The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kepelbagaian Makanan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by catherineng521, 2023-01-10 13:00:03

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Kepelbagaian Makanan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia

A221 SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA

KEPELBAGAIAN
MAKANAN TRADISIONAL
KAUM-KAUM DI MALAYSIA

KUMPULAN 7

1.Catherine Ng Qian Shi 292651
2.Chong Kah Yan 292814
3.Phang Chun Yang 292692

Disediakan untuk :
Dr Siti Alwaliyah Mansor

ISI KANDUNGAN

1 Pengenalan 02
03
2 Latar Belakang 04
04
3 Objektif Kajian 05
07
4 Metodologi Kajian
09
5 Makanan Tradisional
Kaum Melayu 11

6 Makanan Tradisional 14
Kaum Cina
18
7 Makanan Tradisional 19
Kaum India 20

8 Makanan Tradisional
Kaum Iban

9 Makanan Tradisional
Kaum Bajau

10 Refleksi

11 Kesimpulan

12 Rujukan

PENGENALAN

Penduduk Malaysia terdiri daripada campuran pelbagai
kaum, kepercayaan, kebangsaan dan tamadun.
Tiga kaum utama ialah Melayu, Cina dan India diikuti
beberapa suku kaum peribumi di negeri Sabah dan Sarawak
termasuk Iban, Bajau, Kadazandusun, Murut dan Dayak.
Perkataan tradisi berasal daripada perkataan Latin
tradisional, yang bermaksud kesinambungan atau berita.
Kepelbagaian kaum dan budaya memberi kesan ke atas
pelbagai hidangan tradisional.

Marwanti, 2000

mendefinisikan makanan tradisional berbeza-beza
bergantung pada lokasi atau kawasan
memandangkan kaedah penyediaan dan perisa
makanan itu sering diturunkan dari generasi ke
generasi.

02

LATAR BELAKANG

Orang Melayu adalah kumpulan etnik terbesar
Kaum Melayu beragama Islam dan berbahasa Melayu
Majoriti orang Cina berasal dari selatan China
Pelbagai suku dialek seperti Hokkien, Hakka, Kantonis,
Teochew, Hainan dan Fuzhou
Orang India mempunyai keturunan India
Orang India tinggal di Malaysia sejak zaman keemasan
Dinasti Chola.
Orang Iban ialah kumpulan orang asli tertua di Borneo
Majoriti orang Iban disebut sebagai Dayak Laut menetap di
bahagian Miri, Sibu dan Bintulu
Orang Bajau adalah penduduk kedua terbesar di Sabah
selepas orang Kadazan
Majoriti orang Bajau menetap di Semporna dan Kota Belud

03

OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenali tentang warisan kepelbagaian makanan
dan budaya kaum di Malaysia

2.Mengetahui tentang warisan makanan dan budaya
kaum di Malaysia

3.Membincangkan tentang warisan makanan dan budaya
kaum di Malaysia

METODOLOGI KAJIAN

Bagi menghasilkan kertas projek ini, pendekatan penyelidikan
digunakan untuk menjamin bahawa objektif kajian dapat
diselesaikan berdasarkan data yang sahih dan boleh
dipercayai. Teknik analisis teks digunakan untuk menganalisis
makanan dalam teks yang dianalisis.

Kaedah Rujukan :
Membaca bahan bertulis seperti buku rujukan, sumber perpustakaan,
dan sumber dalam talian boleh digunakan oleh penyelidik untuk
mendapatkan pengetahuan.

Keperpustakaan:
pengkaji turut pergi ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Data yang
dikumpul akan didokumentasikan dan diperiksa untuk menyediakan
laporan tentang dapatan kajian.

Dokumentasi :
Laman web Google Scholar ialah tempat penyelidik boleh mencari
sebahagian besar bahan. Pengkaji juga menggunakan Kamus
Bahasa Edisi Keempat untuk mencari makna bagi istilah yang sering
digunakan dalam kajian ini.

04

KAUM MELAYU

Makanan tradisional yang dihasilkan oleh orang kaum Melayu
mestilah berempah ratus dan juga bersantan pada setiap hidangan.
Penggunaan bahan-bahan tersebut dapat menghasilkan hidangan
yang mengandungi lemak supaya mudah memberi perasaan
kenyang. Kebanyakan makanan tradisional kaum Melayu
mempunyai lengkuas dan serai makan yang mempunyai bau
berhampiran dengan limau. Hal ini dapat menambahkan aroma
pada makanan yang disediakan. Masakan kaum Melayu bukan
sahaja terkenal terhadap perasaan yang lazat sekali, tetapi juga
penggunaan rempah ratus dan tahap kepedasan yang sempurna.

