The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lih fang Tang, 2019-09-19 00:32:44

KOLEKSI QS ESEI & SKIMA EKO 3-TANGLF

KOLEKSI QS ESEI & SKIMA EKO 3-TANGLF

KOLEKSI SOALAN ESEI &
JAWAPAN

EKONOMI 3 STPM

MODUL SKOR ‘A’ STPM

BAB 1 PENGANGGURAN, GUNA TENAGA DAN UPAH
1. Beri maksud tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran. [6]

Tenaga buruh ialah penduduk dalam lingkungan umur 15-64 tahun yg sedang bekerja
@ sedang mencari kerja kecuali pesara, suri rumah,pelajar dan orang cacat yg tidak
mampu bekerja.
Guna tenaga ialah ialah tenaga buruh yang sedang terlibat dalam kegiatan ekonomi
untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Pengangguran ialah tenaga buruh yg ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum
mendapat pekerjaan.

2. (a) Apakah maksud pengangguran? [2]

Pengangguran ialah tenaga buruh yg ingin bekerja tetapi masih belum memperoleh

pekerjaan.

(b) Dengan menggunakan contoh, jelaskan bagaimana pengangguran dapat

diukur. [4]

Pengangguran dapat diukur melalui kadar pengangguran.

Kadar pengangguran = Jumlah penganggur
--------------------------- x 100
Jumlah tenaga buruh

Cth: Tenaga buruh = 10 juta orang

Jumlah penganggur = 1 jt orang

1

Kadar pengangguran = ------ x 100 = 10%

10

3. Nyatakan enam jenis pengangguran. [6] [2016]

(a) Pengangguran kitaran
(b) Pengangguran struktur
(c) Pengangguran teknologi
(d) Pengangguran geseran
(e) Pengangguran bermusim
(f) Pengangguran tak ketara/tersembunyi

4. Terangkan sebab berlakunya pengangguran kitaran. Huraikan dua kesan buruk
pengangguran kitaran kepada ekonomi Malaysia. [6]
Sebab pengangguran kitaran ialah kekurangan perbelanjaan agregat semasa
kemelesetan ekonomi.
2

Ini menyebabkan stok firma bertambah, firma mengurangkan keluaran dan tenaga
buruh juga dikurangkan.

Dua kesan buruk pengangguran kitaran ialah:
1. Menjejaskan pertumbuhan ekonomi

-tingkat guna tenaga yang rendah akan menurunkan produktiviti
-maka ekonomi tidak mencapai pengeluaran maksimum
-kesannya pendapatan negara menurun
-pertumbuhan ekonomi merosot

2. Menjejaskan taraf hidup rakyat

-pengangguran mengurangkan pendapatan negara

-maka pendapatan per kapita akan merosot

-kesannya taraf hidup rakyat merosot kerana kuasa beli berkurang

-kemiskinan meningkat dan jurang agihan pendapatan meningkat

3. Pembaziran sumber / tenaga buruh

Ini kerana buruh tidak digunakan sepenuhnya.

Meningkatkan kos melatih semula buruh untuk meningkatkan kemahiran sedia

ada

Hilang punca pendapatan dan ini menyebabkan buruh menjadi miskin

5. Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kpd

(a) Taraf hidup masyarakat [3]

(b) Tenaga buruh [3] [U2015]

# Jawapan spt no 2 dan 3

6. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan /mempengaruhi pengangguran di

Malaysia. [6] [2015]

a) Kemelesetan ekonomi

-semasa kemelesetan ekonomi permintaan agregat jatuh.

-firma akan mengurangkan output.,maka buruh dikurangkan

b) Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang lebih cepat daripada kadar pertumbuhan

ekonomi.

Kesannya peluang pekerjaan tidak dapat menampung kadar pertumbuhan tenaga

buruh yang tinggi. Maka berlaku lebihan buruh.

3

c) Kemahiran buruh tidak sepadan dengan kehendak majikan

Maka tenaga buruh tidak dapat memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh

majikan/firma

d) Persaingan dengan pekerja asing yang sanggup terima upah lebih rendah.

Maka majikan lebih suka mengupah pekerja asing berbanding pekerja tempatan

e) Kekurangan kemahiran buruh / pendidikan rendah

Maka menghadkan pilihan peluang pekerjaan

f) Kemajuan teknologi

Penggunaan teknologi moden yang lebih produktif seperti jentera, robot dan

komputer.

Maka buruh kurang digunakan kerana digantikan oleh alat2 teknologi.

7.Terangkan kesan pengangguran terhadap sosioekonomi negara. [6]

1. Pertumbuhan ekonomi terjejas
Tingkat guna tenaga yang rendah akan menurunkan produktiviti
Maka ekonomi tidak mencapai pengeluaran maksimum
Kesannya pendapatan negara menurun
Pertumbuhan ekonomi merosot

2. Taraf hidup rakyat merosot
Pengangguran yang meningkat akan mengurangkan pendapatan negara
Maka pendapatan per kapita akan merosot
Kesannya taraf hidup rakyat merosot kerana kuasa beli berkurang

3. Pembaziran sumber manusia /tenaga buruh
Pengangguran menyebabkan kemahiran buruh tidak digunakan
Kos latihan buruh merugikan
Meningkatkan kos untuk melatih semula buruh

4. Kadar kemiskinan meningkat
Pengangguran menyebabkan hilang pendapatan
Tidak mampu beli keperluan asas

5. Masalah sosial – kesan sosial
Kegiatan jenayah meningkat spt mencuri untuk mendapatkan wang
Hubungan kekeluargaan terjejas dan tekanan jiwa berlaku kerana masalah
kewangan.

4

8. Jelaskan jenis pengangguran berikut:

(a) Pengangguran bermusim [2]
Pengangguran yg disebabkan perubahan musim atau cuaca yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi
Contohnya, nelayan tidak dapat turun ke laut semasa musim tengkujuh

(b) Pengangguran teknologi [2]

Pengangguran yg berlaku apabila kemajuan teknologi telah menyebabkan permintaan
terhadap buruh berkurang kerana digantikan dgn peralatan moden spt jentera dan mesin

(c) Pengangguran struktur [2]

Pengangguran yg disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi sesebuah negara

Contohnya, perubahan struktur ekonomi Malaysia daripada sector pertanian kepada sekor
perindustrian meyebabkan buruh yg tiada kemahiran menganggur

9. (a) Apakah maksud pengangguran geseran dan pengangguran tak ketara? [2]
Pengangguran geseran ialah pengangguran yang disebabkan tindakan buruh

yang tidak bekerja dlm jangka pendek disebabkan berlaku perpindahan pekerjaan.
Pengangguran tak ketara ialah bilangan pekerja yg diambil bekerja melebihi

bilangan pekerja yg sebenarnya diperlukan

(b) Berikan dua faktor yang menyebabkan pengangguran geseran dan dua faktor

pengangguran tak ketara berlaku. [4] [U2013]

Sebab pengganguran geseran
i. Mencari pekerjaan yg sesuai dgn kelayakan
ii. Buruh tidak mempunyai maklumat yg cukup tentang sesuatu pekerjaan

iii. Mobiliti buruh yg terhad

iv. Proses mengambil pekerja oleh majikan adalah lama

Sebab pengangguran tak ketara
i. Berlaku kemelesetan ekonomi /kurang peluang pekerjaan
ii. Kurang mobiliti buruh
iii. Penawaran buruh berlebihan

5

(b) Terangkan bagaimana dasar fiskal menyelesaikan masalah pengangguran
kitaran? [4]

Pengangguran kitaran dapat diatasi melalui dasar fiskal iaitu:

i.Menaikkan perbelanjaan kerajaan

- Kenaikan perbelanjaan kerajaan memewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Oleh itu, permintaan agregat bertambah dan pendapatan negara serta guna tenaga akan
meningkat, pengangguran diatasi

ii. Mengurangkan cukai

- Pengurangan kadar cukai seperti cukai pendapatan individu menyebabkan
pendapatan boleh guna isi rumah, penggunaan bertambah.Kesannya, permintaan
agregat bertambah, pendapatan negara dan guna tenaga meningkat. Penganggguran
diatasi.

10. Terangkan bagaimana pengangguran dapat dikurangkan melalui cara berikut:
(a) Dasar fiskal [2]
Kerajaan menambahkan perbelanjaan kerajaan atau mengurangkan cukai.
Perbelanjaan agregat dan pendapatan negara meningkat, lebih banyak
buruh diperlukan dan pengangguran menurun.
(b) Dasar kewangan [2]
Bank Pusat menambahkan penawaran wang. Kadar bunga jatuh,kos
pinjaman berkurang dan pelaburan bertambah. Kesannya , perbelanjaan
agregat dan Pendapatan Negara meningkat dan pengangguran menurun.

(c) Cara lain [2]
Kerajaan memberi pengecualian cukai kepada firma asing yang menceburi
sektor tertentu. pelaburan asing meningkat, maka peluang pekerjaan
meningkat dan pengangguran menurun.

