3
7.45 – 8.15 pagi : Pendaftaran kehadiran
8.15 – 8.30 pagi Ibu/ Bapa/ Penjaga Dan Guru
9.30 - 10.00 pagi : Ketibaan Perasmi – ADUN Kota Iskandar
10.00 – 11.30 pagi : Majlis Perasmian
11.30 pagi - Nyanyian Lagu Bangsa Johor
- Bacaan Doa
- Ucapan Alu-aluan Pengetua SMKTU2,
Tn. Hj. Khalid bin Mohamad Shah
- Ucapan Yang Di Pertua PIBG SMKTU2,
Encik Mahendran a/l Kuppan
- Ucapan Perasmian
Oleh Yang Berhormat Haji Pandak bin Ahmad
ADUN Kota Iskandar
- Tayangan Multimedia SMKTU2
: Penyampaian sijil penghargaan AJK PIBG Sesi 2021/2022
: Penyampaian cenderahati perasmi
: Jamuan VIP (Kantin)
: Jamuan Ibu Bapa (Dewan Budi)
: Cabutan Bertuah Sesi 1
: Mesyuarat Agung PIBG SMKTU2 Kali Ke-21 Dimulakan
: Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
: Menerima Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-20 (Sesi 2020/2021)
: Membentangkan Laporan Tahunan PIBG (Sesi 2021/2022)
: Menerima Dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
(Sesi 2021/2022)
: Membincangkan Usul
: Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
: Memilih Dan Melantik Ahli Jawatankuasa Baru PIBG SMKTU2
Untuk Sesi 2022/2023
: Ucapan Penangguhan
: Cabutan Bertuah Sesi 2
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bersurai
4
Selamat sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Tuhan kerana kita dapat bertemu dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-21 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua
AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan
pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk
memantapkan aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini lagi.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa dalam 2 tahun yang lalu ini kita semua telah menghadapi suatu situasi yang
amat mencabar semasa pendamik covid-19 ini tetapi kita dapat mengatasinya dengan berjaya. Saya meletakkan hara-
pan yang begitu tinggi kepada barisan tenaga pimpinan dan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha dalam
mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang. Kami akan terus memberikan sokongan yang
padu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Permuafakatan yang baik akan membuahkan hasil yang lumayan umpama
bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Justeru, keikhlasan kita dalam usaha yang murni pasti akan
mendapat restu daripada Tuhan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang telah men-
capai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah murid. Dalam hal ini, semua pihak semestinya
berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikan hasrat dan impian agar murid SMKTU2
terus mencapai kecemerlangan. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik
yang tinggi mampu digapai.
Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa
tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti
aur dengan tebing.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Universiti 2
kali ini.
Sekian.
ENCIK MAHENDRAN A/L KUPPAN
YDP PIBG
SMK TAMAN UNIVERSITI 2
5
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke-21 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir
pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
menjayakan majlis kali ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan hala tuju penglibatan ibu bapa dan
komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013- 2015) iaitu menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor
swasta, Gelombang 2 (2016- 2020) : Memantapkan penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih
banyak inovasi daripada sektor swasta. Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan
wabak Covid-19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan membantutkan hala tuju pelibatan ibu bapa dan sektor swasta
terhenti begitu sahaja? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah 3 gelombang yang telah digariskan itu perlu
dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan.
Tiada istilah halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian murid walaupun dunia dilanda
Covid-19. Kemenjadian murid boleh dipacu secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang
dapat diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid dan memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan
keberhasilan anak-anak mereka.
Sesungguhnya, kami tidak mampu menggalas hasrat KPM tanpa bantuan ibu bapa dan guru-guru. lbu bapa dan guru
perlu bekerjasama seperti kata pepatah'Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat'.
Akhlr kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YDP PIBG yang telah banyak menabur jasa dan
buah fikiran serta sumbangan bagi menjayakan aktiviti sekolah. Tidak dilupakan juga semua ahli PIBG yang telah
memberi pelbagai sumbangan terhadap sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-
anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Sekian, terima kasih.
