“ HADIS SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA ”
- TEKNOLOGI PENDAKAP GIGI -
MPU23052
SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PELAJAR : NURUL’AIN BINTI ISMA’AIL
NO PENDAFTARAN : 01DEP19F2007
KELAS : DEP5A
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAN ELEKTRIK ( JKE )
PENSYARAH : PUAN MUSLEHA BT. MOKTER
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT
MUQADDIMAH 3
PENDAHULUAN 2
ISI KANDUNGAN 1 4-6
HADIS UTAMA 7
TAFSIRAN HADIS 8
HADIS 1
HADIS 2 9 - 12
KAJIAN SAINTIFIK 13
TAJUK TEKNOLOGI 14
ISI KANDUNGAN 2
PRINSIP SYARIAH 15 - 16
MAQASID SYARIAH 17 – 31
ETIKA DALAM ISLAM
CADANGAN 32
RUJUKAN 33 - 35
KESIMPULAN 36 - 39
40 - 42
43 – 44
45
46
M Al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
U
s.a.w, menjadi panduan dan petunjuk kepada umat manusia. Ianya bersifat
“Q
syumuldan pelengkap kepada kehidupan manusia kerana segala-galanya ada
A
D di dalam ; akidah, ibadah, muamalah dan sebagainya. Al-Quran sebagaimana
D
I yang disebut oleh para ulamak ialah kitab yang diturunkan ke atas Nabi
M
A Muhammad s.a.w dengan menggunakan lafaz Arab. Ia diturunkan secara
H
mutawatir dan dimulai dengan surah Al-Fatihah dan disudahi dengan al-Nas.
Allah menamakan Al-Quran itu sebagai roh dan menjadikannya cahaya.
Sekiranya umat Muhammad mengasingkan dirinya dari Al-Quran, maka
diumpamakan seperti hidup tanpa roh-roh. 3
PENDAHULUAN
(PERUBATAN)
Sejarah sains perubatan Islam mempunyai sejarah yang cukup panjang.Sains perubatan Islam berkembang pesat
bukanlah secara kebetulan tetapi kerana ia mempunyai dasar dan falsafah yang kukuh dan serasi dengan ajaran dan
tuntutan Islam. Dalam tamadun Islam, bidang perubatan menjadi cukup istimewa kerana ia adalah sains yang paling
awal berkembang disamping paling masyhur dan unggul. Kajian dan pemahaman tentang sains perubatan Islam
menunjukkan bagaimana falsafah berkembang menjadi sains yang praktis dalam kehidupan manusia dalam erti kata
lain dari falsafah lahirlah ilmu sains.
Isi kandungan satu : Kajian ini memfokuskan dalil-dalil yang berkaitan dengan perubatan, kajian saintifik berkaitan
dalil, tafsiran Al-Quran, tafsiran ulama, teknologi berkaitan dengan dalil dan latar belakang teknologi ( perubatan
pemakaian pendakap gigi dan sarung gigi ).
Isi kandungan dua : Kajian ini memfokuskan kepada teknologi perubatan pemakaian pendakap gigi dan perkaitannya
dengan prinsip syariah iaitu mizan. Selain itu kajian memfokuskan perkaitan maqasid syariah iaitu memelihara nyawa
dan memelihara akal. Kajian juga memfokuskan perkaitan perubatan pemakaian pendakap gigi dengan prinsip etika
Islam iaitu ikhlas dan niat yang baik dan itqan (ketelitian) 4
PERUBATAN TRADISIONAL
Perubatan tradisional masyarakat Melayu ialah sejenis perubatan atau rawatan yang diwarisi daripada leluhur kita dan diwarisi
daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Perubatan tradisional bagi masyarakat Melayu khusus pada orang Melayu dan
lebih bersifat tipikal berdasarkan kawasan tertentu . Perubatan ini berbeza dengan perubatan yang diamalkan kini kerana perubatan
jenis ini digunakan pada masa tertentu dengan tujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.