11. (a) Terangkan dengan ringkas tiga sebab berlakunya pengangguran geseran. [3]
i. Buruh tidak mempunyai maklumat yg cukup tentang sesuatu pekerjaan yg sesuai dgn

kelayakannya
ii. Mobiliti buruh yg tidak sempurna spt sukar untuk pergi ke lokasi pekerjaan yg jauh

dari tempat tinggal
iii. Proses mengambil pekerja oleh majikan adalah lama

6

(c) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi pengangguran geseran. [3]
i. Menyebarkan maklumat yg lengkap tentang pekerjaan melalui media massa dan
internet
ii. Meningkatkan mobiliti buruh spt menyediakan kemudahan asas. Cth pengangkutan
dan tempat tinggal
iii. Mempercepatkan proses pengambilan pekerja jika terdapat kekosongan.

11. Terangkan tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan. [6]

Tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan ialah:

a) Permintaan dan penawaran buruh

Apabila permintaan terhadap sesuatu buruh melebihi penawaran buruh maka upah

buruh tersebut lebih tinggi.

b) Perbezaan pendidikan dan latihan
Buruh yang pendidikannya lebih tinggi dan menjalani latihan yg lebih lama akan
menerima upah yang lebih tinggi.

c) Perbezaan risiko pekerjaan
Buruh yang melakukan pekerjaan yg berisiko tinggi akan menerima upah yang lebih
tinggi.

12.12.
Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak RM1600, manakala
Encik Abu seorang inspektor polis menerima gaji bulanan sebanyak RM3050

Terangkan tiga faktor yg membezakan gaji yg diterima oleh kedua-dua

individu tersebut. [6] [2017] - perbezaan upah ikut pekerjaan

i. Pendidikan dan latihan

Inspektor polis pendidikan lebih tinggi dan latihan lama/khusus berbanding

kerani. Oleh kerana itu gaji en Abu lebih tinggi drp en Ahmad

ii. Tanggungjawab pekerjaan

Inspektor polis mempunyai tanggungjawab yg lebih besar/berat berbanding

kerani. Oleh kerana itu gaji en Abu lebih tinggi drp en Ahmad

7

iii. Perbezaan masa kerja
Inspektor polis bekerja tidak tentu masa spt di waktu malam /syif dan lebih
masa berbanding kerani yg masa kerja tetap. Oleh kerana itu gaji en Abu lebih
tinggi drp en Ahmad

iv. Risiko pekerjaan
Inspektor polis mempunyai risiko yg lebih tinggi/lebih berbahaya berbanding
kerani. Oleh kerana itu gaji en Abu lebih tinggi drp en Ahmad

# soalan sama spt no 9, tetapi cara jawab kena ikut kehendak soalan

13. Huraikan sebab upah buruh dalam sektor pertanian (sektor utama) lebih rendah

berbanding dengan upah buruh dalam sektor pembuatan (sektor kedua). /

terangkan faktor perbezaan upah ikut sektor) [ 6 ] [2014]

i. Perbezaan daya pengeluaran antara sektor

Secara relatif daya pengeluaran sektor pertanian adalah rendah kerana berintensifkan
buruh manakala daya pengeluaran sektor pembuatan lebih tinggi kerana berintensifkan
modal. Maka upah di sektor pembuatan lebih tinggi.

ii. Perbezaan keanjalan penawaran barang antara sektor
Pengeluaran barang pertanian memerlukan jangka masa yang panjang menyebabkan
penawaran barang pertanian kurang anjal.
Sebaliknya, barang pembuatan melibatkan jangka masa pengeluaran yang pendek
menyebabkan penawaran barang pembuatan anjal. Maka upah di sektor pembuatan
lebih tinggi.

iii. Perbezaan harga barang antara sektor
Secara relatif harga barang pertanian lebih rendah berbanding harga barang di sektor
pembuatan kerana kurang nilai tambah berbanding harga barang sektor pembuatan
Maka upah dibayar lebih tinggi di sektor pembuatan

14(a) Berikan maksud upah wang/upah nominal dan upah benar.[2] [2014]

Upah wang ialah bayaran kpd buruh dlm bentuk wang kerana sumbangan dalam
proses pengeluaran.

Upah benar ialah kuasa beli upah wang atau kemampuan membayar upah wang untuk
mendapatkan sejumlah barangan.

8

(b) Dengan menggunakan contoh, tunjukkan bagaimana upah benar dihitung[4]

Tahun Upah wang Indeks harga

2010 RM 5000 100

2012 RM 5000 125

Upah benar th 2012 = IHt0
--------------- X UW
IHt1

= 100
------- x 5000 = RM4000

125

15(a) Berikan maksud upah minimum dan mengapakah kadar upah minimum
diperlukan? [2]

Upah minimum ialah bayaran atau gaji terendah bulanan atau harian yang diterima
oleh seorang pekerja dibayar oleh majikan.

Upah minimum diperlukan kerana:
- dapat memenuhi keperluan asas kehidupan
-dapat melepasi pendapatan garis kemiskinan

(b) Terangkan sebab upah minimum berbeza mengikut [4] [U2014]
i. wilayah
ii. sektor ekonomi

i. Perbezaan kos sara hidup
Semenanjung lebih tinggi kos sara hidup berbanding Sabah dan Sarawak

@ di bandar lebih tinggi berbanding luar bandar

ii. a. Perbezaan produktiviti
Sektor industri/pembuatan produktiviti tinggi jadi mampu bayar upah lebih
tinggi berbanding sektor utama

b. Perbezaan keanjalan penawaran
Sektor industri lebih anjal penawaran berbanding sektor utama iaitu
pengeluaran dapat ditingkatkan dgn segera jika berlaku kenaikan
harga/permintaan meningkat

9

BAB 2 INFLASI DAN KOS SARA HIDUP

1 ( a) Apakah maksud indeks harga pengguna dan inflasi dan apakah hubungan antara

kedua-duanya? [3] [2013]

Indeks harga pengguna ialah petunjuk perubahan purata harga barang dan

perkhidmatan pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun asas.

Inflasi ialah kenaikan dalam tingkat harga umum secara menyeluruh dan berterusan

dalam ekonomi

Hubungan antara kedua-duanya ialah:

IHP berhubung secara positif dgn kadar inflasi. IHP semakin tinggi maka kadar inflasi

semakin tinggi.

--------------------------------------------------
# Maksud kadar inflasi – ukuran peratus perubahan tingkat harga umum tahun semasa

berbanding dgn tahun sebelumnya
Rumus kadar inflasi = IHPt1 – IHPt0

------------------- x 100

IHPt0

(b) Nyatakan tiga kepentingan/kegunaan indeks harga pengguna dan inflasi/kadar

inflasi [3] [2013]

i. Mengukur nilai wang benar

Semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi, maka nilai wang semakin jatuh

ii. Menentukan kos sara hidup

Semakin tinggi IHP semakin tinggi kadar inflasi maka semakin tinggi kos sara hidup

iii. Menentukan nilai pendapatan /upah benar

Semakin tinggi IHP semakin tinggi kadar inflasi maka semakin rendah upah benar

iv. Mengukur taraf hidup

Semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi maka semakin rendah taraf hidup

iv. Membantu kerajaan menggubal dasar spt dasar fiskal dan dasar kewangan

untuk mengawal inflasi.

10

2. Terangkan tiga sebab mengapa inflasi berlaku. [6]
i. Permintaan agregat (AD) melebihi penawaran agregat (AS)

Kenaikan AD akibat kenaikan perbelanjaan kerajaan dan pertambahan bekalan wang.
Jika AS tidak dapat ditambah spt dalam ekonomi yang telah mencapai gunatenaga
penuh maka harga barang akan naik.
ii. Kenaikan harga faktor pengeluaran
Harga faktor pengeluaran spt bahan mentah akan meningkat apabila sukar didapati dan
kuantiti berkurangan.
Maka kos pengeluaran firma meningkat dan mendorong firma menaikkan harga
barang.
iii. Harga barang import meningkat
Apabila barang import dibeli dgn harga yg lebih tinggi maka harga barang tersebut
dalam negara tempatan akan dinaikkan.
3. Terangkan tiga jenis inflasi yang berlaku di Malaysia. [6] [U2014]
i. Inflasi tarikan permintaan
Kenaikan tingkat harga umum apabila berlaku lebihan permintaan agregat berbanding
penawaran agregat .
ii. Inflasi tolakan kos
Kenaikan tingkat harga umum akibat kenaikan kos pengeluaran . Cth upah buruh
meningkat
iii. Inflasi diimport
Kenaikan harga barang yang diimport @ negara luar yang mengalami masalah inflasi
yg menyebabkan barang import dijual dgn harga yg lebih mahal

4. (a) Jelaskan dua faktor yang menyebabkan inflasi tolakan kos dan dua faktor yang

menyebabkan inflasi diimport berlaku. [4] [U2013]

Faktor/punca inflasi tolakan kos

a. Kenaikan kos bahan mentah

Maka kos pengeluaran naik, penawaran agregat jatuh, harga naik

b. Kenaikan upah buruh

Maka kos pengeluaran naik, penawaran agregat jatuh, harga naik

Faktor/punca inflasi diimport

a. Kenaikan harga barang import / berlaku inflasi di negara pengeksport

11

maka barang dijual dalam negara dengan harga yang lebih mahal
b. Kenaikan nilai matawang asing, maka harga barang import semakin mahal
**Faktor Inflasi tarikan permintaan:
a. Pertambahan perbelanjaan agregat cth pertambahan perbelanjaan

penggunaan, permintaan agregat meningkat, harga meningkat
b. Pertambahan bekalan wang

