SULIT
1249/1
Sejarah Kertas 1
2021
1 jam
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM
,81750 MASAI JOHOR
SEJARAH KERTAS 1
(1249/1)
Satu Jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan , iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.
Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak
1
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara SULIT
1. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?
A. Negara yang bebas dan merdeka
B. Kuasa pemerintahan sebuah kerajaan
C. Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara
D. Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan
2. Gambar 1 menunjukkan seorang ilmuan Islam (Ibnu Khaldum).
Apakah semangat yang dititikberatkan oleh tokoh tersebut dalam kedaulatan negara?
A. Semangat berjuang
B. Semangat wataniyah
C. Semangat jinsiyyah
D. Semangat kekitaan
3. Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu jenis kedaulatan yang diamalkan di
Malaysia?
Kedaulatan Idea kemunculan
moden negara bangsa
Peristiwa manakah yang membawa kepada kemunculan idea tersebut?
I. Revolusi Pertanian
II. Revolusi Keagungan
III. Revolusi Perancis
IV. Revolusi Perindustrian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4. Apakah unsur yang menyatukan rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama
dan adat resam?
A. Rukun Negara
B. Kepercayaan
C. Pegangan hidup
D. Adat
5. Antara yang berikut yang manakah merupakan ciri-ciri negara yang berdaulat?
I. Mempunyai pemerintah
II. Mempunyai prinsip kebebasan
III. Mempunyai kekuatan semangat kekitaan
IV. Mempunyai perundangan
2
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara SULIT
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
6. Maklumat di bawah berkaitan sistem kabinet negara kita.
• Jemaah Menteri
• Kementerian
Mengapakah perkara di atas penting dalam mewujudkan negara berdaulat?
A. Meningkatkan imej negara
B. Memupuk perpaduan negara
C. Memastikan kemakmuran negara
D. Menjamin keberkesanan pentadbiran
7. Berikut merupakan peranan rakyat dalam mengekalkan perpaduan kaum.
I. Bersikap mementingkan diri dalam kawasan kejiranan
II. Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara
III. Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum
IV. Menyebarkan berita yang tidak sahih di media sosial
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
8. Mengapakah kerajaan mewajibkan pembelajaran mata Sejarah pada peringkat sekolah?
A. Melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara
B. Menghargai tokoh pejuang pelbagai kaum
C. Mengharapkan adat dan warisan negara
D. Mengiktiraf rakyat yang berjasa
9. Senarai berikut berkaitan undang-undang yang terdapat di negeri Melayu?
• Undang-undang 99 Perak
• Undang-undang Johor
Apakah persamaan undang-undang tersebut?
A. Menerima pengaruh barat
B. Diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri
C. Undang-undang lisan tradisional
D. Menerima pengaruh Melaka
3
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara SULIT
10. Mengapakah undang-undang Melayu mengalami perubahan?
A. Kebangkitan rakyat
B. Kelahiran intelektual
C. Kedatangan Barat
D. Kewujudan parlimen
11. Kerajaan British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat.
Mengapakah pihak British berbuat demikian?
A. Melindungi penduduk asal
B. Menghapuskan kuasa raja
C. Mengukuhkan penjajahan Barat
D. Mengeksploitasi ekonomi negara
12. Apakah kesan daripada mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877?
A. Menentukan bidang kuasa sultan
B. Mengesahkan pelantikan Residen British
C. Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu
D. Asas pembentukan Undang-undang negara
13. Apakah peranan Yang Di-pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
A. Ketua kerajaan
B. Pemerintah Tertinggi
C. Penentu dasar kerajaan
D. Ketuai delegasi ke luar negara
14. Perlembagaan negara kita telah dipinda beberapa kali pada tahun 1963 dan 1965.
Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?