Amalan perubatan masyarakat Melayu mengalami evolusi apabila kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara. Islam bukan
sahaja membawa perubahan akidah masyarakat tetapi juga membawa budaya tulisan bagi masyarakat. Setiap orang Islam perlu
tahu membaca Al-Quran dan ini menyebabkan anggota masyarakat yang sebelumnya buta huruf tetapi selepas kedatangan Islam
mereka mula celik huruf. Kesannya anggota masyarakat sudah mula tahu membaca dan menulis. Dalam perubatan tradisional,
perubahan ini merupakan sesuatu yang positif kerana bomoh atau dukun yang selama ini hanya mengingati atau menghafal nama-
nama ubatan untuk pelbagai penyakit mula membuat catatan nama-nama penyakit, ramuan-ramuan yang digunakan, pantang larang
perubatan, jampi dan mentera dan sebagainya. Ini dilakukan agar mereka tidak lupa atau tertinggal ramuan yang digunakan untuk
rawatan pelbagai penyakit. Yang uniknya mereka dapat mengingati pelbagai penyakit dan pelbagai bahan seperti bahagian-
bahagian flora untuk tujuan rawatan. Catatan yang mereka lakukan ini kemudiannya dikenali sebagai KITAB TIB. Kitab ini
berselerak atau bertebaran di rantau Asia Tenggara di mana-mana sahaja terdapat komuniti masyarakat Melayu. Kitab tib yang ada
di alam Melayu terlalu banyak dan tidak dapat ditentukan jumlahnya yang sebenar . 5
PERUBATAN Perubatan moden jauh berbeza daripada beberapa sudut dengan perubatan
MODEN tradisional. Perubatan moden merupakan salah satu daripada bidang sains yang
berkaitan dengan biologi yang mengamalkan kaedah diagnosis, rawatan, dan
pencegahan sesuatu penyakit itu. Perubatan moden merangkumi pelbagai amalan
penjagaan kesihatan yang mementingkan kesihatan seseorang atau sesuatu komuniti.
Perubatan moden juga menjalankan pencegahan dan rawatan sesuatu penyakit.
Setiap penyakit akan diagnosis untuk mengetahui punca dan juga kaedah rawatan
yang perlu diberikan kepada seseorang pesakit itu sama ada melalui rawatan ataupun
pembedahan. Dalam rawatan moden unsur jampi, mentera dan pantang larang tidak
ada dan pesakit perlu mengambil ubat yang telah tersedia dalam bentuk pil, kapsul
ataupun cecair. Seseorang doktor akan memberikan diskripsi pengambilan ubat dan
pesakit tidak perlu bersusah payah menyediakana ubat-ubatan yang diperlukan.
6
ISI KANDUNGAN 1
DALIL/HADIS DAN MAKSUD
TAFSIRAN AYAT
2 DALIL/HADIS LAIN YANG BERKAITAN DAN MAKSUD
KAJIAN SAINTIFIK
TAJUK TEKNOLOGI
MAKLUMAT BERKAITAN TEKNOLOGI
HADIS Usamah bin Syarik r.a. menceritakan bahawa seorang Arab Badawi
& bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Wahai
MAKSUD Rasulullah!! Adakah kami perlu berubat? (bila ditimpa penyakit)”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Wahai hamba Allah! Hendaklah kamu
berubat. Sesungguhnya Allah s.w.t.tidak meletakkan satu penyakit
melainkan Dia juga meletakkan kesembuhan dan ubat
baginya,melainkan hanya satu penyakit.
Mereka berkata: Wahai Rasulullah,pakah penyakit itu?.
Baginda bersaba: Ketuaan ( Menjadi tua).”
[Riwayat At-Tirmizi].
8
“ Penyakit ialah ujian daripada Allah SWT. Ia juga kerana cintaNya kepada
hamba. Allah SWT mencintai kesabaran, kesungguhan dan doa hamba-
TAFSIRAN hambaNya.
HADIS
Islam menyuruh umatnya berikhtiar untuk berubat apabila dijangkiti sebarang
penyakit. Ini nasihat Ustazah Sharifah Khasif untuk peringatan kita bersama.
“Sebagaimana Allah SWT merakamkan dalam Surah Al-Israk : 82 “ dan Kami
turunkan Al-Quran beransur-ansur yang terdiri daripada ayat-ayat suci yang
menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya“
Direkodkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda, setiap penyakit ada
ubatnya. Apabila ubat itu sesuai dengan penyakit itu, ia sembuh dengan izin
Allah SWT.
9
“ HUKUM BERUBAT MENURUT ISLAM
TAFSIRAN Harus bagi orang awam ketika dia masih dapat menanggung kesakitan, bersabar
HADIS atau penyakit itu belum kritikal.
(SAMBUNGAN) Wajib bagi yang tidak mampu menanggung kesakitan yang dialaminya.