Permintaan agregat meningkat, harga meningkat

(b) Kadar inflasi antara 2 hingga 3 peratus adalah baik kpd pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara. Jelaskan. [2] [U2013]
i. Dapat menggalakkan peningkatan komponen perbelanjaan agregat spt

perbelanjaan penggunaan dan pelaburan. Maka keluaran meningkat,
pertumbuhan ekonomi meningkat.
ii. Firma meningkatkan pelaburan kerana dapat lebih untung kerana harga barang
naik. Maka pertumbuhan ekonomi meningkat

5. Jelaskan tiga kesan inflasi terhadap ekonomi. [6]

1. Kos sara hidup meningkat
Ini kerana harga barang meningkat. Maka perbelanjaan utk membeli barang
meningkat.

2. Taraf hidup jatuh
Inflasi menyebabkan pendapatan benar jatuh, kemampuan berbelanja jatuh. Maka
taraf hidup jatuh.

3. Pertumbuhan ekonomi
Inflasi yg sederhana menyebabkan pelaburan firma bertambah, kegiatan ekonomi
berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat.
Sebaliknya jika inflasi yg tinggi/ melampau akan meningkatkan harga faktor
pengeluaran, kos pengeluaran meningkat ,pengeluaran berkurang. Maka
pertumbuhan ekonomi terjejas.

6. Jelaskan bagaimana inflasi mempengaruhi aspek berikut: [2]
a) Taraf hidup. [4]
b) Golongan masyarakat.

a) Taraf hidup merosot

12

Ini kerana kuasa beli masyarakat menurun kerana nilai wang jatuh. di mana
dengan jumlah wang/pendapatan yang sama, jumlah barang yg dapat dibeli
berkurang.

b) i. Golongan berpendapatan tetap spt pekerja bergaji tetap dan pesara.
Rugi semasa inflasi kerana pendapatan benar merosot.
Dengan pendapatan wang yang sama,semakin kurang kuantiti barang yang boleh

dibeli

ii. Golongan peniaga dan pemilik aset tetap
Untung kerana pendapatan benar meningkat ekoran

pendapatan wang bertambah lebih cepat kerana kenaikan harga barang dan nilai asset
tetap.

iii. Penghutang
Untung kerana kerana membayar hutang pinjaman pada kadar bunga benar yang
lebih rendah kerana kadar faedah pinjaman bank tetap

iv. Pemiutang
Rugi kerana nilai benar hutang yang diterima merosot

7. Huraikan kesan inflasi ke atas [2] (2014)
(a) Pertumbuhan ekonomi negara [2]
(b) Golongan penghutang [2]
(c) Golongan pesara

(a) Pertumbuhan ekonomi negara

Inflasi yg sederhana menyebabkan pelaburan firma bertambah maka kegiatan
ekonomi berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat.

Sebaliknya jika inflasi yg tinggi/ melampau akan meningkatkan harga faktor
pengeluaran maka kos pengeluaran meningkat pengeluaran berkurang. Maka
pertumbuhan ekonomi terjejas.

(b) Golongan penghutang
Untung kerana kerana membayar hutang pinjaman pada kadar bunga benar yang
lebih rendah kerana kadar faedah pinjaman bank tetap

(b) . Golongan pesara.
Rugi semasa inflasi kerana pendapatan benar merosot.
Dengan pendapatan wang yang sama,semakin kurang kuantiti barang yang boleh

dibeli

13

8. Jelaskan tiga langkah/dasar kerajaan untuk mengawal inflasi / mengurangkan

harga barang /tingkat harga umum [6] [2015 – dasar kawalan harga

- dasar fiskal]

1. Dasar kewangan menguncup
Bank Pusat mengurangkan bekalan wang. Maka kadar bunga naik, pelaburan
berkurang dan AD jatuh. Maka harga barang jatuh.

2. Dasar Fiskal menguncup
Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai.
Maka AD jatuh dan harga barang akan jatuh.

3. Dasar pendapatan
Dasar kerajaan mengawal pendapatan terutama buruh.
Cth, dasar upah maksimum iaitu tingkat upah paling tinggi yg boleh dituntut oleh
kesatuan sekerja.

4. Kawalan harga
Kawalan harga terhadap barang tertentu terutama barang keperluan seperti ayam
iaitu dasar harga maksimum iaitu harga yg lebih rendah drp harga pasaran.

9.

Kerajaan telah menurunkan cukai pada satu tahun yg berkenaan. Oleh itu
pendapatan boleh guna rakyat meningkat. Permintaan agregat turut
meningkat. Ini menyebabkan harga umum barang dan perkhidmatan

[U2015]

(a) Berdasarkan situasi di atas, apakah masalah ekonomi yg berlaku? [1]

(b) Berdasarkan jawapan dalam (a), berikan jenisnya. [1]

(c) Berdasarkan jawapan (b), jelaskan dua faktor yg menyebabkan masalah

ekonomi itu berlaku. [4]

(a) Inflasi

(b) Inflasi tarikan permintaan

14

(c) Faktor Inflasi tarikan permintaan:
i. Pertambahan perbelanjaan agregat cth pertambahan perbelanjaan kerajaan
Maka permintaan agregat meningkat, pendapatan negara meningkat, harga
umum meningkat
ii. Pertambahan bekalan wang
Maka kadar bunga turun, pelaburan meningkat, permintaan agregat
meningkat, harga umum meningkat
iii. Penurunan cukai

Maka pendapatan boleh guna meningkat, penggunaan meningkat, AD
meningkat, harga umum meningkat

10. Terangkan tiga kesan negatif inflasi terhadap ekonomi isi rumah. [6]
[2016]

(a) Kuasa beli pengguna merosot
Nilai wang jatuh di mana dengan jumlah wang yg sama semakin sedikit barang yg
diperoleh / terpaksa berbelanja lebih utk mendapatkan kuantiti barang yg sama

(b) Kos sara hidup meningkat
Ini kerana harga barang meningkat. Maka perbelanjaan utk mendapat barang dan
perkhidmatan meningkat.

(c) Taraf hidup jatuh
Inflasi menyebabkan pendapatan benar jatuh, kemampuan berbelanja jatuh. Maka
taraf hidup jatuh.

(d) Tabungan berkurang
Inflasi mengurangkan pulangan benar tabungan / perbelanjaan semasa meningkat

maka isirumah mengurangkan tabungan

11. (a) Jelaskan faktor kenaikan kadar inflasi semasa ekonomi mencapai guna
tenaga penuh (2m)

Kadar inflasi meningkat disebabkan peningkatan permintaan agregat dlm negara
sedangkan penawaran agregat tidak berubah krn guna tenaga penuh. Ini menyebabkan
kenaikan harga barang secara keseluruhan.

15

(b) Nyatakan empat kesan negatif inflasi kpd negara [4] [2013]

Empat kesan negatif:

i. Kos sara hidup meningkat
ii. Tanggungan hutang luar negara meningkat
iii. Imbangan dagangan/pembayaran merosot
iv. Nilai tabungan benar berkurang
v. Pertumbuhan ekonomi negara terjejas jika inflasi melampau
vi. Nilai wang jatuh/kuasa beli jatuh

12.
Satu daripada dasar yg dilaksanakan oleh kerajaan untuk
menstabilkan ekonomi ialah mengubah perbelanjaan kerajaan
dan pencukaian.

(a) (i) Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan dasar kerajaan tersebut. [1]

Dasar fiskal @ dasar belanjawan

(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (a) (i) jelaskan bagaimana dasar
tersebut boleh digunakan utk mengawal inflasi. [4]

Melaksanakan dasar fiskal menguncup/dasar belanjawan lebihan iaitu
dengan kurangkan perbelanjaan kerajaan(G)/menningkatkan cukai(T)/kurangkan G
dan naikkan T serentak.

Maka perbelanjaan agregat/permintaan agregat jatuh, keluaran jatuh,
hargapun jatuh dan inflasi dapat dikawal.

(b) Nyatakan satu kesan buruk inflasi kpd ekonomi [1]

i. Kos sara hidup meningkat
ii. Tabungan menurun
iii. Meburukkan imbangan dagangan/pembayaran/ak semasa

# Lain2 kesan negatif

16

13. (a) Apakah maksud kos sara hidup? [2]

Kos sara hidup ialah perbelanjaan yang diperlukan untuk seseorang individu untuk
memenuhi keperluan asas bagi meneruskan kehidupan seharian.

(b) Beri maksud taraf hidup?Terangkan perkaitan antara kos sara hidup dengan
taraf hidup. [4]

Taraf hidup ialah sejauh manakah mudahnya seseorang dapat memenuhi keperluan
kehidupan.

Perkaitan antara kos sara hidup dgn taraf hidup adalah negatif .