HJ KHALID BIN MOHAMAD SHAH
PENGETUA
SMK TAMAN UNIVERSITI 2
6
7
JAWATANKUASA TERTINGGI
PENASIHAT : TN. HJ KHALID BIN MOHAMAD SHAH
PENGERUSI : EN. MAHENDRAN A/L KUPPAN
TIMBALAN PENGERUSI I : PN. CHANDRA A/P RATNASINGAM
TIMBALAN PENGERUSI II : EN. ZULKEPLI BIN HAJI MUHAMAD
NAIB PENGERUSI I : PN. HJH NORHASIBAH BINTI BUANG
NAIB PENGERUSI II : PN. AZRINA BINTI BAHARIM
NAIB PENGERUSI III : PN. HASLINDA BINTI JANTAN@ALI
NAIB PENGERUSI IV
: DR. MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN
SETIAUSAHA PIBG : PN. NOOR AZAH BINTI AZIZ
PENOLONG SETIAUSAHA PIBG : EN. MUHD AMMAR SYAHMI BIN JAZULI
BENDAHARI PIBG : EN. MUHAMAD AIZAT HANIS BIN ABU HANIFFA
PENOLONG BENDAHARI PIBG : PN. ANIZA BINTI SULIMAN
BIDANG A :
JAWATANKUASA SAMBUTAN
PENYELARAS :
PN. HJH NORHASIBAH BINTI BUANG
PROTOKOL DAN SAMBUTAN
Pn. Hayati binti Yusof @ Husop (K)
En. Suresh a/l Ramasamy
PENDAFTARAN IBU BAPA/ PENJAGA DAN GURU
Pn. Nor Hayati binti Zakaria (K)
Pn. Sujeetha Ram a/p Ramalingam
Pn. Noreha binti Moksin
Pn. Ser Toh Cheau Wah
Pn. Saanthi a/p Sinnappan
Pn. Hii Ching Fen
Pn. Mazlina binti Mat Yasin
Pn. Komathy a/p Balakrishnan
Pengawas sekolah
PUBLISITI
Pn. Jaclyn Tan Siew Yean (K)
Pn. Nur Azain binti Rosli
8
BIDANG B : BIDANG C :
JAWATANKUASA JEMPUTAN DAN JAWATANKUASA SUSUNATUR MAJLIS
DOKUMENTASI DAN MESYUARAT
PENYELARAS : PENYELARAS :
PN. NORIZAN BINTI ITHNIN @ MAON PN. SUMATHY A/P KRISHNAMURTHI
PN. TEY SU LEE
P.A. SISTEM
JEMPUTAN AJK PIBG DAN IBU BAPA En. Shahizar bin Md. Salleh (K)
En. Aminuddin Hassan
Pn. Siti Nurulain Bin Mat Nasir (K)
Pn. Siti Salwah binti Tumiran BACAAN DOA
Pn. Chay Siew Yong En. Zakir Abdul Razak bin Poniran (K)
Pn. Elizabeth a/p Sinnappen Vanathan En. Suhali bin Alip
BUKU PROGRAM PENGACARA MAJLIS
Pn. Aimuni Fatimah binti Mohammad (K)
Pn. Noor Azah binti Aziz (K) Pn. Guliah binti Atan
En. Muhammad Ammar Syahmi bin Jazuli
En. Muhd Aizat Hanis bin Abu Haniffa PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Pn. Raba’ah binti Rahmat Pn. Lau Lee Choo (K) (Penyelaras Bestari)
Pn. Hjh. Saidatina binti Mahidin Pn. Vanitha a/p Krishnan (Guru Media)
Pn. Zalina binti Ibrahim (Penyelaras KSSM)
SIJIL DAN HADIAH AJK PIBG Cik Eng Yi Fong
Cik Nurul Najwa binti Jasni
Pn. Fara Adhwa binti Mohd. Pauzan (K) En. Ahmad Fadzil bin Ahmad Sabri (Juruteknik
Pn. Siti Naterah binti Abdul Wahab Komputer FT19)
Cik Noor Asmieda binti Ismail
CABUTAN BERTUAH PERSEMBAHAN MURID
Pn. Nor Fadhlina binti Mohd. Azlan (K)
En. Sayful Nurasraf bin Mohamad (K) Pn. Hazlin binti Hamzah
Pn. Phang Sie Ling Pn. Rozana binti Sardi @ Roslan
Pn. Rafedah Zakaria @ A Sani Pn. Nur Ain binti Sariyati
Cik Amalina binti Zainuddin
Cik Annur Hazirah binti Abdullah
Pn. Ruhana binti Jurimi
PENCATAT UCAPAN DAN MINIT MESYUARAT AGUNG
Pn. Aniza binti Ahmad Saruddin (K)
Pn. Raja Norhapizah binti Raja Mansor
Pn. Noor Shaniza binti Jamal Alias Nor Ahmad
FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI PERISTIWA
Tn. Ahmad Faris Tamamulqamar b Tuan Aziz (K)
Pn. Teh Su Hooi
Cik Nur Shaheen binti Ramzi
Cik Nor Shafina binti Muslim
PENGERUSI SEMENTARA
En. Alias bin Sogok
Dr. Kamarulafizam bin Ismail
9
BIDANG D : BIDANG E :
JAWATANKUASA KECERIAAN DAN JAWATANKUASA JAMUAN
SUSUNATUR TEMPAT
PENYELARAS :
PENYELARAS : PN. SITI ROHAIDA BINTI BASIRON
PN. AZRINA BINTI BAHARIM