Sunat bagi mereka yang niat berubat kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad
SAW. 10
Haram apabila pesakit itu beriktikad yang menyembuhkan penyakit adalah
daripada ubat yang digunakan atau yang dimakan sedangkan hakikat penyembuh
ialah Allah SWT. Begitu juga jika ia berubat dengan perkara yang dilarang
syarak.
Setiap rawatan asalnya halal dan harus kecuali terdapat dalil yang sahih lagi jelas
daripada syarak yang mengharamkannya. Dari surah Al-Hajj : 65 “Tidakkah
kamu melihat Allah SWT yang memudahkan apa yang ada di bumi untuk kamu?
”Rasulullah SAW bersabda, “Berubatlah kalian dan janganlah berubat dengan
yang haram.”
“ Haram jika rawatan kepada pesakit:
TAFSIRAN Menggunakan bahan-bahan kotor dan najis.
HADIS
Membawa mudarat dan mencacatkan tubuh.
(SAMBUNGAN)
Berdasarkan sihir, tahyul, khurafat dan bidaah.
11
Menggunakan tangkal azimat.
Berdasarkan jampi mantera.
Menggunakan jin, iblis dan syaitan.
Hadis Abu Darda menyatakan Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Allah SWT menurunkan penyakit berserta ubatnya dan dijadikan
untuk setiap penyakit itu ubatnya. Berubatlah kamu dan jangan sekali-kali
berubat dengan perkara haram.”Direkodkan oleh Abu Daud .
“ Direkodkan oleh Abu Daud, dalam hadis lain Rasulullah SAW ditanya perihal
arak yang dijadikan ubat. Nabi menyatakan, arak itu penyakit dan bukannya
TAFSIRAN ubat. Bahan-bahan najis seperti bangkai binatang, arak, najis binatang dan
HADIS sebagainya tergantung kepada syarat keharusan berubat dengan benda najis
hanyalah ketika:
(SAMBUNGAN)
DARURAT : Apabila diyakini pesakit bahawa mati atau rosak salah satu
anggotanya apabila tidak diubati dengan menggunakan benda-benda haram,
namun hanyalah sekadar yang diperlukan bagi menyembuhkan penyakit sahaja.
Ketentuan keadaan darurat bagi menggunakan benda-benda haram perlu
ditentukan doktor Muslim yang adil dan mahir dalam bidang perubatan namun
begitu haruslah berusaha bersungguh-sungguh bagi mewujudkan ubat alternatif
yang halal.
12
HADIS 1 ▫ Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan
ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka
berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda
yang haram.”
[Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali
hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
13
HADIS 2 ▫ Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan
juga penawar. Maka berubatlah kamu.”
[Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai
hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
14
KAJIAN SAINTIFIK
Ibnu Sina merupakan seorang tokoh yang sangat terkenal dalam bidang perubatan. Beliau dilahirkan di
Bukhara, Turkestan pada tahun 980 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin
al-Hasan bin Ali bin Sina.Beliau merupakan tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke-11. beliau
mendapat sanjungan di Barat sehinggakan lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti
Perubatan, Universiti Paris. Para penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai ‘Bapa Doktor Perubatan’.
Penemuan penyakit baru dan puncanya. Ibnu Sina mengkaji dan berjaya menemui beberapa penyakit baru
yang belum pernah diketahui oleh dunia dan dalam masa yang sama berjaya mengenal-pasti apakah punca
penyakit tersebut. Sebagai contoh, beliau adalah manusia yang menemui penyakit tibi serta punca jangkitan
virusnya, penyakit Rubella, alahan, cacar, sakit jiwa dan sebagainya.Pengaruh kuman dalam penyakit. Ibnu
Sina menemui bahawa terdapat beberapa penyakit yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kumah,
bukannya virus.Ibnu Sina juga berjaya menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik.