Apabila kos sara hidup tinggi maka taraf hidup merosot kerana perbelanjaan untuk
memenuhi keperluan asas semakin mahal.

Sebaliknya apabila kos sara hidup rendah maka taraf hidup meningkat kerana
perbelanjaan untuk mendapatkan keperluan asas semakin murah.

14(a) Apakah maksud belanjawan negara? [2]

Belanjawan negara ialah satu rancangan tentang anggaran hasil dan perbelanjaan
kerajaan bagi suatu tahun tertentu.

(b) Jelaskan tiga jenis/keadaan belanjawan negara. [4]

i. Belanjawan lebihan
Belanjawan lebihan ialah keadaan belanjawan di mana hasil kerajaan melebihi jumlah
perbelanjaan kerajaan.

ii. Belanjawan kurangan/defisit
Belanjawan kurangan ialah keadaan belanjawan di mana jumlah perbelanjaan kerajaan
melebihi hasil kerajaan.

iii. Belanjawan terimbang
Belanjawan terimbang ialah keadaan belanjawan di mana hasil kerajaan menyamai
jumlah perbelanjaan kerajaan.

15. Terangkan tiga kesan negatif dasar belanjawan kurangan/defisit kepada negara.
[6] [U2014]

17

i. Peningkatan beban hutang kerajaan persekutuan.
Ini kerana perbelanjaan melebihi hasil maka negara perlu berhutang

ii. Peningkatan harga umum/inflasi
Permintaan agregat meningkat maka tingkat harga umum meningkat

iii. Penurunan nilai mata wang tempatan
Aliran keluar wang yg semakin meningkat maka nila mata wang menurun

16 (a) Beri maksud belanjawan kurangan. Nyatakan dua sebab kerajaan
mengamalkan belanjawan kurangan. [3]

(b) Terangkan cara kerajaan membiayai belanjawan kurangan. [3]
(a) Belanjawan kurangan ialah keadaan belanjawan di mana jumlah perbelanjaan
kerajaan melebihi hasil kerajaan.

Belanjawan kurangan diamalkan kerana:
i. Memulihkan ekonomi drp kemelesetan
ii. Menjana pertumbuhan ekonomi dgn meningkatkan perbelanjaan agregat
(b) i. Pinjaman dalam negeri
Drp institusi kewangan atau individu dalam negara ,cth KWSP, BSN melalui
penjualan bil perbendaharaan dan sekuriti kerajaan
ii. Pinjaman luar negeri
Drp institusi kewangan antarabangsa spt Bank Dunia, cth melalui pinjaman projek dan
penjualan sekuriti kerajaan di pasaran kewangan antarabangsa.
#Sumber hutang negara – i , ii dan iii Menjual aset kerajaan spt bangunan

18

BAB 3 PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN IMBANGAN PEMBAYARAN

1.(a) Terangkan maksud ekonomi terbuka dan keterbukaan ekonomi. (2)

Maksud ekonomi terbuka ialah ekonomi yang menjalankan perdagangan antarabangsa yang
melibatkan aktiviti eksport dan import.
Keterbukaan ekonomi ialah ukuran sejauh mana sesebuah negara menjalankan perdagangan
antarabangsa.
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan secara ringkas bagaimana darjah

keterbukaan sesebuah ekonomi diukur. (4)
Darjah keterbukaan sesebuah ekonomi dapat diukur berdasarkan nisbah
eksport kepada KDNK atau nisbah eksport dan import kepada KDNK
Contoh
KDNK negara ialah RM800 000 juta dan nilai eksportnya ialah RM600 000 juta.
Maka,
nisbah eksport kepada KDNK = 600 000
----------- x 100
800 000
= 0.75
Nisbah eksport kepada KDNK melebihi 0.5 bermakna negara tersebut mempunyai
darjah keterbukaan ekonomi yang tinggi.

2. Huraikan tiga kesan positif perdagangan antarabangsa kpd pengguna domestik .
[2016] @ kpd sesebuah negara

i. Menikmati barangan yang tidak dikeluarkan dalam negara
Perbezaan iklim, sumber semulajadi @ jenis tanah akan menyebabkan barang yg
dikeluarkan berbeza. Barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara
dapat diimport .

ii. Memperoleh barang dengan harga yg lebih murah
19

Ini kerana pengkhususan dalam pengeluaran barang tertentu oleh sesebuah negara,
menyebabkan kos pengeluaran lebih rendah. Maka barang import menjadi lebih
murah
iii. Meningkatkan pilihan pengguna
Perdagangan antarabangsa dapat memenuhi cita rasa penduduk yang
pelbagai/bertambah.
Pengguna dapat memilih barang tempatan atau barang import

iv. Meningkatkan guna tenaga / peluang pekerjaan
Aktiviti perdagangan antarabangsa akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
kpd buruh tempatan. Cth di sektor perhotelan dan pengangkutan

3. Jelaskan tiga kesan negatif perdagangan antarabangsa kpd ekonomi negara [6]
(a) Persaingan kpd industri muda

Ini boleh menjejaskan perkembangan industri muda tempatan yang sukar utk bersaing dr
segi kos dan kecekapan
(b) Memburukkan imbangan pembayaran

Jika nilai import negara melebihi nilai eksport, maka imbangan pembayaran merosot
(c) Terdedah kpd kitaran perniagaan antarabangsa

Jika ekonomi negara luar mengalami kemelesetan, maka pertumbuhan ekonomi negara
terjejas kerana permintaan utk barang eksport merosot
(d) Masalah lambakan
Tindakan firma asing menjual keluaran mereka pada harga yang lebih murah untuk
menguasai pasaran sesebuah negara .
Kesannya, menjejaskan firma tempatan kerana permintaan utk barang tempatan berkurang

4. (a) Beri maksud liberalisasi perdagangan. [2]

20

Liberalisasi perdagangan ialah mengurangkan atau menghapuskan alat-alat sekatan
perdagangan antarabangsa bagi memudahkan aliran barang, perkhidmatan dan sumber antara
negara.

(b) Jelaskan dua kesan positif liberalisasi perdagangan terhadap ekonomi. [4]

i. Memudahkan pergerakan barang, perkhidmatan dan sumber antara negara.
Ini mendorong kepada peningkatan kecekapan dan pengurangan kos.

ii. Menempatkan sumber dilokasi yang sesuai.
Sebuah negara yg memiliki sumber atau faktor pengeluaran akan mencari lokasi
terbaik untuk menempatkan sumber supaya memperoleh pulangan yg maksimum.

5. (a) Beri maksud dan tujuan galakan eksport [2]
Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan eksport negara di

pasaran antarabangsa.
Tujuannya untuk mengembangkan sektor eksport negara dan membaiki defisit

imbangan pembayaran.

(b) Terangkan dua bentuk/strategi galakan eksport yang dilaksanakan oleh Malaysia.[4]
[U2013]

i. Pemberian insentif fiskal
Cth pengurangan cukai keuntungan korporat, elaun cukai pelaburan, skim
jaminan eksport

ii. Insentif kewangan
Memberi bantuan modal/pinjaman. Cth EXIM bank yg memberi kemudahan
kredit jangka pendek kpd pengeksport.

iii. Mewujudkan zon perdagangan bebas
Cth zon perdagangan bebas Bayan Lepas.

iv. Infrastruktur fizikal dan institusi
Membuat pameran , latihan dan khidmat nasihat. Cth oleh MIDA, MATRADE

6. (a) Beri maksud dasar perlindungan [2]
Dasar perlindungan ialah dasar untuk mempertahankan dan melindungi produk

keluaran tempatan drp persaingan produk asing/barang import dengan mengenakan pelbagai
sekatan terhadap kemasukan barang import.

(b) Jelaskan dua tujuan dasar perlindungan . [4] [2013]
21

i. Melindungi produk industri tempatan drp persaingan keluaran asing
ii. Meningkatkan daya saing pengeluar tempata
iii. Meningkatkan gunatenaga / mengurangkan pengangguran
iv. Melindungi industri strategik

v. Membaiki imbangan pembayaran defisit

7. Terangkan tiga alat dasar perlindungan / sekatan terhadap barang import / sekatan
dalam perdagangan antarabangsa. [6]

i. Tarif import
Cukai ke atas barang import
Harga barang import secara relatif akan menjadi lebih mahal drp barang tempatan
Maka import berkurang

ii. Kuota import
Menghadkan kuantiti barang yang boleh dimport maka kuantiti impot terhad

iii. Kawalan pertukaran asing
Menghadkan pembelian mata wang asing oleh pengimport tempatan
Penawaran barang import menjadi terhad.

8. Bagaimanakah tarif dan subsidi eksport dapat memperbaiki imbangan pembayaran
negara. [4] [2013]

Tarif ialah cukai ke atas barang import
Harga barang import secara relatif akan menjadi lebih mahal drp barang tempatan
maka import berkurang, eksport bersih meningkat. Imbangan pembayaran dapat diperbaiki.

Subsidi iaitu pembayaran yg diberi kpd pengeluar domestik yg mengeluarkan barang
eksport utk menggalakkan eksport.

Harga barang eksport lebih murah krn kos pengeluaran berkurang
Maka eksport bersih meningkat. Imbangan pembayaran dapat diperbaiki.