NASI LEMAK

Merupakan makanan tradisional
kegemaran kaum Melayu.
Kos bahan mentah yang rendah
menyebabkan harga nasi lemak agak
murah berbanding dengan makanan lain.
Nasi lemak dihidangkan bersama ikan
bilis goreng, telur rebus, kacang tanah
goreng, hirisan timun dan sambal tumis
yang pedas.
Daun pisang akan digunakan sebagai
pembungkus nasi lemak.

05

KAUM MELAYU

LEMANG

Makanan utama orang Asli Negrito yang
berada di negeri Kelantan.
Merupakan santapan rasmi wajib dimakan
oleh setiap orang yang beragama Islam
pada awal pagi musim perayaan Aidilfitri
Beras pulut merupakan bahan utama
dalam lemang
Perlu dimasak bersama santan kelapa
dalam batang buluh dengan satu lapisan
daun pisang.

DODOL

Merupakan kudapan tradisional kaum
Melayu menjelang musim perayaan
terutamanya Hari Raya Aidilfitri.
Oleh sebab gula perang merupakan
bahan mentah yang paling penting
dalam proses pembuatan, hasil dodol
akan menjadi warna perang pada
akhirnya.
Daun palas akan menjadi pembalut
dodol supaya kewangian dodol tahan
lebih lama.

06

KAUM CINA

Di Malaysia, makanan tradisional Cina
menggabungkan pelbagai cita rasa
dan budaya yang unik yang terdapat
di Malaysia.
Setiap hidangan tradisional Cina
mempunyai kisah tersendiri, beberapa
di era Tiga Kerajaan, beberapa di
Dinasti Qing, dan beberapa di Dinasti
Ming.
Ia telah diturunkan dari generasi ke
generasi selama beribu-ribu tahun
untuk mengekalkan budaya makanan
tradisional Cina yang berharga ini.

KUIH BULAN

Makan kuih bulan semasa Perayaan Kuih
Bulan adalah adat dalam budaya Asia
Timur.
Pada Perayaan Kuih Bulan datang, keluarga
akan berkumpul bersama-sama untuk
makan kuih bulan dan mengagumi bulan,
membawa tanglung dan menyalakan lilin.
Perkataan kuih bulan mula-mula muncul
pada Dinasti Song Selatan, tetapi
gabungan kuih bulan dan Perayaan Kuih
Bulan adalah pada Dinasti Ming.
Kuih bulan dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu kuih bulan yang mengandungi kuning
telur dan satu lagi tanpa kuning telur.

07

YEE SANG KAUM CINA

Dibuat daripada salmon dengan
campuran hirisan sayur-sayuran, sos
yang beraneka sos dan perasadan
bahan-bahan lain.
Ia dianggap sebagai simbol
kemewahan, penyatuan serta lambang
kemurahan rezeki sepanjang tahun.
Dikaitkan dengan sebuah legenda iaitu
seorang dewi yang
bernama “Nǚwō” dari China
Hidangan ini disediakan oleh nelayan
dan pelaut di China bagi mengingat
peristiwa itu serta memberi
penghormatan kepada “Nǚwō”.

KUIH BAKUL

Berbentuk seperti dodol
Kuih bakul diperbuat daripada tepung
pulut dan gula serta rasanya manis
yang sedap berlemak.
Kuih ini dipercayai mendatangkan tuah
semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Namanya "Nian Gao" membawa
maksud "setahun lagi kehidupan,
setingkat lagi kemajuan."
Kuih bakul biasanya dimakan begitu
sahaja atau dicecah dengan kelapa
parut.

08

KAUM INDIA

Makanan India ialah makanan yang datang dari
pelbagai bahagian benua India. Sebagai contoh,
penduduk dari India Utara lebih mengutamakan
letil dan roti sebagai makanan utama pada masa
invasi Islam dan penduduk dari India Selatan
lebih cenderung kepada Tosai sebagai sarapan.
Makanan Maharashta, makanan Gujarat dan
makanan Goa adalah makanan utama bagi
penduduk India Barat.
Ciri-ciri masakan India ialah pelbagai rempah,
herba dan sayur-sayuran lain. Vegetarianlisme
juga tersebar di sepangjang masyarakat India.
Makanan asasi makanan Indian adalah nasi, atta
dan pelbagai pulses.

TOSAI

Makanan tradisional India pertama ialah tosai.
Pada asalnya, tosai disediakan dengan mengisar beras yang
direndam semalam atau nasi lama. Tosai dimakan sebagai
sarapan pagi ataupun makan malam.
Tosai juga mempunyai pelbagai perisa. Contohnya, tosai telu,
tosai cili dan tosai bawang.
Ia sesuai kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan
kerana ia hanya mengandungi 155 kalori.