A. Perubahan politik dalam negara
B. Asas permintaan parti politik
C. Desakan daripada negara luar
D. Mengekalkan keluhuran perlembagaan
15. Apakah perkara utama dalam pindaan perlembagaan 1963?
A. Struktur mahkamah
B. Syarat kewarganegaraan
C. Kedudukan Ketua Negara
D. Pemisahan Singapura
4
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara SULIT
16. Mengapakah kandungan perlembagaan mengambil kira ciri tradisional?
A. Mengekalkan warisan bangsa
B. Mendapatkan sokongan orang Melayu
C. Setia kepada Raja-raja Melayu
D. Membebaskan diri daripada penjajahan
17. Apakah peranan raja dalam kerajaan Melayu tradisional?
A. Simbol kestabilan
B. Penasihat kerajaan
C. Ketua Majlis Negara
D. Sumber undang-undang
18. Bagaimanakah institusi pemerintahan beraja diperkukuhkan selepas kemerdekaan negara?
A. Dibentuk Majlis Raja-raja Melayu
B. Mendapat hak mutlak dalam pemerintahan
C. Diiktiraf dalam perlembagaan persekutuan
D. Menasihati Perdana Menteri dalam urusan negara
19. Apakah fungsi Durbar yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
A. Membincang hal agama dan adat
B. Membincangkan hal ehwal pentadbiran
C. Menggubal undang-undang persekutuan
D. Melantik ahli Jemaah Menteri Persekutuan
20. Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan Majlis Sultan-sultan di Persekutuan
Tanah Melayu?
A. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1957
B. Pengenalan Perlembagaan Malayan Union 1946
C. Pembentukan Persekutuan Malaysia
D. Pemisahan Singapura-Malaysia
21. Apakah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan?
I.Membuat pengisytiharan darurat
II.Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu
III.Menjatuhkan hukuman ke atas hakim
IV.Mencadangkan rang undang-undang persekutuan
A. I dan II 5
B. I dan IV
C. II dan III SULIT
D. III dan IV
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara
22. Maklumat berikut berkaitan dengan langkah yang telah diambil oleh pemerintah Kesultanan
Kelantan pada abad ke-19.
Sistem Jemaah Menteri diperkenalkan
Apakah iktibar yang diperoleh daripada pelaksanaan sistem tersebut?
A. Kesanggupan mempertahankan hak bangsa
B. Sentiasa bersepakat dalam perjuangan
C. Sedia berbakti kepada negara
D. Mengekalkan budaya bangsa
23. Pernyataan berikut berkaitan perubahan pucuk pentadbiran negara.
Barisan Nasional memenangi 13 kali
pilihan raya umum yang telah pun
digantikan dengan Pakatan Harapan
pada tahun 2018.
Mengapakah berlaku perubahan pentadbiran tersebut?
A. Amalan demokrasi negara subur
B. Peranan media sosial berkempen
C. Kerjasama pelbagai parti politik
D. Amalan demokrasi subur
24. Apakah negeri yang menerima jawatan Ketua Menteri?
A. Pahang
B. Selangor
C. Kedah
D. Pulau Pinang
25. Pada tahun 1889, Luak, Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai Konfederasi
Seri Menanti. Apakah kesan penubuhan konfederasi?
A. Penetapan sempadan
B. Pelantikan Residen
C. Pelantikan Yamtuan Besar
D. Penubuhan kerajaan pusat
26. Mengapakah Majlis Mesyuarat Persekutuan distruktur semula pada tahun 1927?
A. Memudahkan kemerdekaan Tanah Melayu
B. Menghalang penguasaan Gerakan Islah
C. Mengukuhkan penguasaan British
D. Menubuhkan Malayan Union
6
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara SULIT
27. Maklumat berikut berkaitan Senarai Bersama.
• Biasiswa
• Kebudayaan dan sukan
•X
Apakah X dalam Senarai Bersama tersebut?