9. Terangkan dasar-dasar perdagangan antarabangsa yg berikut dan berikan satu
contoh bagi setiap dasar tersebut.

(a) Dasar perlindungan [3]
(b) Galakan eksport [3]

(a) Dasar perlindungan ialah dasar untuk mempertahankan dan melindungi produk
keluaran tempatan drp persaingan produk asing.

Sekatan ini akan mengurangkan penawaran barang import. Ini akan menggalakkan
penawaran barang tempatan. Cth, tarif dan kuota.

22

(b) Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan eksport negara di
pasaran antarabangsa.

Tujuannya untuk mengembangkan sektor eksport negara dan membaiki defisit
imbangan pembayaran. Cth, program latihan industri, skim pembiayaan semula kredit
eksport.

10. Terangkan tiga dasar perdagangan yg menyebabkan keterbukaan ekonomi negara
semakin tinggi. [6] [2017]

(i) Liberalisasi perdagangan

Liberalisasi perdagangan ialah mengurangkan atau menghapuskan alat-alat sekatan
perdagangan antarabangsa bagi memudahkan aliran barang, perkhidmatan dan sumber antara
negara.

Cth meliberalisasikan sektor perkhidmatan spt pelancongan. Aktiviti perdagangan
antarabangsa meningkat maka keterbukaan ekonomi negara meningkat

(ii) Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA)

Tujuan AFTA ialah utk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dgn melaksanakan
perdagangan bebas dgn menguragkan / menghapuskan tarif.
Kesannya aktiviti eksport dan import antara negara ASEAN meningkat, maka
keterbukaan ekonomi negara meningkat

(iii) Galakan eksport

Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan eksport negara di
pasaran antarabangsa.

Kesannya eksport negara meningkat, perdagangan antarabangsa meningkat dan ini
meningkatkan keterbukaan ekonomi negara. Cth, program latihan industri, skim
pembiayaan semula kredit eksport.

11. Terangkan tiga akaun /komponen dalam akaun semasa di Malaysia. [6] [U2015]

i. Akaun Dagangan
Merekodkan nilai eksport barangan dan nilai import barangan

ii. Akaun Perkhidmatan
Merekodkan nilai eksport perkhidmatan dan nilai import perkhidmatan.

iii. Akaun Pendapatan

23

Merekodkan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran pendapatan pelaburan /
pampasan pekerja.

iv. Pindahan semasa
Merekodkan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran bayaran pindahan seperti
bantuan kewangan / kiriman wang oleh pihak swasta dan kerajaan.

12. Huraikan tiga faktor yg mempengaruhi imbangan akaun semasa di Malaysia. [6]
[2013]

1. Harga barang tempatan dan barang import
Jika harga brg tempatan naik, harga eksport naik, eksport jatuh. Manakala hg import
secara relatif lebih murah, import meningkat.
Imbangan dagangan merosot, akaun semasa terjejas

2. Kadar pertukaran asing
Jika kadar pertukaran asing meningkat maka eksport naik dan import jatuh, akaun
semasa semakin baik

3. Pendapatan pengguna dalam negara dan luar negara
Jika pendapatan pengguna dlm negara naik maka import meningkat, akaun
dagangan/perkhidmatan merosot. Akaun semasa merosot.

4. Dasar kerajaan terhadap perdagangan antarabangsa
Jika kerajaan menggalakkan eksport dan mengawal import, eksport naik import jatuh.
akaun dagangan/perkhidmatan meningkat. Akaun semasa semakin baik.

13. Jelaskan tiga langkah untuk memperbaiki imbangan perkhidmatan defisit Malaysia.
[6]

i. Menggalakkan pelancongan dalam negara
Kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan dalam negara kpd rakyat tempatan dan
luar negara. Cth kempen tahun melawat Malaysia.

ii. Menggalakkan penggunaan pengangkutan tempatan
Memberi kemudahan menarik untuk menggalakkan pengeksport dan pengimport
menggunakan pengangkutan tempatan spt mengunakan kapal terbang MAS dan kapal kargo
MISC.

iii. Menggalakkan pengeksport dan pengimport mengambil perlindungan insurans tempatan.
Ini dapat mengelakkan aliran wang keluar akibat pengambilan insuran asing.

24

14. (a) Apakah maksud kadar pertukaran asing? [2]

(b) Bezakan sistem kadar pertukaran asing boleh ubah dan sistem kadar pertukaran

tetap. [4] [2014]

(a) Kadar pertukaran asing ialah nilai mata wang di sesebuah negara yang dinyatakan
dalam sebutan mata wang asing. Contoh, RM3.50 = US$1.00

(b) Sistem kadar pertukaran asing boleh ubah ialah kadar pertukaran asing ditentukan oleh
kuasa pasaran iaitu apabila permintaan mata wang asing =penawaran matawang asing.
Lebihan matawang asing akan meningkatkan harga matawang asing/menurunkan nilai
matawang tempatan. Cth kerajaan menetapkan nilai matawang tempatan kpd
matawang asing yg lebih tinggi @ lebih rendah dr kadar pertukaran pasaran.

Manakala sistem kadar pertukaran tetap ialah kadar pertukaran asing yg ditentukan
oleh kerajaan. Cth kerajaan menetapkan nilai matawang tempatan kpd matawang asing
yg lebih tinggi @ lebih rendah dr kadar pertukaran pasaran.

15. Terangkan kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (kenaikan kadar pertukaran
asing) terhadap:

(a) Imbangan dagangan /imbangan pembayaran [2]

(b) Aliran masuk modal / pelaburan asing [2]

(c) Hutang negara [2]

(a) Imbangan dagangan bertambah baik
Apabila RM jatuh nilai maka harga eksport secara relatif lebih murah dan harga
import lebih mahal. Kesannya eksport naik dan import jatuh

(b) Aliran masuk modal asing meningkat
Apabila RM jatuh nilai, maka kos pelaburan di Malaysia berkurang, pelabur asing
meningkatkan pelaburan

(c) Hutang negara menjadi semakin tinggi
Apabila RM jatuh nilai maka nilai hutang sektor swasta dan awam meningkat kerana
pembayaran hutang berdasarkan kadar pertukaran semasa.

# [U2014] kesan kenaikan nilai RM (kejatuhan kadar pertukaran
asing...terbalikkan jawapan di atas

# Nyatakan dua kesan kenaikan kadar pertukaran asing terhadap ekonomi. [2] [2014]

25

i. Meningkatkan daya saing eksport negara kerana harga ekspot jatuh
ii. Menggalakkan aliran masuk modal asing/pelaburan asing
iii. Memperbaiki imbangan dagangan/pembayaran

BAB 4 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

1 (a) Jelaskan maksud perniagaan perkongsian. [2]

(b) Terangkan dua perbezaan antara pemilikan tunggal dengan perkongsian.
[4]

(a) Perkongsian adalah satu unit perniagaan yang dimiliki oleh dua orang rakan
kongsi atau lebih (tidak melebihi 20 orang) dengan matlamat mendapatkan keuntungan.

(b) Perbezaan antara pemilikan tunggal dan perkongsian
i) Pemilikan tunggal dimiliki oleh seorang individu manakala perkongsian
dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang tetapi tidak melebihi 20
orang.
ii) Pemilikan tunggal dikawal dan diuruskan oleh pemilik sendiri manakala
perkongsian dikawal oleh penyumbang modal dan diuruskan oleh rakan
kongsi aktif
iii) Modal pemilikan tunggal adalah disumbang oleh pemilik sendiri sama
daripada tabungan atau pinjaman keluarga, manakala modal perkongsian
disumbang oleh rakan kongsi.

2 Jelaskan perbezaan syarikat sendirian berhad dgn syarikat awam bhd dari aspek
berikut: [2014]

(a) Bilangan ahli [2]

(b) Pemilikan saham [2]

(c) Pindah hak milik saham [2]

(a) Bilangan ahli sykt sdn bhd (SSB) ialah 2-50 orang manakala sykt awam bhd (SAB)
ialah 2 – tiada had maksimum

(b) Pemilikan saham bagi SSB terhad kpd individu tetentu manakala bagi SAB terbuka
kpd orang ramai

26

(c) Pindah hak milik saham bagi SSB ialah tidak boleh dipindahmilik tanpa persetujuan
drp pemegang saham yg lain. Manakala bagi SAB saham bebas dipindah milik
melalui broker saham

3 Jelaskan unit perniagaan berikut dari aspek milikan (pemilikan) dan modal [2016]

(a) Pemilikan tunggal [2]

(b) Syarikat sendirian berhad [2]

(c) Syarikat awam berhad [2]

(a) Milikan – dimiliki seorang individu
Modal – diperoleh dari simpanan pemilik sendiri / pinjaman bank

(b) Milikan – dimiliki 2-50 orang/ahli (pemegang saham)
Modal – Disumbangkan oleh ahli /pemegang saham melalui penerbitan saham/pinjaman

bank

(c) Milikan – minimum 2 orang pemegang saham dan tiada had maksimum
Modal - diperoleh melalui terbitan saham dan bon atau terbitan debentur

