The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sherashamsuddin06, 2022-04-29 08:15:23

Tips Menggayakan Tudung Mengikut Bentuk Muka

EBOOK PERCUMA

EBOOK PERCUMA

TIPS
MENGGAYAKAN
TUDUNG MENGIKUT
BENTUK MUKA

Nur Shahera Binti Shamsuddin

Mungkin ada pernah mencuba memakai sesuatu
tudung kerana terpengaruh dengan kecantikan
pemakai yang dilihat sama ada di televisyen, rakan-

rakan ataupun sesiapa yang ditemui di luar.



Anda pun pergi membeli tudung tersebut dan
mencubanya, malangnya hasilnya tidaklah seperti

yang anda harapkan.



Anda mungkin tertanya-tanya mengapa ini terjadi
sedangkan apabila si dia atau si polan memakainya

ia kelihatan cantik dan menarik?

Bentuk Muka Bujur

Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti
ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu
menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak
kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria
ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan
cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini
bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan
panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda
adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah
seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini
untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!

Bentuk Muka Bulat

Pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang
pipi.Selain itu, Pastikan jahitan awning tersebut panjang
sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih
awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda
yang tembam.
Apabila anda memilih untuk memakai selendang,
gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak
tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada
bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan
visual ukuran kepala.
Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran
kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak
dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk
wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.

Bentuk Muka Panjang

Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di
dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia
juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit
bahagian kening yang tinggi.
Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah
sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak
kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit
tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan
tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda
tersembunyi.
Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai,
selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning.
Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda
inginkan mengikut gaya idaman anda.

Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati

Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke
belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk
menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut
untuk membolehkan kening anda terangkat.
Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong
di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
Anda boleh memakai selendang namun pastikan
pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan
bentuk wajah anda. Hanya ikuti tips-tips ini dan anda
sudah bersedia untuk tampil menawan!
Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita
berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya
sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih
terbuka.

Bentuk Muka Petak



Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk
wajah yang nampak panjang.
Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak
menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck
yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan
yang dapat menutupi bahagian rahang.
Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang
tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian
rahang yang lebar.
Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian
dahi yang luas seperti gaya Turban.
Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.


Click to View FlipBook Version