Tujuan Membaca
1.1 Membaca Teks
Membaca teks ialah kebolehan memahami bahan bacaan dalam bentuk ayat
dan perenggan. Kebolehan ini penting untuk memahami maklumat bertulis
dalam pelbagai jenis dokumen kerja.
1.2 Penggunaan Dokumen
Penggunaan dokumen ialah kebolehan mencari dan menggunakan maklumat
yang diperlukan daripada paparan maklumat yang mengandungi perkataan,
angka, simbol dan visual yang lain.
Prosedur Operasi Standard (SOP)
Prosedur Operasi Standard (Standard
Operating Procedure atau SOP) ialah set
arahan langkah demi langkah yang
disediakan oleh sesebuah organisasi untuk
membantu kakitangannya melakukan
tugas yang rutin.
Arahan ini bertujuan mencapai hasil
standard tertentu setiap masa, dan
biasanya merupakan sebahagian proses
Arahan kerja
Arahan kerja boleh berbentuk:
i) Papan tanda
ii) Gambar atau grafik
iii) Kapsyen
Arahan kerja ialah garis panduan yang mesti diikuti dalam
melakukan tugas atau cara melakukan sesuatu tugas.
Arahan kerja disediakan sebagai panduan pekerja dalam
empat bidang kualiti penting: latihan, rujukan, penyelesaian
masalah dan penambahbaikan berterusan.
Prosedur kerja
‘Prosedur kerja’ ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan proses atau
prosedur melakukan sesuatu tugas atau kerja.
Prosedur kerja ialah dokumen contoh prosedur yang menunjukkan proses, alat dan
rangka kerja untuk
memahami tanggungjawab dan tugas.
Prosedur kerja yang terperinci membantu dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja
dengan betul. Prosedur
kerja boleh berbentuk:
i) Papan tanda
ii) Bahan arahan
iii) Bahan bertulis