4 (a) Berikan maksud /takrif perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor

pembuatan dari aspek berikut. [2017]

i. Nilai jualan tahunan [1]

ii. Bilangan pekerja [1]

(b) Nyatakan dua agensi kerajaan yg mebantu usahawan PKS dari aspek berikut:

i. memberikan pembiayaan @ pinjaman modal [2]

ii. Memberikan khidmat nasihat perniagaan [2]
(a) i. Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta

ii. Bilangan pekerja tidak melebihi 200 orang

# Takrif PKS bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain ialah firma yg mempunyai
nilai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa
tidak melebihi 75 orang

(b) i. Bank Perusahaan Kecil Sederhana (SME Bank), Agro bank, Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Bank Simpanan Nasional

27

ii. Bank Perusahaan Kecil Sederhana (SME Bank), Agro bank, Majlis Amanah Rakyat,
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

5 Jelaskan secara ringkas tiga ciri PKS. [6]

i. Organisasi

PKS ialah perusahaan berskala kecil. Jadi organisasinya kuarng formal, kurang
birokratik dan mudah ditubuhkan.

ii. Berintensifkan buruh

Buruh biasanya kurang mahir dan mempunyai pendidikan formal yg rendah.

iii. Modal kecil

Modal kecil kerana sukar mendapat pinjaman drp bank. Modal biasanya dari tabungan
sendiri atau disumbang oleh rakan kongsi.

6 Terangkan tiga masalah yang dihadapi oleh PKS [6] [U2013] [U2015]

a) Masalah pemasaran

Keluaran PKS kurang berdaya saing dari segi harga dan kualiti, maka tidak mampu
bersaing dgn sykt besar

Rantaian saluran pemasaran yang tidak cekap.

Akses pasaran yg terhad . Saiz pasaran kecil kerana kurang promosi

b) Masalah mendapatkan bahan mentah

Tidak mampu membeli secara pukal maka harga bahan mentah mahal .

Sukar mendapatkan bahan mentah secara berterusan kerana tempat simpanan terhad

Sukar untuk mendapatkan bahan mentah secara kredit

c) Masalah teknologi

Kaedah pengeluaran secara tradisional yang berintensifkan buruh maka daya
pengeluaran rendah

Tidak mampu beli alatan moden kerana kewangan terhad.

Tiada kemahiran mengendalikan mesin yang canggih kerana kurang pendidikan.

d) Masalah kekurangan modal dan pembiayaan

Sukar untuk dapat pinjaman kerana tiada aset utk dijadikan cagaran dan sukar utk

meyakinkan institusi kewangan

28

7. Terangkan tiga sumbangan PKS terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara.
[6] [U2013]
i. menyediakan platform kpd pembentukan masyarakat perdagangan dan perniagaan
bumiputera. Ini melahirkan ramai usahawan.

ii. membangunkan industri desa di luar bandar terutama berkaitan aktiviti pemprosesan
keluaran. Ini meningkatkan nilai ditambah
iii. Menyediakan peluang pekerjaan. Ini meningkatkan guna tenaga dan mengurangkan

pengangguran
iv. Mengurangkan penggantungan kpd barangan import

8. Jelaskan dua peranan agensi kerajaan berikut yang membantu PKS. [U2014]

(a) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
i. Menyediakan latihan
ii. Menggalak dan menyelaraskan pembangunan PKS
iii. Memberi khidmat nasihat spt teknologi

(b) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
i. Menyediakan prasaran/ tempat utk memasarkan barang spt pasar borong dan pasar
tani
ii. Menyediakan maklumat pemasaran spt harga barang, penjenamaan
iii. Membantu dalam pemasaran dan pemprosesan produk pertanian

(c) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
i. Membuat penyelidikan utk membantu pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan

PKS, perladangan campuran
ii. Pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan khidmat nasihat
iii. Perkhidmatan kepakaran dalam bidang makanan dan industri makanan

(d) Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
i. Mewujudkan rantaian industri yang lebih erat antara PKS dengan syarikat besar dan

multinasional cth Program Rantaian Global
ii. Melaksanakan dan menyelaraskan skim bantuan kewangan untuk PKS melalui

penyediaan pinjaman mudah dan geran
iii. Bekerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa lain untuk membangunkan

PKS melalui program seperti Program Peningkatan Kemahiran untuk pekerja PKS,

29

9. Huraikan tiga cara kerajaan membantu usahawan yang menceburi Perusahaan Kecil

dan Sederhana(PKS) di Malaysia. / Program kerajaan @langkah kerajaan dalam

membantu/memajukan PKS [6] [2013] [2015]

Tiga cara kerajaan dapat membantu usahawan PKS ialah:

i. Program Rantaian Industri (ILP)

- wujudkan sistem vendor / integrasi antara PKS dengan syarikat besar dgn
bekalkanperalatan komponen

- menyediakan pasaran yang terjamin untuk PKS

-Contohnya, POTON,PETRONAS

ii. Program kemudahan infrastruktur

-Kerajaan menyediakan tapak kilang/premis perniagaan yang sesuai untuk PKS.

- Contohnya, disediakan oleh MARA dan UDA.

iii.Program Pembangunan Pemasaran

-Menyediakan kemudahan untuk memasarkan produk PKS. Cth pasar tani, ekspo, pameran
spt dilakukan oleh FAMA dan agensi lain

-Membantu mengeksport barang spt memberi insentif eksport. Cth melalui MATRADE. .

iv. Program pembangunan dan perolehan teknologi

Menggalakkan penggunaan ICT dgn menyediakan kemudahan telekomunikasi dan
maklumat serta teknologi dalam pengeluaran. Cth beri geran untuk beli alatan teknologi

v. Program peningkatan kemahiran

Memberi kursus,latihan dan seminar kpd pengusaha PKS. Cth pengurusan akaun,
kewangan dan latihan dalam pengeluaran

Spt dilakukan oleh MARA, MEDEC.

30

BAB 5 INSTITUSI KEWANGAN

1. (a) Terangkan maksud institusi kewangan. [2]
- Institusi kewangan ialah syarikat yang mengumpulkan wang daripada pendeposit atau

penyimpan kemudian memimjamkan deposit tersebut kepada peminjam untuk mendapatkan
keuntungan.

(b) Huraikan dua peranan institusi kewangan di Malaysia. [4]
Dua peranan institusi kewangan di Malaysia ialah:
i. Pertumbuhan ekonomi
-Kecekapan peruntukan dan penyaluran dana oleh institusi kewangan dapat

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
ii. Kos menjalankan perniagaan.
-Melalui institusi kewangan masalah menemukan pihak yang menyumbangkan dana

dengan pihak yang memerlukan dana serta mempunyai kehendak yang sepadan dapat diatasi.
- dapat menjimatkan kos dan masa menjalankan perniagaan.

2. Huraikan tiga fungsi institusi kewangan di Malaysia. [6] [U2015]

i. Perantara kewangan
- menerima deposit daripada unit yang mempunyai lebihan dana dalam bentuk
tunai,bon, saham dan sebagainya
-Dana ini dipinjamkan kepada unit yang mengalami kekurangan dana
Cth bank perdagangan terima deposit drp orgramai dan beri pinjaman kpd pihak yg
layak

ii. Penyerakan risiko

31

-Institusi kewangan membantu mengurangkan risiko pembiaya dengan menyalurkan
dana yang disumbangkan kepada pelbagai bentuk pinjaman spt pinjaman perniagaan
dan pinjaman individu.
Ini dapat menyerakkan risiko pinjaman.
Cth bank perdagangan beri pinjaman overdraf dan pinjaman individu

iii. Perkongsian risiko
-Institusi kewangan berkongsi risiko dengan pihak pembiaya melalui produk
insurans dan takaful yang ditawarkan.
-Terima dana dlm bentuk premium drp pemegang polisi insuran dan membayar
pampasan sebagai jaminan perlindungan kewangan jika berlaku risiko yg
diinsuranskan.
Cth sykt insuran bayar pampasan kpd pemegang polisi yg alami kemalangan

3. Huraikan tiga peranan institusi kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
[6]

i. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
Institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi . Bekalan wang yang

bertambah akan mengurangkan kadar bunga, meningkatkan pelaburan, keluaran negara dan
guna tenaga.
ii. Menggalakkan pengumpulan modal

Pengumpulan modal dapat dilakukan dengan menggalakkan tabungan oleh unit ekonomi
yg mempunyai lebihan dana. Dana akan dipinjamlan kepada pelabur untuk menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi akan meningkat.
iii. Mengembangkan kemudahan kredit

Pihak pelabur boleh mendapatkan pelbagai bentuk kemudahan kredit yg ditawarkan oleh
institusi kewangan. Ini membolehkan pelaksanaan pelbagai kegiatan ekonomi. Ini
meningkatkan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

4. (a) Huraikan dua peranan bagi setiap institusi kewangan berikut: [2015]

i. institusi perbankan [2]

ii. institusi kewangan bukan perbankan [2]

(b) Berikan satu contoh bagi setiap institusi pada (a) (i) dan (a)(ii) [2]