15
SAMBUNGAN KAJIAN SAINTIFIK
Ubat bius yang digunakan di klinik dan hospital pada hari ini adalah hasil penemuan Ibnu Sina pada beribu
tahun yang lalu.Ibnu Sina juga berjaya membangunkan teknologi perubatan. Di antara teknologi perubatan
ciptaan beliau yang dikembangkan dan digunakan dalam dunia perubatan moden pada hari ini ialah
benang mejahit luka pembedahan dan picagari.Beliau telah memperkenalkan Method Pemerhatian dan
Analisis yang telah dikembangkan dan menyumbang kepada kemajuan dalam bidang perubatan moden
pada hari ini.Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina telah mempengaruhi kaedah perubatan moden seperti
penggunaan x-ray dan ultrasound dalam mengesan penyakit yang dialami oleh seorang pesakit.Dalam
sistem pendidikan hari ini, bidang perubatan sangat penting dengan wujudnya fakulti perubatan hampir di
seluruh university. Fakulti perubatan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada pemikiran Ibnu Sina.
16
PENDAKAP GIGI (BRACES)
DAN
SARUNG GIGI (VENEER)
▫ PENDAKAP GIGI DAN ▫ LASER MATA
VENEER
PERUBATAN Hukum Lasik ialah harus dan
YANG HALAL Hukum memasang pendakap gigi
(braces) mahupun sarung gigi (veneer) dibenarkan dalam Islam.
DAN adalah dibolehkan bagi tujuan rawatan
DIBENARKAN disebabkan aib pada kerosakan gigi Tapi sekiranya Doktor pakar mata
DALAM ISLAM selain dapat mengembalikan fungsi gigi
yang asal. Adapun, tiada keperluan menyatakan rawatan Lasik tersebut 40%
untuk memasang sarung gigi atau
pendakap gigi sekiranya tiada keaiban berjaya dan 60% lagi berisiko untuk
yang ketara pada gigi.
buta sebagai contoh, maka haram
membuat Lasik ketika itu kerana mata
setiap orang berbeza, ada yang boleh
buat Lasik dan ada yang tidak
digalakkan selepas menjalani
'assessment' sebelum menjalani Lasik.
18
▫ PEMBEDAHAN PLASTIK ▫ PEMBEDAHAN JANTINA
PERUBATAN Sebarang bentuk pembedahan yang Hukum melakukan pembedahan jantina
YANG HARAM adalah berdosa besar kerana ia
membawa kepada perubahan kepada mengubah ciptaan Allah Taala dan
DAN anggota badan manusia ‘tanpa mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang
TIDAK keperluan’ adalah diharamkan oleh melakukan pembedahan tersebut juga
DIBENARKAN terlibat dalam dosa besar. Firman Allah:
DALAM ISLAM Syarak. “Janganlah menolong di atas dosa dan
kezaliman.”(Surah al-Maidah: 2)
Mereka juga boleh dihukum takzir oleh
kerajaan jika diadukan kes ini kepada
pihak bertanggungjawab.
19
LATAR
BELAKANG
SEJARAH PENDAKAP GIGI
❑ Dahulunya ▫ Orthodontik sebagai sains moden bermula pada pertengahan
dirujuk sebagai
orthodontia tahun 1800-an. Penyumbang yang berpengaruh dalam bidang ini
❑ "Ortodontik" termasuk Norman William Kingsley (1829-1913) dan Edward Angle
berasal dari
(1855-1930). Angle mencipta sistem ringkas pertama untuk
Yunani orthos
("betul", mengklasifikasikan maloklusi, sistem yang masih digunakan hari
"lurus") dan - ini.
odont ("gigi")
▫ Sehingga pertengahan tahun 1970-an, pendakap dibuat dengan
membungkus logam di sekitar setiap gigi. Dengan kemajuan
dalam pelekat ia menjadi tidak mustahil untuk melekatkan
pendakap logam pada gigi.
21
ORTODONTIK
Ortodontik adalah kepakaran dalam pergigian yang berkaitan dengan diagnosis, pencegahan dan
pembetulan gigi dan rahang yang berada dalam keadaan malposisi. Kepakaran ini juga boleh memberi
tumpuan kepada mengubahsuai pertumbuhan muka, yang dikenali sebagai ortopedik dentofasial .
Penjajaran tidak normal gigi dan rahang adalah biasa, hampir 30% daripada populasi mempunyai
maloklusi yang cukup teruk untuk mendapat manfaat daripada rawatan ortodontik. Rawatan boleh
mengambil masa sehingga beberapa bulan hingga beberapa tahun, melibatkan penggunaan pendakap
pergigian dan peralatan lain untuk perlahan-lahan memindahkan gigi dan rahang sekitar. Sekiranya
maloklusi sangat teruk, pembedahan rahang boleh digunakan. Rawatan biasanya dimulakan sebelum
seseorang mencapai usia dewasa kerana tulang lebih mudah dipindahkan ketika usia kanak-kanak.
