NOTA PENGETAHUAN AM EXAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
KONSEP PENGASINGAN KUASA
PEMERINTAH KEHAKIMAN
PERUNDANGAN *Badan ini hanya melaksanakan *Badan ini hanya melaksanakan
kuasa eksekutif. Tidak boleh tugas penghakiman. Ia tidak
*badan ini membuat undang2 & membuat undang2 dan boleh membuat undang2 atau
tidak boleh menyerahkan kuasa penghakiman. menjlnkan kuasa eksekutif. Ia
kpd mana2 pihak dan tidak Bertanggungjawab merupakan badan ketiga dlm
mewakili kuasa. Badan ini juga melaksanakan kuasa eksekutif sistem pemerintahan kerajaan
disebut Parlimen Malaysia yg mengikut undang2 dan
ada 3 komponen iaitu Yang perlembagaan. Komponen Malaysia. Komponan badan ini
Dipertuan Agong, Dewan badan ini ialah Jemaah Menteri ialah mahkamah persekutuan,
Negara & Dewan Rakyat dan Kementerian mahkamah rayuan, mahkamah
tinggi dan rendah serta ketua
hakim
PERLEMBAGAAN
• Definisi • jenis
undang2 tertinggi 1. Perlembagaan
sesebuah negara Persekutuan
dan menjadi
sumber rujukan 2. Perlembagaan
undang2 lain negeri (undang2
tubuh negeri)
1. Digubal pada 1. Kebebasan Asasi
1956 oleh
Suruhanjaya Reid 2. Ke-
warganegaraan
2. 183 perkara yg
terbagai kpd 15 3.Sistem
bahagian Pemerintahan
• Perlembagaan • Peruntukan
persekutuan utama
Perlembagaan
Persekutuan
DANG_FARIDAH 1
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
1. Kerajaan Persekutuan : Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja2, Badan Perundangan,
Badan Eksekutif, Badan Kehakiman & etc
2. Kerajaan Negeri : Sultan/YDP Negeri, Menteri Besar/Ketua Menteri, Dewan Negeri
dan etc
3. Pihak Berkuasa Tempatan
KONSEP DAN CONTOH
1. Kementerian
merupakan sebuah organisasi khas yang bertanggung jawab untuk sektor pentadbiran
kerajaan awam, kadang-kadang dipimpin oleh seorang menteri, tapi biasanya seorang
pegawai negeri senior, yang boleh memiliki tanggung jawab untuk satu atau lebih
Kementerian, badan, biro, yuran atau eksekutif yang lebih kecil yang lain, penasihat,
pentadbiran pengurusan atau organisasi. Kementerian biasanya tertakluk kepada
kabinet, dan perdana menteri, presiden atau Canselor. Kerajaan biasanya akan
mempunyai banyak Kementerian, masing-masing dengan bidang khusus dalam
menyediakan perkhidmatan awam.
Cth : Kementerian yang umum termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian
Luar Negeri, Kementerian Pertahanan,Kementerian Kewangan dan Kementerian
Kesihatan.
2. Jabatan
adalah sebahagian atau cabang dari suatu organisasi yang besar yang mempunyai
tanggungjawab dan fungsi yang spesifik. Untuk bahagian dalam organisasi yang
diletakkan atas nama jabatan.
Cth :Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan
3. Suruhanjaya
adalah satu badan khas yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam pemerintahan
negara. Pembentukan suruhanjaya sama ada tetap atau sementara adalah untuk
memastikan suruhanjaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil
dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.
Cth : suruhanjaya tetap = Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPRM, SPP
Suruhanjaya Sementara = yang ditubuhkan berdasarkan situasi cth
Suruhanjaya Pembaikan Jalan
4. Badan Berkanun & Tidak Berkanun
Badan Berkanun = Perbadanan awam merupakan pertubuhan diperbadankan oleh
kerajaan sama ada melalui undang-undang Statut ataupun Akta Syarikat. Badan
Berkanun terdiri daripada dua bentuk, iaitu Badan Berkanun Persekutuan
(ditubuhkan di bawah Akta Parlimen)(lebih di kenali badan kerajaan) dan Badan
Berkanun Negeri (ditubuhkan di bawah Enakmen atau Ordinan Negeri)(dikenali juga
sebagai separuh kerajaan): Cth : RISDA, FELDA, FECRA, KEJORA, MARA,
PETRONAS
DANG_FARIDAH 2
Badan Tidak Berkanun = ditubuhkan melalui Akta Syarikat di mana kerajaan
mempunyai kepentingan. Fokus utama badan ini ialah memperoleh keuntungan,
berbanding badan berkanun yang mengutamakan perkhidmatan masyarakat. Badan
Tidak Berkanun boleh ditubuhkan oleh Badan Berkanun (seolah-olah sebagai anak
syarikat) ataupun oleh entity lain. Contohnya:- PETRONAS DAGANG (under
PETRONAS), MARA HOLDINGS (under MARA)
SISTEM KABINET ATAU JEMAAH MENTERI
● sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia.
● Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang
bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara
43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
● Anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan
Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri
atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik
terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.
● Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat
Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap
portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara
mingguan, setiap Rabu. Sekarang tiap Jumaat
● Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana
Menteri.
UNDANG2 DI MALAYSIA
DANG_FARIDAH 3
DANG_FARIDAH 4
DANG_FARIDAH 5
DANG_FARIDAH 6
DANG_FARIDAH 7
DASAR DALAM NEGARA
● Memulakan usaha merancang dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih
tersusun.
● Usaha dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai masalah sosio ekonomi dan politik .
● Membangunkan negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak
kira keturunan atau kaum. Antara dasar2 negara ialah:
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
• Formula yang dirancangkan untuk tempoh dua puluh tahun (1971 – 1990)
• Untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah
dan kawasan di Malaysia.
• Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-
1990.
• Strategi serampang dua mata, iaitu
– (i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan
memperbanyakkan peluang- peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan
dan kaum.
– (ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum - menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)
• Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan kepada Laporan Razak dan Laporan
Rahman Talib.
• Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosio
ekonomi dan politik.
• Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman
penjajah.
• Pada zaman British,
– Tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang tetap,
– Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendak-kehendak kumpulan etnik.
– Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan yang
lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah
Agama.
– Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
• Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di
peringkat antarabangsa.
DANG_FARIDAH 8
• Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta
pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
– (i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti.
– (ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai
sebahagian dari keadaan tempatan.
– (iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas
yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.
WAWASAN 2020
• Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas
kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis pelancaran Malaysian Business Council.
– Satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun
2020 - dikenali sebagai “Wawasan 2020”
.• Bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah
memberi cabaran hebat kepada negara.
DASAR LUAR NEGARA
●Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh
sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam
pengertian yang terhad
● mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-
keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.
●Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan
nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia
●Salah satu prinsip dasar luar Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Antara
yang terlibat dengan dasar luar negara:
a) ASEAN = Assosiation Of Southeast Asian Nation
sebuah pertubuhan antara kerajaan serantau yang terdiri daripada sepuluh negara di Asia
Tenggara, yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan memudahkan
integrasi ekonomi, politik, keamanan, ketenteraan, pendidikan, dan sosial budaya di antara
anggotanya dan negara-negara lain di Asia. Ia juga sering melibatkan negara lain di rantau Asia-
Pasifik dan seterusnya.
b) PBB = Pertubuhan Bangsa2 Bersatu
sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24
Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua. Keahliannya terbuka kepada semua negara di
seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya sebagaimana yang ditetapkan dalam piagamnya
adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi
manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta
memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
DANG_FARIDAH 9
c) NAM = Pertubuhan Negara2 Berkecuali
Pertubuhan/Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi
antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana
mana blok kuasa.
d) OIC = Pertubuhan Negara Islam
Satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi
tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57
negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan
utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara
ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung
bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan
kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
e) APEC = Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik.
Antara isu yang dibincangkan ialah ekonomi serantau, kerjasama, perdagangan dan pelaburan.
Negara-negara ini mewakili 60 peratus eknomi seluruh dunia. Sekretariat APEC berpusat
di Singapura. APEC mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh ketua
kerajaan setiap negara ahli. Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli.
Bertujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi di seluruh rantau
Asia Pasifik.
ISU-ISU SEMASA
1. Pencemaran Udara Pasir Gudang
2. SRC & 1MDB
3. Krisis ekonomi China & Amerika (HUAWEI)
4. Peperangan di Syria, Gaza
DESKRIPSI TUGAS PEM.PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19
Menolong serta memikul tanggungjawab dalam semua urusan berkaitan
pemulihan kanak-kanak cacat, khidmat pemulihan akhlak dan sebagainya. Juga
memikul amanah untuk memberi khidmat nasihat buat Pertubuhan Sukarela
termasuk Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan
Asrama Anak Yatim.
Kumpulan : Pelaksana
DANG_FARIDAH 10