom .
Tempat ini dijadikan tempat
mengadakan persembahan dan
pertandingan bersaiz besar . Struktur
binaan ini mempunyai ketinggian 50
meter panjang , lebar 156 meter
dan luas 2.5 hektar . Kawasan arena
pulak seluas 85 meter x 54 meter . Ia
mampu memuatkan sebanyak
50000 . Terdapat 80 pintu masuk .
Binaan ini dimulakan oleh Raja
Vespian pada tahun 72 M dan
selesai pada tahun 80 M oleh
anaknya , Titus .
PANTHEON
Pantheon adalah binaan kubah terbesar di
dunia . Ia dijadikan sebagai tempat
penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom .
Ia mula dibina oleh Marcus Visanius Agrippa
pada 27 SM , namun musnah akibat
kebakaran pada tahun 80 M . Ia
dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian
pada tahun 125 M . Gaya binaan bangunan
ini diambil daripada gaya binaan zaman
Yunani . Khutbah pantheon bersaiz diameter
43 meter . Dinding bangunan ini pula dibina
daripada batu-bata yang dilepa dengan
simen . Puncaknya mempunyai ruang terbuka
dan dikenali sebagai Oculus berukuran 13
meter lebar .
AMFITEATER
Binaan ini merupakan Coloseum mini atau
gelanggang terbuka . Ia digunakan untuk
membuat persembahan seni , pertunjukan
dan gladiator . Binaan ini berbentuk lingkaran
dan terdapat kira-kira 230 amfiteater yang
dibina diseluruh Rom dan mempunyai
pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang
berbeza . Amfiteater yang terkenal ialah di El
Djem , Tunisia yang dapat memuatkan 16000
orang . Di Arles , Perancis pula boleh
memuatkan 20000 orang . Binaan ini
membuktikan bahawa masyarakat zaman ini
menggemari aktiviti di luar rumah .
AKUEDUK
Akueduk berfungsi membekalkan air ke
rumah kediaman di sekitar bandar dan
empayar Rom . Air dari akueduk juga
disalurkan ke tempat mandi awam dan
binaan utama di Rom termasuklah ke
Colosseum sewaktu acara gladiator
diadakan . Akueduk pertama dibina di
Aqua Appia pada tahun 312 SM dan
panjangnya 16 kilometer . Marcus Agrippa
antara jurutera Rom yang membina
akueduk , seperti Aqua Appia pada tahun
19 SM . Akueduk termahsyur ialah Pont du
Gard di Perancis yang mempunyai tigab
tingkat . Binaan ini juga melambangkan
teknologi dan kejuteraan Rom .
JALAN RAYA ROM
Jalan raya mula dibina pada tahun
500 SM dengan tujuan untuk
menghubungkan bandar-bandar
utama bagi memudahkan pergerakan
tentera serta sebagai pengangkutan .
Jalan raya ini dibina secara berlapis-
lapis dengan menggunakan batu
besar , batu kecil dan batu kerikil
supaya tahan dan kuat menahan
beban serta pergerakan pasukan
tentera . Luasnya ialah empat kaki
tebal dan 20 kaki lebar .
TEMBOK
PERTAHANAN
Pembinaan tembok ini bertujuan untuk
melindungi Tamadun Rom daripada
serangan musuh . Binaan ini telah bermula
pada tahun 100 M dengan menggunakan
batu yang disusun memanjang .
Ketinggian tembok ini ialah 5 meter .
Selain itu , terdapat beberapa kubu kecil
yang dikenali sebagai milecastle dalam
jarak sebatu . Kubu kecil ini menempatkan
tentera yang mengawal tembok tersebut
. Tembok terkenal ialah tembok Hadrian di
Britain yang dibina pada tahun 122 M oleh
Maharaja Hadrian . Panjang tembok ini
ialah 117 kilometer dan setinggi 5 meter .
TEMPAT MANDI
AWAM
Mandi ialah lambing kehidupan tamadun bagi
orang Rom . Meraka juga percaya ianya
penting untuk kesihatan dan kebersihan .
Mereka membina tempat mandi awam yang
boleh digunakan setiap orang . Mereka
dikenakan bayaran tertentu . Binaan ini
dilengkkapi dengan banyak kemudahan
seperti tandas , ruang mandi , ruang untuk
mengurut , perpustakaan , bilik berehat dan
bersenam . Ruang mandi dilengkapi dengan 4
jenis ruang . Panas , sejuk , suam atau berwap .
Tempat mandi terkenal ialah Caracalla di Rom
yang didirikan pada abad ketiga Masihi oleh
Maharaja Caracalla . Tempat ini boleh
memuatkan 1500 orang pada suatu masa .
SEKIAN , TERIMA KASIH ☺