22
JENIS MALOKLUSI
Maloklusi PROTRUSI CROSS BITE DEEP BITE
merupakan gigitan
yang bermasalah
.
OPEN BITE CROWDED DIASTEMA
23
PENDAKAP Pendakap gigi biasanya dipasang di bahagian depan
GIGI gigi, tetapi juga boleh diletakkan di sisi menghadap lidah
(dipanggil pendakap lingual ). Kurungan yang terbuat dari
keluli tahan karat atau porselin terikat ke pusat gigi
menggunakan pelekat. Wayar diletakkan dalam slot
dalam pendakap yang membolehkan pergerakan terkawal
dalam ketiga-tiga dimensi.
Selain wayar, daya boleh digunakan menggunakan jalur
elastik, dan spring boleh digunakan untuk menolak gigi
atau menutup jurang. Beberapa gigi boleh diikat bersama-
sama dengan ligatur dan pelbagai jenis cangkuk boleh
diletakkan untuk membolehkan menyambungkan jalur
elastic (getah). 24
FUNGSI ▪ Mengembalikan fungsi dan peranan setiap gigi yang tidak tersusun, jarang atau
DAN kedudukan jauh dari deretan gigi ke susunan yang sempurna.
KELEBIHAN ▪ Membantu mengembalikan keyakinan diri dengan memberikan deretan gigi
yang tersusun rapi.
▪ Mengekalkan atau membetulkan jarak antara gigi yang telah dicabut atau
kekurangan gigi (anodontia).
▪ Membantu mendapatkan gigitan yang baik dan berfungsi.
25
BAGAIMANA Secara keseluruhannya, braces atau pendakap
PENDAKAP GIGI gigi berfungsi dengan memberikan tekanan
berterusan untuk menggerakkan gigi secara
(BRACES) perlahan mengikut arah yang spesifik /
BERFUNGSI ? ditentukan, dalam jangkamasa tertentu,
bergantung kepada kes / masalah yang dialami
pesakit. Apabila gigi mula bergerak, struktur
tulang juga turut berubah.
26
BRACES TERDIRI
DARIPADA BEBERAPA
KOMPONEN SEPERTI
BERIKUT :
27
BRAKET / ‘BRACKET’ • Berbentuk segi empat kecil yang dilekatkan terus di atas permukaan
gigi menggunakan pelekat khas. Braket berfungsi seperti pemegang
(handle), di mana ianya memegang wayar lengkung (arch wire) untuk
menggerakkan gigi.
LINGKARAN • Material tahan karat (stainless steel) / material yang mempunyai warna
ORTODONTIK / seakan warna semulajadi gigi di mana ianya dilekat menggunakan
‘ORTHODONTIC BANDS’ pelekat (bonding agents) khas. Lingkaran ini dilingkarkan
mengelilingi gigi berfungsi sebagai ‘anchor’ untuk braket.
‘SPACERS’ • Berfungsi sebagai pemisah (separator) yang berfungsi untuk
membentuk ruang kecil di antara gigi sebelum lingkaran ortodontik
diletakkan.
WAYAR LENGKUNG / • Berfungsi sebagai landasan yang mengawal pergerakan gigi. Biasanya
‘ARCH WIRES’ dibuat daripada besi, tidak berwarna atau mengikut warna gigi
semulajadi pesakit.
28
PENGIKAT / ‘TIES’ • Getah kecil berbentuk bulat seakan cincin atau wayar halus yang
TIUB BUCCAL berfungsi untuk mengetatkan wayar lengkung (arch wire) ke
braket.
• Berfungsi memegang hujung wayar lengkung (arch wire) dengan
ketat dan selamat di tempatnya.
‘LIGATURES’ • Getah elastik kecil berfungsi untuk memegang wayar lengkung
SPRING ke braket.
• Adakalanya digunakan dan diletakkan di atas wayar lengkung di
antara braket untuk menolak, menarik, membuka dan menutup
jarak di antara gigi.
29
PENDAKAP
TRADISIONAL
EXCELIGN JENIS SELF
(TELUS) PENDAKAP LIGATING
GIGI
SERAMIK
30
JENIS VENEER COMPONEER
(INDIRECT)
COMPOSITE
VENEER 31
(DIRECT)
ISI KANDUNGAN 2
PRINSIP SYARIAH
MAQASID SYARIAH
ETIKA DALAM ISLAM
CADANGAN
RUJUKAN
PRINSIP SYARIAH
- DEFINASI SYARIAH - ▫ Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan
BAHASA SYARAK: manusia.