A. Tanah
B. Kebajikan awam
C. Kewarganegaraan
D. Undang-undang Islam
28. Apakah peranan Kerajaan Tempatan?
A. Perantaraan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat
B. Membentuk pentadbiran peringkat bandar
C. Menjaga kebajikan penduduk pedalaman
D. Membantu penduduk dalam bencana alam
29. Apakah peranan agensi (FELCRA) di bawah kepada pembangunan sosioekonomi negara?
A. Membangunkan tanah kerajaan negeri yang terbiar
B. Membangunkan tanah di wilayah yang kurang pesat
C. Melaksanakan rancangan pembangunan tanah baharu
D. Mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri
30. Pengisytiharan berikut dilakukan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1972.
Bahagian Ketiga Sarawak
Rajang Area Security Command
(RASCOM) atau Pemerintahan
Keselamatan Kawasan Rajang
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
A. Pertikaian sempadan kawasan
B. Peningkatan ancaman komunis
C. Pencerobohan pendatang asing
D. Pemberontakan penduduk tempatan
31. Penubuhan Majlis Kewangan Negara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apakah matlamat penubuhan Majlis Kewangan Negara?
A. Mengekalkan jumlah bayaran biasiswa 7
B. Menentukan kadar tukaran mata wang
C. Mengawal penggunaan tanah SULIT
D. Mentadbir bayaran cukai
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara
32. Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menjamin sistem
persekutuan beroperasi dengan berkesan.
Apakah rumusan daripada pernyataan di atas?
A. Kepentingan perlembagaan
B. Mematuhi pembahagian kuasa
C. Kecekapan penyelaras tugas
D. Kepentingan bermusyawarah
33. British meyokong pembentukan Malaysia untuk merealisasikan rancangan dekolonisasi.
Apakah maksud dekolonisasi?
A. Menamatkan darurat
B. Kebebasan bersuara
C. Kuasa autonomi negeri
D. Proses berkerajaan sendiri
34. Apakah alasan yang diberikan oleh Sir Malcolm MacDonald berkaitan idea gagasan
Malaysia?
A. Menghalang Melayu Raya
B. Mempercepatkan kemerdekaan
C. Membentuk entiti politik
D. Memajukan Pendidikan
35. Mengapakah Tunku Abdul Rahman menolak penggabungan Singapura dan Persekutuan
Tanah Melayu?
A. Isu Bahasa kebangsaan
B. Tuntutan wilayah asingan
C. Ketidakseimbangan kaum
D. Menimbulkan konflik perkauman
36. Apakah tujuan lawatan Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Sarawak, Sabah dan
Brunei?
A. Melahirkan keseimbangan kaum
B. Mendapatkan sokongan majoriti
C. Menamatkan konfrontasi politik
D. Menerangkan rancangan Malaysia
37. Antara berikut yang manakah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh
Kerajaan Persekutuan?
A. Hal ehwal luar 8
B. Pertahanan
C. Imegresen SULIT
D. Pendidikan
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara
38. Mengapakah setiap negeri mendapat pengagihan kerusi parlimen yang berbeza?
A. Kemakmuran ekonomi
B. Sumber kewangan
C. Perluasan wilayah
D. Permintaan pemimpin
39. Apakah kesan peralihan kepimpinan di Indonesia kepada negara Malaysia?
A. Tamatnya konfrontasi politik
B. Konflik senjata meletus
C. Hubungan diplomatik terputus
D. Pengisytiharan Hari Malaysia
40. Apakah kepentingan hubungan antara negara jiran?
A. Melicinkan pentadbiran
B. Melindungi hak asasi
C. Mengelakkan konflik
D. Kerjasama rakyat erat
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
……………………… …………………… ………………….
Tn Khazimah bt Tn Kob
Guru Sejarah Zaki bin Mohamad Teh Swee Teen
SMK Bandar Seri Alam. Ketua Panitia Sejarah GKMP Sains Kemasyarakatan
SMK Bandar Seri Alam.
SMK Bandar Seri Alam.
9
1249/1 © 2021 Hak Cipta Terpelihara SULIT