PN. HASLINDA BT JANTAN@ALI PERSIAPAN TEMPAT DAN
JAMUAN VVIP & AJK PIBG
PERSIAPAN DEWAN & DEKORASI PENTAS (SEBELUM Pn Norizan Omar (K)
& SELEPAS) Pn. Kasthuri a/p Krishnan
En. Segar a/l Balakrishnan (K) Pn. Rozinadewi binti Rajab
En. Loh Yau Weng
Pn. Aniza binti Suliman PERSIAPAN KUDAPAN IBU / BAPA /GURU/
Pn. Siti Hawa binti Sidin MURID BERTUGAS (SEBELUM & SELEPAS)
Pn. Nur Hidayah binti Mohd. Mohsin Pn Nor Hafizah binti Abd. Kadir (K)
Pn. Michelle Tan Cik Noorsyawani binti Mamat
En. Suhali bin Alip Pn. Noor Jamayah binti Daud
Cik Maryam Jamilah binti Abd Rahim
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH (SEBELUM Cik Noorisha binti Ramli
& SELEPAS) Murid – Unit Kadet Remaja Sekolah
Cik Norsyafatin binti Salim (K)
Cik Noor Rafidah binti Kasdimin
Cik Norakmaniza binti Kari
Pn. Siti Normah binti Md. Nor
Semua Pekerja Kebersihan
KAWALAN MAJLIS
Pn. Chu Wern Lan (K)
Cik Nur Aliya Arina binti Ab Azit
KAWALAN KESELAMATAN DAN LALU LINTAS
En. Chandramogan a/l Manian (K)
Pn. Mawar Nadia Husna binti Jasimin
Murid - Ahli Kadet Polis
Pengawal Keselamatan
PETUNJUK ARAH
Pn. Noorhamizah binti A Wahab (K)
Cik Krishna Veni a/p Balakrishnan
Murid – Student Leaders
10
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20
SMK TAMAN UNIVERSITI 2
Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah (Secara Atas Talian)
Pengerusi : En. Mahendran A/L Kuppan
Kehadiran : 101 orang
1. UCAPAN PENGETUA, ENCIK ARSAD BIN YAHAYA
1. En Arsad bin Yahaya , Pengetua SMK Taman Universiti 2 mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru pada tahun
ini secara atas talian, menggunakan ’Google Meet’. Belaiu memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan
(MAT) kali ini perlu mengikut norma baharu kerana mematuhi arahan pihak PPD Johor Bahru yang tidak
membenarkan bermesyuarat secara bersemuka.
2. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 kerana telah berkhidmat
dengan cemerlang dan banyak membantu pihak sekolah khususnya dalam menangani isu pandemik Covid-19.
3. Pihak sekolah berharap kerjasama yang baik ini akan diteruskan lagi pada sesi akan datang. Beliau menyedari
tentang peranan PIBG dan Sarana Ibu Bapa yang bersama-sama meningkatkan mutu akademik, kokurikulum serta
memberi kesan positif kepada penyelesaian masalah disiplin pelajar.
2. UCAPAN ALU- ALUAN YANG DIPERTUA PIBG, ENCIK MAHENDRAN A/L KUPPAN
1. En. Mahendran mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang terdiri daripada ibu bapa, penjaga
dan warga guru SMK Taman Universiti 2 kerana menyokong usaha pihak sekolah selama ini. Kali ini, MAT terpaksa
diadakan secara atas talian. Beliau juga bersyukur, barisan jawatankuasa telah menjalankan tugas dengan cemerlang
sehingga beberapa projek besar dapat dilaksanakan, antaranya Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah dan
Penjenamaan Semula Nama Sekolah.
2. Pihak urus setia juga sudah memasukkan link untuk menghantar cadangan usul dan mencadangkan jawatankuasa
baharu PIBG sejak seminggu yang lalu.
3. Dalam era pandemik Covid -19 ini, beliau juga menasihatkan ibu bapa dan guru agar sentiasa menjaga SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak KPM, KKM dan KMN. Beliau berharap agar warga SMK Taman Universiti 2 dijauhkan daripada
jangkitan Covid-19.