09

IDLI

Idli berasal dari masyarakat selatan ketika
serapan atau sebagai makanan ringan.
Idli juga dikenali sebagai kuih beras kukus.
Warnanya adalah putih dan bersaiz kecil
Ketebalannya adalah nipis dan beras
merupakan bahan asasnya.
Bahan utama yang diperlukan ialah vigna
mungo dan nasi. Idli juga mempunyai
pelbagai jenis perisa, iaitu sanna, rave dan
sambal idli.
Ia dihidang dengan sambal dari buah-
buahan, sammbar dan lain-lain.

KAUM INDIA

PUTU MAYAM 10

Putu Mayam merupakan makanan
tradisional yang terkenal di India.
Putu mayam ialah asal hidangan
kemungkinannya dari Tamil nadu,
selatan India.
Ia dihidang dengan pisang yang
dikenali sebagai idiyappam.
Ia dimakan sebagai makan pagi
bersama dengan sayuran kuah.
Putu ayam dikukus dengan tambahan
air pandan wangi untuk menjadi
perisanya.
Ia juga diperbuat daripada adunan
tepung beras

KAUM IBAN

Negeri Sarawak yang terletak di

Malaysia Timur mempunyai

keunikan dan kepelbagaiannya

yang tersendiri.

Penduduk-penduduknya yang

berbilang kaum, agama dan

budaya telah menunjukkan kita

bahawa negeri Sarawak adalah

sebuah negeri yang istimewa.

Di Sarawak terdapat banyak

kaum seperti Melayu, Iban, Cina,

Dayak dan banyak lagi.

Dalam hal ini, perbezaan bangsa

telah menunjukkan perbezaan

dalam pakaian tradisional, hasil

seni mereka yang tersendiri

malahan kepelbagaian dalam

hidangan tradisional mereka.

11

CAKAR AYAM

Hidangan kuih cakar ayam ini dihasilkan daripada bahan ubi
keledek yang dihiris haluas lalu dicampur bersama gula merah
atau lebih dikenali sebagai gula Melaka.
Hidangan yang menjadi satu kewajipan bagi suku kaum Iban
untuk membuat dan menghidangkan manisan cakar ayam ini
setiap kali perayaan Hari Gawai.
Oleh itu, mereka akan menghidangkan kuih cakar ayam ini
kepada tetamu yang hadir ketika perayaan ini berlangsung.
Makanan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ia
rangup dan rasanya penuh dengan lemak manis sehingga
makanan ini sudah banyak dihasilkan oleh penduduk di
Semenanjung Malaysia sendiri.

12

KAUM IBAN MANUK PANSUH

Manuk Pansuh adalah perkataan yang berasal
daripada bahasa Sarawak yang membawa
maksud ayam yang dimasak dalam buluh.
Bahan utama bagi makanan tradisional ini
adalah ayam dan buluh.
Ayam yang digunakan ialah ayam kampung
atau ayam tua kerana ia dikatakan lebih enak.
Bahan sampingan ialah serai, halia, garam dan
pucuk ubi kayu.
Masakan tradisional ini sering dijadikan menu
utama di rumah-rumah panjang Sarawak pada
majlis keramaian, terutamanya semasa
sambutan hari Gawai.

KASAM IKAN

Kasam ikan adalah sebuah hidangan ala jeruk yang

digemari oleh suku masyarakat kaum Iban di Sarawak.

Ikan yang sering digunapakai di dalam hidangan ini

ialah ikan baung dan juga ikan tengadak sepat.

Proses membuat pekasam ikan ialah dengan

menyediakan ikan yang telah disiang dan dibersihkan

terlebih dahulu dan seterusnya diperap bersama

garam kasar.

Ikan yang telah diperap akan disalut dengan serbuk

beras yang telah dikisar halus dan digoreng.

Proses seterusnya ialah ikan tersebut diperam selama

sebulan sebelum di makan, makin lama makin sedap

rasa isinya.

Semasa menghidangkannya, kasam ikan ini juga sedap

dimakan degan limau dan cili padi serta dimasak

bersama bunga kantan. PAGE 8

13

KAUM BAJAU

Terdapat dua kumpulan etnik orang Bajau yang
tinggal di negeri Sabah ialah kaum Bajau di Pantai
Timur dan kaum Bajau di Pantai Barat.
Bajau dari Pantai Timur Sabah dikenali sebagai
“Sea Gypsies” kerana menjadi penyelam yang mahir
makanan tradisional bagi kaum Bajau lebih
berasaskan makanan laut, makanan ubi-ubian
ataupun tanaman huma yang lain.
makanan yang siap dimasak serta makanan yang
dimakan mentah (inta’an) merupakan makanan
utama bagi kaum Bajau

14

KAUM BAJAU

PUTU

Bahan utama iaitu ubi kayu
yang siap diparut, kering
dengan air dan dikukus .
nasi boleh digantikan oleh putu
mempunyai rasa tawar sahaja
teksturnya kenyal dan melekit
dimakan bersama hidangan
atau lauk pauk lain iaitu seperti
Sagol, ikan bakar, ayam
panggang

15

SAGOL KAUM BAJAU

sagol kering atau sagol basah
menggunakan ikan pari, ikan
buntal serta ikan yu
mencelur atau merebus ikan
sehingga separuh masak
dimakan bersama putu dan
sianglag.