Jalan ke arah sumber air atau ▫ Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan
memberi makna jalan yang
lurus. untuk menjadi nadi dalam hidup manusia.
ISTILAH: ▫ Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat.
▫ Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan
Merujuk kepada segala
hukum yang disyariatkan hidup di dunia dan akhirat.
oleh Allah swt kepada umat
manusia melalui Rasulullah 33
saw.
KESEIMBANGAN DALAM SYARIAT BERMAKSUD
SEGALA KANDUNGANNYA ADALAH SEIMBANG DI
ANTARA KEPERLUAN MANUSIA DI DUNIA DAN
AKHIRAT
TAWAZUN Manusia diminta untuk menjaga kesihatan dan merawat segala penyakit. Dalil
(KESEIMBANGAN) yang menyatakan keperluan untuk kita berubat :
Mereka bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, apakah ke atas kami kesalahan andai
kami tidak berubat (ketika sakit)?” Baginda menjawab: “Berubatlah wahai hamba
Allah. Ini kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menjadi suatu
penyakit melainkan menjadikan bersamanya ubat, melainkan penyakit tua.”
34
TETAP TETAP DAN ANJAL MENGIKUT SYARIAT TERLIBAT
DAN DALAM ASPEK HUKUM HAKAMNYA YANG TETAP
ANJAL
UNTUK SEMUA ZAMAN DAN UMAT
( MUTLAK
& Tidak berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak.
Pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan
MURUNAH )
yang syai’I untuk menggunakannya.
Hukum memasang pendakap gigi (braces) mahupun sarung gigi (veneer) adalah
dibolehkan bagi tujuan rawatan disebabkan aib pada kerosakan gigi selain dapat
mengembalikan fungsi gigi yang asal. Adapun, tiada keperluan untuk memasang
sarung gigi atau pendakap gigi sekiranya tiada keaiban yang ketara pada gigi.
35
MAQASID SYARIAH
- DEFINASI MAQASID - ▫ Perkataan “maqsad” atau ‘maqasid’ bererti “maksud” atau “tujuan” dalam
ISTILAH: bahasa Melayu. Asal perkataan tersebut dalam bahasa Arab ialah qasdun.
Maksud dan matlamat akhir Perkataan ini membawa pelbagai makna antaranya menuju, arah, berjalan lurus
atau objektif syariat Islam
ialah supaya dilaksanakan atau memecahkan. Perkataan al-qasd pula bererti tongkat. Tongkat memberi
sesuatu hukum yang
diminta untuk dilaksanakan banyak faedah kepada manusia iaitu dapat membantunya dan menuntunnya
dan meninggalkan
perbuatan yang dilarang ketika berjalan. Kata jama’ al-maqsad ialah al-maqasid. Seorang cendiakawan
melakukannya.
Islam Ismail al-Hasani, ketika membahaskan teori maqasid al syariah atau
“matlamat akhir” syariat Islam ini, telah mengaitkan makna bahasa “menuju”
dengan istilah al-maqsad. Beliau berkata di dalam bukunya: “Sesungguhnya
seruan ke arah al-qasadiyyah (objektif atau tujuan syariat) adalah tugas pertama
syariat Islam. Ia menuntun dan membawa perbuatan seseorang manusia kepada
perbuatan, yang perbuatan tersebut dilakukan oleh seseorang yang niatnya
bertepatan dengan kehendak Allah S.W.T. ketika mensyariatkannya ke atas
manusia”. 36
MEMELIHARA AGAMA
❑ Memelihara nilai kesucian agama serta pelaksanaannya.
❑ Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlakunya.
❑ Mengharamkan segala bentuk aktiviti yang memudaratkan
❑ Pencarian pendapat perlulah melalui proses yang jelas halalnya
❑ Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat islam akan mengambil kira kesannya kepada
kemuliaan dan kesucian agama.
❑ Bagi mengambil pendapat, kita sebagai pelanggan boleh mengenalpasti samada kita memerlukan
rawatan pendakap gigi ini dengan orang yang lebih pakar iaitu doktor gigi. Ini adalah satu sistem yang
bagus bagi kita untuk mengelakkan diri daripada sesuka hati mengubah ciptaan Allah S.W.T tanpa
perlu kerana ianya tidak memudaratkan diri sendiri.
