The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknik Menjawab Soalan KPS : Membuat Hipotesis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Online Cikgu Haslinda Bakeri, 2023-01-02 00:11:58

Teknik Menjawab Soalan Hipotesis

Teknik Menjawab Soalan KPS : Membuat Hipotesis

Keywords: KPS Sains SK,KPS : Hipotesis

Teknik Menjawab Soalan
Hipotesis & Hubungan

KPS 11 : Membuat Hipotesis

Oleh Cikgu :
HASLINDA BAKERI

Kata Kunci Soalan

Membuat Hipotesis & Hubungan

❖ Hipotesis
❖ Hubungan
❖ Apakah perkaitan….. ?
❖ Nyatakan perkaitan ….

Tip-tip untuk menjawab

❖Kenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasi (PM)

❖Kenal pasti pemboleh ubah bergerak
balas (PBB)

❖Nyatakan hubungan / perkaitan (PM)
dengan (PBB)

Hipotesis / hubungan

Hubungan diantara PM dan PBB.

Cara menjawab soalan :

Jika [ (PM) + corak ], maka [ (PBB) + corak ] .

@

Semakin [ corak + (PM) ], semakin [ corak + (PBB) ]

 Sekiranya Pemboleh ubah PM tiada corak perubahan
maka pilihlah corak perubahan paling tinggi bagi PBB
seperti berikut :

Jika (PM) adalah …., maka (PBB) adalah …. .

Hipotesis Soalan Bentuk Jadual

PM

PBB

Nyatakan satu hubungan antara pembolehubah yang
dimanipulasikan dengan pembolehubah yang bergerak balas
dalam penyiasatan di atas.

Jika masa bertambah, maka suhu air berkurang.

atau

Semakin bertambah masa, semakin berkurang suhu
air.

Hipotesis Soalan Bentuk UPSR
Jadual & Rajah 2016

PBB

PM

60
30

Semakin berkurang saiz aiskrim, semakin berkurang masa yang diambil

untuk aiskrim melebur dengan sepenuhnya. atau

Jika saiz aiskrimberkurang, maka masa yang diambil untuk aiskrim melebur
dengan sepenuhnya berkurang.

Hipotesis Soalan Bentuk
Jadual & Rajah

PM
PBB

Nyatakan satu hipotesis yang terdapat dalam penyiasatan di atas.

Jika jarak penglihatan bertambah, maka bilangan huruf yang dapat

dilihat bertambah. atau

Semakin bertambah jarak penglihatan, semakin bertambah bilangan
huruf yang dapat dilihat.

Hipotesis Soalan Bentuk graf

Berat
tangkapan ikan
(tan metrik)

PBB

PM

Bulan

Nyatakan satu hipotesis yang terdapat dalam penyiasatan di atas.

Semakin bertambah kitaran bulan, semakin berkurang
berat tangkapan ikan.

Soalan Bentuk UPSR

Hipotesis Jadual & Rajah 2010

PM PBB

Rajah menunjukkan Satu hari
satu penyiasatan Dua jam
tentang masa yang
diambil untuk

membajak sawah padi
menggunakan dua
kaedah berbeza.

Tuliskan satu hubungan diantara kaedah membajak dan masa
yang diambil untuk membajak sawah padi yang terdapat dalam
penyiasatan di atas.

Jika kaedah membajak mengunakan jentera
pembajak, maka tempoh masa yang diambil
berkurang.

Hipotesis Soalan Bentuk Rajah.

Rajah dibawah menunjukkan dua buah litar yang disediakan
oleh Mazlan dalam satu penyiasatan.

Mentol J Mentol L Mentol M

Suis

PM Mentol K

Suis

Litar D Sel kering Sel kering Litar E

Berikut adalah pemerhatian yang dicatatkan oleh Mazlan :

Pemerhatian : Kecerahan nyalaan mentol litar D lebih cerah

berbanding mentol litar E. PBB

Tuliskan satu hipotesis yang terdapat dalam penyiasatan di atas.
1. Jika litar selari diuji, maka kecerahan nyalaan mentol lebih cerah.

2. Jika litar sesiri diuji, maka kecerahan nyalaan mentol kurang cerah.

Hipotesis Soalan Bentuk Rajah.

Rajah dibawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan

oleh Harun. Dua ekor anak ayam diletakkan kedalam 2 bekas yang

berbeza. Kasa

PM dawai

Anak makanan air
ayam air

Anak ayam

Pemerhatian dibawah adalah keputusan yang dicatatkan oleh

Harun selepas 5 hari : PBB

Pemerhatian : Keadaan anak ayam dalam bekas P lemah
manakala anak ayam dalam bekas Q sihat.

Nyatakan satu hipotesis yang terdapat dalam penyiasatan di atas.

Jika keperluan asas makanan tidak diberi, maka
keadaan anak ayam lemah.

Hipotesis Soalan Bentuk Rajah.

Rajah dibawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh
sekumpulan murid. Mereka menanam 2 anak pokok keembung ke dalam
pasu J dan 5 anak pokok keembung kedalam pasu K. Mereka menyiram
kedua-dua pokok tersebut setiap hari dengan jumlah air yang sama.

PM

Pasu J Pasu K

Berikut adalah pemerhatian yang mereka perolehi selepas dua
minggu:

Pemerhatian : Keadaan daun dan batang anak pokok

PBB keembung pasu J besar berbanding pasu K.

Tuliskan satu hubungan antara pembolehubah yang dimanipulasikan
dengan pembolehubah yang bergerak balas dalam penyiasatan di atas.

Jika bilangan anak pokok berkurang, maka keadaan daun dan
batang anak pokok keembung besar.

Hipotesis UPSR
Soalan Bentuk Rajah. 2016

PBB

PM

PBB

Semakin bertambah keupayaan air mengalir melalui
tanah, semakin bertambah isi padu air yang terkumpul
dalam bikar.


Click to View FlipBook Version