32

(a) (i) Peranan institusi perbankan
i. Menerima dan menyimpan deposit spt deposit tabungan dan deposit tetap
ii. Memberi pinjaman kpd pihak yg kekurangan dana / perlukan pembiayaan
iii. Membuat dan menerima bayaran bagi pihak pelanggan

(ii) Peranan institusi kewangan bukan perbankan
i. Menerima deposit
ii. Menggalakkan tabungan
iii. Menggalakkan pelaburan

(b) Contoh institusi perbankan – bank perdagangan, bank saudagar
Contoh institusi kewangan bukan perbankan - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Tabung Haji , Sykt insuran

5. Jelaskan tiga masalah mendapatkan kredit/pinjaman oleh peminjam / oleh pengusaha
PKS daripada institusi kewangan. [6] [2016] [U2013]

i. Masalah cagaran
Bank memerlukan cagaran harta @ aset spt tanah untuk mengelakkan risiko jika
peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman. Sebilangan peminjam/ pengusaha PKS
sukar untuk menyediakan cagaran.
ii. Masalah penyediaan kertas kerja
Kertas kerja tentang rancangan perniagaan yg lengkap diperlukan untuk mendapatkan
pinjaman. Kegagalan peminjam / pengusaha PKS menyediakan kertas kerja yg lengkap
menyebabkan gagal untuk mendapatkan pinjaman.
iii. Prosedur memberi kredit
Peminjam/ PKS perlu menyediakan dokumen yg lengkap berkaitan dgn kewangan cth
akaun semasa bagi menyokong jumlah pinjaman yg dipohon. Kegagalan menyediakan
dokumen sokongan menyukarkan utk dapat pinjaman.

iv. Masalah membayar balik kredit
Bank mengenakan syarat bayaran balik kredit yg ketat spt ikut masa tertentu.
Kemampuan membayar balik pinjaman oleh peminjam / pengusaha PKS akan dinilai
oleh bank melalui pemantauan /rekod pembayaran balik.

33

6. Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan [6]
[U2014]
Perbezaan antara bank perdagangan (BP) dengan syarikat kewangan:

i. Deposit
BP menerima deposit tetap, deposit semasa dan deposit tabungan drp orang ramai dan
firma.
Manakala SK menerima deposit tetap dan deposit tabungan drp orang ramai dan firma.
ii. Pinjaman
BP memberi pinjaman overdraf tetapi SK tidak memberi pinjaman overdraf
iii. Perkhidmatan lain
BP menyediakan perkhidmatan spt mendiskaunkan bil pertukaran, jual beli pertukaran
asing, perintah sedia ada, pindahan kredit, draf bank, debit langsung dan cek kembara.
Manakala SK tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.

6. Huraikan tiga fungsi utama bank perdagangan. [6]
i. Menerima deposit
Deposit diterima daripada orang ramai. Deposit ada tiga jenis iaitu deposit tabungan, deposit
tetap dan deposit semasa.
ii. Memberi pinjaman
Pinjaman diberi melalui overdraf, pinjaman bercagar, kad kredit dan mendiskaunkan bil
pertukaran.
iii. Membuat dan menerima bayaran bagi pihak pelanggan yg menggunakan cek.
Bank perdagangan akan membayar kepada penerima cek dan menerima bayaran dalam bentuk
cek untuk pelanggannya.

7. (a) (i) Nyatakan dua jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan [2]

(ii) Senaraikan dua agensi pemberi kredit selain bank perdagangan [2]

(b) Mengapakah cagaran boleh menjadi satu masalah kepada peminjam untuk

mendapatkan kredit? [2017]

(a) (i) Pinjaman yang ditawarkan bank perdagangan:

i. Pinjaman bercagar /jangka panjang

ii. Pinjaman peribadi

iii. Overdraf

34

iv. Kad kredit
v. Sewa beli
(ii) Agensi pemberi kredit selain bank perdagangan:
i. Syarikat kewangan
ii. Koperasi
iii. Pajak gadai
iv. Amanah Ikhtiar Malaysia
(b) Masalah cagaran iaitu berkaitan dengan peminjam yang tidak dapat menyediakan
cagaran spt aset tetap kpd pihak bank atau nilai cagaran rendah drp jumlah yg dipohon.

8. Huraikan secara ringkas tiga agensi pemberi kredit di Malaysia. [6]

i. Bank perdagangan

Fungsi utama menerima deposit dan memberi pinjaman kepada pelanggan spt melalui
overdraf dan pinjaman bercagar. Cth – CIMB Bank.

ii.Syarikat kewangan

Fungsi utama menerima tabungan drp orang ramai dan menyediakan kemudahan
kredit spt dalam bentuk sewa beli, pembiayaan pajakan . Cth – Public Finance Bhd

iii. Syarikat insurans

Memberi perlindungan kpd orangramai drp risiko yg diinsuranskan di mana pelanggan

membayar sejumlah premium kpd syarikat insurans. Syarikat akan membayar gantirugi @

pampasan jika risiko berlaku.

9. Jelaskan secara ringkas institusi kewangan berikut : [6]

a) Syarikat kewangan

- ditubuhkan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989.

- fungsi :menerima deposit tetap dan deposit tabungan daripada orang ramai
menyediakan kemudahan pinjaman dan menguruskan aktiviti pelaburan syarikat
saham dan hartanah.

b) Pasaran wang

- Menyediakan peluang pelaburan untuk mereka yang mempunyai lebihan dana dan
menyediakan sumber kewangan untuk mereka yang memerlukan dana.

- Aset kewangan yang diurusniagakan dalam pasaran wang termasuk wang panggilan,
bon, bil perbendaharaan dan sekuriti kerajaan.

35

c) Syarikat insurans

- Ditubuhkan di bawah Akta Insurans 1963.

- Mengumpulkan dana daripada pembeli polisi insurans dengan memberi jaminan
perlindungan daripada risiko seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan.

-Sebagai balasan, pembeli polisi insurans perlu membayar premium dalam jumlah
tertentu kepada syarikat insurans.

10 (a)Terangkan maksud perantara kewangan. [2]

Perantara kewangan ialah peranan institusi kewangan yang meyalurkan dana atau

tabungan daripada unit yang mempunyai lebihan dana kepada unit yang mengalami

kekurangan dana.

(b) Jelaskan dua peranan bank perdagangan sebagai perantara kewangan.[4]

Peranan bank perdagangan sebagai perantara kewangan ialah:

i. Bank perdagangan menerima deposit seperti deposit semasa, deposit
tabungan dan deposit tetap daripada unit yang mempunyai lebihan dana
dan meminjamkan deposit itu kepada unit yang mengalami kekurangan
dana.

ii. Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf kepada pemegang
deposit semasa.

iii. Bank perdagangan melaburkan dananya dalam bentuk saham, sekuriti
kerajaan dan bil perbendaharaan.

iv. Bank perdagangan meminjam wang daripada pendeposit yang membeli
sijil deposit boleh niaga jangka pendek dan meminjamkan wang
tersebut kepada pelabur untuk jangka masa panjang.

11. Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dgn syarikat kewangan.
[6] [U2014]
i. Deposit

Bank perdagangan terima deposit tetap,deposit semasa dan deposit tabungan drp
orang ramai dan firma

Manakala sykt kewangan menerima deposit tetap dan deposit tabungan sahaja drp
orang ramai dan firma
ii. Kadar faedah
Bank perdagangan memberikan kadar faedah yg lebih rendah ke atas deposit tetap
dan tabungan

36

Manakala sykt kewangan memberikan kadar faedah yg lebih tinggi ke atas deposit
iii. Pinjaman
Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf manakala sykt kewangan tidak
memberi pinjaman overdraf
iv. Perkhidmatan lain
Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan spt mendiskaunkan bil pertukaran,
jual beli pertukaran asing, perintah sedia ada dan lain-lain manakala sykt kewangan
tidak menyediakan perkhidmatan tersebut

BAB 6 KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN

1. (a) Bezakan antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan tegar. [2]

Kemiskinan mutlak merujuk kepada isi rumah yang kekurangan pendapatan
untuk memenuhi sara hidup yang minimum atau keperluan asas. Iaitu isirumah yang
berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan.

Kemiskinan tegar merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan
kurang daripada garis kemiskinan makanan bagi memenuhi keperluan asas dari segi
nutrisi makanan yang minimum.

(b) Apakah maksud pendapatan garis kemiskinan? Jelaskan prinsip penentuannya.
[4]

Pendapatan garis kemiskinan (PGK) merujuk kepada pendapatan isi rumah
yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dari segi makanan, pakaian dan
tempat tinggal.

PGK ditentukan secara berasingan melalui bancian isi rumah mengikut saiz,
komposisi demografi dan kawasan. PGK mengambil kira jualan harga semasa barang
keperluan harian mengikut kawasan. PGK berubah ubah dari masa ke masa
bergantung pada indeks harga pengguna.

2. (a) Beri takrif/maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.
[2]

(b) Huraikan dua punca kemiskinan. / punca berlakunya kemiskinan di luar bandar
/kemiskinan mutlak / kemiskinan relatif [4]

(a) Kemiskinan mutlak ialah kekurangan pendapatan yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan sara hidup yang minimum/keperluan asas.