4. Encik Mahendran mengakhiri ucapan dengan harapan semoga MAT PIBG pada hari ini dapat dijalankan dengan
lancar. Beliau berharap agar AJK PIBG sesi akan datang dapat meneruskan usaha murni ini di samping kerjasama
yang padu daripada pihak ibu bapa.
5. YDP seterusnya memulakan MAT PIBG Kali Ke-20 secara atas talian.
11
3. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK TAMAN UNIVERSITI 2
Agenda 1 – Ucapan Yang di Pertua
En. Mahendran selaku YDP PIBG meminta kepada semua ahli yang hadir melalui Google Meet agar bersabar
sekiranya ada gangguan sepanjang mesyuarat dijalankan. Walau bagaimanapun, beliau berharap agar MAT dapat
berjalan dengan lancar dan semua perkara dapat dibincangkan dengan baik.
Agenda 2 - Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19
En. Alias bin Sogok selaku Setiausaha PIBG SMKTU2 Sesi 2020/2021 meminta semua ahli mesyuarat merujuk kepada
fail hantaran B : Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 dirujuk.
En Zulkepli bin Mohamad mencadangkan minit diterima dan disahkan.
Puan Ardawati Binti Zulkefli menyokong.
Agenda 3 - Membentangkan Laporan Tahunan PIBG
En. Alias bin Sogok selaku Setiausaha PIBG SMKTU2 Sesi 2020/2021 meminta semua ahli mesyuarat merujuk kepada
fail hantaran C : Laporan Tahunan PIBG dirujuk.
Beliau membaca secara ringkas dan memetik lima perkara utama iaitu :
a. Senarai Mesyuarat Sepanjang 2020/2021
b. Projek Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah
c. Projek Dana Kipas Sekolah
d. Bantuan Pandemik Covid- 19 Kepada Sekolah
e. Bantuan Program Penyuraian Murid Pulang Dari Sekolah
Agenda 4 - Menerima Dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
1. En. Aminuddin bin Hassan selaku Bendahari PIBG SMKTU2 Sesi 2020/2021 meminta semua ahli mesyuarat
merujuk kepada fail hantaran D : Penyata Kewangan PIBG dirujuk.
2. Beliau membentangkan semua akaun yang diletakkan di bawah tadbir urus PIBG dan baki terkini yang
berakhir pada 7 April 2021 :
Akaun Induk PIBG : RM5,559.28
Dana Program Kecemerlangan Akademik : RM3,509.16
Dana Pembangunan Dan Keceriaan Sekolah : RM2,020.97
Dana Pembangunan Dewan : RM1,333.00
3. Dr. Kamarulafizam bin Ismail mencadangkan agar penyata kewangan diterima dan disahkan. Disokong oleh
Encik Zulkepli bin Hj Muhamad.
12
Agenda 5 – Membincangkan Usul Yang Diterima
1. En. Alias bin Sogok selaku Setiausaha PIBG SMKTU2 Sesi 2020/2021 memaklumkan bahawa pihaknya tiada
menerima sebarang usul daripada pihak ahli, dan hanya menerima satu usul daripada pihak Jawatankuasa
PIBG iaitu :
a. Usul penetapan kadar sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) bagi sesi persekolahan 2021
adalah seperti berikut :
i. Keahlian PIBG 50.00 (untuk setiap keluarga)
ii. Majalah Sekolah 15.00 (untuk setiap keluarga)
iii. Dana Pembangunan & Keceriaan Sekolah 40.00 (untuk setiap murid)
iv. Dana Program Kecemerlangan Akademik 40.00 (untuk setiap murid)
v. Khidmat Sanitari 5.00 (murid perempuan sahaja)
1. Dr. Kamarulafizam bin Ismail mencadangkan agar Dana Program Kecemerlangan Akademik dinaikkan da-
ripada RM40 kepada RM50.
2. Encik Zulkepli bin Hj Muhamad mencadangkan agar kenaikan RM10 yang dicadangkan itu diambil daripada
kutipan Majalah Sekolah, dengan sedikit perubahan iaitu Majalah Secara Digital (kutipan RM5 sahaja).
4. Pihak Pengetua, Encik Arsad bin Yahaya bersetuju dengan cadangan tersebut.
5. Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima usul dengan sedikit pindaan seperti berikut :
Kadar sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) bagi sesi persekolahan 2021 yang diterima ialah :
i. Keahlian PIBG 50.00 (untuk setiap keluarga)
ii. Majalah Sekolah 5.00 (untuk setiap keluarga)
iii. Dana Pembangunan & Keceriaan Sekolah 40.00 (untuk setiap murid)
iv. Dana Program Kecemerlangan Akademik 50.00 (untuk setiap murid)
v. Khidmat Sanitari 5.00 (murid perempuan sahaja)
Agenda 6 – Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
1. Encik Mahendran A/L Kuppan selaku YDP PIBG mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG SMKTU2 Sesi
2020/2021 dengan rasminya.
