The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-07-02 03:44:13

Tempat Menarik di Teluk Intan

Tempat Menarik di Teluk Intan

Menara setinggi 26 meter yang dibuka pada
tahun 1885 ini memiliki 3 tingkat kesemuanya
walaupun dari luar kelihatan 8 tingkat. Menara
Condong ini telahpun berusia lebih dari 130
tahun. Kejadian condong pada menara ini berlaku
semasa banjir besar pada tahun 1889 dan 1895
yang menenggelamkan menara tersebut.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan
Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan,
Perak

Sumber: (2021) 7 Tempat Menarik Di Teluk Intan -
Untuk Seisi KELUARGA » Cari Destinasi



Batu besar di simpang empat, menghadap Kompleks
SKOMK merupakan tugu peringatan untuk
memperingati askar-askar Tanah Melayu yang
gugur sewaktu Perang Dunia Pertama. Bait-bait
ayat pada Batu Bertenggek berbunyi, “At the going
down of the sun and in the morning We will
remember them (1914-1918)” dipetik daripada puisi
For The Fallen yang ditulis oleh Laurence Binyon,
iaitu penyair popular dari England.
Alamat: Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Sumber: Tempat Menarik di Teluk Intan - TeamTravel



Beting Beras Basah yang berhampiran dengan Sungai Perak
ini adalah kawasan berpasir yang kadang kala timbul dan
kadang kala tenggelam apabila berlaku fenomena air pasang
surut. Pengunjung boleh melihatnya dengan berjalan di atas
jambatan panjang yang dipanggil Panca Persada.
Tempat menarik di Teluk Intan ini adalah sangat penting buat
kerabat diraja Perak bagi mengadakan istiadat yang juga
merupakan susur galur daripada kesultanan Melayu Melaka.
Beting Beras ini juga dikaitkan dengan Sultan Perak yang
pertama telah menjejakkan kaki di situ.
Setiap kali pertabalan Sultan Perak, bakal sultan tersebut
haruslah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga
ke Beting Beras Basah.

Alamat: 36100 Bagan Datuk, Perak

Sumber: 15 Tempat Menarik Di Teluk Intan Terbaik Untuk Anda
Kunjungi, Memang Best! - Ammboi



River Front di Teluk Intan ini mempunyai banyak aktiviti
yang boleh dilakukan. Sungai ini sering dikunjungi untuk
beriadah, bersantai, bermain, merehatkan minda dan
memancing. Bertemankan angin yang sepoi-sepoi, River
Front ini juga memberikan landskap luas yang cantik
buat mereka yang datang, lebih-lebih lagi pada waktu
petang.
Alamat: 6, Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk
Intan, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Sumber: (2021) 7 Tempat Menarik Di Teluk Intan - Untuk
Seisi KELUARGA » Cari Destinasi



River Cruise Teluk Intan akan membawa anda
menjelajah persisir sungai perak bagi melihat
keindahan panorama alam semula jadi serta
artifak yang terdapat di dalam sungai yang
penuh dengan sejarah serta aktiviti sosial
ekonomi setempat.

Alamat: Jeti Pulau Bangau Jalan Wah Keng Jooi
Teluk Intan, Perak, Malaysia

Sumber: River Cruise Teluk Intan | Facebook


Click to View FlipBook Version