Kemiskinan relatif ialah kedudukan relatif sesuatu kumpulan dgn kumpulan lain
dari segi perbezaan tingkat pendapatan antara kumpulan atau etnik atau strata.

(b) Punca kemiskinan:

i. Taraf pendidikan yang rendah
37

Sukar untuk mendapat pekerjaan yg bergaji tinggi kerana tiada pengetahuan dan
kemahiran dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Hanya dibayar gaji yg rendah yang menyebabkan kemiskinan

ii. Ketiadaan atau kekurangan modal
Maka sukar untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan
Seperti tidak dapat membeli alatan moden untuk menjalankan proses pengeluaran.
Jadi sukar untuk meningkatkan pendapatan dan kekal miskin

iii. Akses pasaran yang terhad
Firma tidak berupaya memasarkan produk dgn meluas . cth akibat kekangan
maklumat dan tiada strategi pemasaran
Maka pendapatan rendah dan terus miskin

iv. Tahap teknologi pengeluaran yg rendah.
Menyebabkan daya pengeluaran rendah dan tingkat keuntungan rendah. Jadi gagal
keluar dari kemiskinan

# Jelaskan bagaimana faktor berikut boleh menyebabkan berlakunya

kemiskinan: [2017]

(i) Pendidikan [2]

(ii) Teknologi [2]

(iii) Akses pasaran [2]

# Jelaskan tiga punca kemiskinan. [6] [2015]

3. (a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. [2]

(b) Huraikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dgn kemiskinan
relatif [2]

(c) Berikan dua langkah utk mengatasi masalah kemiskinan mutlak / tegar [2]

(a) Rujuk soalan 2

(b) Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan di bawah garis kemiskinan /
pendapatan yg tidak mencukupi utk membeli keperluan asas

Manakala kemiskinan relatif diukur berdasarkan tingkat pendapatan bagi setiap kumpulan isi
rumah

(c) i. Program Pembangunan Rakyat termiskin (PPRT)

ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

iii. Bantuan drp Jabatan Kemajuan Masyarakat

iv. Subsidi input kpd nelayan ,petani

38

4. (a) Beri maksud kemiskinan relatif [2]

(b) Jelaskan dua punca yang boleh menyebabkan kemiskinan relatif [4] [2013]

Rujuk jawapan soalan 2

5. (a) Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan [2]

(b) Berbantukan contoh, terangkan sumber pendapatan bukan upah yg berikut:

i. Sewa [2]

ii. Bayaran pindahan [2]

(a) Rujuk jawapan soalan 1 (b)

(b) Rujuk jawapan soalan 6

6. Terangkan konsep Pekali Gini sebagai alat pengukuran agihan pendapatan . [4]

Pekali gini merupakan satu ukuran yang menunjukkan pemusatan pendapatan. Nilai pekali
gini antara 0 hingga 1.

Nilai 0 menunjukkan agihan pendapatan paling saksama.

Nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan paling tidak saksama

7. Terangkan tiga sumber pendapatan individu. [6]

i. Upah

Upah adalah ganjaran kpd tenaga buruh yg menyumbangkan tenaga fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran.

ii. Pendapatan bukan upah

(a) Sewa ialah pendapatan kpd pemilik faktor pengeluaran yg penawarannya terhad
spt tanah /bangunan

(b) Bunga iaitu pendapatan kpd pemilik wang yg sanggup menangguhkan
perbelanjaannya sekarang.

(c) Dividen iaitu keuntungan kpd pemegang saham

(d) Untung iaitu ganjaran kpd usahawan yg menanggung risiko ketidakpastian

iii. Bayaran pindahan

Bayaran yg diperoleh tanpa sebarang sumbangan dalam proses pengeluaran. Contoh
pencen dan biasiswa.

39

8. Huraikan tiga program yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan(FAMA) dalam usaha membasmi kemiskinan. [6]

i)Pusat Transformasi Luar Bandar
-Bertujuan menghubungkan kampung-kampung berhampiran dalam pelaksanaan aktiviti

ekonomi yang memberi nilai tambah yang tinggi.
-Sebagai contohnya, petani dapat menjual hasil pertanian secara langsung kepada

pembeli serta memperoleh bekalan dan perkhidmatan pada harga yang rendah.

ii) Ladang Kontrak
-Bertujuan membantu pengusaha pertanian kecil dan sederhana untuk mendapatkan

pulangan yang setimpal daripada penjualan hasil pertanian mereka.
-FAMA bertindak sebagai pembeli dan penjamin hasil tanaman yang dikeluarkan oleh

petani.

iii) Pasar Tani Mega dan Gerai Buah-buahan Segar
-Pasar Tani Mega mengumpulkan usahawan tani yang mengeluarkan pelbagai hasil

pertanian.
-Gerai Buah-buahan Segar menghimpunkan peniaga gerai buah-buahan dari seluruh

negara.
-Melalui platform tersebut, pengusaha dapat menjual dan mempromosikan keluaran

mereka secara langsung kepada pengguna atau pembeli.

9. Huraikan bagaimana agensi kerajaan berikut terlibat dalam usaha membasmi

kemiskinan. [6]

(a) Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu membasmi kemiskinan dengan
memberikan bantuan berikut:

-Bantuan kewangan untuk kanak-kanak miskin supaya mereka dapat terus dijaga
oleh keluarga masing-masing

-Bantuan kewangan untuk warga emas yang gagal menerima jagaan keluarga

-Elaun/insentif bagi menggalakkan orang kurang upaya bekerja supaya mereka
tidak terlalu bergantung pada orang lain

(b) Baitulmal

Baitulmal membantu membasmi kemiskinan melalui program berikut:

1) Zakat

40

-Bantuan kewangan untuk fakir miskin dan keluarga mereka bagi tujuan
pendidikan, perubatan dan menjalankan perniagaan
2) Perlindungan Darul Kifayah
-Bantuan penempatan, pendidikan dan wang tunai untuk anak yatim piatu,
anak kepada kelurga miskin dan anak kepada saudara baharu
3) Institut Kemahiran Baitulmal

-Menyediakan latihan kemahiran seperti kursus masakan dan seni lukis untuk
anak-anak daripada kelurga Islam yang memerlukan

10. Huraikan dua strategi pelaksanann Dasar Wawasan Negara dalam membasmi

kemiskinan dan ketidaksetaraan agihan pendapatan. [6]

-Dua strategi DWN dalam membasmi kemiskinan dan ketidaksetaraan agihan pendapatan
ialah:

i.Mengukuhkan program pembasmian kemiskinan

-mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan miskin agar mereka
dapat menambahkan pendapatan dan keluar dari kemiskinan.

-memperkukuhkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin dan program lain di
bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.

-Menyimbangkan pembangunan antara wilayah dengan meningkatkan kadar
pertumbuhan bagi negeri kurang maju.

ii.Meneruskan agenda penyusunan semula masyarakat.

-meningkatkan dan mengekalkan pemilikan saham oleh Bumiputera ke atas syarikat
melalui pelbagai program.

- menggalakkan institusi dan agensi amanah Bumiputera untuk menggembleng sumber-
sumber milik Bumiputera bagi mewujudkan peluang kekayaan baharu.

- menggalakkan usaha sama dan perkongsian strategik antara usahawan Bumiputera
dengan bukan Bumiputera dan pelabur asing.

11. (a) Berikan dua matlamat Dasar Ekonomi Baru. [2]

Dua matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah:
1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

41

2. Penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut
kegiatan ekonomi.

(b) Terangkan strategi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru bagi mencapai matlamat
tersebut. [4]

Strateginya ialah:
i) Pembasmian kemiskinan .

• Meningkatkan produktiviti dan pendapatan melalui penggunaan kaedah moden
dan kemudahan yang lebih baik dalam proses pengeluaran seperti kemudahan
parit dan tali air.

• Meningkatkan peluang peralihan daripada sector yang kurang produktif kepada
sector yang lebih produktif/menguntungkan seperti pelaksanaan rancangan
pembangunan tanah dan wilayah.

ii) Penyusunan semula masyarakat.
• Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui
sokongan kerajaan, penubuhan perniagaan milik bumiputera dan peningkatan
• usaha sama dengan syarikat bumiputera.
Meningkatkan pemilikan ekuiti oleh rakyat Malaysia dengan mengurangkan
peratusan pemilikan ekuiti oleh bumiputera dalam syarikat tempatan.

12. Terangkan tiga dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan [6] [2017]

i. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan menambah
peluang pekerjaan utk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Untuk mencapai matlamat tersebut kerajaan meningkatkan kemudahan
infrastruktur, kesihatan , latihan

ii. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar yg menggantikan DEB. Strateginya mempertingkatkan latihan
kemahiran kpd belia luar bandar melalui bantuan subsidi dan khidmat nasihat.

Subsidi juga diberi kpd golongan petani, penanam padi dan nelayan utk
meningkatkan produktiviti

iii. Dasar Wawasan Negara (DWN)

Matlamat utk membasmi kemiskinan relatif, strata, etnik

Tumpuan bantuan kpd kelompok kecil yg terpencil
42

43


Click to View FlipBook Version