37
MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN
❑ Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam
kehidupan manusia.
❑ Bagi aspek memelihara maruah dan keturunan, pendakap gigi dapat membuatkan diri seseorang lebih
yakin dengan penampilan apabila bersemuka dengan orang lain.
❑ Gigi yang telah dijaga dan dibetulkan kedudukannya dapat memelihara maruah dan keturunan dari
cenderung untuk mempunyai kemurungan akibat kurang yakin dengan diri sendiri dan dapat
mengelakkan daripada mengaibkan diri sendiri.
❑ Pesakit yang tertekan akibat rupa gigi yang tidak elok dapat membuatkan seseorang itu berasa sangat
terasing dan tertekan kerana diejek atau dibuli oleh orang lain akibat kekuranggannya itu. Ini akan
menyebabkan seseorang itu berasa maruah dirinya hilang apabila dirinya dipersendakan dan dijdakan
sebagai bahan lawak oleh orang lain.
38
SAMBUNGAN MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN
❑ Maruah atau aib dari segi Islam adalah bermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun
kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina
akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu.
❑ Untuk pemakaian pendakap gigi, ianya dibenarkan atas perkara yang betul-betul mengaibkan seperti
mempunyai gigi yang jonggang, jarang, maloklusi seperti under bite, crowded, open bite, cross bite,
protrusi dan lain-lainnya.
❑ Pemakainya tidak dibenarkan sekiranya hanya ingin kelihatan lebih cantik. Merasa gigi yang sudah
tersusun itu mengaibkan dan memakai pendakap gigi untuk kelihatan lebih cantik akan membuatkan
pemakaian itu jatuh kepada hukum haram. Ini kerana ianya tidak dibenarkan untuk memakainya secara
suka-suka tanpa sebab yang jelas atas faktor kesihatan dan fizikal.
❑ Jelaslah, bahawa rawatan pendakap gigi ini mampu untuk memlihara maruah dan keturunan seseorang
itu dari pelbagai aspek.
39
PRINSIP ETIKA DALAM ISLAM
IKHLAS DAN ITQAN
NIAT YANG (KETELITIAN)
BAIK
40
❖ Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni dan suci
daripada percampuran atau pencemaran sifat lain.
❖ Niat yang ikhlas mampu mendapat perlindungan Allah SWT
❖ Salah satu contoh niat yang baik ialah memberi pertolongan kepada orang ramai.
Sebagai pesakit yang ingin melakukan pemakaian pendakap gigi, Doktor ataupun
IKHLAS kakitangan yang terlibat dalam pemasangan pendakap gigi perlulah mempunyai niat
DAN NIAT
YANG BAIK yang baik dan ikhlas serta amanah dalam melakukan pekerjaan mereka. Jika sikap ini
tiada dalam diri mereka, maka kemungkinan untuk terjadinya kesalahan dalam
melakukan prosedur pemasangan pendakap gigi ini pasti berlaku seperti pesakit
mengalami kesakitan yang teruk walaupun sudah diberikan ubat bius, doktor yang salah
dalam mengambil acuan yang membuatkan dia perlu melakukan prosedur yang sama
berulang kali.
❖ Jadi kita haruslah ikhlas terhadap kerja yang telah diamanahkan kepada kita dengan
penuh tanggungjawab. Dengan itu, hasil wang yang diperolehi dari gaji pekerja itu juga
akan berkat dan dirahmati Allah SWT. 41
Itqan membawa maksud melakukan sesuatu pekerjaan dengan teliti, cermat, kemas dan
bersungguh-sungguh. Dalam sebuah hadis Rasullah SAW pernah bersabda yang bermaksud ;
''Sesungguhnya Allah SWT sangat sayang kepada seseorang apabila dia melakukan sesuatu
pekerjaan maka dia akan melaksanakannya dengan penuh ketelitian''
ITQAN (Riwayat at-Thabrani)
(KETELITIAN) ❖ Mesti tahu dalam bidang diceburi dengan belajar seperti bidang kedoktoran pergigian.
❖ Untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dalam bidang pergigian, Doktor perlulah
teliti dalam menjalankan prosedur pemasangan pendakap gigi.
❖ Melakukan kerja dengan cermat dan berhati-hati terutama ketika ingin mengambil acuan
gigi pesakit dan memasang dawai pada gigi pesakit .