16

KAUM BAJAU

KILAU

Hidangan kilau dimakan secara mentah
sebagai Hinava oleh kaum Kadazan-Dusun
sebagai "Sushi versi Borneo"
memeram dengan menggunakan cuka atau limau nipis
Penduduk tempatan selalu membuat kilau dengan
menggunakan isi ikan tenggiri dan ikan tuna

17

REFLEKSI

Catherine Ng Qian Shi 292651

Dalam kerja kursus ini, saya mengenali keunikan
pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum di
Malaysia. Oleh itu, pendedahan tentang makanan
tradisional pelbagai kaum harus dititikberatkan supaya
meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat
di Malaysia. Saya berharap kemampuan sesuatu
makanan warisan dapat menyatukan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum.

Chong Kah Yan 292814

Dari tugasan ini, saya dapat mempelajari tentang masakan
tradisional malaysia dari pelbagai kaum dan budaya.
Makanan tradisional mencerminkan sejarah, gaya hidup
nilai dan kepercayaan masyarakat yang unik. Oleh itu,
saya dapat lebih mengetahui tentang kaum lain di
Malaysia melalui latar belakang makanan tradisional
masing-masing. Akhir sekali, saya berasa amat bahagia
hidup dalam Malaysia kerana dapat menikmati pelbagai
makanan tradisional yang enak dan khas.

Phang Chun Yang 292692

Saya mempelajari latar belakang dan asal usul makanan
tradisional pelbagai kaum dalam tugasan ini yang banyak
memberi manfaat kepada saya. Saya berharap agar
makanan tradisional bagi berbilang kaum ini dapat
dipromosikan ke seluruh dunia. Hal ini kerana semua
makanan tradisional mempunyai nilai dan makna yang
berharga. Pendek kata, saya berharap agar makanan
tradisional ini dapat diiktiraf oleh seluruh dunia dan
dikumpulkan sebagai warisan budaya pada masa
hadapan.

18

KESIMPULAN

Makanan tradisional pelbagai kaum merupakan aset
budaya yang perlu dipelihara oleh semua lapisan
masyarkat.
Hal ini kerana makanan tradisional merupakan elemen
penting dalam pewarisan budaya semasa kewujudan
sesebuah komuniti.
Generasi muda lebih memahami tentang makanan
tradisional di kalangan pelbagai etnik di Malaysia seperti
kaum Melayu, Cina, India, Iban, Bajau dan sebagainya.
Makanan tradisional pelbagai kaum dapat meningkatkan
tahap persefahaman dan keharmonian kaum di Malaysia.

"KELUARGA MALAYSIA
TEGUH BERSAMA"

19

RUJUKAN

Abdullah, M. R. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia :
perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 61-84.
D, F. (1998). Makanan Tradisional. Selangor, Malaysia .
Dali, A. M. (2012). Sejarah Masyarakat India Di Malaysia. The University
of Malaya Press.
M.Salleh, R. B. (2010). Pemuliharaan. Pontian, Johor .
Marican, S. (2006). Kaedah penyelidikan sain social . Petaling Jaya,
Selangor: Pearson Prentice Hall.
Marwanti. (2000). Pengertian Makanan Tradisional. Makanan
Tradisional, 112.
Mustafa, D. T. (2019, Jun 18). Asal Usul Orang Cina Malaysia. Retrieved
from Minda Rakyat: https://www.mindarakyat.net/2019/08/asal-usul-
orang-cina-malaysia.html
Norman, M. W. (2021, February 23). Orang Iban Percaya Kepada
Kewujudan Binsi Petara. Retrieved from Dakwah:
https://udakwah.com/kepercayaan-kaum-iban/
Sumatra K UKM FSSK Linguistik. (2014, Mac 26). Mengenali Kaum Bajau.
Retrieved from Wordpress:
https://sumatra93.wordpress.com/2014/03/26/mengenali-kaum-bajau/
Yuzniza. (2015, Mac 31). Bab 3: Metodologi Kajian . Retrieved from
YUSLALAINTAN: https://yuslalaintan.wordpress.com/2015/03/31/bab-
3-metodologi-kajian-2/




20


Click to View FlipBook Version