2. Mesyuarat bersetuju melantik Encik Alias bin Sogok sebagai Pengerusi Sementara bagi meneruskan
mesyuarat.
13
Agenda 7 – Pelantikan AJK Baharu Sesi 2021/2022
1. Pengerusi Sementara mengumumkan senarai pencalonan yang diterima selepas ’Google Forms’ Pencalonan
AJK PIBG SMKTU2 Sesi 2021/2022 dibuka selama tiga hari dan penyebaran link melalui Whatsapp Kelas atau
Telegram Kelas anak masing-masing.
2. Selepas menutup pencalonan pada jam 3.00 petang hari Jumaat, 9 April 2021, pihak urus setia MAT PIBG
telah mengeluarkan senarai pendek seperti berikut :
A : Jawatan Yang di Pertua (Ibu bapa)
Encik Mahendran A/L Kuppan, menang tanpa bertanding
B : Jawatan Naib Yang di Pertua (Ibu bapa)
Calon 1 : Dr. Kamarulafizam bin Ismail
Calon 2 : Encik Zulkepli bin Hj Muhamad
C : Lima Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa)
Menang tanpa bertanding, iaitu :
1. En. Lim Boon Kok
2. En Sivak Kumar A/L Chellam
3. Dr. Kamarulafizam bin Ismail
4. Pn. Chitra Devi A/P Murugan
5. Pn. Siti Noor binti Abdullah
D : Seorang Juruaudit (Ibu bapa)
Calon 1 : Pn.Rofinah binti Arshad
Calon 2 : En. Murali A/L Ganapathy
3. Pengerusi Sementara memaklumkan bahawa pencalonan jawatankuasa dalam kalangan guru akan
dicadangkan oleh pihak Pengetua selepas pengundian secara ’Google Forms’ dijalankan selama 15 minit.
Undian dibuka secara rasmi.
4. Keputusan undian :
B : Jawatan Naib Yang di Pertua (Ibu bapa)
Calon 1 : Dr. Kamarulafizam bin Ismail (13 undi)
Calon 2 : Encik Zulkepli bin Hj Muhamad (27 undi)
D : Seorang Juruaudit (Ibubapa)
Calon 1 : Pn.Rofinah binti Arshad (16 undi)
Calon 2 : En. Murali A/L Ganapathy (24 undi)
14
7.5 Pengerusi Sementara mengumumkan keputusan penuh PIBG SMK Taman Universiti 2 Sesi 2021/2022 selepas
mesyuarat bersetuju dengan cadangan calon guru daripada pihak Pengetua.
Yang Di Pertua : Encik Mahendran A/L Kuppan
Naib Yang Di Pertua : Encik Zulkepli bin Hj Muhamad
Setiausaha : Encik Mohamad Ramadan Bin Mat Husin
: Encik Tuan Ahmad Faris Tamamulqamar Tuan Aziz
Penolong Setiausaha : Cik Eng Yi Fong
Bendahari : Puan Aniza binti Suliman
Penolong Bendahari
Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa)
1. En. Lim Boon Kok
2. En Sivak Kumar A/L Chellam
3. Dr. Kamarulafizam bin Ismail
4. Puan Chitra Devi A/P Murugan
5. Puan Siti Nor binti Abdullah
Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru)
1. Puan Sumathy A/P Krisnamurthi
2. Puan Norizan binti Ithnin
3. Puan Hayati binti Yusof
4. Puan Vanitha A/P Krishnan
5. Encik Muhamad Aizat Hanis bin Abu Haniffa
Juru Audit : En. Murali A/L Ganapathy (Ibu bapa)
: Puan Rozita binti Hussin (Guru)
Agenda 8 – Ucapan Penangguhan
8.1 Encik Mahendran yang mengekalkan jawatan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir
secara atas talian. Beliau berharap agar semua ahli PIBG dapat memikul tanggungjawab dalam mendidik anak-
anak agar menjadi insan yang sempurna kepada bangsa, negara dan juga agama.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.03 pagi.
Disediakan oleh ,
AHMAD KAMIL BIN JAMAAI
Pencatat Minit
Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SMKTU2
15
16
17
18
19
20
21
22
23