❖ Mesti fokus dan tidak main-main dalam melakukan kerja untuk memastikan pesakit tidak
berada dalam kesakitan semasa sesi pemasangan pendakap gigi berlaku.
❖ Doktor juga perlu memberikan kualiti dan rawatan yang terbaik kepada pesakit dengan
mengambil teliti segala keperluan pesakit untuk sebelum,semasa dan selepas sesi
pemasangan pendakap gigi. 42
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. HARGA YANG BERPATUTAN
ISU – Harga di klinik swasta yang mahal. Secara purata harga prosedur braces di klinik swasta di
Malaysia adalah sekitar RM 4000 hingga RM 8000 dan mungkin meningkat setiap tahun.
CADANGAN – Mengurangkan harga pemakaian pendakap gigi kerana lebih ramai yang suka untuk
buat di hospital atau klinik swasta kerana mereka tidak mahu menunggu giliran yang terlalu lama
sekiranya mendaftar di hospital kerajaan. Sebagai syarikat perubatan swasta, saya mencadangkan
sekiranya pihak swasta mengambil bayaran secara ansuran sehingga tempoh pemasangan pendakap
gigi selesai. Ini dapat membantu pesakit yang kurang berkemampuan tapi memerlukan perawatan gigi
ini untuk mengurangkan bebanan dalam membayar jumlah keseluruhan pemakaian pendakap gigi.
Pihak hospital atau klinik swasta juga boleh menawarkan pengurangan harga kepada mereka yang
kurang berkemampuan untuk melakukan proses pemakaian pendakap gigi ini.
43
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
2.MASA
ISU – Masa yang lama untuk menjalankan setiap prosedur seterusnya. Masalah gigi yang berbeza,
keputusan yang diingini setiap pesakit, semua ni memainkan peranan dalam menentukan tempoh masa
pemakaian pendakap gigi pesakit.Masalah gigi yang lebih teruk, memerlukan masa yang lebih panjang
untuk siap.Tetapi kebiasaannya akan mengambil masa 1-3 tahun untuk selesai.
CADANGAN – Mempercepatkan janji temu dengan menambah kuantiti pesakit yang mempunyai janji
temu dalam masa sehari. Penggunaan acuan gigi turut perlu dipercepatkan tempoh prosedur pembuatan
yang dulunya mungkin satu jam bagi satu acuan kepada 20 minit bagi satu acuan bagi setiap pesakit.
44
RUJUKAN ➢ https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-
hadith/3528-irsyad-al-hadith-siri-ke-389-hadith-
penyakit-bersama-penawar
( Tarikh mengakses 12/5/2022 )
➢ http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-
islam/wp-content/uploads/2019/01/11_II.02.pdf
( Tarikh mengakses 18/5/2022 )
➢ https://www.facebook.com/SinarZamdurraniHQR
asmi/photos/a.1554433921461629/26739843528
39908/?type=3
( Tarikh mengakses 25/5/2022 )
➢ https://prezi.com/p/lq3nbpk-nxsw/try/
( Tarikh mengakses 18/5/2022 )
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan
( Tarikh mengakses 27/5/2022 )
45
KESIMPULAN 46
❑ Secara keseluruhannya dapat kita lihat bahawa teknologi perubatan iaitu pemakaian pendakap gigi telah
memberi banyak kebaikan kepada penggunanya terutama dalam kalangan umat Islam.
❑ Ilmu Sains, Teknologi dan Kejuruteraan terutamanya teknologi perubatan iaitu pemakaian pendakap gigi
sangat penting untuk dipelajari oleh umat Islam supaya sentiasa dapat menambah ilmu pengetahuan dan
menceburi bidang baru.
❑ Selain itu, pendakap gigi juga dapat memberikan ruang untuk orang yang mempunyai masalah gigi untuk
mendapatkan gigitan yang sempurna dan selesa pada mulut mereka.
❑ Pemakaian pendakap gigi dapat memberikan banyak manfaat kepada penggunanya terutama umat Islam
dari segi aspek memelihara maruah, berketerampilan lebih yakin dan mempunyai kesihatan fizikal dan
mental yang baik.
❑ Sebagai umat Islam, kita mestilah sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala
larangan Allah SWT untuk menjadi mukmin yang bertaqwa kepada Allah dan Berjaya di dunia dan di
akhirat.
THANK
YOU