JABAL UHUD
JABAL UHUD
JABAL UHUD
BUKIT MEMANAH
BUKIT MEMANAH
JABAL UHUD
BUKIT MEMANAH
BUKIT MEMANAH
BUKIT MEMANAH
Masjid Masjid Qiblatain mempunyai 2 arah kiblat di dalam satu masjid.
Qiblatain Mihrab yang terbina kedua-duanya saling berhadapan di antara satu
sama lain. Kiblat pertama menghadap ke arah utara iaitu tempat
terletaknya Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis) di Jerusalem (Palestin)
manakala kiblat kedua adalah menghadap ke arah selatan iaitu
tempat terletaknya Kaabah (Baitullah) di Mekah Al-Mukarramah.
MASJID QIBLATAIN
Rasulullah SAW telah memohon doa kepada Allah SWT sambil menengadah
wajahnya ke langit dengan harapan turunnya wahyu yang memerintahkan supaya
kiblat ditukarkan ke arah Baitullah (Sirah al-Nabawiyah al-Sohihah).
Selepas enam belas bulan, pada 17 Rejab tahun 2 Hijrah Baginda SAW solat
menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis telah turun wahyu daripada Allah SWT
yang menjawab permohonan doa tersebut seraya memerintahkan supaya
memindahkan arah kiblat ke Baitullah.
“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat
yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram
(tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah
mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang
telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah)
itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai
akan apa yang mereka lakukan” - Surah Al-Baqarah (144)
XXX
XXX
XXX
XXX
“Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan di dalam lisanku (juga) cahaya.
Jadikanlah di dalam pendengaranku cahaya dan di dalam penglihatanku (juga)
cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku (juga) cahaya.
Jadikanlan dari atasku cahaya dan dari bawahku (juga) cahaya. Ya Allah, berilah
aku cahaya.” (HR Bukhari Muslim).
ZIARAH WIDA' KE MAQAM RASULULLAH SAW
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali
terakhir.. Janganlah jadikan pertemuan ini sebagai hari terakhir kami dengan
Rasulullah .. untuk menziarahinya ataupun berada disisinya.
Semoga Allah mengurniakan kebajikan sihat wal'afiat dan selamat..
Selamat tinggal ya Rasulullah. Salam perpisahan wahai Nabi Allah.. insyaAllah
kami akan datang menziarahimu, wahai Habibullah..
Namun jika kami mati dulu, maka sekarang kami tinggalkan disampingmu ikrar
sumpah setia kami dari hari ini hinggalah hari kiamat - pengakuan kami yang
sungguh sungguh, لا إله إلا الله محمد رسول الله
Maha Suci Allah yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan... "
13.08.2022 - MENINGGALKAN MADINAH, HOTEL DALLAH TAIBAH
13.08.2022 - BERGERAK KE MEKAH UNTUK MENUANIKAN UMRAH
Bersambung...